Saturday 30 November 2019

Modal Risiko

Kali pertama saya berdagang matawang asing di talian, mungkin sekitar tahun 2006 setelah mendapat bonus promosi dari syarikat broker. Namun perkenalan saya dengannya lebih awal dalam 2 tahun sebelum itu menggunakan wang palsu.

Dunia spekulasi kewangan kelihatan kurang sesuai dengan saya, namun ia sebahagian dari silibus pendidikan peribadi saya.

Modal risiko adalah berkenaan pengurusan kewangan bagi modal yang disalurkan kepada cabang yang berisiko tinggi.

Modal risiko anda bertambah apabila anda konsisten mencapai kejayaan melalui pengalaman terhadap eksperimen teori spekulasi yang akhirnya terbukti.

Modal risiko anda juga bertambah apabila harta anda bertambah.

Kesilapan golongan pejudi adalah mereka menggunakan modal selain dari modal risiko. Mereka menambahkan modal bukan berasaskan konsistensi kejayaan mereka, malah dijana ketamakan.

Dikatakan penyakit tamak ini sentiasa berkeliaran dalam masyarakat walau dinasihati berterusan.

Maka persoalan berapa modal dan berapa banyak modal anda patut tambah adalah persoalan berapa modal risiko anda dan adakah anda konsisten mencapai kejayaan terhadap teori spekulasi yang anda amalkan.

Secara amnya dari segi psikologi, jumlah modal risiko sepatutnya tidak mengganggu tidur malam anda.

Wallahualam.

No comments: