Sunday, 28 June 2015

Ramadhan

Berikut adalah hujah yang menyanggah Ramadhan versi kalendar Hijrah sebagai Ramadhan yang dimaksudkan dalam al-Quran.

Siang dan malam adalah kriteria signifikan dalam pengshahidan Ramadhan (2/187) bagi melaksanakan siyam (2/185). Dalam erti kata lain, jika tiada siang atau malam, maka tiada pengshahidan bulan Ramadhan di kawasan itu.

Manakala teori kalendar Hijrah mewajibkan pengshahidan Ramadhan oleh muslim di segenap permukaan Bumi apabila datang bulan Ramadhan versi kalendar Hijrah.












Bahagian Utara dari garisan merah dalam gambar tersebut dikatakan menunjukkan kawasan yang tiada malam dari 18 Jun sehingga 1 Julai 2015 bersamaan dengan 1 hingga 14 Ramadhan kalendar Hijrah tahun 1436. Dalam erti kata lain, ia berlaku sekarang ketika coretan ini ditulis.

Berikut gambaran dari perspektif berbeza;


Maka tiada pengshahidan Ramadhan di kawasan yang dimaksudkan walaupun kalendar Hijrah menunjukkan waktu Ramadhan pada tempoh itu.

Penolakan kalendar Hijrah sebagai "kalendar Islam" disokong 10/5;

Dialah yang menjadikan Matahari sinaran, dan Bulan cahaya, dan mengukurnya fasa-fasa; supaya kamu tahu jumlah tahunan dan pengiraannya (10/5).

10/5 menerangkan penglibatan Matahari dalam mengukur tempoh tahunan, manakala kalendar Hijrah mengetepikan Matahari.

Kalimah "yaum" tunggal dalam al-Quran berjumlah 365 memihak Matahari jua kerana setahun dalam kalendar solar berjumlah 365 hari.

Manakala dalam kalendar Hijrah, setahun adalah bersamaan dengan 354 hari.

Bagaimana dengan kalendar Hijrah solar yang digunakan di Iran dan Afghanistan? Tiada bulan Ramadhan secara literal dalam kalendar itu. Kalendar Hijrah yang dimaksudkan dalam coretan ini merujuk kepada kalendar Hijrah lunar.

Wallahualam.

3 comments:

pak yeh said...

Bole puasa itu negara Arab kalu mau. Bagi tempat extreme memang puasa tak dapat di amalkan.Kat angkasa lepas tak yah posa jugak kerana tak ada matahi turun dan naik.Tapi kalu nak solat jugak ikut sendiri punmya akal lah.

pak yeh said...

Sori salah ejaan Bole puasa ikut negara Arab.

Nabil Norazmy said...

Salam ariji...
Selamat hari raya..
Blog ni mmg best. Sy sgt bpuashati dgn kupasan anda yg merujuk pd quran.
Tahniah kerana penerangan anda tidak mgikut emosi, psangkaan, ulama dan nenek moyang.