Sunday 3 July 2011

Ahlul Quran Bhg. II

Mereka yang digelar Ahlul Quran terdiri daripada golongan yang cenderung kepada Qira'at, mahupun golongan yang lebih cenderung kepada kefahaman kandungan al-Quran seperti golongan Mu'tazilah.

Sebahagian ahlul Quran yang cenderung kepada Qira'at pula mengejar syafaat dengan menggunakan dalil berikut;

Bacalah al-Quran, kerana ia datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafaat kepada para ahlinya (riwayat Muslim).

Namun, riwayat hadis ini bercanggah dengan konsep al-Quran itu sendiri;

Bertaqwalah hari yang tidak memanfaat nafs dari nafs sesuatu dan tidak diterima darinya syafaat dan tidak diambil darinya adl dan tidak mereka membantu (2:48).

Sebahagian ahlul Quran pula digelar sebagai pengengkar Sunnah Rasul kerana antara fahaman mereka yang bercanggah dengan fahaman muktabar tertentu. Ahli Sunnah pula dikatakan lebih mencintai Rasul berbanding Ahlul Quran versi yang ini. Namun, menurut tulisan sejarah, Ibn Mas'ud pernah berkata;

"Sesiapa sahaja yang mencintai al-Quran, nescaya dia mencintai Allah dan RasulNya."

Al-Quran pula menerangkan bahawa orang yang beriman lebih mencintai Allah berbanding mencintai Rasul. Maka persoalan sejauh mana kita mencintai Allah itu lebih kritikal, kerana jika cinta kepada Rasul melebihi cinta kepada Allah, maka gugurlah keimanan.

Dan dari manusia itu adalah antaranya yang mengambil yang lain dari Allah sebagai setaraf, mereka cintakan mereka sebagaimana cintakan Allah; dan yang beriman lebih kuat cintakan Allah; dan bila yang ingkar melihat pembalasan, mereka akan lihat yang semua kekuatan milik Allah, dan bahawa Allah adalah hebat dalam pembalasan (2:165).

Wallahualam.

No comments: