Sunday, 17 July 2011

Athama

Athama adalah kata akar bagi kata nama ithm yang bermaksud dosa. Saya menggunakan kaedah menulis kata akar athama berbanding a-th-m.

Banyak perbuatan yang berdosa diterangkan dalam al-Quran antaranya memungkiri shahadah (2/84-85), Mengubah wasiat si mati (2/180-181), rasuah (2/188), sebahagian besar kegunaan yang mabuk dan judi (2/219), melakukan kesalahan tertentu kemudian menyalahkannya pada orang lain (4/112), membunuh nyawa yang diharamkan Allah kecuali dengan kebenaran, berzina (25/68), dan sebahagian perbuatan prasangka (49/12).

Perbuatan berdosa besar pula adalah perbuatan syirik dengan Allah (4/48). Namun, ada perbuatan yang mungkin kelihatan berdosa tetapi sebenarnya tidak berdosa iaitu terpaksa melakukan kesalahan tetapi taat kepada Allah dan tidak melampaui batas (2/173). Kesenangan-duniawi pula membuatkan mereka yang tidak bersyukur menambah dosa (3/178).

Wallahualam.

No comments: