Friday, 31 October 2025

Sabar

Tips untuk bersabar adalah mencegah diri anda dari kemalangan mahupun bencana. Lebih mudah untuk anda bersabar jika anda dalam keadaan sihat.

Sebagai contoh, suatu hari anda dipukul kerana seseorang membalas dendam terhadap anda. Hasil siasatan menunjukkan anda telah membuli adiknya terlebih dahulu.

Anda tidak dipukul jika anda tidak pernah membuli. Apabila dipukul, anda terpaksa menahan kesakitan.

Sebab itu, tips untuk bersabar adalah dengan mencegah diri anda dari kemalangan mahupun bencana. Anda juga patut menghindari manusia yang membawa anda kepada tragedi sedemikian.

Sebagai contoh, rakan anda suka berlumba haram di jalan raya. Jika nasib anda buruk, anda akan terlibat kemalangan apabila anda menaiki kereta yang dipandu oleh beliau.

Contoh yang lain, situasi mana yang lebih mudah untuk anda bersabar antara sihat atau mengidap penyakit kanser? Ini bermakna jika kita menjaga kesihatan, ia akan memudahkan kita untuk bersabar.

Wallahualam.

No comments: