Wednesday, 30 June 2010

Hikmah dan Kitab Al-Bukhari

Kitab al-Bukhari mengandungi isi seperti berikut;

1) Fitnah

2) Israeliyyat

3) Tulisan sejarah

4) Percanggahan fakta

Hikmah pula bermaksud kebijaksanaan. Kitab al-Bukhari telah diuji selama ratusan tahun samada ia berunsur bijaksana atau tidak. Dan hasilnya adalah pada hari ini; 

1) Umat Islami mundur dari segi ekonomi dan teknologi

2) Kalah dalam peperangan bagi mempertahankan diri

3) Lebih menumpukan tentang akidah berbanding tauhid

4) Mengganas ala Zionist, contohnya seperti Jemaah Islamiah

5) Lebih menumpukan 'Sunnah Nabi' berbanding al-Quran

Mari kita selidik apakah hikmah yang diterangkan dalam al-Quran;

Mari kita perhatikan Surah Yunus ayat 1;

ALR, ini adalah tanda-tanda bagi Kitab yang hikmah.

Mari pula kita perhatikan Surah Luqman ayat 2;

Ini adalah tanda-tanda bagi Kitab yang hikmah.

Mari kita perhatikan pula Surah Yasin ayat 2;

Dan al-Quran yang hikmah.

Kitab itu adalah rekod bertulis, manakala Hikmah adalah kebijaksanaan. Hikmah adalah tidak bersifat fizikal seperti rekod bertulis.

Anda boleh menyentuh kitab, tapi anda tidak mampu menyentuh hikmah. Hikmah adalah sesuatu kualiti yang diperolehi apabila kita beramal. Contohnya jika anda beramal dengan Rukun Islam di http://ariji86.blogspot.com/2010/06/rukun-islam.html, maka masyarakat kita menjadi sejahtera.

Bagaimana pula dengan kitab al-Bukhari? Bolehkah beramal dengannya?

Jawapannya adalah; "Ya, selagi ia tidak melampaui batas. Contohnya seperti hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina bukan sahaja bercanggah dengan Surah an-Nur ayat 2, malah mengorbankan nyawa tanpa hak, maka melakukannya adalah zalim."

Malangnya, perbuatan zalim itu disokong oleh puak tertentu yang menggunakan kalimah 'Islam' dan 'Syariah'.

Sesuatu riwayat hadis tidak semestinya beramal sepenuhnya. Contohnya riwayat hadis tentang memasuki Syurga jika menghafal Asmaul Husna. Dalam kes ini, adalah dihalalkan menghafal Asmaul Husna, tetapi tidak sepatutnya berpegang padanya bahawa ia menjamin anda ke syurga.

Bayangkan, jika seseorang itu berasa sudah terjamin memasuki Syurga kerana telah menghafal Asmaul Husna, lalu melakukan pelbagai jenayah.

Jadikan Kitab al-Bukhari sebagai tulisan sejarah atau khabar angin.

Wallahualam.

Puasa

Apa salahnya jika berpuasa menggunakan dua kalendar, iaitu kalendar Hijrah dan kalendar al-Quran. Al-Quran menerangkan bahawa, puasa bukan sahaja pada bulan Ramadhan, malah, pada bulan lain juga digalakkan berpuasa.

Dalam mazhab Sunni, berpuasa pada bulan lain selain Ramadhan dikenali sebagai puasa sunat. Memandangkan kalendar Hijrah sudah popular, saya akan bincangkan tentang kalendar al-Quran. Berikut adalah ringkasan tentang berpuasa di bulan Ramadhan menggunakan kalendar al-Quran;

1) Amalan berpuasa adalah untuk Mu'min.

2) Ramadhan versi kalendar al-Quran yang mendatang, diramalkan jatuh pada 21 Disember 2010 hingga 18 Januari 2011.

3) Jumlah hari berpuasa pula adalah sepuluh hari antara tarikh tersebut.

4) Waktu berpuasa pula adalah bermula dari Subuh dan berbuka puasa pada Isyak.

5) Perbuatan yang dihindari adalah makan, minum dan aktiviti seks.

Perbezaan antara Mu'min dan Muslim adalah, Muslim mengamalkan Rukun Islam, sila rujuk; http://ariji86.blogspot.com/2010/06/rukun-islam.html

Manakala Mu'min pula darjatnya lebih tinggi berbanding Muslim.

Wallahualam.

Sunday, 27 June 2010

Keganasan

Kepada penganut Sunni yang mengganas ala Taliban di Afghanistan dan Jemaah Islamiah di Indonesia, ada baiknya jika perhatikan Surah al-Baqarah ayat 11 hingga 12;

Dan jika mereka diberitahu: "Janganlah membuat kerosakan di muka bumi." Mereka berkata:" Sesungguhnya kami adalah orang yang membuat kebaikan." Tidak, sesungguhnya merekalah perosak, tetapi mereka tidak sedar.

Wallahualam.

Pekomen Bhg. V

Bagi menjawab hujah di https://www.blogger.com/comment.g?blogID=1323782569523397951&postID=1736007682323088256

Wahai Ariji yg hebat dan bijaksana.
Kalau seseorang yg berfahaman sunni bertukar pada syiah maka dia dianggap sesat bukannya kafir. tapi jika dia mengkafirkan para Sahabi barula di boleh dihukum kafir!
dari segi logiknya bagaimana pula dia boleh dihukum bunuh jika dia berani dgn terang2 mengkafirkn sahabi jika dia bersama dalam kelompok jemaah Sunnah? sudah tentu dia bersama orgnya2 sendiri. dgn keadaan dunia sekarang ini amat tidak logik utk berperang dgn org2 iran 2 sbb musuh kafir laknat lagi besar lg byk. 
sesiapa yg tukar mazhab bukannya tukar agama.. BODOH!
sape pulak yg boleh dakwa yg die betul2 ikut mazhab?
siapa org melayu yg 100% mazhab Syafie pada masa kini???????
disebabkn die qunut waktu subuh so die mazhab Syafie la eh?? SALAH! 
kau nie mmg sah xde ilmu... dah mane kalendar hijrah yg sesat 2? dah xde benda lain sekarang kau ungkit hal ini pula?????
apa masalah kau? 
SEDAR PUN KAU DA SALAH.. SESAT. tapi kau timbulkan hal ini pulak? OK.. 2 hujah aku da bagi 2... 2 baru kire hujah. Yakin bila kita praktikkan sebab ada DALIL, BUKTI, HUJAH SERA PENJELASAN.. bukan jadi JAHIL.. YE KAU MMG JAHIL... nmpk sgt kau dah xboleh nk BERHUJAH kau bangkit isu lain.. pandai!
jawab isu ini. dah banyak hujah dan bukti utk hukuman murtad. bukan senang2 je nk bunuh orang Ariji. 
bukan ketua kampung yg kene jalankan HUDUD... 2 P.M patutnya orang yg paling depan utk sokong HUDUD..Aku xlayak nk bunuh kau jika kau murtad.. PENGUASA yang WAJIB patutnya.. dah kalau diorg xnk.. ALLAH AZZAWAJALL MAHA ADIL. nnt kite trime part masing2 akhirat nnt.. cum kat dunia nie kne la ade perjuangan jugak utk tegakkan HUKUM ALLAH. perlahan2 kayuh lame2 INSYALLAH nnt sampai juga... 
dah pakai hukum manusia kat Malaysia pun.. apahal kau nk bangkitkan isu nie Ariji? kau bukan tahu apa.. baca k..

Bagi isu yang mengkafir itu, mari perhatikan poin berikut;

1) Andaikan bahawa; mereka mengkafirkan individu tertentu melalui tulisan sejarah yang mereka baca.
2) Tulisan sejarah versi Syiah berbeza pula dengan tulisan sejarah versi Sunni

Maka apakah rasionalnya pembunuhan antara puak Sunni dan Syiah hanya kerana isu sebegini? Kematian Puteri Diana pada zaman moden yang dilengkapi internet, kamera, televisyen, pun masih misteri.

Maka, berbaloikah semua ini? Isu kafir perlu dilihat dari sudut tauhid.

Bace Hadith Sahih balik..
Umat islam terbahagi pada 73.. sume masuk neraka kecuali satu.. sape2 yg mentauhidkan Allah dan yg mengikut telunjuk jln Nabi s.a.w barulah selamat... FAHAM??

“Sesiapa sahaja yang menyelisihi aqidah Ahli Sunnah akan masuk ke dalam 72 golongan sesat, sabda baginda “Umatku” adalah umat Ijabah, yakni orang-orang yang menjawab seruan bagiNya dan menampakkan diri bahawa mereka mengikuti (Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam), sehingga ada 73 golongan, satu kelompok yang selamat adalah yang mengikuti Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dan istiqamah di atas agama baginda. Adapun 72 golongan itu, maka ada di antara mereka yang kafir, pelaku maksiat, ahli bid’ah dan berbagai-bagai.” Ibn bin bazz r.a.


*Mazhab pula mana ade berbeza aqidah wahai Ariji yg mujtahid masa kini.. 
bagi aku bukti dan penjelasan skit?? takat letak tgn dlm solat, qunut ade x time subuh, cara jual beli,(bukan sistem), cara duduk tahiyat akhir, dll... nie lah perbezaan mazhab pun.. xde nk smpai bunuh membunuh pulak.. xde huru hara pun kt masjid India kt k.l 2 ngan org melayu yg melampau byknya kat citu.. apa bende kau??

Masjid India di Kuala Lumpur? Sila lihat isu ini dari sudut global. Hakikatnya, tiada hukuman bunuh bagi kesalahan murtad dalam al-Quran.

Wallahualam.

Pekomen Bhg. IV

Bagi menjawab hujah pekomen di https://www.blogger.com/comment.g?blogID=1323782569523397951&postID=6577587601619972969


(Bagi menjawab hujah pekomen di...)


Apa jawapan kau? bila kau jawab soalan aku? kau nk tegakkan benang yg basah?? hehe


(Kalau kamu ada penyakit geli, mungkin ada baiknya kamu pergi ke klinik atau farmasi.)


*Org Melayu kaya dgn bahasa dan ungkapan. xpyhla kau ungkit hal mcm ini..betapa byknya soalan dan hujah aku yg kau tggalkn. kau suka betul jawab bende2 mcm nie kan.
sukahatilah.


(Apalah yang kamu membebel ini. Takkanlah kamu tidak dapat bezakan antara 365 dengan 354 sehingga kamu mengatakan aku berhujah tanpa ilmu?)


*yg nie aku xpaham apahal tetibe ko ckp bende nie? ko paham x apa kenyataan Qaradhawi yg aku bg 2? ape tetibe 365 354 nie? xde kene mengena la. bagitahu sikit apa logiknya kenyataan balas kau ini pada kenyataan Qaradhawi? kau pening sangat nie kowt.... Mane tidaknya tiba2 kau ckp psl 'mintak izin'...lol nie lagi apa masalah kau? pelik betul... aku xde suruh pun ko mintak izin Sheikh 2... ade perkataan 'izin' ke dlm kenyattan 2? kau jawab mcm nie je....2 je la.. tp nk bermegah... hurmmm.. usaha lagi! bila kau baca kenyataan Qaradhawi 2 kau xfaham nie.. senget betul apa yg kau ckp nie. xde kene mengena.
adoi 'mujtahid' ariji..... hurmm..


Mungkin kamu lupa atau kamu tak tahu, ijtihad adalah apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad setelah baginda menerima wahyu.

(Takkanlah kamu habis hujah sehingga ingin menggunakan teknik meludah pula? Adakah amalan meludah ini akhlak Sunnah Nabi yang kamu belajar? Kita berhujah dengan keilmuan, bukan dengan keganasan ala Taliban.)


Aduhai....penat tapi seronok jugak tgk gelagat kau ini... nielah bdk2 kate 'POYO' lebih.. aku xckp pun aku nk ludah kau.. bace balik.. bila masa pula kau berhujah??
dari dulu dah berbulan aku jawab dan tggu hujah kau.. sampai sekarang kau xbagi... bila pula kau berhujah? dgn ilmu pula itu? xde pun hujah kau.. tunjuk satu... yg aku tahu kau hanya mengkritik dan 'menfatwa' sesat berbagai macam fahaman sunnah. Siap cakap Hadith Sahih 2 'FAKTA YG PUPUS' pulak 2... lagi la nmpak jahil.. bila pulak kau berhujah nie? bg hujah 'fakta pupus' 2 ...jawapan asyik kelaut aje..apa yg kau hujah? bagi sikit. siar sikit tgk cmne biar orang bace... jgn main perasaan je.. adoi.. tapi aku xbley nk wat ape2 kalo ko masih anggap yg kau tulis sume 2 sebenarnya 'hujah' kau..cemerlang betul sikap kau.. terbilang.. haha.
sukahati... teguran da byk.. still pikir diri hebat? ok... 


Membebel?

(Bumi mengelilingi Matahari mengambil masa 365 hari bagi satu pusingan.)


*Ini satu dari beberapa kejahilan kau. Mari aku terangkan.(walaupun ini bukan bidangku tapi perkara ini amat asas utk difahami). Sila BACA SAMPAI FAHAM BARU BUAT KENYATAAN AGAR ORANG LAIN TAHU YG KAU ITU ADA ILMU. kalau x.. BODOH namenye.


"Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan BULAN bercahaya, dan Dialah yang menentukan PERJALANAN TIAP- TIAP SATU (MATAHARI DAN BULAN) itu (berpindah-pindah) pada tempat-tempat peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat MENGETAHUI bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-Nya (tanda-tanda kebesaran-Nya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikan-Nya."
(Surah Yunus, ayat 5)


KALAU NK GUNA SISTEM PEREDARAN MATAHARI KAU DAPAT LA 365 SETAHUN. 2 PON ADE TAHUN LOMPAT TIAP 4 TAHUN. SO BUKANNYA TEPAT 365 TIAP TAHUN ARIJI. KALAU PAKAI SISTEM IKUT BULAN DAPAT LA MACM KALENDAR HIJRAH SEKARANG BAHALOL... FAHAM?
QURAN KATE BOLEH PAKAI KEDUA-DUA NYA PON.. APA MASALAH KAU?? SESAT!!
dah suruh membaca belajar kau degil. bila tulis kenyataan siap suruh rujuk kat kenyataan kau sendiri balik. Pergh! BODOH SOMBONG NAMENYE!

Nak mencipta kalendar versi planet Pluto pun boleh, jika kamu mampu. Padahal selama ini pun, pelbagai versi kalendar yang telah dicipta. Hakikatnya, kalendar al-Quran berdasarkan Matahari dan Bulan.

Sememangnya ada unsur 'lompat' dalam kalendar al-Quran, kerana Bumi mengelilingi Matahari satu pusingan mengambil masa 365.24 hari. Namun jika dibundar, ia menjadi 365.

Bagi memenuhi unsur 'lompat' ini, adalah dengan menggunakan Bulan. Ini berbeza dengan kalendar Masihi yang 'memendekkan' bulan Februari bagi memenuhi unsur 'lompat' ini.

(Kamu kata Ahmad Deedat bukan ulama? Kamu tahukah apa itu maksud ulama? Ulama bermaksud orang yang berilmu.
Entah apa yang kamu bebelkan wahai Abdillah.)


* itulah kau.. aku suruh membaca tapi kau degil..maklumlah kau kan mujtahid penganalisis hadith sahih.. ape bagai sume kau tahu.. dasyat... ULAMA ialah seorang PAKAR atau PEMIMPIN agama yang bertugas untuk membimbing dan memandu umat Islam baik dalam masalah-masalah agama mahupun masalah sehari-hari yang diperlukan baik dari sisi keagamaan ataupun sosial kemasyarakatan. (ustaz kat skolah, tok kat surau xboleh digelar ulama..paham....) bukan sume org berilmu digelar ulama... jangan 'Pandai sgt'....
Ahmed Deedat byk jasanya. tapi beliau bukan seorang ulama. Dr.Zakir Naik adalah ulama. boleh beza? mereka dibidang yg sama tp byk perbezaan antara keduanya. 


Ulama berasal dari perkataan alim yang bermaksud seseorang yang tinggi ilmu pengetahuan tentang hal ehwal AGAMA ISLAM dan mengamalkan ilmu yang dipelajari. org yg mendalami ilmu Quran,fiqh , hadith ... org yg benar alim dalam ilmu2 ini barulah digelar ulama wahai Ariji... org kristen ade rahib,paderi bla2... xpernah pulak diorg nie dipandang sebagai ulama. 


Kata-kata Masruq seorang Tabiin di zaman Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Ali dan Saidina Osman “ Tanda seorang yang berilmu ialah orang yang takut kepada Allah dan tanda orang yang jahil ialah orang yang kagum dengan ilmunya” Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:64.)


Sama macm kau.. taksub dgn 'kehebatan' sendiri...


Sila berhujah dgn ilmu!
Assalamualaikum.....

Waalaikumussalam.

UMNO baru sahaja menjemput puluhan ulama. Kamu pula tidak mengaku Ahmad Deedat itu ulama? Kalau Zakir Naik dengar, mungkin beliau tidak setuju dengan kamu.

Menurut Dato’ Dr. Harun Din, dalam al-Quran karim terdapat dua kali sahaja perkataan ulama’ itu digunakan. Kedua-duanya merujuk kepada yang mendalami pengetahuan agama. Yang mendalami agama Islam diistilahkan dengan al-ulama’. Ada alif dan lam. Ini bererti bahawa ulama’ adalah istilah khusus yang dimaklumi bahwa hanya diguna pakai untuk yang mengetahui dan mendalami tentang agama Islam sahaja. Di dalam bahasa arab ada banyak istilah selain ulama’ yang diguna bagi merujuk kepada bidang masing-masing. Contohnya (khabir atau khubara’ untuk pakar yang lain dari bidang agama), Muhtarif atau muhtarifun, Fanni atau fanniyyun yang merujuk kepada technician, Mahandis arkitek, Tabib akhsai pakar perubatan.


Seperkara lain yang patut disebut bahawa perkataan ulama ialah perkataan jama’. Kalau untuk seorang disebut alim mufrad. Akan tetapi sudah menjadi penggunaan yang menyeluruh dipakai ulama’ untuk merujuk kepada seorang seperti imam Syafie adalah ulama’ terbilang. Dibolehkan demikian kerana hakikatnya seorang alim dalam Islam memiliki dan mendalami berbagai bidang ilmu, ilmu bahasa Arab dengan segala cabangnya ilmu al-qawafi, badi’ maani, bayan, nahu saraf, usul feqh, ulum hadis, hadis, tafsir, ulum tafsir, ilmu al-adab al-arabi, arud, tarikh, mantiq, al-falsafah dan berbagai ilmu. (Dr. Harun Din, 2004: 7-8.)


Nizam Sakamat Sakjeha merumuskan pengertian ulama’ pada tanggapan masyarakat umum adalah mereka yang berat sangkaan mereka, amat ikhlas dalm melaksanakan tuntutan al-Quran dan al-Sunnah. Amat prihatin dan berusaha keras untuk menegakkan yang hak dan memerangi kebatilan, mereka adalah orang yang tidak mungkin tenggelam dalam hawa nafsu. Nizam Sakamat Sakjeha Nasaih wa Taujihat al-Mufakkirin wa Ulama’ al-Islam liljamaat wal ahzab al-Islamiah: 4


Menurut Jamal Mohd Lokman, menjelaskan secara estimologinya ulama’ membawa maksud “orang yang mengerti atau orang yang berilmu pengetahuan”, iaitu mengetahui hakikat sesuatu dengan penuh keyakinan. Jamal Mohd. Lokman Sulaiman, 1999:37.


Abi Talib dan Ismail Abdul Halim, Istilah ulama’ disandarkan kepada individu yang mengetahui mengenai al-Quran dan al-Sunnah serta memahami kedudukan hukum dan sumber hukum Islam yang berpandukan kepada sumber tersebut. (Abi Talib dan Ismail Abdul Halim, 1982:2


*serba sedikit untuk kau faham apa itu 'ULAMA'....
Lain kali jangan pandai2 kau nk gelar sape2 ulama.. ilmu xde fitnah berleluasa! 
Innalillah!. Belajar asas agama Islam dahulu Ariji.. jangan tunjuk jahil lagi.. 


-Muhd Abdillah-


Terima kasih kerana berkongsi maklumat.

Wallahualam.

Pluralisme Bhg. II

Bila terbaca ayat 'Islam Pluralisme' di sebuah blog di http://al-ghari.blogspot.com/2010/06/untuk-pencinta-kebenaran.html, teringat pula coretan saya yang lalu tentang pluralisme.

Dalam Islam, yang lebih utama adalah tauhid, bukan akidah. Dan tauhid inilah yang menyatukan umat Islam.

Dan fokus perlu diberi kepada al-Quran. Kerana puak masing-masing berbeza kitab hadis, berbeza tafsir, berbeza ijtihad, namun mereka menggunakan al-Quran yang sama.

Wallahualam.

Tuesday, 22 June 2010

China dan Lelaki Single



Menarik, kisah menyayat hati para lelaki single di China. Akibat polisi satu-anak dan kelahiran bayi berjantina lelaki yang lebih kerap, berlaku ketidakseimbangan jantina sehingga mencecah lebih nisbah 100:1 di lokasi tertentu antara lelaki dan perempuan setelah lebih 30 tahun polisi itu berkuatkuasa.

Di Malaysia, nisbah jantina hampir 1:1, dimana kaum Hawa sedikit lebih ramai berbanding lelaki, iaitu kira-kira 1.053%.

Wallahualam.


Monday, 21 June 2010

Akhlak

Kepada penganut Sunni yang membuat komen, ada baiknya perhatikan riwayat hadis berikut;

1) Dari Abdillah bin amr bin Al ‘Ash radhiallahu ‘anhuma disebutkan : “Sesungguhnya sebaik-baik kalian ialah yang terbaik akhlaknya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

2) Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu mengabarkan bahwa suatu saat Rasulullah pernah ditanya tentang kriteria orang yang paling banyak masuk syurga. Beliau shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab : “Taqwa kepada Allah dan Akhlak yang Baik.” (Hadits Shahih Riwayat Tirmidzi, juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Lihat Riyadus Sholihin no.627, tahqiq Rabbah dan Daqqaq).

3) “Sesuatu yang paling berat dalam mizan (timbangan seorang hamba) adalah akhlak yang baik.” (HR. Abu Daud dan Ahmad, dishahihkan Al Bani. Lihat ash Shahihah Juz 2 hal 535).

Wallahualam.

Pluralisme

Berpandukan Rukun Islam di http://ariji86.blogspot.com/2010/06/rukun-islam.html; maka hukuman bunuh bagi kesalahan murtad adalah tidak relevan. Sila perhatikan kisah ini;

1) Seorang penganut Syiah yang keluar dari mazhab Syiah dan memasuk mazhab Sunni dituduh murtad dan dihukum bunuh oleh puak Syiah.

2) Seorang penganut Sunni yang keluar dari mazhab Sunni dan memasuk mazhab Syiah dituduh murtad dan dihukum bunuh oleh puak Sunni.

3) Apabila seorang bayi dilahirkan, dia adalah dalam keadaan tidak bermazhab.

4) Islam membawa mesej 'sejahtera'. Kesejahteraan tergugat dengan puak masing-masing saling bunuh-membunuh demi kepentingan mazhab.

5) Pembunuhan yang terjadi akibat konflik tulisan sejarah antara puak Sunni dan Syiah tidak bersifat sejahtera. Pada hari ini adalah tahun 2010, kenapa perlu saling membunuh akibat apa yang terjadi ratusan tahun lalu? Ingin mengikut jejak puak Zionist?

6) Berapa banyak lagikah masjid yang perlu dibom untuk memuaskan hati masing-masing?

7) Kenapa manusia yang hidup pada hari ini dibunuh kerana dosa nenek moyang yang telah meninggal ratusan tahun dahulu?

Perhatikan pula;

Orang-orang yang beriman, Yahudi, Nasrani dan Sabian, sesiapa yang beriman akan Allah dan Hari Akhirat dan melakukan apa yang baik, akan menerima anugerah dari Tuhan mereka. Tiada ketakutan ke atas mereka dan mereka tidak akan dukacita. (2:62)

Ayat di atas menjelaskan toleransi terhadap pluralisme. Jika puak Sunni atau Syiah tidak bersetuju tentang isu ini, sila renung mazhab sendiri.

Sebagai contoh, mazhab Sunni itu sendiri terbahagi kepada berikut;

1) Hanbali
2) Hanafi
3) Shafie
4) Maliki
5) Wahabi
6) Wahabi tidak original (gelaran ditujukan kepada mereka yang menolak ijmak tertentu)

Apakah tidak tergambar unsur pluralisme di atas?

Mazhab Syiah pula;

1) Ja'fariyah
2) Ismailiyyah
3) Zaidiyyah
4) Imam Bertujuh
5) Alawiyyah
6) Druze
7) Sabahiyyah
8) Tarikat Alevi
9) Bektashi Hamadani
10) Fatimid

Umat Islami seharusnya melihat isu ini daripada perspektif global dan menghormati hak ekspresi masing-masing.

Wallahualam.

Saturday, 19 June 2010

Pekomen Bhg. III

Bagi menjawab hujah pekomen di https://www.blogger.com/comment.g?blogID=1323782569523397951&postID=6923260605651722786

xperlu la tetibe nk libatkan Qaradhawi plak. padahal ramai lagi Ulama Malaysia yang menyokong penggunaan nama Allah untuk puak kristian 2. xpyh la kau nk berhujah lagi ariji. geli plak aku baca. mula2 aku ingat kau orang yang bijak tapi bila aku baca2 tau lah aku ko nie sesat la Ariji. bukan aku nk ngejek kau tapi kau patut timba ilmu dulu. 

Kalau kamu ada penyakit geli, mungkin ada baiknya kamu pergi ke klinik atau farmasi.

Al-Allamah Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi ada menulis tentang keutamaan ilmu atas amal.
"keburukan kelompok ini bukanlah kerna kerosakan hati atau fikiran mereka namun kerana kerosakan akal fikiran dan kefahaman yang batil. sebab itulah mereka juga diberi gelaran "berumur muda dan berakal bodoh".(Hadith riwayat al-bukhari dan Muslim dr Ali ibn Abu Talib r.a didlm al-lu'lu' wa al-marjan . (641)....kerana ilmu yg teramat lemah dan tiada kefahaman yg hak hingga tiada manfaat dan pengajaran drpd kitabullah meskipun mereka membacanya siang dan malam, namun bacaan tersebut disertai dgn kefahaman dan pengertian yang senget,menyeleweng,
dan keluar dr lunas2 islam itu sendiri. Imam Hasan al-Basri r.a mengingatkan Muslimin "org yg berbuat sesuatu tanpa dasar ilmu laksana org yg berjalan bukan diatas jalannya ilmunya, maka kerosakan yg akan ditimbulkan lebih banyak drpd kebaikannya."

Apalah yang kamu membebel ini. Takkanlah kamu tidak dapat bezakan antara 365 dengan 354 sehingga kamu mengatakan aku berhujah tanpa ilmu?

Qaradhawi menyambung..." perkara2 tersebut blh berlaku bila seseorg yg menjawat jawatan mufti tdk memilikik keimanan dan ilmu serta kepakaran yg cukup, APATAH LAGI JIKA DIA HANYA ORG YG SEBARANGAN SAHAJA......seperti yg kita dpt saksikan hari ini perkara2 agama sudah menjadi bagaikan padang rumput sesiapa sahaja blh masuk dan melepaskn ternaknya! setiap org berani menulis pasal agama meskipun baru mulai mengenalnya hanya satu dua hari sahaja. Walhal Al-Qura'nul karim, Sunnah Rasulullah s.a.w dan para ulama salaf dgn keras tlh memberi peringatan kpd Muslimin agar jgn gopoh dan sembarangan memasuki medan fatwa tersebut tanpa memiliki bekalan ilmu yg cukup, krn ianya kritikal dan merbahaya..!"
Fiqh Al-Awlawiyyat(fiqh keutamaan) m.s 63 dan 66 olh Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi. 


Kenyataan ulama agung ini amat tepat untuk diberi pada kau. semoga bermanfaat.

Kenapa aku kena minta izin dengan al-Qaradawi?

sebenarnya aku ingin menjawab soalan yg kau tujukan pada JAKIM itu. tapi byk pula soalan bodoh dan tidak berlandaskan ilmu jadi kenyataan Dr.Qardawi itu mmg amat baik utk difikirkan. Apakah kau setutju utk melantik org yg jahil ilmu agama menjadi pendidik agama?? Tidak kan?!

Apalah yang kamu membebel ini.

P.s: kalu nk ikut kalendar guna 12 bulan seperti didlam Quran jadi jumlah hari ditentukan oleh kedudukan matahari dan bulan. bukannya puak sunni tetibe dgn bangangnya pandai2 cipta berapa jumlah hari setahun. kita ikut alam yg dicipta dgn sistem2nya olh Allah. Bukannya mcm kau ini. belajar bisnes tapi kau g tegur hal2 sains yang kau sendiri bengong. Mane boleh! Yaum ade 365 kali diulang. Dlm 365 perkataan itu sila beri bukti ayat mana yng mengarahkan manusia agar hidup setahun 365 hari? jangan jadi bodoh, buat malu org kelantan aje. Malu Tok Guru Nik Aziz je kau ngaku blajar kt skolah die tapi ilmu kau.... kesian......................
Ariji nk cepat pandai eh?? hehe belajar k. Xkan pandai la kalau perngai cm gini. eksyen bukan main. jgn sampai org menyampah dgn kebodohan sampai muka kene ludah.

Takkanlah kamu habis hujah sehingga ingin menggunakan teknik meludah pula? Adakah amalan meludah ini akhlak Sunnah Nabi yang kamu belajar? Kita berhujah dengan keilmuan, bukan dengan keganasan ala Taliban.

Surah Yunus ayat 5;

Dialah yang menjadikan Matahari sinaran, dan Bulan cahaya, dan mengukurnya fasa-fasa; supaya kamu tahu jumlah tahunan dan pengiraannya. Allah tidak menciptakan ini kecuali dengan Kebenaran. Dia menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang mengetahui.

Bumi mengelilingi Matahari mengambil masa 365 hari bagi satu pusingan.

perkataan addunyya ade 115! tapi dunia tetap satu je! kan????!!!!
Apalah Ariji. belajar! belajar! belajar! jangan igt dah pandai! kau 2 lemah n xtahu apa2 lagi.
Ahmed deedat 2 bukan ulama pun n die da tarik balik kenyataan die pada rashad khalifa laknaktullah.
org yg ingkar Quran bukan main kau sanjung jasa 19 die 2. Yahudi palk kau siap suruh bezakan zionis dgn yahudi! wah pandai nye!
tapi sayang kekufuran kau jelas. kau sanjung yg sesat2 nie tapi ko 'sesatkan' pula golongan Sunnah!
kau mencaci Nabi s.a.w dgn mengtakan baginda tdk maksum!, kau mengutuk para sahabi! para ulama yg alim! Fahaman Ahli Sunnah kau fatwakan sesat! kaulah yg memerangkap diri sendiri. kau telah sesat. Semoga Allah s.w.t yang Maha Pengasih dan Penyanyang tidak menyesatkan kau lebih teruk lagi! Amiin!


-Muhd Abdillah-
Allah Azzawajall Maha Besar!

Perkataan 'yaum' berjumlah 365 dalam al-Quran, apa kamu ingat hari hanya ada 365 sahajakah? Jika dua tahun maka bukankah ia menjadi 730?

Kamu kata Ahmad Deedat bukan ulama? Kamu tahukah apa itu maksud ulama? Ulama bermaksud orang yang berilmu.

Entah apa yang kamu bebelkan wahai Abdillah.

Wallahualam.

Pekomen Bhg. II

Bagi menjawab hujah pekomen di https://www.blogger.com/comment.g?blogID=1323782569523397951&postID=343403326850915233

Soalan 1. Ariji kena belajar ilmu falak (astronomi)

Perkataan 'yaum' dalam al-Quran berjumlah 365. Selepas kamu menolak Surah An Nur ayat 2, kamu mahu membuang perkataan 'yaum' sehingga menjadi 354 pula?

 2. Soalan remeh temeh 

Taat kepada 'Rasul' itu remeh? Namun bila melibatkan isu yang bercanggah dengan al-Quran umpama isu hukuman zina, tidak remeh pula?

3.Orang Melayu je,
...

 4.Ariji tak jumpa je, banyak 

Mana buktinya? Atau kamu ingin menegakkkan benang yang basah kuyup?

5. Ariji tak faham maksud syahadah tu 

Nabi Muhammad telah wafat. Maka Nabi Muhammad was the messenger of Allah.

Mana jawapan bagi soalan nombor enam?

7.Muslim tak iku sunnah, macam Ariji syaik berlagu dengan muzik 

Tidak menerima kenyataankah?

8.Itu lah namanya tafsiran (Ariji masih tak boleh bezakan antara terjemahan dengan tafsiran ke

Tafsir sebaik-baiknya sila letak di footnote, atau sekurang-kurangnya dalam kurungan. Sila rujuk http://ariji86.blogspot.com/2010/05/konspirasi-fitnah-terhadap-al-quran.html

 9,Hukum fikah lain, undang2 lain, kena baca buku Tok ud Zuhdi, Ariji tak baca lagi ke?

Kamu sudah baca ke?

10. Soalan paling mengarut dan Ariji tak faham rukun Islam ke?(ni dah masuk tolak bukan sahaja hadis tetapi Quran),

11.Politik perkara ijtihadi,Ariji belajar ke Usul fekah bab Ijtihad, baca dulu usul fekah, baru faham. 

Kamu ijtihad atau taqlid?

12.,Ariji kena belajar dulu sunnah tasyri` berbeza dengan sunnah ghayr tasyri`i. Nape Ariji tak ikut sunnah pakai tongkat, kan nabi pakai tongkat. Umumr 20 Ariji kena kahwin lah sebab nabi kahwin usia 25 tahun. Dak gitu 

Atau kamu tidak menyimpan janggut kerana As Shafie menfatwakan hukumnya sunat?

13.Awak memfitnah imam Bukhari, itu dosa besar 

Kenapa tidak baca soalan dengan betul? Aku tulis Kitab al-Bukhari.

14. 40 hadisa pun cukup kalau awak tidak degil, kalau awak degil 1,000 hadis pun tak cukup. 

Ayat al-Quran adalah hadis terbaik.

15. Ariji msasih rendah ilmu tak boleh beza antara matlamat dan wasilah. Sila baca al-Qaradhawi, banyak2. 

Baguslah kalau kamu faham kita kena 'ikut' peredaran masa.

16.Ulama hadis dah selesai, awak yang tak belajar je tak faham, belajar dulu secar4a berguru. Pak sedara awak tu orang tera2 tau. 

Banyak hadis dhoif yang masih menjadi ikutan penganut Sunni.

17. Berhati2 buat kenyataan. Awak jalan kaki ke atas ke? 

Aku bukan Spiderman.

18. Awak dah totok jadi pengiklut anti hadis si Kassim Ahmad, atau Rashad Khalfiah, ajaran tu sesat.

Pengikut al-Quran adalah pengikut hadis, kerana ayat al-Quran adalah hadis terbaik.

19.Hadis penjelasan kpd Quran. Tanpa hadis, bagaimana Ariji sembahyang, ada ke dlm Quran zuhur 4 rakaat dan subuh 2 rakaat. Ke Ariji tak sembahyang subuh..Orang tua belum nyanyok.

Wallahualam.

Thursday, 17 June 2010

Rukun Islam

Muhammad Shahrur berpendapat "Rukun Islam" seperti berikut;

1) Kepercayaan akan kewujudan Tuhan

2) Kepercayaan akan Hari Akhirat

3) Melakukan perbuatan baik

Perbuatan yang boleh menghancurkan tiga rukun di atas adalah; perbuatan syirik, iaitu menyetarafkan benda lain dengan Allah.

Sebagai contoh wang, kuasa, atau makhluk lain. Apabila kita memuja wang atau kuasa setaraf dengan Allah, maka kita akan terdedah kepada perbuatan merompak, mencuri, berlaku khianat dan sebagainya.

Pertamanya, ia meruntuhkan rukun yang pertama. Ini membawa kepada keruntuhan rukun kedua, iaitu kepercayaan bahawa perbuatannya akan disoal di Hari Akhirat, seterusnya membawa keruntuhan rukun ketiga, iaitu melakukan perbuatan jahat.

Dalam kes ini, suspek perlu bertaubat. Firaun pun telah diberi peluang untuk bertaubat.

Perbuatan baik pula terdiri daripada;

1) 'Jangan menjadikan benda lain setaraf dengan Allah'

Isu ini telah dibincangkan di atas.

2) 'Berbuat baik kepada ibubapa'

Sila rujuk 71:28, 17:23, 31:14, dan 46:15.

3) 'Jangan membunuh anak kerana masalah ekonomi terdesak / takut menghadapi masa depan'

Contohnya membunuh anak luar nikah kerana berasa malu, atau membunuh anak sah hanya kerana kemiskinan. Sila rujuk 6:151, 17:31.

4) 'Jangan menghampiri perbuatan yang memalukan samada secara terbuka atau tertutup'

Contohnya perbuatan zina dan homoseksual.

5) 'Jangan mengambil nyawa yang Allah muliakan, kecuali dengan cara keadilan dan undang-undang'

6) 'Jangan menghampiri harta anak-anak yatim, kecuali untuk memperbetulkannya (improve)'

Sila rujuk Surah 4 dan 5.

7) 'Berikan sukatan dan berat dengan adil'

Sila rujuk 83:1-3.

8) 'Apabila bercakap, cakaplah dengan adil walau melibatkan relatif dekat'

Sila rujuk 4:135.

9) 'Penuhi perjanjian Tuhan'

Menghindari sumpah bohong atau ketidaksetiaan terhadap kepercayaan orang lain, seperti akad nikah, akad kerakyatan negara, akad parti politik dan sebagainya. Sila rujuk 13:20.

10) 'Sesungguhnya ini adalah laluan Ku, memimpin lurus, ikutlah ia. jangan ikut laluan-laluan lain.'

Ini menyeru agar kita memenuhi perintah Allah. Perhatikan pula;

Orang-orang yang beriman, Yahudi, Nasrani dan Sabian, sesiapa yang beriman akan Allah dan Hari Akhirat dan melakukan apa yang baik, akan menerima anugerah dari Tuhan mereka. Tiada ketakutan ke atas mereka dan mereka tidak akan dukacita. (2:62)

Wallahualam.

Haji

Berikut adalah pendapat dari Monotheist Group.

Al-Quran menerangkan tentang Haji antaranya;

1) Manusia

Haji adalah untuk dilakukan oleh manusia, bukan terhad kepada puak tertentu sahaja. 

Dan serulah manusia dengan Haji... (22:27)

2) Bakkah

Lokasi Haji adalah di Bakkah.

Bait Pertama yang dibina untuk manusia adalah di Bakkah... (3:96)

Dikala puak Zionist ingin menguasai Bakkah, puak Sunni pula mendakwa Bakkah itu Mekah?


Inilah antara faktor kenapa kiblat yang pertama adalah menghala ke Jurusalem.

3) Mekah

Al-Quran menerangkan bahawa penduduk Mekah menghalang Nabi dari Masjidil Haram.

Merekalah yang menyisih dan menghalang kamu dari Masjidil Haram... (48:25)

4) Kiblat kedua

Kiblat kedua hanyalah ujian.

... Ia adalah ujian yang berat kecuali bagi mereka yang Allah hidayahkan... (2:143)

5) Kembali kepada kiblat pertama

... Palingkanlah wajah kamu ke arah Masjidil Haram... (2:144)

Wallahualam.

Wednesday, 16 June 2010

JAKIM, Al-Arqam dan Rashad Khalifa

Isu Al-Arqam kecoh kembali. Saya melihat puak Arqam yang percaya bahawa Ashaari itu Imam Mahdi, tidak ubah seperti Taliban yang percaya bahawa kaum perempuan tidak layak untuk ke sekolah.

Kita juga sering mendengar laungan umpama;

"Sesiapa yang bukan bermazhab Sunnah Wal Jamaah, maka mereka adalah sesat."

Dikala laungan itu bergema, masing-masing berkonflik sesama sendiri dengan mengatakan bahawa masing-masing membawa Sunnah Nabi yang sebenar.

JAKIM sendiri menyenaraikan senarai ajaran sesat seperti berikut;

1. Nasrul Haq
2. Budi Suci
3. Al-Watan
4. Budi Suci Sejati
5. Jawa Faradin
6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
7. Tusuk Hikmat
8. Ilmu Kebatinan
9. Potong Maya
10. Naluri
11. Kaula
12. Haqqullah Syahadah
13. Rampai
14. Wali Suci
15. Kalimat Sakti
16. Silat Pukulan Jarak Jauh
17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18. Zikir Sha`ban Islam Haq
19. Asal Wujud Garis Laksmana
20. Al-Ma`zat
21. “Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
22. Ilmu Kebatinan
23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
27. Mohd Nordin Putih
28. Nasrun S.T.Qahar
29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
31. Wali Sembilan
32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
35. Al-Arqam
36. Golongan Anti Hadis
37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali juga
sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
38. Syiah
39. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
40. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
42. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat
43. Tarikat Mufaridiah
44. Ajaran Hassan Anak Rimau
45. Tarikat Aurad Ismailiah
46. Ajaran Martabat Tujuh
47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
48. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
50. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
51. Ajaran Mohd Nor Seman
52. Ajaran Ayah Pin 
53. Al-Ma`unah
54 Ajaran Azhar Wahab
55. Ajaran Hj.Banuar


Dikala JAKIM menfatwakan ajaran-ajaran di atas sebagai sesat, ada beberapa soalan pula yang saya ingin tanya kepada JAKIM. Antaranya;

1) Kenapa hari dalam kalendar Hijrah berjumlah 354 atau 355 setahun, padahal perkataan 'yaum' dalam al-Quran berjumlah 365 patah perkataan?

2) Kenapa Sultan yang dikenali sebagai ketua agama Islam tidak memakai jubah?

3) Kenapa perlu ada perkataan 'Haji' pada nama rakyat Malaysia yang telah menunaikan Haji?

4) Kenapa tiada ayat 'Sunnah Nabi' dalam al-Quran?

5) Kenapa tiada undang-undang etika/moral dalam Rukun Islam? Bukankah etika/moral itu sebahagian daripada Islam?

6) Kenapa berkhatan itu lebih baik daripada tidak berkhatan? Bukankah Allah menyempurnakan kejadian manusia?

7) Kenapa umat Islami terkebelakang dalam pelbagai aspek seperti teknologi, ekonomi dan sebagainya selama ratusan tahun jika Sunni itu benar? Bukankah kita menggunakan al-Quran dari Allah yang Maha Bijaksana?

8) Kenapa penterjemahan al-Quran ke dalam bahasa Melayu disertai dengan tokok tambah mengikut kesesuaian fahaman tertentu?

9) Kenapa had umur pernikahan di Malaysia bukan 9 tahun?

10) Kenapa melakukan Haji di Mekah? Bukankah al-Quran menerangkan pertukaran arah kiblat sebanyak dua kali?

11) Kenapa ulama UMNO tidak menyokong PAS? Bukankah PAS membawa fahaman Sunni?

12) Kenapa hukum menyimpan janggut adalah sunat di Malaysia? Bukankah kita perlu mentaati Rasul?

13) Kenapa kitab Al-Bukhari yang mempunyai fitnah terhadap Nabi Muhammad dijadikan sumber hikmah?

14) Sebanyak manakah riwayat hadis yang perlu saya percaya untuk mendapat Islam yang sebenar?

15) Jika Sunnah Nabi itu sentiasa lebih baik, maka kenapa askar Malaysia tidak menggunakan pedang?

16) Kenapa isu kesahihan riwayat hadis masih belum selesai walaupun setelah ratusan tahun berlalu?

17) Kenapa wajib berhukum agama dengan kitab lain selain al-Quran? Bukankah tiada Tuhan selain Allah?

18) Kenapa kamu tidak menggunakan 'mesin masa' kembali kepada zaman Nabi untuk melihat Sunnah Nabi yang sebenar?

19) Kenapa kamu sanggup mengingkari Al-Quran semata-mata untuk mentaati kitab lain?

Saya bukanlah pengikut Rashad Khalifa. Namun saya menghargai perjuangan beliau dalam teori 19, jasa beliau dalam menterjemahkan al-Quran, perjuangan beliau dalam membongkar kepalsuan mazhab Sunni dan mengutuk pembunuhan terhadapnya, maka saya sertakan 19 soalan jua untuk JAKIM. Untuk makluman, Ahmad Deedat sendiri menghargai usaha Rashad Khalifa sehingga menerbitkan sebuah buku berkenaan teori 19, yang bertajuk Al-Qur'an: the Ultimate Miracle. Soalan-soalan ini digubah oleh saya sendiri berdasarkan pengamalan hidup saya.

Teori 19, masih tidak terbongkar sepenuhnya pada hari ini dan masih dalam status misteri. Tetapi itu tidak bermakna bahawa ianya 100% salah. Ada bahagian yang jelas, ada juga bahagian yang masih kabur.

Saya juga masih menolak pendapat Rashad berkenaan pemansuhan dua ayat al-Quran. Saya menggunakan dalil Surah al-Hijr ayat 9, 90 hingga 91, dan juga dalil yang digunakan sebagai tema blog saya, iaitu Surah Al-Isra' ayat 36.

Dari satu sudut, penolakan Rashad terhadap dua ayat itu ada persamaan dengan puak Sunni yang menolak Surah An-Nur ayat 2 bagi menghalalkan hukuman rejam sampai mati ke atas kesalahan zina.

Wallahualam.


Tuesday, 15 June 2010

Aku Bukan Siapa

Telah menggubah sebuah lagu bertajuk 'Aku Bukan Siapa'. Durasinya kira-kira 2:18 sahaja. Itu pun kerana ada 'ritard' pada ending. Samada ritard, atau rall., atau mana-mana istilah untuk tempo, tidak pula saya pasti. Itu hanya soal istilah.

Seperti biasa, sukar untuk rasa puashati apabila berkarya. Cerewet.

Semasa pemilihan key bagi melodi, mengingatkan saya kepada lagu gubahan Yuna. Melodi tidak semestinya dinyanyikan dengan nada yang tinggi umpama Ziana Zain. Maka saya telah memilih range yang sesuai untuk suara bass dan tenor jua.

Liriknya untuk penyanyi lelaki. Perkataan 'bujang' untuk si penyanyi, dan 'dara' untuk si dia, jelas, lirik ini untuk kaum lelaki sahaja.

Walaupun durasinya pendek, namun formnya ABA'C, tempo 100, genre balada. Saya cuba memikirkan untuk memanjangkan durasi, tetapi kekeringan ilham. Jika ia mengurangkan kualiti arrangement, mungkin lebih baik pendek saja.

Wallahualam.

Sunday, 13 June 2010

Raja

"Kita memerlukan Raja. Tanpa Raja, nanti kaum Cina akan mengambil kesempatan ke atas kaum Melayu."

Ayat ini yang boleh digambarkan pernah diucapkan oleh kawan perempuan saya suatu ketika dahulu semasa kami sedang mengulangkaji pelajaran.

Ianya adalah lanjutan daripada peristiwa berikut; sila rujuk http://ariji86.blogspot.com/2010/02/biro-tatanegara-kalendar-hijrah-dan.html

"Ariji? Ariji mana?"

"Alah, Ariji yang ingin memansuhkan pemerintahan monarki semasa kita menghadiri kursus suatu ketika dahulu."

"Oh, yang itu."

Saya pernah membezakan pemerintahan monarki di Malaysia dengan Arab Saudi, sila rujuk http://ariji86.blogspot.com/2010/04/mazhab-sunni-dan-pemerintahan-monarki.html

Antara perkara yang perlu diberi perhatian tentang pemerintahan monarki adalah;

1) Hidayah

Hidayah tidak bergantung kepada keturunan tertentu. Jika si ayah mendapat hidayah, belum tentu cucunya mendapat hidayah.

Jika ditakdirkan si cucu tidak mendapat hidayah, maka dengan kuasa mutlak yang dimiliki boleh menghuru-harakan negara itu sendiri. Sejarah China banyak mengisahkan tentang dinasti-dinasti, anda boleh menonton drama cina di tv tentang kes ini. Begitu juga dengan sejarah Tanah Melayu.

2) Musyawarah

Pemerintahan monarki boleh membawa kepada pengurangan kadar musyawarah antara pihak pemerintahan dengan rakyat jelata.

Dalam kisah Puteri Gunung Ledang, Raja diceritakan pernah merampas barangan emas daripada rakyat jelata secara paksa, bagi membina jambatan emas.

Hakikatnya, pengambilan emas itu boleh dijalankan secara musyawarah. Rakyat jelata boleh jadi menyokong pembinaan jambatan emas itu selepas bermusyawarah, seterusnya menyerahkan emas kepada pemerintah secara sukarela.

3) Musuh dari luar

Sejarah Tanah Melayu menceritakan bahawa Inggeris pernah cuba mengambil kesempatan daripada kuasa mutlak Raja dengan memaksa Raja menandatangani perjanjian tertentu.

4) Checks and balances

Kurangnya unsur check and balance apabila pemerintah berkuasa mutlak.

Pemansuhan pemerintahan monarki yang diusul, bukanlah dengan menyerang Istana atau seumpamanya. Namun dengan digantikan dengan sistem yang lebih baik, iaitu menjadikan al-Quran sebagai perlembagaan tertinggi negara dan menggalakkan aspek musyawarah dalam segenap isu.

Dan apabila saya mengatakan meletakkan al-Quran di tempat teratas, saya benar-benar memaksudkannya. Iaitu meletakkan al-Quran lebih tinggi daripada tafsir, hadis, ijmak, qias, ijtihad, dan penterjemahan itu sendiri.

Ini berbeza dengan konsep Salafi tradisional, atau mazhab, jika anda memahaminya, walaupun 'nampak' seakan sama.

Wallahualam.

Thursday, 10 June 2010

Yahudi

Bila bercakap tentang Yahudi, maka ada dua perkara yang perlu dibezakan. Iaitu;

1) Bangsa Yahudi
2) Agama Yahudi

Mengeji dan mengutuk dari sudut bangsa adalah bersifat perkauman. Kita tidak merancang untuk dilahirkan sebagai berbangsa Melayu, Cina mahupun Yahudi. Kita sepatutnya menghormati ketetapan Allah dalam aspek ini.

Mengkritik dari sudut agama pula isu yang lain. Saya kerap juga mengkritik Sunnism.

Saya lihat, penganut Yahudi yang 'warak', antara mereka tergambar aura keamanan. Sila rujuk http://ariji86.blogspot.com/2010/05/harun-yahya-dan-penganut-yahudi.html

Isu yang berlaku di Gaza pada hari ini lebih kepada Zionism berbanding Judaism. Maka yang dilaungkan mungkin lebih baik jika kepada anti-zionism berbanding anti-judaism. Ini bagi menghindari daripada salahfaham bahawa 'Yahudi' yang dilaungkan itu merujuk kepada bangsa semata-mata.

"Muzik bagaikan agama bagi saya suatu ketika dahulu."

Ayat ini yang boleh digambarkan pernah diucapkan oleh Yusuf Islam. Dari kes ini,Zionism itu sendiri dikategorikan sebagai agama. Agama memperlihatkan sebagai satu sistem dan kepercayaan.

Memandangkan Zionism lahir daripada kitab Taurat versi tidak original, maka kita boleh katakan bahawa Zionism itu sendiri adalah pecahan mazhab daripada Judaism. Antara perkara yang perlu diberi  perhatian adalah, hak tanah tidak sepatutnya bersandar kepada keturunan semata-mata, tetapi kepada perjanjian hakmilik. Memandangkan perjanjian hakmilik Yahudi terhadap tanah Palestin kabur dan bersandarkan kepada tulisan sejarah, sekurang-kurangnya ia sepatutnya disalurkan kepada proses kehakiman bagi mendapatkan balik hakmilik itu.

Zionism boleh digambarkan bagaikan kaum Melayu menuntut Singapura kembali menjadi Johor.

Wallahualam.

Sunday, 6 June 2010

Nabi, Rasul, Hikmah, Etika, Ritual dan Rukun Islam

Al-Quran antaranya menerangkan 'dua zaman', iaitu zaman kenabian dan kerasulan, dan zaman selepas kewafatan Nabi Muhammad.

Al-Quran menerangkan bahawa Nabi Muhammad adalah penutup segala Nabi tetapi bukan penutup segala Rasul. Kenapa? Salah satu antara klunya adalah kerana kita mempunyai Risala pada hari ini. Bukan kitab 'Risala' tulisan As-Shafie, Risala yang dimaksudkan adalah 'mesej', kerana Rasul itu bermaksud 'pemesej'.

Nabi Muhammad menyampaikan mesej. Baginda telah wafat, namun mesej yang disampaikan oleh baginda wujud sehingga ke hari ini. Oleh itu, 'Rasul' diterangkan dalam al-Quran sebagai bersifat continous hingga ke hari kiamat. Apatah lagi, pada hari ini jua, kita diperintahkan agar mentaati Rasul.

Kemudian wujudnya beberapa individu seperti Rashad Khalifa dan Kahar Ahmad yang mendakwa diri mereka sebagai Rasul. Ini isu yang kritikal. Secara amnya, sesiapa yang menyampaikan mesej, maka dia adalah seorang pemesej.

Nabi Muhammad sendiri tidak maksum, sila rujuk http://ariji86.blogspot.com/2010/05/nabi-muhammad-tidak-maksum.html

Namun, Rashad Khalifa dibunuh curi pula, selepas beliau difatwakan murtad. Si pembunuh pula beranggapan bahawa dia telah mendapat pahala kerana menjalankan 'Syariah'.

"Si murtad perlu dibunuh."; kata mereka. Kahar Ahmad pula dihukum penjara.

Fakta bahawa Nabi Muhammad tidak maksum adalah mencabar sunnism itu sendiri, kerana, mereka 'obses' dengan tulisan sejarah, walaupun mereka sendiri mengakui bahawa tulisan sejarah itu dicemari dengan unsur fitnah seperti Israeliyyat, riwayat hadis palsu, dan juga probabillity kekurangtepatan tulisan sejarah akibat ketidakmaksuman para pembawa sejarah. Namun mereka terus berkata;

"Kami tetap perlukan riwayat hadis agar kami dapat mentaati Rasul dan mengamalkan Hikmah."

Dikala mereka mengamalkan 'Hikmah', ada pula pihak lain yang tergelincir daripada Hikmah dengan melakukan terrorism, extremism umpama honor killing, pengeboman Bali dan sebagainya.

Saya pernah mengatakan bahawa makhluk dalam blog saya ini tiada yang mutlak selain daripada Kitabullah. Sila rujuk http://ariji86.blogspot.com/2010/05/wake-up-project.html

Dan inilah yang sepatutnya diimplied oleh para penganut Sunni dan Syiah terhadap apa yang dibawa oleh nenek moyang, sebagaimana jua yang sepatutnya dilakukan oleh penganut Kristian dan Yahudi ketika zaman Nabi Muhammad.

Anda boleh menonton filem 'Perempuan Berkalung Sorban', bagaimana sunnism yang ekstrem membawa kepada unsur negatif. Saya tidak sempat menonton habis filem itu.

Dimanakah undang-undang etika dalam 'Rukun Islam'? 'Rukun Islam' menerangkan tentang ritual, padahal amalan berpuasa pada bulan 'Ramadhan' muncul bersama dengan kemunculan kalendar Hijrah, dan kalendar Hijrah belum muncul pada zaman sebelum zaman Nabi Muhammad.

Dalam ertikata lain, muslim sebelum zaman Nabi Muhammad tidak menjadikan 'Ramadhan' versi kalendar Hijrah sebagai sandaran untuk berpuasa, seterusnya bercanggah dengan 'Rukun Islam' yang dibawa oleh sunnism.

Dengan tersisihnya undang-undang etika dalam 'Rukun Islam', maka kita 'lihat' bagaimana kalimah Islam dipergunakan oleh pihak tertentu bagi melakukan hubungan seks dengan gadis berumur semuda 'sembilan tahun', menjadi Raja berkuasa mutlak, memukul isteri, menafikan hak cerai bagi si isteri, melebarkan empayar dengan peperangan dan pembunuhan, membunuh mereka yang tidak sefahaman selepas menfatwakan mangsa sebagai murtad, menjual nama 'Rasul' dan sebagainya.

Oleh itu, lihatlah Islam lebih dari sekadar 'Rukun Islam', kerana tiada penekanan terhadap aspek etika dalam 'Rukun Islam'.

Wallahualam.

Saturday, 5 June 2010

Keynote

Satu program yang menarik diusahakan oleh Ajai. Mencari bakat penggubahan/penerbitan lagu dalam program pengajian selama tiga bulan ala-ala Akademi Fantasia.

Ya, bidang penggubahan lagu adalah salah satu saya punya passion. Jika anda rasa anda cukup bersedia untuk terjun ke dalam bidang ini secara aktif dan straight forward, program ini sememangnya sesuai untuk anda.

Pengajian tiga bulan secara praktikal, hadiah kejuaraan RM10,000, barangan penaja RM20,000, sebuah kereta dan kontrak di bawah syarikat rakaman, apa lagi yang kurang dalam program ini bagi mereka yang ingin menceburi bidang penggubahan lagu?

Jika anda kalah sekalipun, sekurang-kurangnya anda dapat menimba pengalaman selama seminggu, itupun jika anda peserta pertama yang tersingkir.

"Habis tu, kenapa kamu tidak join wahai Ariji?"

"Soalan yang bagus. Tapi, jawapan bagi soalan ini, awak tolong fikirkan untuk saya, ok?"

Otak saya 'berputar' mempertimbangkan untuk cuba menyertainya bagi musim yang lain. Lazimnya, akan wujud pula musim kedua, ketiga dan seterusnya.

Wallahualam.

Friday, 4 June 2010

Mahathir Bhg. II

Satu pujian patut diberikan kepada Mahathir kerana mengasas Perdana Global Peace Organisation. Ketika terbaca akhbar beberapa bulan lepas tentang hal ini, saya tidak sempat meluangkan lebih masa untuk isu ini kerana sibuk di institusi pengajian.

Islam sebenarnya lebih kepada 'tanggungjawab' berbanding 'ritual'. Persoalan "Apakah Islam yang sebenar?"; yang dilontarkan dalam coretan di http://ariji86.blogspot.com/2010/05/zaman-jahiliyyah.html adalah satu soalan yang baik kepada orang Islam.

Perdana Global Peace Organisation bagaikan satu magnet yang mengumpul peacemakers dari serata dunia, dalam memerangi keganasan. Dalam kes ini, Mahathir memperlihatkan diri sebagai seorang peacemaker.

Wallahualam.

Wake Up Project Bhg. II

Hari ini  laman web wake up project dapat diakses. Jika sebelum ini banyak kali gagal, kali ini berjaya pula. Samada disebabkan masalah traffic, IP address, secara kebetulan atau lain-lain tidak pula saya tahu.

Ada perkara menarik yang telah saya terlepas. Kelihatan Achernahr agak aktif dengan post hampir mencecah seribu keping di forum. Jika anda ada banyak masa free, meluangkan sedikit masa di forum itu mungkin ada baiknya. Sila rujuk http://www.wakeupproject.com/Forum/index.php

Wallahualam.

Wednesday, 2 June 2010

Ibn Al-Qayyim dan Judi

Bila 'dibelek' kitab yang bertajuk "Halal dan Haram Dalam Islam" tulisan Yusuf Al-Qaradawi, ada something wrong. Kitab ini mempunyai unsur Sunnism yang agak kuat.

Pada bab 2.5, terdapat isu tentang judi seperti berikut;

Dia telah mengharamkan judi tetapi menghalalkan pertaruhan dalam bentuk pertandingan yang mana berguna untuk mereka (orang Islam) berjihad agama, seperti lumba kuda atau unta dan bertanding dalam menembak.

'Dia' dalam ayat di atas merujuk kepada Allah. Oleh kerana perkataan 'dia' itu bermula pada awal ayat, maka fungsi capital letter menjadi lebih kabur dalam kes ini. Namun tulisan tersebut bukan originally datang daripada al-Qaradawi, tetapi petikan daripada Ibn al-Qayyim.

Kemungkinan fatwa ini dipengaruhi oleh riwayat hadis berikut;

Semua jenis sukan adalah haram untuk lelaki kecuali memanah, menunggang kuda dan bermain dengan isteri-isteri mereka. (Tirmizi, Ibn Majah, dan Abu Daud)

Jika ditanya kepada puak Sunni, kenapa mereka mengharuskan permainan bolasepak, mereka dijangka akan menjawab;

"Istinbat daripada riwayat hadis tersebut adalah merujuk kepada sukan yang berpeluh. Oleh itu, bermain bola sepak hukumnya adalah harus."

Riwayat hadis tersebut memberi 'superiority' kepada sukan yang berpeluh. Namun, aktiviti 'berpeluh' dengan isteri tidak ada pula dalam fatwa Ibn al-Qayyim itu.

Ini mengingatkan saya kepada isu judi di Malaysia. Kemungkinan kerajaan Malaysia menggunakan fatwa daripada Ibn al-Qayyim dalam isu tersebut.

Wallahualam.

Gaza Bhg. II

Berikut adalah komen dari pekomen berkenaan 'Gaza' di http://ariji86.blogspot.com/2010/06/gaza.html#comments

 Anonymous said...
Kurang ajar! apa jahil sangat xtahu nk membezakan perjuangan Fisabilillah dgn perjuangan zionist! kau memang tidak minat berilmu agaknya. Arab saudi mengambil tanah mereka sendiri. Tanah Arab, oleh orang2 Arab juga majoritinya! Palestin bukan tempat zionist! Mana boleh sama!!! Belajar! Belajar! belajar! kalau tidak maka selamanya Bodoh!

Kepada si 'cerdik pandai', sila rujuk

1) http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_Saudi_Arabia
2) http://en.wikipedia.org/wiki/Battle_of_Mecca_1916
3) http://en.wikipedia.org/wiki/Ibn_Saud
4) http://en.wikipedia.org/wiki/Ikhwan
5) http://en.wikipedia.org/wiki/Hussein_bin_Ali,_Sharif_of_Mecca

Ulama-ulama 'pujaan' kamu 'tidak serik' berebut kuasa, melebarkan empayar dan sebagainya.

Berikut petikan daripada wikipedia Perang Mekkah 1916;

It was the beginning of the end of the Ottoman Empire and it was the beginning of a Hashemite kingdom whose capital was Mecca. Gradually it expanded northward. This battle left deep scars on the Middle East. Arab states came under strong European influence. The Ottoman caliphate ended and Palestine came under British rule, leading to the eventual existence of the state of Israel. The Sharif of Mecca was himself deposed by the rival Saudis and his dream of an Arabian state stretching from Yemen to Syria remained a dream.

Wikipedia menerangkan bahawa Perang Mekkah 1916 membawa Palestin kepada pengaruh pemerintahan British, seterusnya membawa kepada penubuhan negara Israel.

Dan pada hari ini, ia membawa kepada konflik di Gaza.

Wallahualam.

Tuesday, 1 June 2010

Gaza

Zionist : Kami sayangkan Gaza, kami benarkan bantuan. Cuma kami bencikan Hamas dan rejim yang disokong oleh Iran. Di situ adalah pusat pengganas. Kami tidak mahu benarkan bantuan sampai ke sana.

Palestin: Ini adalah jenayah dunia dilakukan oleh Israel. Mangsa adalah rakyat biasa. Mereka pula bersenjata bla bla bla....

Zionist: (Menggeleng kepala tanda tidak bersetuju)

Palestin: Bla bla bla...

Zionist: Kami hulurkan bantuan bla bla bla...

Antara tanah dan nyawa, yang mana lebih berharga? Sedangkan daging babi dibenarkan makan dalam keadaan kebuluran bagi mengelak kematian, setakat yang perlu.

Puak Zionist memiliki 'mesin pencetak wang', lazimnya mereka mampu membeli nilai kemanusiaan dengan helaian kertas. Jika si ibu sanggup membuang anak ke dalam longkang akibat malu, apatah lagi jika berbeza darah dan mengejar kemewahan hidup?

Tiadakah negara yang sudi menerima rakyat Gaza? Berikan mereka tempat berteduh. Jurusalem bagi puak Zionist, bagaikan Mekah bagi puak Sunni. 'Teringat' pula peristiwa bagaimana pasukan Saudi yang merampas Mekah suatu ketika dahulu, dan mereka berjaya. Mungkin puak Zionist cuba 'belajar' daripada pasukan Saudi.

Wallahualam.