Tuesday, 31 December 2024

Akidah Bhg. IV

Orang awam tertarik dengan "Sunnah" kerana ia dikaitkan dengan Nabi dan "pengkritik Sunnah" dilihat sebagai musuh Islam.

Pernahkah anda memesan barang dan kecewa dengan kualiti barang tersebut?

Pemimpin-pemimpin Sunnah menunggang jenama "Sunnah" tapi mereka berterusan gagal untuk berakhlak Nabi.

"Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari".

Moyang Melayu memahami bahawa orang awam berakhlak buruk kerana guru agama berakhlak buruk.

"Akidah lebih penting dari akhlak".

Pemimpin agama mengetepikan akhlak kerana mereka lebih fokus kepada akidah. Dan ini memberi contoh kepada orang awam untuk berakhlak buruk.

Kita lihat dunia pentempuran akidah antara Salafi dan Ashari begitu toksik. Begitu juga dengan pertempuran akidah antara Sunni dan Syiah.

Apabila Sunni berkuasa, Sunni membuli Syiah. Begitu juga sebaliknya apabila Syiah berkuasa, Syiah membuli Sunni. Kerakusan kuasa untuk membuli membuatkan mereka menyalahkan sekularisme dan liberalisme.

Ini kerana sekularisme dan liberalisme mesra dengan idea masyarakat majmuk. Mereka tidak mahu masyarakat majmuk. Mereka mahu satu negara hanya untuk akidah mereka saja.

Wallahualam.