Petang esok, iaitu hari Isnin, kerana jam menunjukkan hari ini adalah Ahad, dijangka kelas pertama saya di UPM. Saya cuba untuk mengulang dua subjek bertujuan untuk memperbaiki pointer, membuatkan semester ini dijangka akan busy seperti biasa. 19 jam kredit. Jumlah jam kredit sebegini saya sudah biasa. Cuma sebelum ini saya plan sekadar 13 jam kredit sahaja. Bagi memenuhi hasrat untuk memperbaiki pointer, saya merancang mengorbankan ruang-ruang relaks itu.
Saya mencari-cari ruang catur di sini. Saya bekas wakil catur bagi sebuah institusi di Shah Alam suatu ketika dahulu. Ingin berkenalan juga dengan kelab catur di sini, jika ada.
Saya juga mencari ruang untuk menubuhkan indie band di sini. 'Merenung dari jauh' bakat-bakat yang ada di sini. Band adalah berkenaan team work. Komitmen, ini yang saya mahu dari mereka. Jika tiada, maka band ini mungkin tidak akan ditubuhkan.
Merancang untuk menubuhkan study group dengan lebih sistematik, kali ini. Lima study group yang sepatutnya ditubuhkan, memandangkan satu subjek lagi adalah kajian ilmiah.
Al-Quran, insyaallah ini akan menjadi teman saya jua. Kelab al-Quran?
Merenung keupayaaan diri. Merancang prioriti diberikan kepada akademik kali ini, kembali kepada strategi pada sekitar dari awal tahun 2009 hingga pertengahan 2010. Bak kata orang muda; "Jika inginkan buah durian, maka tanamlah pokok durian, kerana pokok rambutan mengeluarkan buah rambutan."
Namun saya masih belum pasti bahawa saya mampu untuk cemerlang kali ini. Perancangan aktiviti kokurikulum yang dinyatakan di atas perlu diletakkan batas yang sesuai. Terfikir juga seronoknya jika hanya 13 jam kredit. Saya bukan Superman.
Ada masanya saya terganggu kerana sering memikirkan hakikat gelora kalimah 'Islam' pada hari ini. Kecewa dengan ignorance oleh ahli ceramah agama tertentu di televisyen. Mereka berceramah di televisyen, melambangkan kerasmian versi 'ajaran Islam' di Malaysia. Mereka memetik riwayat 'entah dari mana' kemudian diajar kepada orang-orang tua yang 'kubur datang mari'. Satu artikel dari Mohd Asri boleh dijadikan rujukan; http://www.drmaza.com/home/?p=1397
Patutkah mereka berbuat begitu kepada orang-orang tua? Susah sangatkah untuk mengajar al-Quran? Seolah-olah orang-orang tua itu sudah mahir al-Quran, tidak perlu lagi diajar al-Quran.
Imbas kembali satu isu di satu group yang menggunakan jenama 'Islam' di Facebook suatu ketika dahulu, apabila penggunaan kalimah 'hai' bagi menyapa orang dikatakan bukan dari ajaran Islam. Gara-gara Nabi Muhammad tidak menyebut 'hai' apabila menyapa orang?
Lihat bagaimana Islam didefinisikan. Barangkali orang Islam tidak patut memakai baju kemeja, kerana ia bukan 'Sunnah Nabi'. Apabila hukum Allah dengan hukum makhluk sudah tidak dibezakan lagi?
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment