Friday, 28 February 2014
Perempuan dan Cinta Bhg. V
Poligami adalah isu yang femes di kalangan perempuan terutamanya yang dikatakan muslimah. Antara faktornya kerana perundangan syariah yang membenarkan, berbanding undang-undang sivil.
Di sini saya ingin memberi tips kepada perempuan bagaimana untuk mengelak dari memilih pasangan yang cenderung menyalahgunakan peluang untuk berpoligami.
1) Adil
Lelaki yang cakna dengan keadilan boleh cenderung kepada monogami berbanding poligami. Ini kerana si dia takut jika tidak dapat berlaku adil kepada isteri-isterinya.
2) Taksub
Sebahagian ustaz seolah-olah terlalu menggalakkan poligami. Jika si dia taksub dengan ustaz ini, maka tidak hairan jika si dia madukan anda setelah bernikah nanti.
3) Kewangan
Pahit atau tidak, kewangan yang lebih kukuh dijadikan modal jua bagi si dia untuk berpoligami.
4) Pendidikan
Anda boleh bertanya kepada si dia, apakah pendapatnya berkenaan poligami. Sebahagian lelaki bercita-cita untuk berpoligami.
5) Ketegasan
Ketegasan anda dalam memilih pasangan juga boleh menjadi faktor. Jika anda sekadar "tangkap muat" tanpa menyelidik terdahulu keperibadian si calon tentang poligami, maka risiko untuk anda dimadukan secara paksa juga akan lebih tinggi.
6) Sikap
Sebahagian perempuan memberi ruang yang terlalu luas kepada lelaki untuk berpoligami. Bergantung kepada karakter si dia, samada ingin mengambil peluang itu atau tidak.
7) Perbuatan
Perbuatan anda yang tidak disukai oleh si dia apabila bernikah nanti boleh memberi idea kepadanya untuk mendapatkan penawar dengan berpoligami, dengan harapan orang baru dapat menampung kekurangan yang terdapat dalam layanan anda. Oleh itu, anda patut mengenalpasti perbuatan anda yang si dia sukai atau tidak sukai.
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment