Saturday 11 December 2021

Rasulullah Bhg. V

Adakah arahan dan larangan Rasulullah berbeza dengan arahan dan larangan Allah? Jawapannya ianya sama;

Siapa mentaati Rasul maka sesungguhnya dia taati Allah (4/80).

Kalimah "Rasulullah" bermaksud penyampai risalah Allah. Apa itu risalah Allah?

Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepada kamu dari rabb kamu dan jika tidak kamu melakukan maka tidak kamu sampaikan risalahNya (5/67).

5/67 Menerangkan bahawa risalah Allah itu adalah al-Quran.

Golongan musyrik menafsirkan mentaati Rasulullah sebagai luar dari al-Quran bagi menjustifikasi amalan syirik mereka.

Dengan ini mereka menjustifikasikan kitab-kitab lain sebagai setaraf dengan kitab Allah seterusnya mereka tidak mahu menjuarakan al-Quran.

Mereka adalah golongan yang disebut oleh Rasulullah di Hari Akhirat;

Dan berkata Rasul; "Wahai Rabbku, sesungguhnya orang-orangku telah ambil al-Quran ini sesuatu-ditinggalkan" (25:30).

Wallahualam.

1 comment:

Anonymous said...

ouh bagusnya tq!!!