Wednesday 21 December 2011

Sembahyang Jumaat

Wahai orang yang beriman apabila kamu dipanggil bagi Solat dari hari Jumaat maka berusahalah kepada mengingati Allah dan tinggalkan jual-beli itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui (62:9).

Hari Kiamat juga manusia berkumpul (3/25, 11/103, 56/50). Tetapi 'hari Jumaat' dalam 62/9 merujuk kepada di dunia kerana hari Kiamat tiada jual-beli (14/31).

1) Masa

Di Malaysia, sembahyang Jumaat diadakan pada waktu Zohor. Jika 'hari Jumaat' dalam 62/9 merujuk kepada Friday, maka Friday ada 24 jam, dan dalam 24 jam itu bila saja mampu dipanggil bagi Solat. Maka apakah sembahyang Jumaat hanya boleh dilakukan pada waktu zohor yang jangka-masanya dalam 3 jam sahaja berbanding 24 jam?

2) Qariah

Baru-baru ini isu sembahyang Jumaat berasingan dalam satu Qariah disebut di Terengganu. Sila rujuk  http://www.bharian.com.my/articles/Sultankesal2solatJumaatsatuqariah/Article/. Mengehadkan hanya satu masjid bagi satu Qariah untuk melakukan sembahyang Jumaat akan lebih menyukarkan ahli untuk melakukannya akibat faktor jarak perjalanan, kos pengangkutan, kos jangka-masa dan sebagainya.

3) Perempuan

'Orang yang beriman' dalam 62/9 tidak mengecualikan perempuan yang beriman (16/97). Di Malaysia, walaupun masjid mempunyai ruang untuk jumlah ahli perempuan, tetapi perempuan lazimnya tidak pergi melakukan sembahyang Jumaat. Malah, jika kuota satu masjid bagi satu Qariah dihapuskan, maka sembahyang Jumaat lebih digalakkan kerana faktor ruang yang lebih luas dan kadar fleksibeliti yang lebih tinggi.

4) Khutbah

Perpecahan umat Islam kepada Sunni dan Syiah antaranya berpaksikan riwayat khutbah. Sila rujuk http://ariji86.blogspot.com/2010/08/mazhab-sunni-bhg-iii.html. Jika Sembahyang Jumaat di Malaysia menggunakan dalil dari 62/9, maka misinya haruslah 'kepada mengingati Allah' (62/9).

Walahualam.

No comments: