Monday, 7 July 2014

Bahimat

Bahimat bermaksud "gerombolan";

Dihalalkan bagi kamu bahimat binatang kecuali apa yang diucapkan atas kamu selain penghalal pemburuan dan kamu ihram (5:1).

Dan mereka menzikirkan nama Allah di hari ketahui atas apa Dia rezekikan mereka dari bahimat binatang (22/28).

Bahawa mereka menzikirkan nama Allah atas apa Dia rezekikan mereka dari bahimat binatang (22/34).

Wallahualam.

Saturday, 5 July 2014

Nabtahil

nabtahil bermaksud "kita bersungguh";

Kemudian nabtahil maka kita jadikan laknat Allah atas pendusta-pendusta (3:61).

Wallahualam.

Thursday, 3 July 2014

Bahjat

Bahjat bermaksud "kecantikan";

Adakah Siapa ciptakan Lelangit dan Bumi dan Dia turunkan bagi kamu dari  Langit air maka Kami tumbuhkan dengannya taman-taman zat bahjat tidak jadi bagi kamu bahawa menumbuhkan pokok-pokoknya (27:60).

Wallahualam.

Buhtan

Buhtan bermaksud "tuduhan-palsu";

Dan jika kamu mahu penggantian pasangan tempat pasangan dan berikan seorang-dari mereka qintar maka janganlah kamu mengambil darinya sesuatu adakah kamu mengambilnya buhtan dan dosa yang-terang (4:20).

Dan siapa mendapati kesilapan atau dosa kemudian melemparkan dengannya yang-tidak-terikat maka pasti dia hamil buhtan dan dosa yang-terang (4:112).

Dan dengan kekufuran mereka dan perkataan mereka atas Maryam buhtan yang-hebat (4:156).

Dan kenapa-tidak apabila kamu dengarnya kamu berkata;"Tidak ia menjadi bagi kami bercakap dengan ini sanjungan Engkau ini buhtan yang-hebat (24:16).

Dan orang yang-menyakiti orang-yang-beriman dan perempuan-yang-beriman dengan selain apa mereka mendapati maka sesungguhnya hamil buhtan dan dosa penjelas (33:58).

Dan jangan mereka membawakan dengan buhtan mereka merekanya antara tangan-tangan mereka dan kaki-kaki  (60/12).

Wallahualam.

Tuesday, 24 June 2014

Buna

Musa dan Harun diperintahkan Allah bertemu dengan Firaun (20/43). Musa menyuruh Firaun utuskan dengannya Bani Israel (7/105, 20/47, 26/17). Firaun minta agar dibawakan dengan ayat (7/106). Maka Musa lontarkan barangnya, ia ular yang-nyata (7/107). Lalu berlaku pertandingan dan Musa menang (7/119, 20/69) dan ahli sihir Firaun sujud dan mengaku beriman (7/120-121, 20/70, 26/46-47). Kemudian Ali Firaun menyembelih anak-anak lelaki Bani Israel dan membiarkan anak perempuan (2/49, 7/126, 7/141). Kemudian Ali Firaun mengalami musim kekurangan buahan (7/130) dan menuduh-kesialan dengan Musa dan siapa dengannya (7/131). Musa dan hambaNya tuju dan dia pukul bagi mereka jalan di lautan kering (20/77) lautan terbelah (2/50, 26/63), mereka diselamatkan Allah dan ali Firaun yang mengejar tenggelam (2/50, 7/136, 10/90, 17/103, 20/78, 26/65-66). Lalu mereka datang atas kaum mengakaf atas berhala bagi mereka dan minta Musa buatkan bagi mereka tuhan (7/138).

Musa dijanjikan empat puluh malam (2/51,7/142) kemudian Bani Israel mengambil anak-lembu yang dikeluarkan Samiri dari selepasnya (2/51, 7/148, 20/88) dan itu membuatkan Musa berasa marah (7/150, 20/86).  Kemudian mereka diampuni Allah dari selepas itu supaya mereka bersyukur (2/52). Musa memilih tujuh-puluh orang kemudian berlaku gempa-bumi (7/155).

Musa diberikan Kitab dan Furqan supaya mereka mendapat-hidayah (2/53). Musa menyuruh Bani Israel membunuh nafs mereka (2/54), namun mereka berkata bahawa mereka tidak beriman kepada Musa sehingga mereka melihat Allah secara-terbuka kemudian mereka dipetir (2/55), dan dibangkitkan kembali dari selepas kematian mereka supaya mereka bersyukur (2/56).

Musa minta-minuman bagi kaumnya dan memukul dengan tongkatnya sebuah batu, maka memancar darinya dua belas mata-air dan mereka tahu tempat-minuman masing-masing. (2/60, 5/12, 7/160).

Bani Israel dinaungi awan-tipis kemudian turun Manna dan Salwa (2/57, 7/160, 20/80). Musa dan kaumnya memasuki sebuah negeri (2/56, 7/161). Bani Israel kurang berpuashati dengan satu makanan, dan meminta Allah menurunkan pelbagai makanan tertentu. Makanan yang satu itu lebih baik dari makanan yang pelbagai itu. Mereka pergi ke suatu tempat untuk mendapat pelbagai makanan kemudian jatuh miskin. Mereka mengufur ayat-ayat Allah dan membunuh Nabi-Nabi dengan tanpa haq (2/61).

Allah mengambil perjanjian Bani Israel dan mengangkat atas mereka Tur (2/63, 7/171). Mereka mengetahui orang yang melampaui-batas dari mereka pada Sabat menjadi kera (2/65, 7/166). Mereka diperintahkan untuk menyembelih lembu-betina (2/67), dan mereka  meminta keterangan demi keterangan sehingga akhirnya mengatakan baru ia kebenaran dan menyembelih lembu-betina itu (2/68-71).

Bani Israel membunuh nafs, kemudian mereka saling menuduh padanya (2/72). Allah menyuruh mereka memukulnya dengan sebahagiannya lalu si mati hayat (2/73). Kemudian mereka membunuh nafs-nafs mereka dan mengeluarkan segolongan dari mereka dari negeri mereka. Kemudian datang kepada mereka tawanan mereka menebus dan diharamkan atas mereka mengusir mereka (2/85).

Musa didatangkan sembilan ayat yang terang (17/101). Isa juga rasul kepada Bani Israel (3/49). Mereka mendakwa Keterangan dari Masih itu sihir yang nyata (5/110, 61/6).

Wallahualam.

Thursday, 29 May 2014

Perempuan dan Cinta Bhg. VI

Kes rogol di media, kerana melibatkan perempuan, maka saya coret di siri ini. Ia mengcokek jantung saya antaranya kerana, saya belum kahwin lagi. Straight to the point, kalau boleh saya mahu bernikah dengan gadis yang masih ada dara.

Semakin ramai gadis dirogol, maka semakin tipis peluang saya bernikah dengan gadis yang masih ada dara. Lebih lagi, ia menggambarkan keupayaan gadis masa kini dalam menjaga diri. Di sini saya memberi tips kepada gadis-gadis dari mengelak dari dirogol.

After all, bukan dara itu yang lebih penting. Tetapi kebijaksanaan perempuan itu dalam menjaga diri.

1) Pagar

"Harapkan pagar, pagar makan padi"

Apabila anda dirogol, orang yang pertama bertanggungjawab terhadap diri anda adalah bukan perogol itu. Malah bukan anggota polis, ibu bapa, rakan-rakan mahupun manusia-manusia lain yang baik. Tetapi orang yang pertama bertanggungjawab terhadap diri anda adalah diri anda sendiri.

Oleh itu, anda tidak patut terlalu bergantung kepada orang lain dalam menjaga keselamatan anda, melainkan antaranya jika anda masih kanak-kanak. Kanak-kanak mendapat pengecualian kerana secara semulajadinya mereka kurang matang. Berbeza dengan anda.

2) Serius

Anda perlu serius menjaga keselamatan diri anda. Dalam sebahagian hal kita mungkin ketawa. Bergurau senda. Tetapi di dunia ini bukan semua perkara itu boleh dibawa ketawa.

3) Berkenalan

Apabila anda menjumpai manusia yang baru, anda belum tahu samada dia baik atau tidak. Berkenalan di sini bukan bermaksud mengadakan hubungan rapat. Tapi mengenal diri orang lain, kerana anda perlu membuatkan tapisan.

4) Tapisan

Apabila anda mengenal manusia mana yang jahat, maka ia memudahkan kerja anda. Elakkan dari rapat dengan orang yang jahat, jika anda mahu menjadi manusia yang baik.

5) Lelaki

Anda mungkin mempunyai teman lelaki. Anda perlu melihat adakah teman lelaki anda serius mahukan hubungan jangka-panjang, merangkumi pernikahan, penjagaan anak, dimana tempat-tinggal selepas pernikahan nanti, saraan hidup sebagainya.

Hubungan seks boleh bersifat jangka pendek, seperti tidur semalaman. Seorang perogol tidak perlu memikirkan isu penjagaan anak jika dia sekadar mahukan seks 5 minit.

Wallahualam.

Saturday, 5 April 2014

Banan


Banan bermaksud "jarian";

Apabila mewahyukan Rabb kamu kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku bersama kamu maka kamu perkukuhkanlah orang-yang-beriman Aku akan melempar pada jantung orang-yang-kufur kepenakutan maka kamu pukullah atas leher dan kamu pukullah dari mereka jarian" (8:12).

Bahkan Kami Penentu atas bahawa memulihkan jarian mereka (75:4).

Wallahualam.

Sunday, 30 March 2014

Ahmadiyyah

Berikut ringkasan saya dari majlis simposium anjuran Gerakan Ahmadiyyah tempoh hari;

1) Demokrasi

Di bawah sistem demokrasi, adakalanya menteri atau wakil rakyat boleh cenderung menzalimi golongan minoriti. Ini terjadi kerana kepentingan mereka untuk memupuk pegangan kuasa yang boleh diperolehi dari sokongan majoriti.

2) Pentafsir

Undang-undang negara adakalanya ditafsir secara bias.

3) Quranism

Gerakan Ahmadiyyah perjuangkan tiada paksaan dalam Deen (2/256) dan kesejahteraan (47/35) secara signifikan. Ini membantu perjuangan Quranism bagi kes berkenaan.

4) Dana

Saya memikirkan dari mana Gerakan Ahmadiyyah mendapatkan dana. Inferens saya adalah mereka mendapat dana antaranya dari kapitalis.

5) Sekular

Gerakan Ahmadiyyah lebih pesat berkembang dalam suasana sekular. Ini berikutan pendekatan Ahmadiyyah yang tidak memaksa kepada satu agama seterusnya memupuk pluralism.

6) Tentangan

Gerakan Ahmadiyyah banyak mendapat tentangan dari golongan konservatif berbanding golongan liberal.

7) Kristian

Gerakan Ahmadiyyah mempunyai persamaan dengan ajaran Kristian dari segi penyebaran kasih sayang.

8) Debatable

Sebahagian teori dari Gerakan Ahmadiyyah adalah debatable seperti isu kedatangan Isa.

9) Penyatuan

Penyatuan dari Gerakan Ahmadiyyah adalah disandarkan pada kalimah "kesejahteraan". Atas kalimah ini kami berkumpul, berkenalan dan berdiskusi sesama kami.

Wallahualam.

Saturday, 29 March 2014

Bala

Bala bermaksud "dugaan";

Dan apabila Kami selamatkan kamu dari ali Firaun mereka menyusahkan kamu kesusahan azab menyembelih anak-anak kamu dan menghayatkan nisa kamu dan bagi itu bala dari Rabb kamu dengan-hebat (2:49).

Dan apabila Kami selamatkan kamu dari ali Firaun mereka menyusahkan kamu kesusahan azab membunuh anak-anak kamu dan menghayatkan nisa kamu dan bagi itu bala dari Rabb kamu dengan-hebat (7:141).

Maka tidak mereka membunuh kamu akan-tetapi Allah bunuh mereka dan tidak kamu lempar apabila kamu lempar akan-tetapi Allah lempar dan bagi Dia menguji orang-yang-beriman dariNya bala yang-baik sesungguhnya Allah Pendengaran yang-mengetahui (8:17).

Dan apabila dia berkata Musa bagi kaumnya; "Ingatlah kamu nikmat Allah atas kamu apabila Dia selamatkan kamu dari ali Firaun mereka menyusahkan kamu kesusahan azab dan mereka menyembelih anak-anak kamu dan menghayatkan kamu nisa kamu dan pada itu bala dari Rabb kamu yang-hebat (14:6).

Sesungguhnya ini bagi dia bala penjelas (37:106).

Dan Kami berikan mereka dari ayat itu apa padanya bala penjelas (44:33).

Wallahualam.

Friday, 14 March 2014

Mablagh

Maglagh bermaksud "tempat-atau-waktu-pencapaian";

Itu mablagh mereka dari pengetahuan sesungguhnya Rabb kamu Dia lebih-mengetahui dengan siapa sesat dari jalanNya dan dia lebih-mengetahui dengan siapa dipandu (53:30).

Wallahualam.

Monday, 3 March 2014

Iblai

Iblai bermaksud "kamu telanlah";

Dan dikatakan; "Wahai Bumi, iblai air kamu".

Yublisu

Yublisu bermaksud "berputus-asa";

Dan hari mendiri Saat yublisu Penjenayah (30:12).

Friday, 28 February 2014

Perempuan dan Cinta Bhg. V


Poligami adalah isu yang femes di kalangan perempuan terutamanya yang dikatakan muslimah. Antara faktornya kerana perundangan syariah yang membenarkan, berbanding undang-undang sivil.

Di sini saya ingin memberi tips kepada perempuan bagaimana untuk mengelak dari memilih pasangan yang cenderung menyalahgunakan peluang untuk berpoligami.

1) Adil

Lelaki yang cakna dengan keadilan boleh cenderung kepada monogami berbanding poligami. Ini kerana si dia takut jika tidak dapat berlaku adil kepada isteri-isterinya.

2) Taksub

Sebahagian ustaz seolah-olah terlalu menggalakkan poligami. Jika si dia taksub dengan ustaz ini, maka tidak hairan jika si dia madukan anda setelah bernikah nanti.

3) Kewangan

Pahit atau tidak, kewangan yang lebih kukuh dijadikan modal jua bagi si dia untuk berpoligami.

4) Pendidikan

Anda boleh bertanya kepada si dia, apakah pendapatnya berkenaan poligami. Sebahagian lelaki bercita-cita untuk berpoligami.

5) Ketegasan

Ketegasan anda dalam memilih pasangan juga boleh menjadi faktor. Jika anda sekadar "tangkap muat" tanpa menyelidik terdahulu keperibadian si calon tentang poligami, maka risiko untuk anda dimadukan secara paksa juga akan lebih tinggi.

6) Sikap

Sebahagian perempuan memberi ruang yang terlalu luas kepada lelaki untuk berpoligami. Bergantung kepada karakter si dia, samada ingin mengambil peluang itu atau tidak.

7) Perbuatan

Perbuatan anda yang tidak disukai oleh si dia apabila bernikah nanti boleh memberi idea kepadanya untuk mendapatkan penawar dengan berpoligami, dengan harapan orang baru dapat menampung kekurangan yang terdapat dalam layanan anda. Oleh itu, anda patut mengenalpasti perbuatan anda yang si dia sukai atau tidak sukai.

Wallahualam.

Monday, 24 February 2014

Anti Hadis

Di sini saya ingin membantu sedikit-sebanyak bagaimana menghadapi perihal isu "anti hadis".

1) Label

Label boleh dikategorikan kepada dua. Label dari yang dilabel, dan label dari pelabel. Dalam kes Kassim Ahmad, saya tidak pernah mendengar beliau mengaku sebagai "anti hadis". Maka jika begitu ini kes "label dari pelabel".

Dalam kes "label dari pelabel", si pelabel mampu melabel apa saja yang dia mahu. Contohnya, masa saya di sekolah dulu saya pernah dilabel sebagai "Mr. Bean".


Anda harus faham bahawa ia boleh dikategorikan sebagai external environment. Orang lain mampu melabel kita sebagai "perempuan", tapi kita belum tentu perempuan. Kalau tak percaya boleh periksa jantina.

2) Takrif

Antara takrif yang manusia kenakan kepada kalimah "anti hadis" adalah antaranya "menolak semua hadis", ada juga takrifkannya sebagai "menolak hadis tertentu" atau anda mungkin jumpa takrif yang lain seperti "menolak Nabi" dan sebagainya.

Takrif yang berbeza, walaupun kalimah yang antonasinya sama, secara saintifiknya ianya bukan perkara yang sama. Manusia yang menggubah kamus.

3) Ekstremisma

Gerakan Ahmadiyyah diterima kerana membawa mesej kesejahteraan. Jika penganut Buddha datang ke rumah anda dengan mengucap hello dan senyuman, anda masih boleh menerimanya masuk ke rumah.

Dikala penganut Sunni mengkritik "Gerakan Anti Hadis", ada baiknya anda merenung jua ektremisma yang dipupuk dari pecahan Sunni seperti Jemaah Islamiyyah atau Taliban.

4) Masjid dan institusi

Masjid dan institusi Sunni di Malaysia begitu banyak. Kes jenayah pun banyak. Anda patut jua merenung faktor antara kuantiti dan kualiti.

5) Dialog

Saya suka merenung sirah Musa apabila masuk bab dialog. Bagaimana baginda pergi berjumpa Firaun. Jika anda melihat Kassim itu Firaun, pernahkah anda pergi berdialog dengannya? Atau anda sekadar terpekik-pekik ceramah selepas sesi sembahyang Jumaat meluahkan ketidakpuashatian terhadap Kassim?

Jika Kassim ada AK47, mungkin beliau boleh mengejar anda ke "lautan terbelah". Dalam kes Musa, baginda lebih lemah dari segi ketenteraan ketika itu sehingga melarikan diri.

Jika Kassim tidak mahu berjumpa, itu lain isu. Kerana Firaun sudi berjumpa dengan Musa dan Harun.

Cuba anda fikir, berapa ramai Sunni di Malaysia ini. Kalau anda takut, anda boleh mengajak pergi berjumpa Kassim secara beramai-ramai bukan bertujuan untuk memukulnya. Bahkan Musa mengajak Harun untuk berjumpa dengan Firaun.

6) al-Quran

Tanya diri anda, adakah anda sudi duduk semeja dengan Kassim diskusi tentang al-Quran? Sedalam mana cinta anda kepada al-Quran? Atau anda sekadar suka menyanyikan al-Quran?

Atau anda sebenarnya malas nak ambil tahu pasal al-Quran? Hanya mahu bergantung kepada ustaz-ustaz untuk menjaga hubungan anda dengan Tuhan?

7) Taksub

Kita tidak patut taksub dengan Kassim. Tetapi bukan kesempurnaan yang diharapkan dari beliau. Jika anda mencari kelemahan, lihat saja wajahnya yang berkedut-kedut itu. Bak pepatah Melayu; "Buang yang keruh, ambil yang jernih".

Wallahualam.

Tuesday, 18 February 2014

Debat Bhg. II


Adakalanya berlaku ketegangan antara Sunnisma dan Kristian di Malaysia. Di sini saya menyarankan kepada penganut Sunni supaya tidak perlu membakar atau merosakkan gereja secara terlalu emosional, jika penganut Kristian didakwa menghina Islam, tetapi didahului dengan dialog atau debat secara terbuka.

Dengan ini saya mempelawa mana-mana penganut Sunni untuk menjemput saya berdebat dengan mana-mana wakil Kristian, dan mempelawa mana-mana penganut Kristian untuk menjemput saya bagi mewakili Islam.















Jika anda bersetuju bahawa kaedah ini lebih sejahtera, maka dipersilakan. Atau jika anda mahu melihat tragedi sebelum ini berulang lagi.

Wallahualam.

Baldat

Baldat bermaksud "lantai-tanah";

Bahawasanya Kami menghayatkan dengannya baldat mati (25/49).

Sesungguhnya apa aku disuruh bahawa aku mengabdikan-diri-kepada Rabb ini baldat Dia-yang haramkannya  (27/91).

Pasti telah-jadi bagi Saba pada tempat-beristirehat mereka ayat dua-jannah dari kanan dan kiri; "Kamu makanlah dari rezeki Rabb kamu dan kamu bersyukurlah baginya baldat toyyib dan Rabb ghofur (34:15).

Dan Yang turunkan dari langit air dengan kadar maka Kami bangkitkan dengannya baldat mati seperti itu kamu sedang-dibangkitkan (43:11).

Rezeki bagi hamba-hamba dan Kami hayatkan dengannya baldat mati seperti itu Pengeluaran (50:11).

Wallahualam.

Thursday, 13 February 2014

Maafkan Diri Ini



Maafkan Diri Ini
Pencipta/Penulis lirik: Ariji


kamu yang sangat aku sayang
kamu yang amat aku rindu
sampai bilakah
mampu aku bertahan
tanpa dirimu
jantungku menantimu

maafkan diri ini

jika hatimu terluka
bukan niatku untuk menyakiti kamu

maafkan diri ini
jika buatmu kecewa
tak pernah aku suka berpisah denganmu

sayang
maafkan diri ini
berikan diriku peluang

sayang
kembalilah padaku
tanpamu aku lemas rindu

tanpamu aku mencarimu
tanpamu aku menantimu

Saturday, 1 February 2014

Bukiyy


Bukiyy bermaksud "ketangisan";

Apabila disebutkan-ia atas mereka ayat Rahman mereka jatuh penyujud dan bukiyy (19/58).

Wallahualam.

Abkam

Abkam bermaksud "bebal";

Pekak abkam buta maka mereka tidak mengembali (2:18).

Pekak abkam buta maka mereka mengakal (2/171).

Dan orang-yang menafikan dengan ayat Kami pekak buta dan abkam dalam kegelapan (6/39).

Sesungguhnya seburuk Dawab di-sisi Allah pekak abkam orang-yang tidak mengakal (8/22).

Dan kemuka Allah misal dua-rijal satu-dari keduanya abkam tidak mentaqdir atas sesuatu dan dia tidak-produktif atas pelindungnya (16/76).

Dan Kami mengumpulkan mereka hari Kiamat atas wajah-wajah mereka buta dan abkam dan pekak (17/97).

Wallahualam.