Tuesday, 27 December 2011

Akhadha

Akhadha bermaksud 'ambil'. Tetapi saya ingin menganalisis kalimah 'aakhadha' yang bermaksud 'ambil-kira'. Apa yang Allah ambil-kira berkait dengan 'aiman' kita;

Allah tidak mengambil-kira kamu dengan lagha pada aiman kamu tetapi mengambil-kira kamu yang diperolehi jantung kamu (2/224), mengambil-kira dengan apa diakadkan kamu aiman itu maka kafarahnya menjamu sepuluh orang-miskin dari pertengahan apa kamu jamukan ahli kamu atau pakaiankan mereka atau bebaskan hamba maka sesiapa yang tidak menemuinya, maka siam tiga hari itu kafarah aiman kamu apabila kamu bersumpah dan jagalah aiman kamu maka itulah Allah menerangkan bagi kamu ayat-ayatNya supaya kamu bersyukur (5/89).

18/58, 35/45 dan 16/61 menerangkan betapa kita diberi peluang oleh Allah untuk mendapatkan 'tiket' syurga, sebelum terlambat;

Dan pentadbir kamu Pengampun dengan kasih jika Dia mengambil-kira kamu dengan apa mereka perolehi pasti Dia percepatkan bagi mereka azab tapi bagi mereka temu-janji  tidak-akan mereka menemui dari selainnya pengecualian (18:58).

Dan jika Allah mengambil-kira manusia dengan apa yang diperolehi mereka (35/45) dengan kezaliman mereka (16/61) tidak ditinggalkan atas belakangnya dari makhluk-bergerak (35/45) tetapi  Dia mengakhirkan mereka kepada ajal dispesifikkan maka apabila datang ajal mereka tidak akan-mengakhirkan satu-saat dan mereka tidak akan-mendahulukannya (16/61).

Musa, walau berpangkat Nabi, tapi masih melakukan kesilapan (18/69-71), baginda terlupa;

Dia berkata; " Tidakkah aku katakan sesungguhnya kamu tidak-akan  mampu-taat denganku kesabaran? Jangan ambil-kira dengan apa yang aku lupa dan jangan bebankan aku dari suruhan aku (18:72-73).

Allah tidak memaksa-bebankan diri kita kecuali dalam kapasiti kita;

Allah tidak memaksa-bebankan nafs kecuali kapasitinya baginya apa ia perolehi dan atasnya apa ia diperolehi, pentadbir kami jangan engkau mengambil-kira kami jika kami lupa atau kami silap, pentadbir kami dan jangan engkau hamilkan atas kami beban sebagaimana kamu hamilkannya atas yang dari sebelum kami, pentadbir kami dan jangan hamilkan kami apa yang tiada keupayaan bagi kami dengannya lepaskan-denda dari kami ampunkan bagi kami dan kasihi kami Engkau pelindung kami maka bantulah kami atas kaum kafir (2:286).

Wallahualam.

Wednesday, 21 December 2011

Sembahyang Jumaat

Wahai orang yang beriman apabila kamu dipanggil bagi Solat dari hari Jumaat maka berusahalah kepada mengingati Allah dan tinggalkan jual-beli itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui (62:9).

Hari Kiamat juga manusia berkumpul (3/25, 11/103, 56/50). Tetapi 'hari Jumaat' dalam 62/9 merujuk kepada di dunia kerana hari Kiamat tiada jual-beli (14/31).

1) Masa

Di Malaysia, sembahyang Jumaat diadakan pada waktu Zohor. Jika 'hari Jumaat' dalam 62/9 merujuk kepada Friday, maka Friday ada 24 jam, dan dalam 24 jam itu bila saja mampu dipanggil bagi Solat. Maka apakah sembahyang Jumaat hanya boleh dilakukan pada waktu zohor yang jangka-masanya dalam 3 jam sahaja berbanding 24 jam?

2) Qariah

Baru-baru ini isu sembahyang Jumaat berasingan dalam satu Qariah disebut di Terengganu. Sila rujuk  http://www.bharian.com.my/articles/Sultankesal2solatJumaatsatuqariah/Article/. Mengehadkan hanya satu masjid bagi satu Qariah untuk melakukan sembahyang Jumaat akan lebih menyukarkan ahli untuk melakukannya akibat faktor jarak perjalanan, kos pengangkutan, kos jangka-masa dan sebagainya.

3) Perempuan

'Orang yang beriman' dalam 62/9 tidak mengecualikan perempuan yang beriman (16/97). Di Malaysia, walaupun masjid mempunyai ruang untuk jumlah ahli perempuan, tetapi perempuan lazimnya tidak pergi melakukan sembahyang Jumaat. Malah, jika kuota satu masjid bagi satu Qariah dihapuskan, maka sembahyang Jumaat lebih digalakkan kerana faktor ruang yang lebih luas dan kadar fleksibeliti yang lebih tinggi.

4) Khutbah

Perpecahan umat Islam kepada Sunni dan Syiah antaranya berpaksikan riwayat khutbah. Sila rujuk http://ariji86.blogspot.com/2010/08/mazhab-sunni-bhg-iii.html. Jika Sembahyang Jumaat di Malaysia menggunakan dalil dari 62/9, maka misinya haruslah 'kepada mengingati Allah' (62/9).

Walahualam.

Tuesday, 29 November 2011

Amalan Berkhatan Bhg. II

"Mengapa perlu berkhatan?"

1) Kebersihan dan sah sembahyang

Antara hujah mengapa perlu berkhatan adalah tentang kebersihan bagi lelaki. Sembahyang dalam sunnah waljamaah mensyaratkan kebersihan.

"Bagaimana sembahyang kita sah jika dalam keadaan kotor?"

Apabila lelaki tidak berkhatan dianggap kotor, mungkin sebab itu mereka 'dihalau' ke saf belakang ketika menyiapkan sembahyang jemaah. Mengapa tidak dibuang saja perut yang penuh dengan tahi itu?

2) Sunnah Nabi

Apabila sesuatu dikatakan sebagai 'sunnah Nabi', maka sebahagian orang ramai akan menganggapnya sebagai perkara yang baik. Ia berkait dengan kepercayaan agama. 

"Apa yang buruknya sesuatu yang disyorkan oleh Nabi?"

3) Tiru orang

Sebahagian golongan mengkhatankan anak-anaknya kerana meniru jiran. Seumpama apabila si jiran membeli kereta baru, maka si isteri mula merengek pada suaminya mahukan kereta baru.

"Eh abang, jiran-jiran kita yang muslim semuanya mengkhatankan anak-anak mereka. Apa nanti orang kata jika anak-anak kita tidak berkhatan?"

4) Pahala

Sebahagian golongan mensyorkan berkhatan kerana menyifatkannya sebagai amalan yang diberi ganjaran pahala oleh Allah.

"Hang tak nak pahala ke?"

5) Tunjuk berani

Dikisahkan golongan dewasa tertentu mendakwa amalan berkhatan adalah sebagai 'aksi tunjuk berani' atau 'pembuktian kejantanan' bagi anak-anak. Jika kita lihat mat rempit, atau dikenali sebagai samseng jalanan, sebahagian mereka memang berani.

6) Sunat

"Hukumnya sunat saja. Namapun 'sunat'. Boleh ditinggalkan."

Tapi dalam mazhab Shafie, hukum berkhatan adalah wajib. Malaysia dan Indonesia dikatakan popular dengan mazhab Shafie.

7) Hawa seks

Amalan berkhatan bagi perempuan dikatakan dapat mengurangkan hawa seksnya.

8) Kesimpulan dan Perbincangan

Mengetahui sebab sesuatu perbuatan dilakukan akan meningkatkan kefahaman kita mengenainya. Antara pengorbanan yang ditempuhi apabila berkhatan adalah melibatkan kos kewangan, mendapat kecederaan dan kesakitan, menyerupai pengorbanan bagi membuat tatu di badan.

"Jika potong rambut boleh, mengapa amalan berkhatan tidak boleh?"

Rambut adalah sifatnya untuk dipotong. Ini berbeza dengan anggota badan yang lain seperti telinga, hidung dan sebagainya yang satu sudut sifatnya berbeza dengan sifat rambut, kuku, mahupun bulu ketiak.

"Jika cabut gigi boleh, mengapa amalan berkhatan tidak boleh?"

Lazimnya gigi dicabut dengan bersebab, terutamanya kerana bagi menghilanglam sakit gusi dan bau mulut. Jika bukan kerana sebab-sebab itu, biasanya manusia lebih suka tidak mencabutnya kerana bagi menggunakannya untuk tujuan mengunyah makanan. Bayangkan jika tiada gigi, maka perlu memakai gigi palsu untuk mengunyah makanan.

Sebahagian perempuan di perkampungan tertentu mengubah bentuk gigi bagi memikat lelaki. Dikatakan lelaki di tempat itu sukakan perempuan yang bergigi tajam, maka proses pemotongan gigi menjadi bentuk tajam dilakukan.

"Mengapa saya tidak perlu berkhatan?"

Antara sebab untuk tidak berkhatan adalah dapat mengelakkan diri dari kecederaan, kesakitan dan megelak dari kos perbelanjaan. Malah, selaput kulit itu diciptakan Allah dengan fungsinya tersendiri dan mempunyai manfaat tertentu. Tambahan pula, perintah berkhatan tidak tertulis dalam al-Quran.

Jika kamu mentaati kebanyakan di Bumi, mereka menyesatkan kamu dari laluan Allah. Sesungguhnya mereka mengandai. Dan sesungguhnya Mereka hanya meneka (6:116).

Wallahualam.

Thursday, 17 November 2011

Hari Pengadilan, Neraka dan Bumi

Tajuk: Hari Pengadilan, Neraka dan Bumi
Penulis: Layth al-Shaiban

Satu subjek yang paling timbul yang dihadapi dalam pengajian al-Quran adalah Hari Pengadilan, Bumi dan Neraka, kesemuanya menyentuh takdir manusia yang pasti, iaitu menemui Pencipta kita bagi amalan yang telah kita lakukan dan laluan yang telah kita ambil.


Mereka bertanya kepada kamu tentang Saat, bilakah akan tiba? Katakanlah sesungguhnya ilmunya pada pentadbirku, tiada yang dapat merungkai bagi waktunya hanya Dia, ianya berat pada Langit dan Bumi, ia tidak datang kepada kamu kecuali dengan tiba-tiba. Mereka bertanya kepada kamu seolah-olah kamu bertanggungjawab baginya. Katakanlah sesungguhnya apa ilmunya pada Allah dan sesungguhnya kebanyakan manusia tidak mengetahui (7:187).


Artikel ini akan mengemukakan ayat bagi menghadapi dengan pelbagai topik ini, melukis sebuah gambar sekasar ia boleh-jadi, bagi apa yang menanti di hadapan kita semua.


Peristiwa Hari Pengadilan.


Di akhir waktu kita di Bumi, sebagai spesis, adalah berkait dengan Hari yang satu, apabila Allah akan memanggil kita semua untuk dinilai. Banyak peristiwa yang diterangkan dalam al-Quran yang akan wujud pada Hari itu, satu Hari yang begitu ganas, yang kita pohon kepada Allah untuk kasihani kita dan anak-beranak kita hidup ketika peristiwanya:


Gempa-bumi akan menggegar planet, dan lava akan terpancut dari perut Bumi.


Apabila bergegar Bumi dengan gegarnya, dan Bumi mengeluarkan isinya, dan manusia akan berkata; "Apakah yang terjadi dengannya?" Pada Hari itu ia akan mengkhabarkan beritanya, bahawa pentadbir kamu mewahyukan baginya (99:1-5)


Keganasan bagi Hari itu akan menyebabkan wanita gugur, ibu meninggalkan bayi susuan mereka, dan kanak-kanak mempunyai rambut yang beruban.


Wahai manusia, bertaqwalah kepada pentadbir kamu, sesungguhnya gegaran Saat sesuatu yang hebat. Hari kamu lihat, setiap ibu susuan akan meninggalkan bayi susuannya, dan wanita mengandung akan gugur-kandungan, dan kamu akan lihat manusia mabuk sedangkan mereka tidak mabuk, sesungguhnya azab Allah sangat-dasyat (22:1-2).


Maka bagaimana kamu bertaqwa sedangkan kamu kufur hari menjadinya kanak-kanak rambut-beruban? (73:17).


Matahari akan mengembang atau menindih.


Apabila Matahari adalah tertindih (81:1).


Bulan akan merempuh ke dalam Matahari.


Dia bertanya; "Bilakah hari Kiamat?" Maka apabila penglihatan kabur, dan Bulan gerhana, dan Matahari dan Bulan berkumpul (75:6-9).


Langit akan dicarikkan.
Maka pada Hari itu peristiwa yang tidak-dapat-dielak akan tiba, dan langit akan dicarikkan, dan pada hari itu ia akan menjadi rapuh (69:15-16).


Laut akan mendidih.


Dan apabila laut dijadikan mendidih (81:6).


Gunung-ganang akan dimusnahkan secara menyeluruh


Dan mereka bertanyakan kamu tentang gunung-ganang, maka katakanlah; "Pentadbir aku akan memusnahkan mereka dengan musnahnya, kemudian Dia akan tinggalkannya sebagai dataran yang halus" (20:105-106).


Semua pekan, bandar, kampung manusa akan dimusnahkan, Bumi tidak lagi menjadi Bumi yang kita tahu.


Dan penempatan-manusia sebelum Hari Kebangkitan Kami musnahkannya, atau memukulnya dengan pukulan yang hebat. Ini telah tertulis dalam rekod (17:58).


Sesungguhnya Kami buatkan apa di Bumi satu dekorasi bagi mereka, agar Kami menguji mereka adakah mereka terbaik dalam kerja, dan sesungguhnya Kami pastinya buatkan apa atasnya debuan pasir-kering (18:7-8).


Hari Bumi digantikan dengan bumi yang lain, dan langit, dan mereka akan muncul bagi Allah yang Satu yang Teragong (14:48).


Hon akan ditiup dua kali.


Dan horn akan ditiupkan, maka pengsan siapa di Langit dan siapa di Bumi hanya siapa yang disesuatukan Allah, kemudian ia akan ditiup buat-kali-terakhir, maka apabila mereka dibangkitkan, mereka melihat-lihat (39:68).


Yang mati akan dibangkitkan.


Dan hon akan ditiupkan, maka apabila mereka dari Kubur kepada pentadbir mereka berpusu-pusu. Mereka berkata; "Kecelakaan bagi kami, Siapa yang telah bangkitkan kami dari tempat-rehat kami? Ini adalah apa yang dijanjikan Rahman dan jujurnya Rasul-rasul (36:51-52).


Tubuh yang dibangkitkan tidak boleh lari dari kesakitan atau merasai kelegaan bagi kematian.


Sesungguhnya  yang kufur dengan ayat Kami, Kami akan masukkan mereka ke Neraka. Setiap kali kulit mereka terbakar, Kami gantikannya dengan kulit lain yang supaya mereka boleh rasakan penyeksaan. Allah yang Mulia, Bijaksana (4:56).


Dia cuba untuk meminumnya, dan ia tidak boleh ditelan, dan datang kepadanya kematian dari setiap tempat, dan tidak dia mati, dan dari belakangnya adalah azab yang kuat (14:17).


Allah dan MalaikatNya akan turun ke Bumi.


Dan langit akan dicarikkan, dan pada Hari itu ia akan menjadi rapuh, dan malaikat atas bentengnya, dan Arasy pentadbir kamu akan dibawa atas mereka, pada Hari itu, dengan lapan (69:16-17).


Malangnya, apabila Bumi dikecai berkecai-kecaian, dan pentadbir kamu datang dengan malaikat baris demi baris (89:21-22).


Semua orang akan dipanggil untuk dihisab.


Dan Bumi akan bersinar dengan cahaya pentabirnya, dan Kitab akan ditempatkan, dan dibawakan dengan nabi dan saksi, dan ia akan kemudiannya dibicarakan antara mereka dengan kebenaran, dan mereka tidak akan dizalimi (39:69).


Yang zalim akan digari.


Apabila gari di leher mereka dan rantaian mereka akan diheret, kepada air mendidih kemudian dalam Neraka meraka akan dibakar (40:71-72).

Satu halangan adalah diletakkan antara yang zalim dan yang soleh.



Dan antara mereka adalah halangan, dan atas platform yang dijunjung adalah manusia yang mengenali orang lain dengan ciri-ciri mereka. Dan mereka memanggil sahabat Syurga; "Salam atas kamu!" Mereka tidak memasukinya, tetapi mereka mengharap. Dan apabila mata mereka dipalingkan ke sahabat Neraka, mereka berkata; "Pentadbir kami, jangan letakkan kami dengan orang yang zalim" (7:46-47).


Yang soleh dibawa ke Syurga yang jarak saiz langit dan Bumi kita, di mana mereka mendapat kepuasan yang tiada-penghujung.
Kemudian Kami akan menyelamatkan yang bertaqwa, dan Kami akan tinggalkan yang zalim dalamnya padanya melutut (19:72).


Kamu akan berlumba ke arah keampunan dari pentadbir kamu, dan Syurga yang lebarnya adalah selebar Langit dan Bumi, disediakan bagi mereka yang beriman dengan Allah dan RasulNya. Itu adalah kebaikan Allah yang Dia berikannya kepada siapa yang Dia sesuatukan. Allah yang Baik Hebat (57:21).


Dan sahabat kanan, apa itu sahabat kanan? Di taman yang tumbuh-subur. Dan pokok-buahan yang masak, dan teduhan yang dilebar, dan air mengalir, dan buahan banyaknya, tidak berakhir dan tidak terbatal (56:27-33).


Mereka bersandar dalamnya atas sofa yang ditinggikan, mereka tidak mendapati padanya kepanasan yang berlebihan dan tidak sejuk yang menyakitkan, dan teduhan atas mereka dekat, dan buahan tergantung rendah boleh-dicapai, dan mereka disediakan dengan mangkuk perak dan gelas kristal. Kristal yang dihias dengan perak, diukur dengan padannya, dan mereka diberikan minuman dalamnya dari piala yang berbau-halia, mata-air padanya diberi-nama 'Salsabeel', dan dikelilingi atas mereka kanak-kanak yang abadi, apabila kamu lihat mereka kamu akan berfikir bahawa mereka adalah mutiara yang terpecah, dan apabila kamu lihat, kemudian kamu akan melihat nikmat dan kerajaan yang hebat. Atas mereka pakaian dari sutera hijau yang halus, dan rantai dan gelang dari perak, dan pentadbir mereka akan berikan mereka air yang bersih (76:13-21).


Yang zalim akan berada di Neraka.
Kemudian Kami akan menyelamatkan yang bertaqwa, dan Kami akan tinggalkan yang zalim dalamnya padanya melutut (19:72).


Dan dibawakan pada Hari itu Neraka , dan pada Hari itu manusia akan ingat (89/23).


Kemudian sesungguhnya kamu, wahai pembelot yang engkar, akan makan dari pokok dari Masam, kemudian mengisi darinya perut kamu, maka minuman atasnya air-mendidih, maka kamu akan minum, dahaganya unta (56:51-55).


Dan sahabat kiri, apa itu sahabat kiri? pada angin panas-menghangat dan air mendidih, dan awan dari pendidihan, tidak menyejukkan  dan tidak mulia (56:41-44).


Neraka dijaga oleh malaikat yang tegas yang tidak membenarkan mana-mana cabut-lari.
Wahai orang yang beriman, lindungi diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang isinya adalah manusia dan batu, atasnya malaikat yang tegas dan kuat yang tidak mengengkari Allah dalam apa Dia perintahkan mereka, dan mereka melakukan apa yang mereka diperintahkan (66:6).


Kesimpulan.


Dalam peristiwa Hari Pengadilan, apa yang paling menakutkan adalah Neraka bukan tempat yang jauh yang mana penjenayah akan dikumpul, tetapi hakikatnya Bumi kita berubah kepada benda yang menakutkan, satu tempat dimana pezalim akan ditinggalkan, selama mana langit dan Bumi berdiri, manakala yang soleh akan diambil-pergi.


Ia adalah hakikat baru yang ini memancarkan cahaya yang terdapat pada banyak ayat al-Quran yang berkenaan subjek ini, terutamanya yang mana 'semua manusia akan masuk Neraka'.


Dan sesungguhnya dari kamu hanya akan mengalaminya, sesungguhnya atas pentadbir kamu, satu kepastian yang akan tiba. Kemudian Kami akan menyelamatkan yang bertaqwa, dan Kami akan tinggalkan yang zalim dalamnya padanya melutut (19:71-72).


Menurut al-Quran, planet hijau kita yang subur, akan berubah menjadi tanah yang mandul, dimana Matahari telah dikembangkan, Langit telah dicarikkan, gunung-ganang telah dihancurkan, lava bercucuran keluar dari perut Bumi, Laut menjadi terlalu panas bagi hidupan, tiada tempat yang boleh berlindung, tiada juga mana-mana teduhan yang banyak, ia adalah tempat yang kucar-kacir, terbiar yang mana hanya ada kesengsaraan, kesusahan dan kesakitan.


Realiti ini juga yang menukar cara kita mesti melihat pada Syurga dan Neraka sebagaimana hubungan kita dengan Allah. Pentadbir kita adalah bukan membalas dendam terhadap ciptaanNya dengan melemparkan kita ke dalam lubang Neraka jika kita tidak mentaatiNya. Bahkan, Dia memberikan kita jalur-kehidupan yang mana kita boleh menyelamatkan diri kita dan orang yang kita sayang dari kebolehpastian bahawa planet kita adalah nazak, dan kita akan hidup selama-lamanya dalam satu kehidupan yang ganas. Ia adalah rahmat ini yang Allah tawarkan kepada kita yang kita mesti melayakkan diri.


Allah tidak akan menyelamatkan yang sombong, zalim, pentingkan diri-sndiri, tidak bersyukur yang menyembah yang lain selain dariNya. Bahkan, Dia akan menyelamatkan orang yang beriman denganNya, yang baik, rendah-hati, murah-hati dan bersyukur, dan hanya Dia yang Satu, pentadbir dan Ketua yang sebenar.


Semoga Allah melindungi kita dan anak-beranak kita dari kedasyatan Hari yang pasti.

Wednesday, 16 November 2011

Bagaimana untuk Membaca dan Belajar al-Quran?

Tajuk: Bagaimana untuk Membaca dan Belajar al-Quran?
Penulis: Quran434.com

Adakah saya menyokong atau melawan hasil tertentu?


Jika saya deriakan diri saya, saya cuba memahami mengapa untuk membebaskan diri dari bias atau kongkongan, agar saya boleh membiarkan mesej memberitahu saya dengan benar apa ia sedang katakan, berbanding saya yang memberitahunya.


Cara yang sempurna hanyalah sukar bagi mereka yang ambil dan pilih. Suka, atau tidak suka, kesemuanya akan menjadi jelas. Membuat satu perbezaan yang nyaris dan langit dan bumi adalah boleh-disedari; jika anda mahu kebenaran yang jelas, maka jangan sesekali sokong atau tentang. Pergelutan antara 'sokong' dan 'tentang' adalah penyakit minda yang paling teruk. ~ Zen secara lazimnya ditujukan kepada Bruce Lee.


Pengajaran Pemikiran Kritikal


Adakah pemahaman saya logikal? Jika Allah adalah penulis al-Quran, maka ia akan mengandungi logik dan ketepatan yang maksimum. Penekanan yang kukuh pada aspek ini akan meningkatkan peluang mendapatkan pemahaman yang tepat secara signifikan.


Logik, Retorik dan Rasional yang Sah
Maklumat Kesalahan Logikal


Adakah kefahaman saya berkonflik dengan bahagian mesejnya yang lain?


Jika begitu, ia harus ditolak. Ini termasuklah spesifik dan prinsip dan hadnya yang am. Rujukan-silang menjadi satu kemestian.


Sumber Rujukan-silang Perkataan dan Kata-akar
Indeks Topikal bagi al-Quran


Adakah pemahaman saya mengikut acuan tatabahasa?


Kerapkali juga, perbezaan kecil dalam tatabahasa boleh menjadi perbezaan yang signifikan terhadap tafsir.


Corpus.Quran.com
Bahasa Arab Melalui al-Quran
Bahasa Arab: Satu Tatabahasa Penting


Adakah pemahaman saya praktikal?


Ia haruslah dipertimbangkan jika pemahaman yang terhasil adalah sebenarnya boleh untuk diimplementasikan secara praktikal di dunia yang sebenar.


Adakah wujud pandangan yang berbeza pada isu ini?


Nasihat bagi pelbagai sumber atau buku dan diskusi dengan orang lain adalah aspek yang penting dalam pemahaman. Kerapkali juga, orang lain akan memberikan isu yang anda mungkin tidak pernah terfikir sebelum ini. Bersikap terbuka dan membuat pertimbangan terhadap mereka.


Masa.


Jika ilmu saya adalah agar saya tidak boleh menyimpulkan apa-apa maka saya tidaklah harus, oleh kerana tiada kesan buruk dalam mengambil masa individu. Mendapatkan ilmu adalah proses pembelajaran yang berterusan, oleh itu kesabaran dan penerima secara berperingkat adalah kunci. Apabila tidak pasti, berpaling kepada Allah dan teruskan melakukan kebaikan dan menjadi baik. Jangan gopoh mengejar pemahaman, kerana boleh jadi anda tidak bersedia (5/101, 20/114). Apabila minda anda dalam keadaan bertaqwa kepada Allah, anda akan menjadi lebih cenderung kepada mesejNya, oleh itu pemahamannya akan menjadi jauh lebih senang.


Apa yang al-Quran kata?


Berikut adalah senarai ringkasan yang diambil dari al-Quran tentang bagaimana untuk memproses maklumat, baca, belajar  dan memahaminya;


16/98 - mencari bantuan spritual Allah, terhindar dari Setan sepeti ketidakstabilan emosi, kemahuan peribadi, delusi-kendiri, takbur, prejudis dan sisihan.


3/7 - tanam diri dalam prinsip yang kukuh, kekalkan keikhlasan.


6/56, 13/37, 30/29, 42/14-15 - peka dengan ikutan hawa-nafsu yang bertentangan dengan wahyu Allah.


3/195, 4/135, 5/8, 8/61, 28/54, 42/40 - kekal dengan kebenaran pada prinsip keadilannya, kesamarataan, belas-kasihan, memilih untuk tindakbalas yang baik atau lebih baik dan sebagainya.


6/114, 12/111, 17/89, 16/89, 18/54, 39/27 - cuba untuk menggunakan dan menghargai sistem konsepnya yang lengkap.


4/82 - apa-apa dari Allah tidak akan ada percanggahan atau tidak-konsisten atau varians. Ini juga digunakan terhadap pemahaman kita. Jika kita formulakan tafsir yang tepat bagi al-Quran, kita akan menemui setiap yang jatuh ke tempat. Ini adalah satu dari kriteria yang penting.


5/101, 20/114, 25/32, 73/20, 75/17 - jangan gopoh dalam pembelajaran kita, baca apa yang mudah baginya, bina ilmu dan penerimaan secara berperingkat untuk menguatkan jantung individu dan meminta kepada Allah untuk meningkatkan ilmu kita.


73/4-5 - untuk menerima pertimbangan atau perkataan yang mendalam, kita perlu mengatur persamaan dalam al-Quran, contohnya konsep atau topik rujukan-silang.


21/10, 30/30, 41/53, 51/20-21  - maklumat dan pengajarannya haruslah memeta terhadap realiti kita, dalam kejiwaan, pengalaman kita dan kepada horizon yang paling jauh. Setiap tanda, dalaman dan luaran boleh menuding kepada kebenarannya dan beraksi sebagai satu mekanisma pengesahan.


29/20, 3/137, 3/190-191, 45/3-4 - ilmu arkeologi atau biologi atau fizik atau sejarah atau sains atau falsafah dan sebagainya kesemuanya akan membantu untuk memahaminya dengan lebih baik.


6/75-79, 21/57-67, 36/78-79, 21/22, 23/91, 2/258, 12/26-27, 22/5-6, 2/260 - mempromosikan pemikiran logikal.


8/22 - kesinambungan yang kuat terhadap penggunaan akal.


49/6, 45/24, 6/116, 53/28, 2/111, 21/24 - menolak khabar-angin atau tekaan dan mempromosikan pengenalpastian bukti.


34/46, 6/50, 2/219, 3/191, 10/24, 16/44, 30/21 - menunjukkan kepentingan refleksi, utnuk dipertimbang atau difikirkan.


47/24, 23/68 - "tadabbur" bermaksud untuk merenung sesuatu dengan memberi pertimbangan yang berhati-hati terhadap sebab-musababnya.


41/44 - bahasa adalah bukan penghalang, kepercayaan atau penerimaannya akan membantu pemahanan.


25/33, 17/41 - ia mengandungi maklumbalas atau penerangan yang terbaik.


39/18, 42/38 - dengar dan pertimbangkan pandangan orang lain dan ikut apa yang terbaik.


6/116, 12/106 - pendapat majoriti tidak bermakna apa-apa.


2/2, 3/138, 10/37 - satu panduan kepada yang bertaqwa atau perancang-masa-depan, tiada keraguan padanya, oleh itu pemahaman yang membawa kepada keraguan tentangnya hendaklah ditinjau kembali secara hati-hati.


17/45-46 - tidak beriman pada hari-Akhirat boleh menjadi penghalang kepada pemahamannya.


12/3, 18/54, 17/89, 7/176, 12/111 - lihat kepada contoh dalamannya, kisah dalamnya memberi kita pengajaran, ia menjelaskan semua perkara.


2/170, 7/28, 6/112, 7/70, 26/74, 43/23 - dinasihatkan jangan secara membabi-buta mengikut ajaran nenek-moyang kita.


17/36, 39/9 - mencari ilmu, mengesahkan, menggunakan deria anda yang dianugerahkan-oleh Allah.


25/1, 2/185, 6/114-115 - ia adalah kriteria untuk membuat-keputusan atau menghakimi.


7/204 - memberi sepenuh perhatian, fokus.


19/76 - ia meningkatkan panduan kepada yang dipandu, contohnya mereka yang secara berterusan ke hadapan, mencarinya dan mengikutinya.


22/46, 7/179 - buka jantung dan minda anda.


13/17 - sebarang tafsiran mesti sentiasa difahami dalam cara yang difokuskan kepada manfaat manusia dan 
pembangunan kita.


15/1, 17/82, 36/2, 2/97, 45/20, 10/57, 56/77, 85/21 - mana-mana pemahaman haruslah refleks daripada ciri-cirinya seperti kebijaksanaan, belas-kasihan, penyembuhan, kemuliaan, khabar-gembira, rahmat, jelas dan sebagainya.


17/9 - memandu kepada apa yang lurus atau betul atau terbukti-benar.


20/2 - ia tidak dihantar untuk membuatkan kita derita secara tidak-perlu, oleh itu sebarang tafsir harus memikul ini dalam minda.


22/54, 34/37 - mereka yang paling rapat adalah mereka yang beriman dan melakukan kerja kebaikan, mengimplikasikan ketaqwaan atau kesolehan dan pemahaman boleh saling-bekerjasama.


56/79 - kebersihan minda atau jantung akan menggenggamnya. Bekerja atas aspek ini bagi diri individu dikala anda mencari panduan.


3/79, 75/18 - aplikasikan apa yang anda belajar atau tahu.


39/27-29 - varians adalah ditolak, tiada penipuan, satu sumber yang konsisten adalah rujukannya.


4/87, 31/6 39/23, 77/50 - teguh dengan sumber yang kukuh atau terbukti, bukan pada khabar-angin atau penceritaan yang tidak berasas. Hanya al-Quran adalah penceritaan yang terbaik, paling-benar dan obligatori.


Semoga pengajian anda berbuah-lebat.

Monday, 24 October 2011

Si Kecil dan Sang Dewasa

Si kecil boleh jadi selalu dikatakan salah. Seolah-olah orang dewasa saja yang betul. Buat itu salah, buat ini salah. Apa boleh buat? Orang dewasa lebih berkuasa.

Kini saya meningkat usia dewasa, sesungguhnya orang dewasa juga banyak salah. Kononnya orang dewasa begitu matang. Sematang-matang orang dewasa, orang dewasa yang melakukan segenap jenayah. Si kecil digelar sufaha' (4/5), tidak hairan jika mereka tidak matang.

"Eh budak kecil, kenapa kamu tidak matang?"

Ya, sufaha' cenderung untuk berbuat salah. Namun, semakin banyak si kecil berbuat salah seperti salah tatabahasa percakapan, mereka belajar melaluinya sehingga fasih.

Tetapi si dewasa, walaupun graduan universiti, rasuah juga yang menjadi pilihan. Malah manusia yang lebih buruk dari binatang (25/44) terdiri dari orang-orang dewasa.

Ada yang begitu sensitif. Orang Jepun mungkin sensitif jika tidak ditundukkan badan sebagai tanda pertemuan. Tetapi isu ini jauh lebih kecil dari isu 'peperangan Gaddafi' di Libya. Apakah nilai isu memakai selipar di majlis rasmi jika dibandingkan dengan isu kesejahteraan?


Sebahagian orang dewasa juga tidak menghormati si kecil. Maksud saya, sekurang-kurangnya dari sudut hak asasi. Bayi bagaikan tiada harga. Ibu sudah tak seperti ibu.

Kes di China baru-baru ini, si kecil yang kemalangan, orang-orang dewasa di sekitarnya sekian lama enggan membantu.

Orang dewasa. Tidak kah awak mahu kembali ke zaman kanak-kanak awak? Semoga dengan itu awak lebih berperikemanusiaan.

Wallahualam.

Friday, 21 October 2011

Lama Tidak Dicoret

Begitu lama blog ini tidak dicoret. Memberi laluan kepada peperiksaan akhir semester, penyiapan assignment dan penyiapan thesis, dikala faktor dalaman lemah menghadapi faktor luaran. Bak dialog dalam kartun 'Slam Dunk';

"Bertahan! Bertahan!"

Saya telah mendaftar sebagai ahli ABIM pada 12 Oktober lepas, secara online. Ianya kerana saya cuba berjinak-jinak dengan NGO. Sebahagian perokok dikatakan bermula dengan perasaan ingin mencuba rasa rokok.

Telah mendapat tugas untuk menterjemah filem Hilla ke dalam bahasa Melayu dalam minggu akhir bulan lepas, tetapi baru boleh melaksanakan tugas setelah tamat peperiksaan akhir. Semalam baru mulakan terjemahan.

Merancang untuk belajar bahasa Arab part time selama 4 bulan di KIAS. Memang kebetulan, cuti saya dijangka selama 4 bulan saja. Kelas pertama dikatakan sepatutnya petang ini, tetapi terpaksa absent kerana saya berada di UPM sekarang. Jangka sebenar pengajian itu adalah 16 bulan. Tetapi, saya dijangka tidak sempat untuk menghabiskannya selama 16 bulan, melainkan saya memanjangkan cuti saya. Apapun, saya belum mendaftar.

Sedang menulis buku tentang makanan. Oleh itu saya ciptakan group makanan, sila rujuk; http://www.facebook.com/groups/220795507985071/

Ya. Boleh dikatakan setiap hari saya makan. Bak kata Nik Aziz, manusia sepatutnya makan berbeza dengan binatang sebab manusia guna akal.

Semalam majlis konvokesyen. Dapat bersua semula wajah-wajah rakan lama. Semalam juga mungkin kali pertama mendengar ceramah dari Persatuan Mahasiswa Islam. Penceramah itu menceritakan tentang suap makanan. Dan malam itu, saya disuap satu unit cebisan kentang goreng di kedai makan.

Suapan nasi boleh jadi lebih romantik berbanding suapan satu unit cebisan kentang goreng. Ini kerana, untuk menyuap nasi, penyuap perlu menyentuh mulut si kena suap, melainkan jika suap menggunakan sudu dan sebagainya.

Saya tidak fikir riwayat berkenaan Nabi menyuap makanan itu adalah Nabi telah menggunakan sudu. Bak kata Mahathir, tiada Gillette pada zaman Nabi.

Dunia yang terhad inilah waktu untuk belajar al-Quran. Dikala kita mempunyai mata untuk melihat al-Quran, mulut untuk mengucap al-Quran, telinga untuk mendengar al-Quran. Ia satu peluang dan nikmat. Kita yang memilih.

Sekian dulu coretan.

Wallahualam.

Monday, 26 September 2011

Saya Sayang Awak Gila-Gila Bhg. IV

Maklumat mana yang benar, hanya Allah Maha Mengetahui. Antara hujah balas berkenaan Atun antaranya;

1) Nama sebenar

Rabia'atul Adawiyah adalah bukan nama sebenar Atun. Seseorang yang menggunakan emel Atun memberitahu saya tentang ini di Yahoo Messenger.

2) Kubur

Kubur Rabia'atul Adawiyah gagal dikesan.

3) Telefon

Suara menyerupai suara Atun menelefon saya dengan menggunakan nombor Atun.

4) Sakit

Atun tidak sakit?

5) Terima kasih

Terima kasih awak. Kerana berterus terang. Saya hargai sangat-sangat. Saya harap kali ini awak benar-benar jujur.

5) Permainan

Mempermainkan seseorang bukannya susah. Tetapi, renungilah kejujuran, kasih sayang, dan keikhlasan jantung seorang lelaki. Apakah itu tiada nilai di mata awak?

Minggu ini saya begitu banyak kerja. Tetapi saya luangkan masa untuk blog ini juga, semata-mata untuk menceritakan episod yang lain.

Awak, sila baca tajuk coretan blog yang ini. Ia berbunyi; "saya sayang awak gila-gila".

Wallahualam.

Tuesday, 20 September 2011

Pendapat

Orang yang mendengar perkataan maka ikut yang terbaik, itulah mereka yang dihidayahkan Allah dan itulah mereka ulu Albab (39:18)

Apa yang saya coretkan dalam blog ini selain dari al-Quran adalah berdasarkan pendapat. Jika anda mendapati ada pendapat lain yang lebih baik dari pendapat saya, maka ikutlah yang terbaik, sebagaimana diterangkan dalam 39/18.

Sejujurnya, saya mahu jumpa 'Atun', iaitu nama panggilan Rabia'atul Adawiyah. Saya mahu jumpa. Jika bukan di dunia, maka di alam yang lain. Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui betapa saya sayangkan dia.

Hidup di dunia ini, menakutkan bagi saya. Saya terpaksa belajar sendiri perihal agama tanpa terlalu bergantung kepada jabatan agama atau institusi pengajian agama, gara-gara kurang berpuas hati dengan ajarannya.

Pendapat dari imam Ghazali yang memperketatkan kriteria untuk berijtihad. Tetapi bukankah ini membawa kepada sikap 'taksub mazhab', di mana sikap ini ditentang sendiri oleh sebahagian pemimpin-pemimpin Sunni?

Suatu ketika dahulu, saya pernah mengajukan soalan "apakah Islam yang sebenar?"

Soalan ini masih relevan. Saya ambil contoh, iaitu isu muzik. Ada riwayat hadis yang mengharamkan muzik, tetapi apabila saya menolak riwayat ini, saya digelar anti-hadis? Sedangkan penganut Sunni sendiri ramai yang mendengar muzik.

Saya begitu sedih. Saya mahukan Atun. Atun pun mendengar muzik.

Atun, tunggu saya. Maut bisa saja datang kepada saya bila-bila masa. Tunggu saya, sayang. Saya sayang awak gila-gila.

Wallahualam.

Monday, 19 September 2011

Saya Sayang Awak Gila-Gila Bhg. III

1) "Awak, apa kata kita kahwin senyap-senyap?"

2) "Awak, lepas saya chat dengan awak, saya akan padamkan tulisan chat."

3) "Awak, kakak saya bagi password facebook saya kepada abang awak."

4) "Awak, datanglah beraya di kampung saya."

5) "Awak, Saya sayang awak sangat-sangat."

6) "Awak, kenapa awak masih sudi terima saya? Saya sakit dan banyak buat salah kat awak. Kalau lelaki lain mungkin sudah tidak mahukan saya."

7) "Awak, boleh bacakan ayat al-Quran untuk saya?"

8) "Awak, saya suka sangat Surah al-Mukminun."

9) "Awak, saya tak percayakan ubat."

10) "Awak, kenapa abang dan kakak saya harus keluarkan banyak duit untuk rawat saya. Kasihan kat abang saya. Dia mesti perlu banyak wang untuk persiapan perkahwinan dia nanti."

11) "Awak, ubat ni pahit la."

12) "Awak, nanti bila saya tiada, awak carikan pengganti saya, seseorang yang menyayangi awak."

13) "Awak, saya nak ikut awak."

14) "Ya, awak calon suami saya. Tapi jangan beritahu sesiapa."

15) "Awak, nanti kita dah kahwin, awak izin tak saya pakai purdah?"

16) "Awak tak nak bekerja di Penang ke? Nanti saya duduk di rumah saja tunggu awak balik kerja."

17) "Awak, saya suka sangat lagu awak 'Jangan Bersedih Lagi.' Tolong poskannya di Facebook saya. Tapi saya tak boleh nak like."

18) "Saya ingatkan awak mahu gubahkan lagu yang gembira untuk saya. Saya tak suka lagu tu. Seperti lagu putus cinta. Seolah-olah awak mahu tinggalkan saya."

19) "Awak, saya tak dapat pergi kelas. Saya tak cukup tidur. Petang nanti kena buat medical checkup.

20) "Awak, pagi tadi telinga saya keluar nanah. Doktor kata suhu saya 40. Doktor kata kalau tak sembuh saya kena duduk dalam wad. Tapi saya tak mahu, saya mahu duduk di rumah."

Saya sayang awak gila-gila.

Wallahualam.

Saya Sayang Awak Gila-Gila Bhg. II

"Awak orang yang keempat saya sayang."

"Ke empat? Bagaimana dengan kakak dan abang awak?"

Sila lihat senarai berikut;

1) Nabi Muhammad
2) Ibu
3) Ayah
4) Abang
5) kakak

"Betul lah. yang keempat. Yang pertama Nabi Muhammad, yang kedua ummi dan abi, yang ketiga abang dan kakak saya. yang ke empat awak."

Senarai dalam pemikiran dia adalah seperti berikut;

1) Nabi Muhammad
2) Ibu dan Ayah
3) Abang dan Kakak
4) Saya

Sebab itu saya dapat no. empat.

Ketika saya menulis ini dia telah meninggal dunia. 

"Awak, saya nak minta maaf banyak-banyak. Saya banyak buat salah pada awak. Awak, saya takut."

Ini antara kata-katanya yang terakhir semalam kedengaran di telinga saya melalui handphone. Ketika itu, dia seakan sukar menggerakkan bibirnya. Mungkin kerana kesan dari kepalanya yang sedang membengkak. Awak, insyaallah kita akan bertemu di alam yang lain. Saya sayang awak gila-gila.

Wallahualam.

Saya Sayang Awak Gila-Gila

"Awak, saya ada berita gembira."

"Berita gembira?"

"Ahad malam ini saya akan ke Taman Impian Ehsan, sepupu saya buat rumah terbuka. Nanti kita dapat jumpa."

Dan Ahad malam itulah, si dia melalui proses untuk pembedahan. Satu pembedahan yang bisa meragut nyawanya.

Kami ada banyak rahsia. Kami begitu rapat. Bak kata Saleem; "Namun hakikat cinta kita, kita yang rasa."

Gara-gara tuduhan 'anti hadis' terhadap saya, hubungan kami tidak direstui oleh ahli tertentu.

"Awak, saya tak jadi pergi rumah terbuka sepupu saya nanti."

Saya tidak pernah mengaku saya anti hadis. Saya ingin belajar al-Quran. Kenapa tidak, bukankah saya ini hambaNya?

"Okey, sekarang anta adalah calon suami adik ana."

Ini kisah lama. Siapa yang tidak merestui hubungan kami ketika itu. Kemudian, yang berusaha keras memisahkan kami berdua adalah abang kandung saya sendiri.

Kemudian, si dia bertunang dengan orang lain, walau hanya tunangan Facebook, ia begitu melukakan jantung saya. Sila rujuk; http://ariji86.blogspot.com/2011/08/sekejap.html. Kisah pada saat ini kemudiannya diinterpretasikan melalui lagu 'Biar Aku Sendiri'. Ayat-ayat yang keluar pada saat itu, dijadikan sumber modal bagi penulisan lirik bagi lagu itu.

"Awak, saya tidak mahu lelaki itu. Tetapi abang saya yang minta."

Tunangan itu hanya terikat beberapa hari saja. Lalu abangnya mencoret;

As-salaam-alaikum adik,, maafkan diri along kerana membiarkan adik sendirian tanpa teman untuk berbicara dan terlalu memaksa adik untuk membuat sesuatu pilihan tanpa keinginan adik sendiri sesungguhnya setiap anak cucu adam tidak pernah lari dari membuat kesilapan seperti kata-katamu adikku,, along hanya mahukan dirimu jadi seperti SERIKANDI RABIATUL ADAWIYAH seiring namamu.

Beberapa hari kemudian;

"Awak, kenapa awak block Facebook saya?" saya bertanya.

"Abang awak yang minta saya jauhkan diri dari awak. Awak, maafkan saya. Itu kelemahan diri saya. Saya mudah untuk mengikut perintah orang lain."

Kemudian, awal pagi itu, kami berkonflik lagi tentang isu hukuman rejam sampai mati. Dan kali ini, si dia telah bergurau yang agak keterlaluan, yang merobek jantung saya, bahawa dia telahpun membuat keputusan untuk berkahwin dengan lelaki lain. Kerobekan jantung pada saat ini juga dijadikan modal bagi menginspirasi lagu "Biar Aku Sendiri."

Ketika itu, begitu dan semakin lemah saya untuk semangat balik beraya.

Saya juga mendapat khabar ada 'mulut-mulut' bercakap tentang saya dari Jabatan Mufti Negeri Kelantan, dan 'mulut-mulut' ini telah membuatkan ibu saya bersedih.

Dua insan yang saya begitu sayang, bagaikan bom jangka yang meletup, lalu saya mencabar jabatan itu. Sila rujuk; http://ariji86.blogspot.com/2011/08/jabatan-mufti-negeri-kelantan.html.

"Awak, sudikah awak terima saya semula?"

Soalan ini yang keluar dari mulutnya keesokan hari.

"Sudi."

Ya Allah, bagaikan penawar, seiring dengan maksud kalimah 'Adawiyah'. Sejak itu kami menyambung ikatan secara rahsia.

"Awak, saya memang suka bergurau seperti itu. Ramai yang tidak suka cara saya bergurau yang itu. Tak sempat saya beritahu awak perkara yang sebenar sebab awak begitu cepat off dari Yahoo Messenger sebaik mendapat gurauan itu."

Awal pagi ini, ketika saya sedang menulis, kemungkinan dia sedang menjalani pembedahan. Saya tidak tahu di hospital mana. Yang saya tahu ia di oversea. Bila-bila masa saja saya bisa mendapat sms atau apa-apa mesej bahawa dia telah pergi dari dunia. Itu pun jika ada yang sudi memberitahu saya. Awak, saya sayang awak gila-gila.

Wallahualam.

Monday, 12 September 2011

Mujtahid

Kalimah 'mujtahid' tiada dalam al-Quran. Yang ada adalah 'mujahid'. Tuduhan 'anti-hadis' terhadap saya adalah kurang tepat. Mohd Asri tidak pernah mengaku sebagai 'Wahabi'.

Seorang Saudi yang berjanggut panjang belum tentu penganut Sunni. Seorang yang memandu kereta Mercedes belum tentu pemilik kereta itu.

Menolak hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina tidak bermakna saya seorang anti-hadis. Apakah mungkin Omar al-Khattab yang kerap mendengar suara Nabi Muhammad secara langsung itu seorang anti-hadis?

Tidak percaya kepada Utusan Malaysia belum tentu anti-suratkhabar. Apabila suratkhabar memberi maklumat yang salah atau kurang tepat, mengapa disalahkan kepada pembaca apabila pembaca tidak mempercayainya. Dimana keadilan?

Malah, Nabi Muhammad berlaku adil, walau terhadap musuhnya sendiri (5/8).

Kita pula berlaku tidak adil kepada baginda dengan mengenali keperibadian baginda melalui kitab lain semata? Bagaimana dengan Kitabullah?

Nabi Muhammad sebagai seorang hamba Allah, taat kepada Allah, di mana akal kita apabila menuduh baginda menjatuhkan hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina.

Yang mengsahihkan riwayat yang berkenaan, adalah bukan Tuhan, tetapi makhluk.

Maka jika dibiarkan cinta terhadap Nabi Muhammad setaraf dengan cinta kepada Allah, maka boleh membawa kepada perbuatan umpama seorang lelaki yang mencuri rantai emas demi cintanya kepada kekasihnya, sedangkan dia tahu Tuhannya melarang dia dari mencuri.

Atau perbuatan umpama seorang ahli sukan yang mensabotaj pesaingnya kerana mencintai gelaran juara.

Atau perbuatan umpama seorang ustaz yang menjatuhkan hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina sedangkan dia tahu Tuhannya menyebut hukuman sebat, dan dia tahu hudud itu bermaksud batasan-batasan.

Wallahualam.

Tuesday, 6 September 2011

Biar Aku Sendiri


Biar Aku Sendiri


Penyanyi: Ariji
Pencipta lagu: Ariji
Penulis lirik: Ariji


kamu hadir di hidupku
menjadi ikatan
kemudian kamu pergi
meninggalkan diriku


terima kasih perempuan jantungku
kerna sudi mengecewakan aku
dan melukai terunaku


aku hadir dalam hidupmu
menjadi kekasih
aku mahu diri kamu
menjadi isteriku


sudah lama aku mencari wanita
yang baik untuk diriku yang bujang
dan kali ini aduh sakit


biar aku sendiri
dengan darah mengalir


tinggallah aku menanti
menahan luka hati


mungkin aku tidak cukup baik untuk dirimu sayang
lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat


mungkin aku jahat untuk dirimu sayangku kerana
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik

Thursday, 1 September 2011

Al-Quran Dalam Hidupku

Tidak sempat saya menghabiskan bacaan buku ini tadi di Borders, hanya tinggal beberapa bab sahaja lagi tapi terpaksa pulang. Dua perkara yang menarik bagi saya tentang buku ini adalah;

1) Non-fiction
2) Al-Quran

Ia berjaya membuatkan hidung saya berhingus tadi, akibat rasa mahu menangis.

Wallahualam.

Wednesday, 31 August 2011

Hari Raya dan Biru Muda

1) Kali pertama tiada ibu dan ayah di sisi pada hari raya kali ini.

2) Kali pertama saya beraya di Selangor.

3) Kali pertama bergambar dengan Khalid Ibrahim.

4) Warna blog saya biru muda, secara kebetulan saja dengan warna bendera parti Khalid.

Wallahualam.

Tuesday, 30 August 2011

Ahad

Ahad bermaksud satu. Ihda pula bermaksud satu-dari. Kalimah ahad juga digunakan untuk pengiraan;

Apabila Yusuf berkata kepada ayahnya; "Ayahku, aku pernah melihat se-belas planet dan Matahari dan Bulan, Aku lihat mereka sujud bagiku." (12:4).

Orang Arab dikatakan menganggap hari Sabtu sebagai 'hari pertama bagi minggu', tetapi hari Ahad pula yang digelar sebagai 'yaumul-Ahad'.

Wallahualam.

Saturday, 27 August 2011

Jabatan Mufti Negeri Kelantan

Saya telah mencabar Jabatan Mufti Negeri Kelantan untuk berdebat tentang isu riwayat hadis berkenaan Nabi mengarahkan hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina. Sila rujuk; http://www.facebook.com/groups/152496018153875/

Perjuangan saya membela Nabi Muhammad dari fitnah yang gagal ditapis dengan baik dalam ulum hadis yang digubah oleh ahli-ahli agama Sunni, diteruskan.

Wallahualam.

Wednesday, 24 August 2011

Hari Raya

Hari Raya kali ini begitu kurang bermakna untuk diraikan oleh saya.

1) Akademik

Disiplin akademik yang kurang memuaskan.

Pemberat: 0.3
Rating: 2

 Apa yang mahu diraikan?

2) Berpisah

Walaupun kami masih berkawan.

Pemberat: 0.15
Rating: 2

Apa yang mahu diraikan?

3) Si dia sakit

Pemberat: 0.15
Rating: 1

Apa yang mahu diraikan?

4) Banyak kerja

Pemberat: 0.4
Rating: 3

Apa yang mahu diraikan?

Wallahualam.

Monday, 22 August 2011

Ajal

Ajal adalah kata nama yang bermaksud tempoh.

Dan berkata aulia' mereka dari manusia pentadbir kami telah dimanfaatkan sebahagian kami dengan sebahagian, dan telah disampaikan kami ajal kami yang Engkau ajalkan bagi kami (6/128).

Menarik apabila kata akar a-j-l ini dikaitkan dengan 'kitab';

Dan jangan selesaikan akad nikah sehingga sampai Kitab ajalnya (2/235).

Dari ajl itu Kami kitabkan atas bani Israel sesungguhnya siapa yang bunuh nafs dengan tanpa nafs atau kerosakan di bumi maka seperti sesungguhnya apa bunuh manusia semuanya dan siapa hayatkannya maka seperti sesungguhnya apa hayatkan manusia seluruhnya (5/32).

Dan apa dijadikan bagi nafs sesungguhnya dia maut hanya dengan izin Allah kitaban muajjalan (3/145).

Mazhab Shafie dan Kezaliman

Konsep wali mujbir dalam mazhab Shafie memhalalkan si bapa menikahpaksa si anak perempuan. Apatahlagi jika si anak perempuan itu berumur sembilan tahun?

Ajaran ini dilakonkan dalam filem 'Perempuan Berkalung Sorban' walaupun perempuan itu bukan berumur sembilan tahun. Mohd Asri membuat komen berikut, sila rujuk http://drmaza.com/home/?p=1117;

Namun, penyelesaiannya dengan memaksa dia berkahwin dengan calon yang dia tidak suka adalah salah dan zalim

Wallahualam.

Friday, 12 August 2011

Ajr

Ajr adalah kata nama yang bermaksud 'balasan baik'. Al-Quran menerangkan bahawa orang yang terbaik untuk diambil bekerja adalah yang kuat dan jujur (28/26). Kuat di sini adalah dari perspektif bidang masing-masing. Jika dalam bidang perakaunan, maka kuat yang dimaksudkan adalah mahir dalam perakaunan.

Maka dalam skop perakaunan, 'balasan baik' secara relatifnya lebih berbaloi diberikan kepada akauntan yang lebih mahir dalam perakaunan berbanding yang kurang mahir, dengan andaian kedua-dua pekerja itu adalah jujur.

Wallahualam.

Sekejap

3 Ogos 2011, hubungan kami termeterai di facebook. Hari ini, 12 Ogos 2011, dia telah pun bertunang dengan orang lain. Begitu pantas dia dapat pengganti.

Walaupun sekejap, namun ia menjadi kenangan manis dalam hidup saya. Terima kasih kerana jujur kepada saya. Saya harap kita masih menjadi kawan.

Wallahualam.

Wednesday, 27 July 2011

Kuiz Bhg. II

Surah al-Furqan ayat 30;

Dan Rasul berkata "Tuhanku, orang-orangku telah meninggalkan al-Quran ini."

Soalan 1: Riwayat hadis manakah yang paling sesuai dengan ayat di atas?

a) Aku meninggalkan untuk kamu dua perkara yang kamu mesti pegang, al-Quran dan Sunnahku. (Riwayat Muwatta).

b) Aku meninggalkan untuk kamu al-Quran dan relatifku (AhlulBait). (Riwayat Muslim, Ibn Hanbal dan Darimi).

c) Aku meninggalkan untuk kamu al-Quran, kamu harus berpegang padanya. (Riwayat Muslim, Ibn Majah dan Abu Dawud).

Sunday, 24 July 2011

Sekali Lagi


Menitis air mata saya menonton filem ini.

Wallahualam.

Tuesday, 19 July 2011

Ujaj

Ujaj adalah kata nama bermaksud air-masin.

Dan Dia yang mengeluarkan lautan, ini segar dan boleh-plet dan ini kemasinan dan ujaj. Dia membuatkan antara mereka satu bahagian dan satu halangan yang dihalang (25:53).

Lautan terbahagi kepada dua kategori jenis air iaitu air-tawar dan air-masin. Hujan adalah air-tawar.

Adakah kamu perhatikan air yang kamu minum? Adakah kamu yang menurunkannya dari awan, atau Kami yang menurunkannya? jika Kami mahu, Kami boleh jadikannya ujaj, maka mengapa kamu tidak bersyukur? (56:68-70).

Jika air-masin dipanaskan dan tersejat, air yang tinggal itu masih masin. Malah jika ia dididih sehingga kering, maka ia menjadi garam. Ini bermakna garam tidak tersejat ke langit untuk menjadi awan. Ayat 56:70 menerangkan bahawa jika Allah mahu, Allah boleh menyejat garam ke langit seterusnya menurunkan hujan versi air-masin.

Wallahualam.

Monday, 18 July 2011

Fatim Bhg. II

Telah menyiapkan leadsheet lagu 'Fatim' dengan menggunakan perisian MidiIlustrator Maetro versi unregistered. Ia boleh dimuatturun di link ini; http://www.4shared.com/document/hiMgKp0U/Ariji_-_Fatim.html

Saya rasa lebih baik ada leadsheet supaya lebih mudah untuk merekrut ahli band.

Wallahualam.

Sunday, 17 July 2011

Athama

Athama adalah kata akar bagi kata nama ithm yang bermaksud dosa. Saya menggunakan kaedah menulis kata akar athama berbanding a-th-m.

Banyak perbuatan yang berdosa diterangkan dalam al-Quran antaranya memungkiri shahadah (2/84-85), Mengubah wasiat si mati (2/180-181), rasuah (2/188), sebahagian besar kegunaan yang mabuk dan judi (2/219), melakukan kesalahan tertentu kemudian menyalahkannya pada orang lain (4/112), membunuh nyawa yang diharamkan Allah kecuali dengan kebenaran, berzina (25/68), dan sebahagian perbuatan prasangka (49/12).

Perbuatan berdosa besar pula adalah perbuatan syirik dengan Allah (4/48). Namun, ada perbuatan yang mungkin kelihatan berdosa tetapi sebenarnya tidak berdosa iaitu terpaksa melakukan kesalahan tetapi taat kepada Allah dan tidak melampaui batas (2/173). Kesenangan-duniawi pula membuatkan mereka yang tidak bersyukur menambah dosa (3/178).

Wallahualam.

Monday, 11 July 2011

Diskusi dan al-Quran

Kali pertama saya bersemuka dengan mereka berempat, kemudian kami berdiskusi kira-kira selama empat jam. Layth, jejaka sebelah kiri saya adalah pengasas laman web http://free-minds.org/.

Wallahualam.

Wednesday, 6 July 2011

Di Atas Satu Cinta


Hari ini, bertemankan Farisah, kali pertama saya jogging di UPM.

Tadi  Farah, rakan online saya telah pos lagu ini di Facebook. Saya tertarik sebab ia sedap dan ada kalimah 'Subhanallah'.

Wallahualam.

Sunday, 3 July 2011

Ahlul Quran Bhg. II

Mereka yang digelar Ahlul Quran terdiri daripada golongan yang cenderung kepada Qira'at, mahupun golongan yang lebih cenderung kepada kefahaman kandungan al-Quran seperti golongan Mu'tazilah.

Sebahagian ahlul Quran yang cenderung kepada Qira'at pula mengejar syafaat dengan menggunakan dalil berikut;

Bacalah al-Quran, kerana ia datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafaat kepada para ahlinya (riwayat Muslim).

Namun, riwayat hadis ini bercanggah dengan konsep al-Quran itu sendiri;

Bertaqwalah hari yang tidak memanfaat nafs dari nafs sesuatu dan tidak diterima darinya syafaat dan tidak diambil darinya adl dan tidak mereka membantu (2:48).

Sebahagian ahlul Quran pula digelar sebagai pengengkar Sunnah Rasul kerana antara fahaman mereka yang bercanggah dengan fahaman muktabar tertentu. Ahli Sunnah pula dikatakan lebih mencintai Rasul berbanding Ahlul Quran versi yang ini. Namun, menurut tulisan sejarah, Ibn Mas'ud pernah berkata;

"Sesiapa sahaja yang mencintai al-Quran, nescaya dia mencintai Allah dan RasulNya."

Al-Quran pula menerangkan bahawa orang yang beriman lebih mencintai Allah berbanding mencintai Rasul. Maka persoalan sejauh mana kita mencintai Allah itu lebih kritikal, kerana jika cinta kepada Rasul melebihi cinta kepada Allah, maka gugurlah keimanan.

Dan dari manusia itu adalah antaranya yang mengambil yang lain dari Allah sebagai setaraf, mereka cintakan mereka sebagaimana cintakan Allah; dan yang beriman lebih kuat cintakan Allah; dan bila yang ingkar melihat pembalasan, mereka akan lihat yang semua kekuatan milik Allah, dan bahawa Allah adalah hebat dalam pembalasan (2:165).

Wallahualam.

Universiti Putra Malaysia

Petang esok, iaitu hari Isnin, kerana jam menunjukkan hari ini adalah Ahad, dijangka kelas pertama saya di UPM. Saya cuba untuk mengulang dua subjek bertujuan untuk memperbaiki pointer, membuatkan semester ini dijangka akan busy seperti biasa. 19 jam kredit. Jumlah jam kredit sebegini saya sudah biasa. Cuma sebelum ini saya plan sekadar 13 jam kredit sahaja. Bagi memenuhi hasrat untuk memperbaiki pointer, saya merancang mengorbankan ruang-ruang relaks itu.

Saya mencari-cari ruang catur di sini. Saya bekas wakil catur bagi sebuah institusi di Shah Alam suatu ketika dahulu. Ingin berkenalan juga dengan kelab catur di sini, jika ada.

Saya juga mencari ruang untuk menubuhkan indie band di sini. 'Merenung dari jauh' bakat-bakat yang ada di sini. Band adalah berkenaan team work. Komitmen, ini yang saya mahu dari mereka. Jika tiada, maka band ini mungkin tidak akan ditubuhkan.

Merancang untuk menubuhkan study group dengan lebih sistematik, kali ini. Lima study group yang sepatutnya ditubuhkan, memandangkan satu subjek lagi adalah kajian ilmiah.

Al-Quran, insyaallah ini akan menjadi teman saya jua. Kelab al-Quran?

Merenung keupayaaan diri. Merancang prioriti diberikan kepada akademik kali ini, kembali kepada strategi pada sekitar dari awal tahun 2009 hingga pertengahan 2010. Bak kata orang muda; "Jika inginkan buah durian, maka tanamlah pokok durian, kerana pokok rambutan mengeluarkan buah rambutan."

Namun saya masih belum pasti bahawa saya mampu untuk cemerlang kali ini. Perancangan aktiviti kokurikulum yang dinyatakan di atas perlu diletakkan batas yang sesuai. Terfikir juga seronoknya jika hanya 13 jam kredit. Saya bukan Superman.

Ada masanya saya terganggu kerana sering memikirkan hakikat gelora kalimah 'Islam' pada hari ini. Kecewa dengan ignorance oleh ahli ceramah agama tertentu di televisyen. Mereka berceramah di televisyen, melambangkan kerasmian versi 'ajaran Islam' di Malaysia. Mereka memetik riwayat 'entah dari mana' kemudian diajar kepada orang-orang tua yang 'kubur datang mari'. Satu artikel dari Mohd Asri boleh dijadikan rujukan; http://www.drmaza.com/home/?p=1397

Patutkah mereka berbuat begitu kepada orang-orang tua? Susah sangatkah untuk mengajar al-Quran? Seolah-olah orang-orang tua itu sudah mahir al-Quran, tidak perlu lagi diajar al-Quran.

Imbas kembali satu isu di satu group yang menggunakan jenama 'Islam' di Facebook suatu ketika dahulu, apabila penggunaan kalimah 'hai' bagi menyapa orang dikatakan bukan dari ajaran Islam. Gara-gara Nabi Muhammad tidak menyebut 'hai' apabila menyapa orang?

Lihat bagaimana Islam didefinisikan. Barangkali orang Islam tidak patut memakai baju kemeja, kerana ia bukan 'Sunnah Nabi'. Apabila hukum Allah dengan hukum makhluk sudah tidak dibezakan lagi?

Wallahualam.

Saturday, 25 June 2011

Athl

Athl adalah nama bagi sejenis tumbuhan.

Dan Kami menukar dua taman mereka kepada dua taman buahan buruk, athl, dan sesuatu dari hasil-tuaian yang sedikit (34/16).

Friday, 24 June 2011

Athara

Athara adalah kata kerja bermaksud cenderung.

Dia athara dengan kehidupan dunia (79/38).

Apabila kita ada dua halatuju, iaitu dunia dan akhirat, salah satu dari keduanya kita lebih cenderung, samada cenderung kepada dunia atau akhirat.

Begitu juga dengan ajaran dari Rasul, diteruskan dengan Rasul lain yang datang kemudian. Ajaran dari Rasul-rasul ini cenderung ke arah yang sama.

Kecenderungan ke halatuju tertentu meninggalkan 'bekas tapak kaki', yang mana menjadi ikutan dari orang yang terkemudian.

"Sesungguhnya kami mendapati nenek-moyang kami mengikut sistem-pimpinan tertentu, dan sesungguhnya kami atas athar mereka ikutan" (43/23).

Wallahualam.

Abdullah Yasin