Antara tabiat manusia adalah merumitkan perkara yang sepatutnya lebih simpel.
"Agama itu mudah". (Riwayat Bukhari)
Namun golongan yang "pro hadis" sendiri merumitkan amalan agama mereka dikala mereka berteriak bahawa golongan "anti hadis" sebagai sesat.
Dan itu antara sebab kenapa mereka menjadi "pro hadis". Riwayat hadis dijadikan tempat mereka melempiaskan nafsu kerumitan amalan ibadat mereka, kemudian mereka menyalahkan golongan "anti-hadis" kerana tidak merumitkan amalan ibadat sebagaimana mereka.
"Agama itu mudah". (Riwayat Bukhari).
Saya mengulangi riwayat hadis ini sekali lagi supaya anda berfikir siapa yang "pro hadis" dan siapa yang "anti hadis".
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment