Thursday, 21 October 2021

Hadis Bhg. VII

Di sini saya kemukakan hujah ilmiah kenapa "sains hadis" yang digembar-gemburkan itu indah khabar dari rupa.

1) Bukti empirikal

Menurut statistik, 20 negara paling sejahtera di dunia tiada satu pun dari "negara Islam". Sedangkan kalimah "Islam" itu dari makna sejahtera.

Suatu yang memalukan umat Islam dimana negara no. 1 sejahtera di dunia adalah sebuah negara Kristian.

Di Malaysia, kita lihat betapa banyaknya masjid dan jabatan agama tetapi keadaan kes jenayah tidak membanggakan, malah negara kita terkenal dengan rasuah.

Golongan "pejuang hadis" pula saling bermusuhan sesama sendiri tidak seperti tentera Allah.

2) Hidayah di tangan Allah

Golongan yang belajar agama ke peringkat yang lebih tinggi berasa ujub dan takbur. Mereka mula lupa Allah. Pepatah melayu menyebut;

"Ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi".

3) Taqlid

Banyak persoalan agama sebenarnya mereka terlalu sandarkan kepada kaedah taqlid, iaitu meniru bukan berasaskan ilmu. Kenapa?

Kerana perasaan terlalu memuja nenek moyang. Ini berlaku bukan saja kepada penganut Sunni mahupun Syiah, ianya berlaku kepada penganut agama-agama lain.

"Pujian itu bagi Allah".

Ini yang selalu disebut "pejuang hadis" dalam sembahyang tapi belum tentu benar-benar diselami oleh mereka. Bak kata pepatah; 

"Semasa bercinta bau kentut pun wangi".

4) Kekasih Allah

Ilmu Islam yang sebenar adalah diberikan kepada kekasih Allah. Itupun diberi secara ansuran. Apa saja bentuk kekotoran bercanggah dengan keperibadian seorang kekasih Allah akan menjadi liabiliti kepada penerimaan ilmu Islam dalam diri.

Oleh sebab itu, sijil-sijil agama yang bertimbun tidak menjamin anda mendapat ilmu Islam yang berkualiti tinggi. Bahkan sijil itu dicipta manusia supaya anda mendapat jawatan duniawi.

Apakah niat sebenar anda sambung belajar agama? Adakah ikhlas kerana Allah?

Wallahualam.

Tuesday, 21 September 2021

Ateisme Bhg. II

"Anda yang mendakwa Sang Pencipta itu wujud, andalah yang kena buktikan, bukan kami".

Ini taktik yang digunakan oleh golongan ateis apabila disoal kenapa mereka tidak buktikan ketidakwujudan Sang Pencipta.

Secara realitinya, pembuktian kewujudan Sang Pencipta adalah sesimpel berikut;

Siapakah yang menciptakan fesbuk? Jawapannya pencipta fesbuk.

Siapakah yang menciptakan alam semesta? Jawapannya pencipta alam semesta.

Ini adalah bukti bahawa pembuktian kewujudan Sang Pencipta bukanlah perkara terlalu sukar. Apa yang berlaku adalah golongan ateis memilih untuk tidak komited mencari jawapan. Sama ada ia berpunca kerana mereka begitu meluat dengan ajaran-ajaran agama di muka bumi ini. Atau kerana mereka tidak cukup komitmen untuk mencari Sang Pencipta.

Saya andaikan 200 tahun lepas, mereka belum dilahirkan di muka bumi ini. Kemudian Sang Pencipta menciptakan mereka dari air mani ayah-ayah mereka.

Kemudian mereka hidup dikurniakan akal fikiran oleh Sang Pencipta, mereka bagaikan kacang lupakan kulit. Selepas ini insyaallah mereka akan kembali mati seperti keadaan mereka pada 200 tahun lepas.

Apabila golongan ateis sedang lemas di lautan, dengan siapakah mereka akan meminta tolong? Mungkin ketika itu mereka benar-benar mahu mengakui kewujudan Allah.

Wallahualam.

Friday, 17 September 2021

Hadis Bhg. VI

"Bagaimanakah cara sembahyang jika kita menolak hadis?"

Jika anda menanya soalan ini dengan ikhlas kerana Allah, ia adalah soalan yang baik. Malangnya soalan ini seolah-olah dijadikan justifikasi oleh golongan "pro hadis" untuk menfitnah Rasulullah.

Realitinya, anda masih boleh sembahyang tanpa mengsahihkan hadis palsu. Apa yang berlaku adalah ego yang berlebihan oleh agamawan untuk mengakui kelemahan "sains hadis" yang mereka perjuangkan.

Mereka taksub sebagai "pro hadis" seolah-olah "sains hadis" mereka sangat hebat.

Maka tidak hairan mereka saling bermusuhan sesama sendiri. Tidak perlu menunggu mereka bermusuhan dengan jemaah lain seperti Syiah atau Ahmadiyyah, mereka bermusuhan sesama ahli Sunnah.

"Orang Islam itu bersaudara".

Tidak perlu tunggu mereka bermusuhan dengan golongan "anti hadis", mereka terkapai-kapai untuk bersaudara sesama jemaah sendiri.

Wallahualam.

Masjid Bhg. II

Dan siapa lebih zalim dari siapa menghalang masjid-masjid Allah bahawa dizikirkan padanya namaNya dan dia berusaha pada kemusnahannya itulah bukan ia bagi mereka bahawa mereka memasukinya kecuali penakut bagi mereka di Dunia kemaluan dan bagi mereka di Akhirat azab kuat (2:114).

Sesungguhnya Kami melihat palingan wajah kamu pada langit itu maka pasti Kami memalingkan kamu qiblat kamu meredhainya maka palingkanlah wajah kamu ke-arah Masjidil Haram dan mana saja yang telah-jadi kamu maka kamu palingkanlah wajah kamu ke-arahnya (2/144).

Dan dari mana-saja kamu keluar maka palingkanlah wajah kamu ke-arah Masjidil Haram (2/149, 2/150) dan mana-saja yang jadi-kamu maka kamu palingkanlah wajah-wajah kamu ke-arahnya (2/150).

 Dan janganlah kamu mengeseks mereka dan kamu pengakaf di masjid-masjid itu (2/187).

Dan janganlah kamu melawan mereka di-sisi Masjidil Haram sehingga mereka melawan kamu padanya maka jika mereka lawan kamu maka lawanlah mereka seperti itu balasan pengufur-pengufur itu (2/191).

Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah maka jika kamu dihalang maka apa ia dimudahkan dari Hadiah dan janganlah mencukur kepala kamu sehingga menyampai Hadiah tempat-halalnya maka siapa jadi dari kamu sakit atau dengannya perit dari kepalanya maka fidyah dari puasa atau sedekah atau pengorbanan maka apabila kamu aman maka siapa sempat-nikmatkan dengan Umrah ke Haji maka apa dimudahkan dari Hadiah maka siapa tidak mendapati maka puasa tiga hari pada Haji dan tujuh apabila kamu kembali ini sepuluh semua-sempurnanya itu bagi siapa tidak menjadi ahlinya penghadir Masjidil Haram (2/196).

Mereka menyoalkan kamu dari Bulan Haram perlawanan dalamnya katakanlah perlawanan dalamnya besar dan menghalang dari jalan Allah dan pengkufuran dengannya dan Masjidil Haram dan pengeluaran ahlinya darinya besar di-sisi Allah dan fitnah itu lebih besar dari perlawanan itu (2/217).

Wahai orang yang beriman janganlah kamu menghalalkan simbol-simbol Allah dan jangan Bulan Haram dan jangan Hadiah dan jangan Dekorasi dan jangan pengumat Baital Haram mencari fadhilat dari rabb mereka dan keredhaan dan apabila kamu halal maka kamu mainkanlah dan janganlah kamu menjenayahkan kebencian kaum bahawa mereka menghalang kamu dari Masjidil Haram bahawa kamu melampau dan kamu bantulah atas kebaikan dan ketaqwaan (5/2).

Katakanlah telah-suruh rabb aku dengan kesaksamaan dan kamu bangunkanlah wajah-wajah kamu di-sisi tiap masjid dan kamu panggilkanlahNya keikhlasan bagiNya Deen seperti apa Dia asal-ciptakan kamu kamu mengembali (7:29)

Wahai Bani Adam kamu ambillah perhiasan kamu di-sisi tiap masjid dan kamu makanlah dan kamu minumlah dan janganlah kamu melebihkan (7/31).

Dan apa bagi mereka bahawa tidak mengazabkan mereka Allah dan mereka menghalang dari Masjidil Haram dan tidak mereka jadi penjaga-penjaganya bahawa penjaga-penjaga hanyalah pentaqwa-pentaqwa itu (8/34)

Bagaimana menjadi bagi pensyirik-pensyirik itu perjanjian di-sisi Allah dan di-sisi rasulNya kecuali entiti-entiti kamu janjikan di-sisi Masjidil Haram (9/7).

Tidak jadi bagi pensyirik-pensyirik itu bahawa mereka menyuruh masjid-masjid Allah pensaksi-pensaksi atas nafs-nafs mereka dengan kekufuran itu (9/17).

Sesungguhnya apa menyuruh masjid-masjid Allah siapa iman dengan Allah dan Hari Akhirat dan bangunkan Solat dan berikan Zakat dan tidak takut kecuali Allah (9/18).

Adakah kamu buatkan bekas air penghaji dan imarah Masjidil Haram seperti siapa imani dengan Allah dan Hari Akhirat dan jihad di jalan Allah tidak mereka menyamai di-sisi Allah (9/19).

Wahai orang beriman sesungguhnya pensyirik-pensyirik najis maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram selepas setahun mereka ini dan jika kamu takut kekurangan-keperluan maka akan-jadi Allah mengkayakan kamu dari fadhilatNya jika Dia sesuatukan (9/28).

Dan entiti-entiti yang mengambil masjid kesakitan dan kekufuran dan perpecahan antara orang-orang beriman itu dan stesen bagi siapa perangi Allah dan rasulNya dari sebelum dan pasti mereka bersumpah bahawa kami mahu kecuali kebaikan itu (9/107).

Janganlah kamu mendirikan padanya selamanya pasti masjid diasaskan atas ketaqwaan dari awalan hari lebih benar bahawa kamu mendirikan padanya padanya dewasa mencintai bahawa mereka membersihkan (9/108).

Maha Suci Entiti ambil dengan hambaNya malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa entiti Kami berkatkan sekelilingnya bagi Kami memperlihatkannya dari ayat-ayat Kami (17/1).

Maka apabila datang janji Akhirat bagi memalukan wajah-wajah kamu dan bagi memasukkan masjid itu sebagaimana mereka masukinya awalan masa (17/7).

Dan seperti itu Kami temu-tahukan atas mereka supaya mereka mengetahui bahawa janji Allah kebenaran dan sesungguhnya Saat tiada keraguan padanya apabila mereka mengkonflik antara mereka perintah mereka maka mereka berkata kamu binalah atas mereka binaan rabb mereka lebih-ketahui dengan mereka dia berkata entiti-entiti atasi atas perintah mereka pasti kami akan mengambil atas mereka masjid (18:21).

Sesungguhnya entiti-entiti yang kufur dan menghalang dari jalan Allah dan Masjidil Haram entiti-entiti Kami buatkan bagi manusia persamaan penetap padanya dan pelawat dan siapa memahukan padanya dengan perpecahan dengan kezaliman Kami rasakannya dari azab pedih (22:25).

Entiti-entiti yang dikeluarkan dari penempatan mereka dengan selain kebenaran hanyalah bahawa mereka berkata; "Rabb kami Allah dan jika tidak paksaan Allah manusia sebahagian mereka dengan sebahagian pasti dimusnahkan tempat-berkumpul dan tempat-jualbeli dan solat-solat dan masjid-masjid dizikirkan padanya nama Allah banyak (22/40).

Mereka entiti-entiti kufuri dan halangi dari Masjidil Haram dan Hadiah ditetapkan bahawa menyampai tempat-halalnya (48/25).

Sesungguhnya jujur Allah rasulNya mimpi itu dengan kebenaran itu supaya kamu pasti memasuki Masjidil Haram jika disesuatukan Allah pengaman pencukur kepala mereka dan pemendek tidak mereka merasakan-takut (48/27).

Dan sesungguhnya masjid-masjid bagi Allah maka jangan kamu memanggil bersama Allah sesatu (72/18).

Wallahualam.

Monday, 30 August 2021

Allah

Sejauh manakah anda mahukan Allah. Soalan ini mungkin dianggap remeh oleh sebahagian manusia. Namun ia adalah klu di mana anda sekarang.

Malah, manusia yang kelihatan beragama tinggi belum tentu tinggi kemahuannya kepada Allah. Agamawan ini mengejar Syurga, bukan mengejar Allah.

Anda mampu menipu keikhlasan ibadat anda di mata manusia tetapi Allah Maha Mengetahui.

Anda mampu membaca niat ibadat kononnya ikhlas kerana Allah, tetapi Allah Maha Mengetahui motif sebenar anda.

Usah tangguh lagi. Carilah Allah. Kesilapan manusia menunggu hari tua untuk mencari Allah, bak pepatah melayu;

"menyesal kemudian tidak berguna".

Wallahualam.

Friday, 30 July 2021

Ateisme

Secara asasnya manusia menjadi ateis kerana hujah bahawa tiada bukti kewujudan Sang Pencipta. 

Namun, dikala agamawan gagal membuktikan kewujudan Pencipta, ateis juga gagal membuktikan ketidakwujudan Pencipta. Ini bermakna ateis dan agamawan 2x5 sahaja, sama-sama gagal membuktikan teori.

Manusia adalah makhluk yang inovatif dan berfantasi. Mereka mencipta tuhan-tuhan dan agama-agama. Ini memberi cabaran kepada pencari kebenaran. Dalam erti kata lain, mencari Tuhan tulen kelihatan tidak semudah ABC.

"Tuhan tulen" ini dalam bahasa Arab dikenali sebagai "Allah" yang bermaksud "Tuhan tersebut". Ateis dan saya secara asasnya bersetuju bahawa banyak tuhan palsu dan teori agama rekaan manusia. Maka mari kita pergi kepada topik "Tuhan tulen".

Antara persoalan dari ateis antaranya seperti berikut;

1) Jika Allah ciptakan makhluk, maka siapa ciptakan Allah?

Dari segi ateisme, persoalan pencipta menjadi infiniti. Maksudnya, jika Allah dicipta oleh A, maka siapa ciptakan A? Jika A dicipta oleh B, maka siapa ciptakan B?, dan seterusnya. Ini menjadikan persoalan pencipta dalam ateisme tiada penghujung.

Teori kewujudan Allah menyelesaikan persoalan ini, dimana penghujungnya adalah Allah sebagai Sang Pencipta.

2) Apa buktinya kewujudan Allah?

Dikala agamawan gagal membuktikan kewujudan Allah, kita boleh merasai tanda-tanda kewujudan Allah. Tanda ini antaranya adalah "alam semulajadi", mahupun biologi diri anda sendiri.

Antara golongan yang dekat dengan alam semulajadi adalah saintis. Namun ada saintis yang ateis jua. Saintis menjadi ateis kerana menyanggahi prinsip sains itu sendiri. Ini kerana sains mendambakan bukti. Dalam erti kata lain, ateisme adalah hipotesis, bukan kesimpulan.

Big Bang adalah dicipta. Ini bukti bahawa "Pencipta" itu wujud. Di sini ateis mungkin mempersoalkan bahawa tidak semestinya Tuhan yang mencipta Big Bang. Sebagai contoh seorang ibu "menciptakan" anak.

Namun, seorang ibu tidak "menciptakan" anak dengan seorang diri. Sebagai contoh, si ibu menciptakan anak dibantu oleh air dan oksigen. Apatahlagi mikroorganisme yang terdapat dalam tubuh si ibu.

Ini bukti bahawa si ibu bukan pencipta mutlak. Si ibu hanyalah salah satu ahli dalam sebuah pasukan. Bukanlah sesuatu yang pelik jika Pencipta Big Bang juga adalah salah satu ahli dalam pasukan ini jua memandangkan si ibu dan anak datang dari Big Bang.

Namun, ada jua ateis yang tidak percayakan teori Big Bang. Hakikatnya, dunia informasi lebih sekadar dari percaya atau tidak percaya. Dunia informasi mendambakan penyelidikan dan penaakulan. Ini yang dilakukan hakim di mahkamah.

Sebelum hakim memutuskan si tertuduh bersalah atau tidak, hakim membuat kajian terlebih dahulu. Dalam erti kata lain, si hakim mempertimbangkan samada si tertuduh benar-benar bersalah atau tidak.

Keupayaan manusia adalah terhad. Pandangan manusia adalah terhad. Adakah anda perlukan bukti bahawa pandangan manusia itu terhad?

Keupayaan akal manusia juga terhad. Berapa generasi manusia hidup di Bumi ini sebelum manusia berjaya menjejak kaki ke Bulan.

Maka, manusia membuktikan kewujudan Allah bersandarkan tanda-tanda. Dan tanda-tanda ini banyak. Akal manusia mampu mencapai tanda-tanda ini tanpa perlu Allah "muncul di depan mata".

Wallahualam.

Tuesday, 29 June 2021

Evolusi

Teori agama dan teori evolusi dikatakan bercanggah sesama mereka namun teori agama itu sendiri, dijangka sering berkonflik sendiri.

Jika anda penganut PAS, anda rasa betapa sampahnya ideologi Amanah. Dan jika anda penganut Amanah, anda rasa betapa sampahnya idealogi UMNO.

Dalam erti kata lain, betapa banyaknya sampah yang terdapat pada idealogi-idealogi cabang agamawan.

Dan ironinya, PAS, AMANAH dan UMNO adalah ahli-ahli Sunnah namun mereka saling menyampah sesama sendiri.

Itu "agama Islam" vs "agama Islam", apatah lagi jika teori agama vs teori evolusi.

China tahu betapa sampahnya teori agama, ini yang membuatkan mereka cuba merendahkan teori-teori agama di negara mereka.

Dan kesampahan teori agama ini adalah bukti kepentingan teori sekularisme yang tidak difahami teori Amanat Hadi Awang.

Agamawan kelihatan menghidu sesuatu apabila mereka menggabungkan kepimpinan "ulama" dengan kepimpinan profesional.

Atau juga apabila agamawan mengembangkan ideologi Maahad Tahfiz Sains.

Dalam erti kata lain, agama memerlukan "pertolongan luar".

Wallahualam.

Monday, 31 May 2021

Capal


Saya adalah sahabat Rasulullah. Jika rambut baginda boleh memberi "berkat" atau "sesuatu ajaib" maka baginda boleh memberi setiap jiran baginda helaian rambut baginda sehingga baginda dikuburkan dalam keadaan botak.

Namun itu tidak berlaku dan fenomena memuja rambut baginda, atau capal baginda, atau jubah baginda whatsover sekadar manifestasi keterujaan manusia, sebagaimana terujanya penganut Kristian menyimpan kayu salib yang kononnya digunakan pada peristiwa pensaliban Jesus.

1) Apakah bentuk capal baginda?

Sebagaimana penganut Sunni yang berpandangan bahawa baginda berjubah kerana kaum Arab ketika itu berjubah, begitu juga tiada yang "istimewa" dengan pemakaian capal. Dalam erti kata lain baginda boleh saja memakai "selipar Adidas" atau "selipar Jepun" jika itu yang kaum Arab pakai ketika itu.

Tiada bentuk capal yang "khusus" sebagaimana yang diwar-warkan pada hari ini, apatahlagi bentuk itu berbentuk logo kemaluan lelaki.

Ironinya kenapa bangsa Arab mahu memakai bentuk capal yang tidak selesa dengan tapak kaki?

2) Adakah baginda memakai capal berbentuk logo kemaluan lelaki?

Jika capal ini benar-benar wujud, tiada yang "istimewa" samada baginda memakainya atau tidak. Baginda lebih sibuk dengan isu akhlak kaum baginda berbanding perkara remeh.

Adakah baginda lebih sibuk "berfesyen" seperti artis Korea pada hari ini dengan rekabentuk fesyen yang luarbiasa bagai seperti logo kemaluan lelaki, atau sebenarnya baginda lebih sibuk memimpin kaum baginda untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Dan sejak akhir-akhir ini kita melihat logo kemaluan lelaki ini semakin terkenal.

Wallahualam.

Thursday, 29 April 2021

Bolehkah Allah Dilihat Dan Adakah Muhammad Melihat Rabbnya?

 53/1-18 dijadikan persoalan Sam Shamoun bahawa kemungkinan Muhammad telah melihat Allah. Persoalan ini sebenarnya diterangkan dalam 53/18;

Sesungguhnya baginda lihat dari ayat-ayat rabbnya (53/18).

Maka apa yang dilihat baginda adalah "ayat".

Wallahualam.

Wednesday, 31 March 2021

Hadis Bhg. V

Masyarakat kita adalah pembuli. Boleh jadi mereka juga "pembuli siber". Dengan maklumat yang kurang lengkap, mereka menghakimi orang lain berasaskan penghakiman pra matang.

Ini masalahnya apabila seseorang digelar sebagai anti hadis. Masyarakat yang kurang alim berkenaan hadis kemudiannya menjadi "tok wali". Saya tidak kisah jika digelar anti hadis secara berhemah dan ilmiah.

Perkara lain yang teruk adalah agamawan jahil berkenaan kepentingan sikap anti hadis. Orang yang beriman adalah pro hadis dan juga anti hadis.

Apabila Rasulullah difitnah dengan hadis-hadis palsu, atau seseorang mengsahihkan hadis palsu, maka orang yang beriman adalah anti hadis dalam konteks ini.

Ini bermakna sikap anti hadis adalah essential dalam diri seorang yang beriman. Namun apakah nilai agamawan dalam konteks ini?

Merekalah sebenarnya "musuh Islam". Mereka berlagak sebagai orang yang beriman namun Allah Maha Mengetahui.

Wallahualam.

Monday, 22 February 2021

Do You Really Like Me

Tajuk: Do You Really Like Me
Pencipta: Ariji

look around
where are you
I wish you
to be found

novel boy
is that you
should I say
hoy hoy hoy

do you hear
is it clear
I am here
my dear

come to me
come to me

whenever I'm looking at you
you will smile while looking at me
your eyes are so beautiful
do you really like me

like me

Wednesday, 30 December 2020

Orang Tua

Apa terjadi apabila orang tua mahu melintas jalan, lalu mereka memimpin anda yang muda? Mungkin lebih baik jika anda yang memimpin mereka.

Antara faktor kenapa yang lebih tua sebagai pemimpin adalah, sebagai contoh memimpin bayi. Tanpa pimpinan orang yang lebih tua, bagaimana bayi mampu mendapatkan susu atau membasuh najis.

Namun perkara ini berubah apabila bayi membesar mencapai peringkat aqil baligh, sehingga apabila anda menjadi si tua yang mahu melintas jalan, maka mungkin ada masanya pula si lebih muda memimpin anda.

Oleh itu jika umur anda lebih tua, anda jangan terlalu takbur atau terlalu ego dan jika anda si lebih muda, jangan pula terlalu hormat atau terlalu taat.

Terimalah kenyataan jika si muda lebih bijak dari anda. Sebenarnya anda boleh belajar dari si muda sehingga anda menjadi sama atau lebih bijak, insyaallah. Jangan melihat kebijaksanaan sebagai ancaman, tapi lihatlah kebijaksanaan sebagai rahmat.

Wallahualam.

Saturday, 31 October 2020

Demokrasi

Demokrasi bukan sistem yang sempurna, tetapi ia lebih baik dari sistem monarki mutlak. Kelemahan sistem monarki mutlak adalah sentimen anak-beranak yang terlalu tebal.

Sudah tentu saya bersetuju bahawa anak-beranak mempunyai kelebihan unik, namun jika anda terlalu melebihkan anak-beranak, ia boleh membawa bencana, walaupun anak kandung anda sendiri. Pernah dengar kisah "Anakku Sazali?"

Kelemahan sistem demokrasi pula apabila kebodohan menjadi majoriti. Ini bermakna rakyat yang bijak terpaksa berpaksi dengan kebodohan demi menegakkan tiang negara.

Sistem "monarki demokratik" di Malaysia kelihatan inovasi yang lebih baru, seolah-olah memperakui kelemahan sistem monarki mutlak.

Lihat apa yang terjadi di Thailand hari ini akibat pendiktatoran askar, rakyat lantang mahu membuang Raja.

Nilai demokratik kelihatan mempunyai kesan mengekalkan pemerintahan Raja.

Sistem khalifah Sunni seperti Hizbut Tahrir pula berlagak sistem mereka lebih baik, yang mana bersifat "angan-angan Mat Jenin".

Jika anda mempunyai harta yang lebih, anda boleh bersedekah tanpa menjadi "khalifah" terlebih dahulu. Maka dimana kepentingan "khalifah"?

Mereka seperti penjual ubat yang tiada bukti saintifik.

Namun antara perkara yang dibimbangi penguatkuasa boleh jadi kerana potensi mereka untuk bertukar menjadi "al-Qaeda".

Sejarah menunjukkan bahawa khalifah sendiri menghentikan sistem khalifah, atau khalifah melakukan perkara yang menjatuhkan sistem khalifah itu sendiri. Kemudian, kita perlu menubuhkan "Hizbut Tahrir" yang baru pula?

Kemudian anda mungkin mahu bertanya kepada penulis coretan ini maka sistem apa yang terbaik?

Wallahualam.

Wednesday, 30 September 2020

Kau Sahabat

Tajuk: Kau Sahabat
Pencipta: Ariji

perkenalan kita
kau temukan aku
sampai bila
kan kita bersama

pertemuan kita
jodoh kau dan aku
sampai masa
kan berpisah jua

dengarkanlah nyanyian ku dendang untuk kamu semua oh teman
inilah lagu kasih-sayang antara kita 

kenangan indah kita suka dan duka bersamamu kawanku
insyaallah sampai mati akan ku ingat sampai mati, sahabat

(eng)kau sahabat yang slalu ku rindu
semoga engkau bahagia

kau sahabat yang ku sayang sayang 
semoga engkau senang di sana

engkau sahabatku penemanku

Monday, 31 August 2020

Ikhlas

 Dan entiti yang ikhlas deen mereka kepada Allah maka itulah bersama golongan mukmin (4/146).

Dengan pengalaman saya bertahun dalam penyelidikan agama Islam, hari ini saya boleh nyatakan keikhlasan adalah antara elemen awal yang perlu diperhalusi.

Hari ini, ramai agamawan yang tidak ikhlas kepada Allah. Mereka mungkin pada awalnya ikhlas, kemudian nafsu mereka berarah kepada Syurga. Kemudian memikirkan masa depan, mereka menyambung pengajian agama untuk mencari makan.

Di institusi pengajian pula, minda mereka dijajah pula dengan gred peperiksaan. Mereka berasa pandai kerana mendapat gred A. Adakah dunia di luar sana umpama dewan peperiksaan?

Apabila berada di dunia luar, mereka berasa seperti pemimpin agama gred A. Bukankah keputusan peperiksaan telah membuktikan kebenaran?

Memandangkan persoalan agama melibatkan topik perkara-perkara ghaib, maka lebih mudah mereka menjadi scammer mahupun menjadi mangsa scammer. Siapakah yang mampu melihat Syurga atau Neraka di dunia?

Adakah mereka mencapai Rasulullah? Secara asasnya tidak. Sebab itu mereka bermazhab Shafie, bukan bermazhab Muhammad. Keikhlasan yang luhur di zaman kanak-kanak mencari Tuhan sudah menjadi kotor. Kenapa perlu bermazhab Muhammad jika mazhab Shafie itu terbaik?

Saya menganggap ini suatu bencana akibat tidak ikhlas. Manusia yang tidak ikhlas mampu memakai jubah, mahupun mendapatkan ijazah Syariah, mahupun menjadi mufti.

Jika Nabi masih hidup, baginda tidak diterima sebagai pegawai agama kerana baginda tiada sijil agama.

Wallahualam.

Friday, 31 July 2020

Hadis Bhg. IV

Nabi sering difitnah oleh umat baginda sendiri. Non muslim belajar dari gejala ini lalu mengambil peluang untuk menghina Nabi, kemudian mereka dipersalahkan pula.

Pendosa yang kelihatan terlepas adalah umat Islam sendiri yang menyalahgunakan hadis.

Atau masyarakat yang bersubhat dengan dosa ini seperti pegawai-pegawai agama mahupun ahli jawatankuasa masjid.

Namun, ada sebab selain duit atau pengaruh disebalik dosa ini, yakni ketaksuban.

Dalam konteks ini, ketaksuban adalah berpunca dari nafsu mahukan Syurga.

Syurga adalah ujian menguji keikhlasan manusia. Apa beza golongan pentaksub Syurga dengan penagih dadah? Masing-masing lupakan Allah demi mengejar nikmat kesedapan.

Apabila anda tidak cukup ikhlas terhadap Allah, di sini laluan anda terpesong. Anda melihat Nabi, padahal bukan Nabi.

Anda melihat Syurga, padahal bukan Syurga.

Anda melihat Islam, padahal bukan Islam.

Anda menyentuh al-Quran, padahal anda menyentuh kekotoran yang ada pada diri anda.

Anda mahukan Allah, atau anda mahukan Syurga?

Wallahualam.


Tuesday, 30 June 2020

Akidah Bhg. III

Orang Melayu takutkan lambang salib, apatahlagi untuk membaca Bible. Namun lihat Zakir Naik disanjung orang Melayu gara-gara beliau mendalami Bible.

Bible yang "sepatutnya" diharamkan oleh jabatan agama tetapi dihalalkan atas nama demokrasi, namun kitab sesat ini jua yang mengangkat nama Zakir Naik. Lihat bagaimana umat Islam berpusu-pusu mahu berjumpa dan mendengar pandangan beliau.

Saya pernah ditegur kerana saya mencedok ilmu dari Rashad Khalifa. Soalan saya, dimanakah Zakir Naik hari ini jika beliau tidak mecedok ilmu dari paderi? Setahu saya guru kepada Zakir Naik, yakni Ahmad Deedat, juga mencedok ilmu dari Rashad Khalifa.

Apa yang berlaku? Jawapannya akidah. Orang Melayu lebih takutkan terkeluar dari akidah, dari takutkan Allah.

Saya orang Melayu, tetapi saya lebih takutkan Allah dari takut terkeluar dari akidah. Anda lihat bagaimana pembaca boleh sengaja salahfaham kenyataan yang saya buat di atas berkenaan orang Melayu.

Atau sebelum ini saya mengkritik ahli Sunnah di fesbuk, kemudian saya dikritik balik;

"Kenapa mengutuk semua ahli Sunnah teruk?"

Sedangkan tiada perkataan "semua" dalam kritikan terhadap Ahli Sunnah tersebut. Bak pepatah Melayu menyebut;

"Rambut sama hitam, hati lain-lain"

Realitinya al-Quran yang sama, tetapi difahami berbeza oleh pembaca yang berbeza.

Jika anda lebih takutkan terkeluar dari akidah dari takutkan Allah, maka anda yang bermasalah.

Wallahualam.

Sunday, 31 May 2020

Niat

Imam mengajar kita bahawa kita hendaklah beribadat kerana Allah. Menjadi tradisi untuk membaca niat ini sebelum kita beribadat.

Menjadi kebiasaan umat untuk mempunyai lebih sebab dalam beribadat, seperti kerana pahala atau Syurga, atau kerana disuruh orang lain, atau juga kerana budaya masyarakat.

Anda lulus niat kerana Allah jika Allah dijadikan prioriti nombor satu sebab anda beribadat. Namun realitinya lebih indah khabar dari rupa.

Realitinya bab niat dipandang rendah oleh umat sendiri. Ia kelihatan boleh diabaikan kerana secara asasnya orang lain tidak nampak apa niat di qalbu anda, maka anda masih boleh menjadi umat pujaan ramai.

Walaupun umat membaca niat kerana Allah, kelihatan niat lain lebih prioriti seperti pahala atau Syurga. Jika anda gagal bab niat, bagaimana dengan kualiti ibadat anda?

Rakan saya mengatakan dia menyokong hudud kerana mahu membanteras jenayah. Niat ini diletakkan lebih tinggi dari niat kerana Allah. Jika bab niat pun gagal, anda jangkakan hudud anda itu mendapat keredhaan Allah? Kemudian anda berasa anda lebih alim dari penentang hudud?

Adakah tangan suspek pencuri yang dipotong boleh disambung semula akibat kesilapan hudud anda? Siapa golongan zalim dalam bab ini?

Jika dalam bab sembahyang anda tidak mendatangkan bencana kepada orang lain, ini berbeza dengan bab hudud Sunni yang boleh melibatkan ramai calon mangsa.

Dalam erti kata lain, golongan pentaksub bukan penyelesaian yang tuntas sebagai eksekutif agama. Jika anda terpedaya dengan kulit buku yang cantik, adakah ia menjamin isi buku yang berkualiti?

Wallahualam.