Saturday, 29 November 2025

Hadis Bhg. XXII

Pada zaman Nabi, tiada kad pengenalan yang menentukan siapa Islam, siapa kafir.

Namun pemimpin Sunnah hari ini lebih mementingkan "Islam Kad Pengenalan", walaupun si fulan itu sudah lama memeluk agama lain di dalam qalbunya.

Si fulan tidak dibenarkan murtad dan dipaksa menjadi Muslim palsu.

Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niat (Riwayat Bukhari).

Si fulan berniatkan agama lain. Si fulan sudah murtad di sisi hadis ini, hanya belum di sisi Jabatan Pendaftaran Negara.

Pemimpin Sunnah inilah yang kononnya begitu pro hadis dan menjadi juara menentang golongan anti-hadis.

Orang awam kebiasaan tertipu siapa ulama suci. Jika anda orang awam, sila keluar dari status orang awam dan berhijrah menjadi jihadis.

Menjadi orang awam bermakna anda meletakkan diri anda pada status rendah di mata Tuhan. Anda tiada usaha kental untuk berjaya.

Wallahualam.