Sunday, 30 March 2014

Ahmadiyyah

Berikut ringkasan saya dari majlis simposium anjuran Gerakan Ahmadiyyah tempoh hari;

1) Demokrasi

Di bawah sistem demokrasi, adakalanya menteri atau wakil rakyat boleh cenderung menzalimi golongan minoriti. Ini terjadi kerana kepentingan mereka untuk memupuk pegangan kuasa yang boleh diperolehi dari sokongan majoriti.

2) Pentafsir

Undang-undang negara adakalanya ditafsir secara bias.

3) Quranism

Gerakan Ahmadiyyah perjuangkan tiada paksaan dalam Deen (2/256) dan kesejahteraan (47/35) secara signifikan. Ini membantu perjuangan Quranism bagi kes berkenaan.

4) Dana

Saya memikirkan dari mana Gerakan Ahmadiyyah mendapatkan dana. Inferens saya adalah mereka mendapat dana antaranya dari kapitalis.

5) Sekular

Gerakan Ahmadiyyah lebih pesat berkembang dalam suasana sekular. Ini berikutan pendekatan Ahmadiyyah yang tidak memaksa kepada satu agama seterusnya memupuk pluralism.

6) Tentangan

Gerakan Ahmadiyyah banyak mendapat tentangan dari golongan konservatif berbanding golongan liberal.

7) Kristian

Gerakan Ahmadiyyah mempunyai persamaan dengan ajaran Kristian dari segi penyebaran kasih sayang.

8) Debatable

Sebahagian teori dari Gerakan Ahmadiyyah adalah debatable seperti isu kedatangan Isa.

9) Penyatuan

Penyatuan dari Gerakan Ahmadiyyah adalah disandarkan pada kalimah "kesejahteraan". Atas kalimah ini kami berkumpul, berkenalan dan berdiskusi sesama kami.

Wallahualam.

No comments: