@Izzuddin,
[Nak tafsir ayat Al-Quran ni bukan kena tengok satu ayat 2 (Surah al-Qiyamat ayat 19) shj.. tp kena relatekan dgn ayat2 yg sebelum atau selepas dalam surah yg sama atau dalam surah yg berlainan..
Insya Allah saya akan cari tafsirannya dalam beberapa kitab tafsir yg muktabar dan akan postkan kemudian..]
Saya setuju bahawa setiap ayat al-Quran adalah berkait dgn ayat-ayat yg lain.
[tapi setakat yg sy faham (betulkan sekirannya salah) kamu hendak buktikan bahawa yg dimaksudkan ayat diatas 2 (Surah al-Qiyamat ayat 19), hanya Allah yg layak menerangkan ayat2 di dalam al-Quran atau dalam erti dalam kata lain ayat al-Quran yang dapat menerangkan ayat AL-Quran yang lain, begitu?
sekiranya betul, saya nak timbulkan satu persoalan terlebih dahulu.. adakah yang di maksudkan 'atas kami penerangannya' itu merujuk kepada cara Allah bagi penerangan? kalau merujuk kepada cara, bagaimana cara Allah menerangkan tersebut?]
Antara poin penting dlm kes ini adalah kata akar 'BYN'.
Surah al-Qiyamat ayat 19;
ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُ
Kemudian atas Kami penerangannya.
Kata akar 'BYN' dlm ayat ini dikaitkan kepada Allah.
Surah an-Nahl ayat 44;
بِالْبَيِّنَاتِ وَالزُّبُرِ وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
Dengan Bayyinat dan Zubur telah Kami turunkan kepadamu Zikr untuk menerangkan kepada manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka berfikir.
Kata akar 'BYN' dlm ayat ini dikaitkan kepada Rasul.
Surah al-Imran ayat 187;
وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَتُبَيِّنُنَّهُ لِلنَّاسِ وَلا تَكْتُمُونَهُ فَنَبَذُوهُ وَرَاءَ ظُهُورِهِمْ وَاشْتَرَوْا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلا فَبِئْسَ مَا يَشْتَرُونَ
Dan Allah mengambil perjanjian itu bagi orang yang telah diberikan Kitab supaya terangkannya kepada manusia dan tidak sembunyikannya. Walaubagaimanapun mereka membuangnya ke belakang mereka dan telah membeli dengannya harga yang murah. Teruk benar apa yang mereka telah beli.
Kata akar 'BYN' dlm ayat ini dikaitkan kepada orang yang telah diberikan Kitab.
Dalam ketiga-tiga ayat di atas, kata akar 'BYN' dikaitkan dengan Allah, Rasul dan orang-orang yang telah diberikan Kitab. Dengan ini, kita tidak patut meninggalkan Allah sebagai penerang al-Quran, memandangkan al-Quran juga diterangkan oleh Allah. Bahkan berbeza dengan dua ayat terakhir di atas, ayat 'atas Kami' (عَلَيْنَا) wujud dalam ayat pertama di atas, iaitu Surah al-Qiyamat ayat 19.
Dalam Surah al-Imran ayat 187, perhatikan perkataan 'tidak sembunyikan'. Ayat ini menerangkan maksud sinonim kepada perkataan 'litubayyina'.
Kata akar 'BYN' mempunyai maksud seperti berikut;
1) Mengisytiharkan apa yang tersembunyi
2) Menerangkan apa yang kurang terang
Surah an-Nahl ayat 35 menerangkan bahawa tugas Rasul adalah 'Menghantar Mubin' (الْبَلاغُ الْمُبِينُ) Maka antara dua maksud di atas, maksud 'BYN' 1) lebih tepat dikaitkan dengan Rasul iaitu 'mengsiytiharkan apa yang tersembunyi', sebagaimana maksud 'litubayyina' bersifat sinonim dengan ayat 'tidak sembunyikannya' (لا تَكْتُمُونَهُ) yang diterangkan dalam Surah al-Imran ayat 187. Maksud 'BYN' 1) juga lebih tepat dikaitkan dengan 'orang-orang yang telah diberikan Kitab'.
Poin kedua adalah perkara yang hendak diterangkan, iaitu al-Quran.
Surah Yasin ayat 2;
وَالْقُرْآنِ الْحَكِيمِ
Dan al-Quran yang hikmah.
Ayat ini menerangkan bahawa al-Quran bukan sekadar bersifat fizikal, iaitu kitab. Tetapi al-Quran juga bersifat hikmah. Sifat hikmah ini diterangkan oleh Allah sebagaimana diterangkan dalam Surah al-Qiyamat ayat 19.
[Disini saya sertakan beberapa ayat Al-Quran sekiranya dapat difahami dengan baik dan teliti serta dapat kaitkan antara satu sama lain menunjukkan RasululLah (Al-Hadis) berperanan sebagai pengajar atau penerang kepada firman-firman Allah taala :-
“Dan ia (Muhammad) tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada Al-Quran atau Hadith) tidak lain melainkan wahyu yang diwahikan kepadanya” (An-Najm ayat 3-4)]
Surah an-Najm ayat 3 hingga 4;
وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى
Dan tidak memperkatakan dari hawanya.
إِنْ هُوَ إِلا وَحْيٌ يُوحَى
Sesungguhnya ia tidak lain wahyu yang diwahyukan.
Ayat ini menerangkan tentang penghantaran wahyu kepada Nabi Muhammad. Ia merujuk kepada al-Quran. Bukan semua perkataan yang keluar dari mulut baginda adalah wahyu, ini diterangkan dalam petikan Surah al-Ahzab ayat 37;
وَإِذْ تَقُولُ لِلَّذِي أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَأَنْعَمْتَ عَلَيْهِ أَمْسِكْ عَلَيْكَ زَوْجَكَ وَاتَّقِ اللَّهَ وَتُخْفِي فِي نَفْسِكَ مَا اللَّهُ مُبْدِيهِ
Dan apabila kamu berkata kepada orang yang telah dinikmat Allah keatasnya dan kamu telah menikmat keatasnya; "Jagalah keatasmu isteri kamu dan bertaqwalah kepada Allah," dan kamu telah menyembunyikan dalam dirimu apa yang Allah telah jelaskan.
Dalam ayat ini, baginda telah berkata dari hawanya, berbeza dengan ucapan baginda yang dimaksudkan dalam Surah an-Najm ayat 3.
[“....Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w.) kepada kamu, maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya ....... (Al-Hasyr ayat 7)]
Dalam Surah al-Hasyr ayat 7, perkataan 'ataa' (آتَا) digunakan, ia bermaksud 'datang/tiba (dari dalam) kepada'. Oleh itu ayat وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ membawa maksud 'dan apa yang didatangkan kepadamu dari (dalam) Rasul'. Ini berbeza dengan Surah Maryam ayat 43, perkataan 'jaa-a' (جَاءَ) digunakan, ia bermaksud 'datang/tiba (dari luar) kepada'. Di mana dalam ayat ini menerangkan bahawa Nabi Ibrahim menerima wahyu.
[“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah, (Al-Quran) dan (Sunnah) RasuINya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya” (An-Nissa' ayat 59)]
Jika kewajipan mentaati Rasul bermaksud meniru segala perbuatan baginda, maka mengapa Imam Shafie menfatwakan perbuatan seperti menyimpan janggut, memakai jubah, berkumur ketika wuduk dan sebagainya sebagai hukum sunat? Wajib mentaati Rasul bukan?
[“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri, mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata” (Al-Ahzaab ayat 36)]
Nabi Muhammad juga orang beriman, bukan? Ini bermakna baginda juga diperintahkan mentaati Rasul. Apakah ini bermakna apabila baginda memerintahkan sahabatnya pergi ke pasar, maka baginda pun kena pergi ke pasar juga? Sudah tentu baginda menghadapi masalah memberi arahan, jika begini keadaannya.
[Dan banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang mengisyaratkan Rasulullah SAW sebagai penerang (mengambil masa yang lama untuk saya postkan semua ayat-ayat tersebut sbb terlalu banyak, so sertakan beberapa ayat sahaja dahulu ^_^ ) mungkin kamu boleh turut sama cari semua tafsiran ayat-ayat diatas supaya dapat dibincangkan disini.]
Saya telah cuba membalas hujah saudara dengan izinNya untuk dibincangkan.
Wallahualam.
1 comment:
Terjemahan Al-Quran telah wujud di Wikisource, tempat yang lebih sesuai. Lihat http://wikisource.org/wiki/Al-Quran
Post a Comment