Tuesday, 26 November 2024

Mutazilah

Konflik antara Salafi dan Ashari umpama Kerajaan dan Pembankang. Masing-masing sibuk mengkritik antara satu sama lain. Semua ini memerlukan kebebasan bersuara.

Sebab itu sistem demokrasi mementingkan kebebasan bersuara. Tanpa kebebasan bersuara, sistem demokrasi akan mati.

"Apabila Salafi dan Ashari bergaduh, Mutazilah bertepuk tangan".

Benarkah kenyataan ini? Mutazilah suka bila musuh ada "teman bertinju". Ini kerana ia dapat mengekang keangkuhan segolongan puak yang mendabik dada sebagai terpaling benar.

"Musuh" di sini bukan bermaksud "musuh sejati". Mutazilah adalah "non partisan" antara Sunni dan Syiah dalam perlantikan Ali sebagai khalifah.

Calon wakil rakyat bengang kerana rakyat Mutazilah tidak keluar mengundi, tetapi calon lagi bengang dengan rakyat yang mengundi calon dari parti lawan.

Berbeza dengan Sunni dan Syiah yang mempunyai ramai imam muktabar, bagi Mutazilah, "imam muktabar" yang sebenar adalah Rasulullah. Sebab itu Wasil ibn Ata tidak diangkat sebagai "imam muktabar".

Ini yang membezakan antara Mutazilah dengan "golongan anti hadis" yang berimamkan Rashad Khalifa. Rashad Khalifa adalah imam muktabar bagi "Submitter".

Akibat polemik Rashad Khalifa,  agamawan biasa keliru antara "anti hadis" dengan "kritik hadis". Mutazilah tidak terikat dengan "ulum hadis" versi Sunni atau Syiah, bukan bermaksud Mutazilah pengikut Rashad.

Kalimah "anti" dan "kritik" mempunyai maksud yang sinonimus, menyebatkan ramai agamawan gagal faham.

Sebagai contoh, Salafi dan Ashari kelihatan seperti anti antara satu sama lain dikala mereka saling mengkritik. Apapun, kalimah "anti" dan "kritik" masih mempunyai maksud yang berbeza.

Contoh yang lain adalah ayat "Hadis: Satu Penilaian Semula" memberi maksud "kritik".

Wallahualam.