Di sini saya ingin membantu sedikit-sebanyak bagaimana menghadapi perihal isu "anti hadis".
1) Label
Label boleh dikategorikan kepada dua. Label dari yang dilabel, dan label dari pelabel. Dalam kes Kassim Ahmad, saya tidak pernah mendengar beliau mengaku sebagai "anti hadis". Maka jika begitu ini kes "label dari pelabel".
Dalam kes "label dari pelabel", si pelabel mampu melabel apa saja yang dia mahu. Contohnya, masa saya di sekolah dulu saya pernah dilabel sebagai "Mr. Bean".
Anda harus faham bahawa ia boleh dikategorikan sebagai external environment. Orang lain mampu melabel kita sebagai "perempuan", tapi kita belum tentu perempuan. Kalau tak percaya boleh periksa jantina.
2) Takrif
Antara takrif yang manusia kenakan kepada kalimah "anti hadis" adalah antaranya "menolak semua hadis", ada juga takrifkannya sebagai "menolak hadis tertentu" atau anda mungkin jumpa takrif yang lain seperti "menolak Nabi" dan sebagainya.
Takrif yang berbeza, walaupun kalimah yang antonasinya sama, secara saintifiknya ianya bukan perkara yang sama. Manusia yang menggubah kamus.
3) Ekstremisma
Gerakan Ahmadiyyah diterima kerana membawa mesej kesejahteraan. Jika penganut Buddha datang ke rumah anda dengan mengucap hello dan senyuman, anda masih boleh menerimanya masuk ke rumah.
Dikala penganut Sunni mengkritik "Gerakan Anti Hadis", ada baiknya anda merenung jua ektremisma yang dipupuk dari pecahan Sunni seperti Jemaah Islamiyyah atau Taliban.
4) Masjid dan institusi
Masjid dan institusi Sunni di Malaysia begitu banyak. Kes jenayah pun banyak. Anda patut jua merenung faktor antara kuantiti dan kualiti.
5) Dialog
Saya suka merenung sirah Musa apabila masuk bab dialog. Bagaimana baginda pergi berjumpa Firaun. Jika anda melihat Kassim itu Firaun, pernahkah anda pergi berdialog dengannya? Atau anda sekadar terpekik-pekik ceramah selepas sesi sembahyang Jumaat meluahkan ketidakpuashatian terhadap Kassim?
Jika Kassim ada AK47, mungkin beliau boleh mengejar anda ke "lautan terbelah". Dalam kes Musa, baginda lebih lemah dari segi ketenteraan ketika itu sehingga melarikan diri.
Jika Kassim tidak mahu berjumpa, itu lain isu. Kerana Firaun sudi berjumpa dengan Musa dan Harun.
Cuba anda fikir, berapa ramai Sunni di Malaysia ini. Kalau anda takut, anda boleh mengajak pergi berjumpa Kassim secara beramai-ramai bukan bertujuan untuk memukulnya. Bahkan Musa mengajak Harun untuk berjumpa dengan Firaun.
6) al-Quran
Tanya diri anda, adakah anda sudi duduk semeja dengan Kassim diskusi tentang al-Quran? Sedalam mana cinta anda kepada al-Quran? Atau anda sekadar suka menyanyikan al-Quran?
Atau anda sebenarnya malas nak ambil tahu pasal al-Quran? Hanya mahu bergantung kepada ustaz-ustaz untuk menjaga hubungan anda dengan Tuhan?
7) Taksub
Kita tidak patut taksub dengan Kassim. Tetapi bukan kesempurnaan yang diharapkan dari beliau. Jika anda mencari kelemahan, lihat saja wajahnya yang berkedut-kedut itu. Bak pepatah Melayu; "Buang yang keruh, ambil yang jernih".
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment