Berikut berita tentang pernikahan antara seorang guru dengan remaja perempuan berumur 14 tahun, sila rujuk; http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
Namun fokus dalam coretan ini bukan berkenaan pernikahan itu, tetapi bagaimana artikel itu menerangkan dalam mazhab Shafie, si bapa dihalalkan menikahpaksa si anak perempuan semuda berumur 6 tahun.
Kenapa mazhab Shafie? Kenapa bukan mazhab Maliki? Adakah ini bermakna Nabi Muhammad bermazhab Shafie kerana baginda pernah bernikahpaksa dengan seorang perempuan semuda berumur 6 tahun?
Pertamanya, riwayat hadis pernikahan baginda dengan Aisyah kononnya ketika Aisyah berumur 6 tahun ketika itu, adalah riwayat hadis palsu.
Kemudian mereka menjadikan ia sebagai dalil untuk menghalalkan nikah paksa?
Ada dua isu dalam kes ini iaitu;
1) Nikah bawah umur
Saya pernah mencoret tentang isu ini, sila rujuk; http://ariji86.blogspot.com/2010/02/nabi-muhammad-dan-aisyah.html
2) Nikah Paksa
Antara kunci bagi kes ini adalah Surah an-Nur ayat 33, di mana, terjemahan versi mazhab Sunni antaranya menterjemahkan 'fataya' sebagai 'hamba'. Sebagai contoh, terjemahan Surah an-Nur ayat 33 dari http://www.alquran-melayu.com/24-an-nur/ seperti berikut;
Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya; dan hamba-hamba kamu (lelaki dan perempuan) yang hendak membuat surat perjanjian untuk memerdekakan dirinya (dengan jumlah bayaran yang tertentu), hendaklah kamu melaksanakan perjanjian itu dengan mereka jika kamu mengetahui ada sifat-sifat yang baik pada diri mereka (yang melayakkannya berbuat demikian); dan berilah kepada mereka dari harta Allah yang telah dikurniakan kepada kamu. Dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia. Dan sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah – sesudah paksaan yang dilakukan kepada mereka – Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Terjemahan ini kurang tepat. Terjemahan yang lebih tepat adalah seperti berikut, petikan Surah an-Nur ayat 33;
...Dan janganlah memaksa perempuan muda kamu kepada kemahuan jika mereka ingin menjadi bebas...
Ayat ini menerangkan bahawa konsep nikah paksa dari mazhab Shafie bercanggah dengan al-Quran.
Sekian dulu coretan.
Wallahulam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
kau lagi byk menyimpang kot. sedarlah ckit. kecoh.. tau cari salah orang je padahal diri sendiri teruk.
menjawab la kau dengan Allah nnt. budak perasan
Post a Comment