Anda tidak akan memahami hadis dengan berkualiti tinggi jika anda tidak menggunakan akal. Ini bermakna secara amnya golongan mutazilah lebih memahami hadis berbanding golongan Sunni mahupun Syiah.
Fakta ini pedih dan menyucuk ego Sunni mahupun Syiah. Sebab itu anda mendapati di Malaysia, kebanyakan penglipur-lara adalah dari kalangan Sunni.
Penglipur-lara tidak perlu memahami hadis, sebaliknya perlukan riwayat yang "ajaib" bagi pendengar. Oleh sebab itu Salafi mahu membersihkan imej hadis dengan menentang penglipur-lara. Walaubagaimanapun ini tidak menjamin kualiti pemahaman hadis dari Salafi.
Tabiat buruk Salafi adalah memandang rendah kepada perkara matan hadis kerana terlalu fokus dengan perkara sanad. Kesannya sanad "kukuh" akan tetapi matan hadis bermasalah. Perjuangan "sanad" ini menjadi antara faktor utama penentangan Salafi terhadap golongan anti-hadis.
Bagi masyarakat majmuk sebegini di Malaysia, liberalisma dan pluralisma menjadi solusi.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment