Monday, 30 November 2020
Saturday, 31 October 2020
Demokrasi
Demokrasi bukan sistem yang sempurna, tetapi ia lebih baik dari sistem monarki mutlak. Kelemahan sistem monarki mutlak adalah sentimen anak-beranak yang terlalu tebal.
Sudah tentu saya bersetuju bahawa anak-beranak mempunyai kelebihan unik, namun jika anda terlalu melebihkan anak-beranak, ia boleh membawa bencana, walaupun anak kandung anda sendiri. Pernah dengar kisah "Anakku Sazali?"
Kelemahan sistem demokrasi pula apabila kebodohan menjadi majoriti. Ini bermakna rakyat yang bijak terpaksa berpaksi dengan kebodohan demi menegakkan tiang negara.
Sistem "monarki demokratik" di Malaysia kelihatan inovasi yang lebih baru, seolah-olah memperakui kelemahan sistem monarki mutlak.
Lihat apa yang terjadi di Thailand hari ini akibat pendiktatoran askar, rakyat lantang mahu membuang Raja.
Nilai demokratik kelihatan mempunyai kesan mengekalkan pemerintahan Raja.
Sistem khalifah Sunni seperti Hizbut Tahrir pula berlagak sistem mereka lebih baik, yang mana bersifat "angan-angan Mat Jenin".
Jika anda mempunyai harta yang lebih, anda boleh bersedekah tanpa menjadi "khalifah" terlebih dahulu. Maka dimana kepentingan "khalifah"?
Mereka seperti penjual ubat yang tiada bukti saintifik.
Namun antara perkara yang dibimbangi penguatkuasa boleh jadi kerana potensi mereka untuk bertukar menjadi "al-Qaeda".
Sejarah menunjukkan bahawa khalifah sendiri menghentikan sistem khalifah, atau khalifah melakukan perkara yang menjatuhkan sistem khalifah itu sendiri. Kemudian, kita perlu menubuhkan "Hizbut Tahrir" yang baru pula?
Kemudian anda mungkin mahu bertanya kepada penulis coretan ini maka sistem apa yang terbaik?
Wallahualam.
Wednesday, 30 September 2020
Kau Sahabat
Monday, 31 August 2020
Ikhlas
Dan entiti yang ikhlas deen mereka kepada Allah maka itulah bersama golongan mukmin (4/146).
Dengan pengalaman saya bertahun dalam penyelidikan agama Islam, hari ini saya boleh nyatakan keikhlasan adalah antara elemen awal yang perlu diperhalusi.
Hari ini, ramai agamawan yang tidak ikhlas kepada Allah. Mereka mungkin pada awalnya ikhlas, kemudian nafsu mereka berarah kepada Syurga. Kemudian memikirkan masa depan, mereka menyambung pengajian agama untuk mencari makan.
Di institusi pengajian pula, minda mereka dijajah pula dengan gred peperiksaan. Mereka berasa pandai kerana mendapat gred A. Adakah dunia di luar sana umpama dewan peperiksaan?
Apabila berada di dunia luar, mereka berasa seperti pemimpin agama gred A. Bukankah keputusan peperiksaan telah membuktikan kebenaran?
Memandangkan persoalan agama melibatkan topik perkara-perkara ghaib, maka lebih mudah mereka menjadi scammer mahupun menjadi mangsa scammer. Siapakah yang mampu melihat Syurga atau Neraka di dunia?
Adakah mereka mencapai Rasulullah? Secara asasnya tidak. Sebab itu mereka bermazhab Shafie, bukan bermazhab Muhammad. Keikhlasan yang luhur di zaman kanak-kanak mencari Tuhan sudah menjadi kotor. Kenapa perlu bermazhab Muhammad jika mazhab Shafie itu terbaik?
Saya menganggap ini suatu bencana akibat tidak ikhlas. Manusia yang tidak ikhlas mampu memakai jubah, mahupun mendapatkan ijazah Syariah, mahupun menjadi mufti.
Jika Nabi masih hidup, baginda tidak diterima sebagai pegawai agama kerana baginda tiada sijil agama.
Wallahualam.
Friday, 31 July 2020
Hadis Bhg. IV
Pendosa yang kelihatan terlepas adalah umat Islam sendiri yang menyalahgunakan hadis.
Atau masyarakat yang bersubhat dengan dosa ini seperti pegawai-pegawai agama mahupun ahli jawatankuasa masjid.
Namun, ada sebab selain duit atau pengaruh disebalik dosa ini, yakni ketaksuban.
Dalam konteks ini, ketaksuban adalah berpunca dari nafsu mahukan Syurga.
Syurga adalah ujian menguji keikhlasan manusia. Apa beza golongan pentaksub Syurga dengan penagih dadah? Masing-masing lupakan Allah demi mengejar nikmat kesedapan.
Apabila anda tidak cukup ikhlas terhadap Allah, di sini laluan anda terpesong. Anda melihat Nabi, padahal bukan Nabi.
Anda melihat Syurga, padahal bukan Syurga.
Anda melihat Islam, padahal bukan Islam.
Anda menyentuh al-Quran, padahal anda menyentuh kekotoran yang ada pada diri anda.
Anda mahukan Allah, atau anda mahukan Syurga?
Wallahualam.
Tuesday, 30 June 2020
Akidah Bhg. III
Bible yang "sepatutnya" diharamkan oleh jabatan agama tetapi dihalalkan atas nama demokrasi, namun kitab sesat ini jua yang mengangkat nama Zakir Naik. Lihat bagaimana umat Islam berpusu-pusu mahu berjumpa dan mendengar pandangan beliau.
Saya pernah ditegur kerana saya mencedok ilmu dari Rashad Khalifa. Soalan saya, dimanakah Zakir Naik hari ini jika beliau tidak mecedok ilmu dari paderi? Setahu saya guru kepada Zakir Naik, yakni Ahmad Deedat, juga mencedok ilmu dari Rashad Khalifa.
Apa yang berlaku? Jawapannya akidah. Orang Melayu lebih takutkan terkeluar dari akidah, dari takutkan Allah.
Saya orang Melayu, tetapi saya lebih takutkan Allah dari takut terkeluar dari akidah. Anda lihat bagaimana pembaca boleh sengaja salahfaham kenyataan yang saya buat di atas berkenaan orang Melayu.
Atau sebelum ini saya mengkritik ahli Sunnah di fesbuk, kemudian saya dikritik balik;
"Kenapa mengutuk semua ahli Sunnah teruk?"
Sedangkan tiada perkataan "semua" dalam kritikan terhadap Ahli Sunnah tersebut. Bak pepatah Melayu menyebut;
"Rambut sama hitam, hati lain-lain"
Realitinya al-Quran yang sama, tetapi difahami berbeza oleh pembaca yang berbeza.
Jika anda lebih takutkan terkeluar dari akidah dari takutkan Allah, maka anda yang bermasalah.
Wallahualam.
Sunday, 31 May 2020
Niat
Menjadi kebiasaan umat untuk mempunyai lebih sebab dalam beribadat, seperti kerana pahala atau Syurga, atau kerana disuruh orang lain, atau juga kerana budaya masyarakat.
Anda lulus niat kerana Allah jika Allah dijadikan prioriti nombor satu sebab anda beribadat. Namun realitinya lebih indah khabar dari rupa.
Realitinya bab niat dipandang rendah oleh umat sendiri. Ia kelihatan boleh diabaikan kerana secara asasnya orang lain tidak nampak apa niat di qalbu anda, maka anda masih boleh menjadi umat pujaan ramai.
Walaupun umat membaca niat kerana Allah, kelihatan niat lain lebih prioriti seperti pahala atau Syurga. Jika anda gagal bab niat, bagaimana dengan kualiti ibadat anda?
Rakan saya mengatakan dia menyokong hudud kerana mahu membanteras jenayah. Niat ini diletakkan lebih tinggi dari niat kerana Allah. Jika bab niat pun gagal, anda jangkakan hudud anda itu mendapat keredhaan Allah? Kemudian anda berasa anda lebih alim dari penentang hudud?
Adakah tangan suspek pencuri yang dipotong boleh disambung semula akibat kesilapan hudud anda? Siapa golongan zalim dalam bab ini?
Jika dalam bab sembahyang anda tidak mendatangkan bencana kepada orang lain, ini berbeza dengan bab hudud Sunni yang boleh melibatkan ramai calon mangsa.
Dalam erti kata lain, golongan pentaksub bukan penyelesaian yang tuntas sebagai eksekutif agama. Jika anda terpedaya dengan kulit buku yang cantik, adakah ia menjamin isi buku yang berkualiti?
Wallahualam.
Wednesday, 29 April 2020
Rasulullah Bhg. IV
Apabila anda menyaksikan kemalangan jalanraya, anda menelefon ambulans tanpa anda meminta upah.
Apabila anak anda menagih dadah, anda menasihati anak anda tanpa anda kenakan caj.
Ini kerana anda berasa tindakan anda itu begitu penting, dan anda berasa bertanggungjawab, sehingga anda tidak sanggup meminta upah.
Anda adalah seorang sukarelawan. Anda memberi mesej secara percuma.
Saya menyebut "mesej" di sini, ini kerana tugas Rasulullah adalah memberi mesej seperti memberi peringatan dan khabar gembira.
Mesej adalah bersifat "intangible". Seseorang yang buta huruf tidak mendapat mesej dari coretan ini walaupun beliau membaca coretan ini. Coretan bersifat fizikal, namun, mesej itu sendiri bukan fizikal.
Sebab itu Firaun tidak dapat "menyentuh" mesej dari Musa, walau Firaun mempunyai mata dan telinga secara fizikal.
Dunia hari ini, apabila anak muda menyambung pelajaran dalam bidang agama, beliau memikirkan kerjaya agama suatu hari nanti bagi menyara hidup. Dalam erti kata lain, pemimpin Islam telah menjadikan sektor dakwah Islam sebagai satu industri "mencari makan".
Ironinya pemimpin Islam mengajar kita bahawa Nabi mencari rezeki dengan mengembala kambing dan berdagang, namun penyambung legasi baginda kelihatan bergantung harap kepada "penjualan agama" bagi menyambung kelangsungan hidup.
Wallahualam.
Tuesday, 31 March 2020
Rasulullah Bhg. III
Ini kerana perkara ini kurang penting berbanding keikhlasan anda kepada Allah.
Jika anda menyedari perkara ini, sepatutnya anda tahu kepentingan yang mana patut anda dahulukan.
Sejarah berulang seperti siang dan malam. Umat para Rasul terdahulu telah terpesong. Umat Muhammad juga terpesong.
Ini kerana karakter manusia memilih untuk menderhaka kepada Allah. Ini menjustifikasikan kenapa Neraka dicipta.
Wallahualam.
Saturday, 29 February 2020
Taksub
Maka kebiasaan kita dengar konsep bahawa "semua mazhab Sunni adalah betul" dan kita diseru meraikan percanggahan antara mazhab-mazhab berkenaan.
Namun ini tidak menyelesaikan masalah agama Islam secara komprehensif kerana dalam al-Quran tiada perkataan "Sunnah Rasul" atau "Sunnah Nabi".
Maka orang yang bijak akan pergi kepada tahap yang lebih tinggi yakni menguasai nilai anti-taksub di peringkat mazhab aqidah.
"Akhlak rasulullah adalah Al Quran" (Riwayat Muslim).
Kita lihat bagaimana penganut Sunni meninggalkan hadis ini demi mengejar "Sunnah Nabi". Jelas, mereka juga tergolong dalam golongan pentaksub.
Wallahualam.
Friday, 31 January 2020
Sampai Bila
Pencipta: Ariji
Penulis lirik: Ariji
engkaulah bidadari
lirik matamu
senyum manismu
lunak suara menggoda jiwa
sudikah engkau denganku
sudikah engkau denganku
bersamaku selamanya
lalu kau uji cinta
dengan cemburu
aduh seksanya memang aku
aku cemburu
sudikah engkau denganku
sudikah engkau denganku
bersamaku selamanya
sepi tanpa cintamu yang ku tunggu-tunggu
sampai bilakah harus aku menanti cinta darimu
apakah ku bertepuk tangan
sebelah sahaja
sebelah saja (sayangku)
Tuesday, 31 December 2019
Sekolah
Secara asasnya sekolah hanya meliputi sebahagian dari pendidikan. Nilai gred A di sekolah bukan mewakili gred A secara keseluruhan subjek.
Realitinya di dunia luar, bukan semua masalah subjek itu kita selesaikan secara bersendirian. Bahkan anda dibenarkan untuk merujuk buku teks tanpa dimarahi oleh pegawai peperiksaan.
Hari ini masyarakat Malaysia berkonflik berkenaan tulisan jawi. Itulah antara asas sekolah, dimana ia dibias dengan pandangan pemimpin, sedangkan pendidikan adalah tentang kebenaran. Kualiti pendidikan adalah dinilai kepada sejauh mana kebenaran yang dipegang.
Pendidikan Islam itu sendiri unik kerana melibatkan perkara ghaib seperti dosa dan pahala dimana secara asasnya kertas peperiksaan tidak dapat melihat perkara ghaib ini. Maka sejauh mana nilai Gred A yang dibanggakan itu?
Orang kaya tidak dapat membina bangunan pencakar langit jika orang bawahannya tiada kepakaran berkenaan. Maka penyelesaian bagi masalah ini adalah sekolah dan universiti. Maka duitnya yang bertimbun itu dapat diterjemahkan kepada hasil. Apakah nilai duit yang banyak jika ia tidak dapat membeli keperluan dan kehendak si pemilik?
Saya adalah aktivis anti ketaksuban. Jelas, anda tidak perlu jua untuk taksub kepada sistem pendidikan sekolah.
Wallahualam.
Saturday, 30 November 2019
Modal Risiko
Dunia spekulasi kewangan kelihatan kurang sesuai dengan saya, namun ia sebahagian dari silibus pendidikan peribadi saya.
Modal risiko adalah berkenaan pengurusan kewangan bagi modal yang disalurkan kepada cabang yang berisiko tinggi.
Modal risiko anda bertambah apabila anda konsisten mencapai kejayaan melalui pengalaman terhadap eksperimen teori spekulasi yang akhirnya terbukti.
Modal risiko anda juga bertambah apabila harta anda bertambah.
Kesilapan golongan pejudi adalah mereka menggunakan modal selain dari modal risiko. Mereka menambahkan modal bukan berasaskan konsistensi kejayaan mereka, malah dijana ketamakan.
Dikatakan penyakit tamak ini sentiasa berkeliaran dalam masyarakat walau dinasihati berterusan.
Maka persoalan berapa modal dan berapa banyak modal anda patut tambah adalah persoalan berapa modal risiko anda dan adakah anda konsisten mencapai kejayaan terhadap teori spekulasi yang anda amalkan.
Secara amnya dari segi psikologi, jumlah modal risiko sepatutnya tidak mengganggu tidur malam anda.
Wallahualam.
Thursday, 31 October 2019
Cinta
Mungkin ada juga yang membunuh diri kecewa cintanya tidak dibalas. Ironinya mungkin ada juga segolongan peminat Muhammad yang mengukur keimanannya berdasarkan cintanya pada baginda.
Jika anda seorang yang bijak, insyaallah anda dapat mengetahui bahawa cinta itu sendiri tidak menjamin kebijaksanaan. Dikala makhluk sibuk mencintai makhluk yang lain, si makhluk itu lupa untuk lebih mencintai Allah.
Jika penganjur program "Cinta Nabi" tidak memahami perkara ini, maka kualiti program tersebut adalah boleh dipersoal.
"Cinta itu buta".
Pepatah Melayu ini lahir dari pengalaman terbuktinya kebodohan cinta. Bagaimana si buta boleh mengenal bahawa biru itu biru atau merah itu merah?
Berita baiknya, jika anda mencintai Allah lebih dari segala makhluk yang lain, maka anda telah memenuhi misi cinta yang utama. Dalam erti kata lain, dalam keadaan ini, cinta anda kepada makhluk samada pasangan anda, harta, kerjaya dan sebagainya mendapat keredhaanNya.
Wallahualam.
Sunday, 29 September 2019
Rasulullah Bhg. II
Wallahualam.
Saturday, 31 August 2019
Rasulullah
Peminat Isa pada hari ini dikenali sebagai Kristian secara asasnya berkisar kepada menanti janji syafaat. Dalam erti kata lain Allah bukan matlamat utama mereka, tetapi harapan Syurga di akhirat nanti.
Apabila disiasat, secara asasnya mereka mengenali Rasulullah melalui hadis bersanad. Hujah ini ada asasnya tetapi unsur taqlid mereka begitu tebal.
Wallahualam.
Monday, 29 July 2019
Hadis Bhg. III
"Agama itu mudah". (Riwayat Bukhari)
Namun golongan yang "pro hadis" sendiri merumitkan amalan agama mereka dikala mereka berteriak bahawa golongan "anti hadis" sebagai sesat.
Dan itu antara sebab kenapa mereka menjadi "pro hadis". Riwayat hadis dijadikan tempat mereka melempiaskan nafsu kerumitan amalan ibadat mereka, kemudian mereka menyalahkan golongan "anti-hadis" kerana tidak merumitkan amalan ibadat sebagaimana mereka.
"Agama itu mudah". (Riwayat Bukhari).
Saya mengulangi riwayat hadis ini sekali lagi supaya anda berfikir siapa yang "pro hadis" dan siapa yang "anti hadis".
Wallahualam.
Saturday, 29 June 2019
Hafiz
Sunday, 26 May 2019
Kemanusiaan
Ini adalah asas bagaimana manusia boleh berkompromi walau berbeza latarbelakang.
Malah, dalam sebahagian kes, golongan humanis lebih baik dari golongan agamawan, walau agama sering dikatakan berada di pihak baik melawan pihak kejahatan.
Bayangkan seorang agamawan Sunni enggan menolong mangsa kemalangan setelah mendapati mangsa adalah seorang Zionis.
Seorang humanis pula menolong mangsa kemalangan tanpa mengira bangsa dan agama.
Sifat taksub dibaja dengan kebencian melampau menggugat kebijaksanaan si agamawan. Secara terangan agamawan adalah antara suspek pengganas di atas muka bumi ini.
Wallahuallam.
Tuesday, 30 April 2019
Pengganas
1) Syurga
Mereka seumpama pejudi yang mengambil risiko yang besar, dengan harapan ganjarannya jua besar. Dalam erti kata lain ibadat mereka kerana Syurga
2) Taksub
"Api kecil menjadi kawan apabila besar menjadi lawan"
Peribahasa Melayu ini tidak menggambarkan sikap taksub. Taksub adalah musuh kebaikan walaupun sekecil zarah.
3) Dendam
Ironinya, agamawan menfatwakan bahawa dendam adalah sifat yang baik, padahal dendam itu datang dari qalbu yang busuk.
4) Cinta
Manusia sanggup membunuh diri demi cinta. Dalam keadaan ini, mengganas bukanlah terlalu sukar bagi mereka.
5) Tidak Sabar
Ironinya walaupun agama mengajar kesabaran, pengganas dengan rasa tidak bersalah menolak kesabaran. Ini boleh terjadi dengan kuatnya faktor berikut;
6) Nafsu
Rompakan, rogol, khianat semuanya bagi memenuhi nafsu. Nafsu yang tidak terkawal menghancurkan kesabaran
Wallahualam.