Thursday 10 December 2015

Siapa Menderita Kesesatan Jika Muhammad Silap?

Katakanlah; "Jika aku sesat maka sesungguhnya apa aku sesat atas nafs aku dan jika aku dihidayahkan maka dengan apa mewahyu kepadaku Rabb ku sesungguhnya Dia Maha Mendengar yang karib" (34:50).

34/50 dikritik oleh penganut Kristian dengan hujah apa yang Muhammad sesat bukan atas nafs baginda semata-mata, tetapi juga merangkumi muslim, oleh kerana technically muslim mengikut baginda.

Saya membezakan antara "Nabi" dan "Rasul". Dalam konteks "Rasul", baginda tidak sesat. Oleh itu kod "jika" berkenaan tidak dilaksanakan.

Muslim pula disarankan untuk membaca ayat tersebut. Oleh kerana muslim terlibat tidak maksum, maka kod "jika" berkenaan ada probabiliti untuk dilaksanakan.

Maka 34/50 adalah valid bagi Rasul dan muslim terlibat.

Wallahualam.

No comments: