Tuesday 21 September 2021

Ateisme Bhg. II

"Anda yang mendakwa Sang Pencipta itu wujud, andalah yang kena buktikan, bukan kami".

Ini taktik yang digunakan oleh golongan ateis apabila disoal kenapa mereka tidak buktikan ketidakwujudan Sang Pencipta.

Secara realitinya, pembuktian kewujudan Sang Pencipta adalah sesimpel berikut;

Siapakah yang menciptakan fesbuk? Jawapannya pencipta fesbuk.

Siapakah yang menciptakan alam semesta? Jawapannya pencipta alam semesta.

Ini adalah bukti bahawa pembuktian kewujudan Sang Pencipta bukanlah perkara terlalu sukar. Apa yang berlaku adalah golongan ateis memilih untuk tidak komited mencari jawapan. Sama ada ia berpunca kerana mereka begitu meluat dengan ajaran-ajaran agama di muka bumi ini. Atau kerana mereka tidak cukup komitmen untuk mencari Sang Pencipta.

Saya andaikan 200 tahun lepas, mereka belum dilahirkan di muka bumi ini. Kemudian Sang Pencipta menciptakan mereka dari air mani ayah-ayah mereka.

Kemudian mereka hidup dikurniakan akal fikiran oleh Sang Pencipta, mereka bagaikan kacang lupakan kulit. Selepas ini insyaallah mereka akan kembali mati seperti keadaan mereka pada 200 tahun lepas.

Apabila golongan ateis sedang lemas di lautan, dengan siapakah mereka akan meminta tolong? Mungkin ketika itu mereka benar-benar mahu mengakui kewujudan Allah.

Wallahualam.

No comments: