"Awak, saya ada berita gembira."
"Berita gembira?"
"Ahad malam ini saya akan ke Taman Impian Ehsan, sepupu saya buat rumah terbuka. Nanti kita dapat jumpa."
Dan Ahad malam itulah, si dia melalui proses untuk pembedahan. Satu pembedahan yang bisa meragut nyawanya.
Kami ada banyak rahsia. Kami begitu rapat. Bak kata Saleem; "Namun hakikat cinta kita, kita yang rasa."
Gara-gara tuduhan 'anti hadis' terhadap saya, hubungan kami tidak direstui oleh ahli tertentu.
"Awak, saya tak jadi pergi rumah terbuka sepupu saya nanti."
Saya tidak pernah mengaku saya anti hadis. Saya ingin belajar al-Quran. Kenapa tidak, bukankah saya ini hambaNya?
"Okey, sekarang anta adalah calon suami adik ana."
Ini kisah lama. Siapa yang tidak merestui hubungan kami ketika itu. Kemudian, yang berusaha keras memisahkan kami berdua adalah abang kandung saya sendiri.
Kemudian, si dia bertunang dengan orang lain, walau hanya tunangan Facebook, ia begitu melukakan jantung saya. Sila rujuk; http://ariji86.blogspot.com/2011/08/sekejap.html. Kisah pada saat ini kemudiannya diinterpretasikan melalui lagu 'Biar Aku Sendiri'. Ayat-ayat yang keluar pada saat itu, dijadikan sumber modal bagi penulisan lirik bagi lagu itu.
"Awak, saya tidak mahu lelaki itu. Tetapi abang saya yang minta."
Tunangan itu hanya terikat beberapa hari saja. Lalu abangnya mencoret;
As-salaam-alaikum adik,, maafkan diri along kerana membiarkan adik sendirian tanpa teman untuk berbicara dan terlalu memaksa adik untuk membuat sesuatu pilihan tanpa keinginan adik sendiri sesungguhnya setiap anak cucu adam tidak pernah lari dari membuat kesilapan seperti kata-katamu adikku,, along hanya mahukan dirimu jadi seperti SERIKANDI RABIATUL ADAWIYAH seiring namamu.
Beberapa hari kemudian;
"Awak, kenapa awak block Facebook saya?" saya bertanya.
"Abang awak yang minta saya jauhkan diri dari awak. Awak, maafkan saya. Itu kelemahan diri saya. Saya mudah untuk mengikut perintah orang lain."
Kemudian, awal pagi itu, kami berkonflik lagi tentang isu hukuman rejam sampai mati. Dan kali ini, si dia telah bergurau yang agak keterlaluan, yang merobek jantung saya, bahawa dia telahpun membuat keputusan untuk berkahwin dengan lelaki lain. Kerobekan jantung pada saat ini juga dijadikan modal bagi menginspirasi lagu "Biar Aku Sendiri."
Ketika itu, begitu dan semakin lemah saya untuk semangat balik beraya.
Saya juga mendapat khabar ada 'mulut-mulut' bercakap tentang saya dari Jabatan Mufti Negeri Kelantan, dan 'mulut-mulut' ini telah membuatkan ibu saya bersedih.
Dua insan yang saya begitu sayang, bagaikan bom jangka yang meletup, lalu saya mencabar jabatan itu. Sila rujuk; http://ariji86.blogspot.com/2011/08/jabatan-mufti-negeri-kelantan.html.
"Awak, sudikah awak terima saya semula?"
Soalan ini yang keluar dari mulutnya keesokan hari.
"Sudi."
Ya Allah, bagaikan penawar, seiring dengan maksud kalimah 'Adawiyah'. Sejak itu kami menyambung ikatan secara rahsia.
"Awak, saya memang suka bergurau seperti itu. Ramai yang tidak suka cara saya bergurau yang itu. Tak sempat saya beritahu awak perkara yang sebenar sebab awak begitu cepat off dari Yahoo Messenger sebaik mendapat gurauan itu."
Awal pagi ini, ketika saya sedang menulis, kemungkinan dia sedang menjalani pembedahan. Saya tidak tahu di hospital mana. Yang saya tahu ia di oversea. Bila-bila masa saja saya bisa mendapat sms atau apa-apa mesej bahawa dia telah pergi dari dunia. Itu pun jika ada yang sudi memberitahu saya. Awak, saya sayang awak gila-gila.
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment