Mungkin ada ibubapa yang mencintai anaknya seperti "Anakku Sazali", atau mungkin ada penganut Syiah yang mencintai Hussein sehingga membazirkan darah di upacara peringatan peristiwa Karbala.
Mungkin ada juga yang membunuh diri kecewa cintanya tidak dibalas. Ironinya mungkin ada juga segolongan peminat Muhammad yang mengukur keimanannya berdasarkan cintanya pada baginda.
Jika anda seorang yang bijak, insyaallah anda dapat mengetahui bahawa cinta itu sendiri tidak menjamin kebijaksanaan. Dikala makhluk sibuk mencintai makhluk yang lain, si makhluk itu lupa untuk lebih mencintai Allah.
Jika penganjur program "Cinta Nabi" tidak memahami perkara ini, maka kualiti program tersebut adalah boleh dipersoal.
"Cinta itu buta".
Pepatah Melayu ini lahir dari pengalaman terbuktinya kebodohan cinta. Bagaimana si buta boleh mengenal bahawa biru itu biru atau merah itu merah?
Berita baiknya, jika anda mencintai Allah lebih dari segala makhluk yang lain, maka anda telah memenuhi misi cinta yang utama. Dalam erti kata lain, dalam keadaan ini, cinta anda kepada makhluk samada pasangan anda, harta, kerjaya dan sebagainya mendapat keredhaanNya.
Wallahualam.
Thursday, 31 October 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment