Monday, 29 August 2016
Saturday, 23 July 2016
Takrif
"Rumah anda bukan aset"
Penyataan ini dikatakan faktor ejen hartanah berhenti menghantar kad krismas kepada Robert Kiyosaki suatu ketika dahulu. Kalimah yang sama, takrif yang berbeza. Ini biasa terjadi dalam amalan manusia.
Dalam konteks agama, kalimah seperti jihad, Islam, sunnah, hadis antara kalimah yang begitu tebal khilafnya antara manusia.
Jika anda sekadar melihat satu kalimah hanya dari satu perspektif, anda boleh terkebelakang dalam feqah. Pendekatan sebegini yang menjadikan seseorang menyertai ISIS dalam berjihad.
Jika kalimah "Islam" dimanipulasikan oleh ISIS, perkara yang similar boleh berlaku kepada kalimah "Sunnah".
Mereka menyangka saya murtad kerana mengkritik isu sunnah. Kalimah "sunnah" itu sendiri mampu dimanipulasikan oleh agamawan. Tanpa pembelaan terhadap Rasulullah dalam kes sebegini umpama membiarkan baginda difitnah.
Ini adalah isu pendidikan. Dalam industri pendidikan kita bertemu dengan insan yang mempertahankan ego, menyembunyikan kebenaran, pandangan berat sebelah dan sebagainya.
1) Akhlak dan Sunnah
Semakin tinggi ilmu anda tentang akhlak Rasulullah, semakin anda mengenali bagaimana kalimah "sunnah" dimanipulasi.
Saya mengambil contoh kes berpoligami. Rata-rata lelaki yang berpoligami di negara ini bukan ikhlas kerana Allah atau ikhlas ingin mengikut Rasulullah tetapi kerana seks atau belaian wanita. Alasan sunnah itu adalah bagi mendapat restu dari masyarakat.
Bagaimana pula apabila ia dikatakan sebagai "Sunnah Rasulullah". Sejauh mana Rasulullah mahu difitnah?
Adalah lebih bijak jika anda menyedari tentang bagaimana kalimah "sunnah" ditakrifkan. Bukan dengan semborono menghakimi saya sebagai anti Rasulullah.
Wallahualam.
Wednesday, 29 June 2016
PTPTN

Ada dua jenis peminjam PTPTN iaitu peminjam zaman konvensional, dan peminjam zaman ujrah.
1) Pinjaman Konvensional
Ketika kadar faedah sekitar 4-5%, menjadi pilihan munasabah bagi peminjam membayar faedah ini bagi mengelak ia mengalami compounding. Melainkan jika anda seorang pelabur profesional yang mempunyai alasan menangguhkan pembayaran.
Penurunan kadar faedah kepada 3% pula menguatkan alasan penangguhan. Tawaran diskaun pinjaman oleh PTPTN sememang reasonable untuk diambil peluang. Namun reason yang cukup kuat untuk membuat pembayaran PTPTN adalah penyenaraian CCRIS.
PTPTN mengambil langkah bijak dengan penyenaraian CCRIS. Dalam sistem kapitalis, hubungan baik dengan bank adalah penting. Peminjam digesa menjaga nama dalam CCRIS dengan membuat sekurang-kurangnya pembayaran ansuran mengikut jadual yang dipersetujui.
Mengikut pihak PTPTN, pembayaran ansuran yang baik adalah selewat pada 27 haribulan bagi bulan tersebut kecuali jika anda membayar di kaunter.
Kurang bermakna jika anda membayar ansuran tanpa disiplin kerana secara amnya ia kurang membersihkan nama anda di CCRIS, dimana ketidakdisiplinan anda terlihat di rekod tersebut.
2) Lump sum atau ansuran?
Jika anda seorang yang boros, ia menjadi reason yang munasabah untuk anda membayar lump sum. Ini kerana suatu hari apabila simpanan anda berkurangan, adalah lebih indah jika ia dalam keadaan pinjaman PTPTN anda telah dilunaskan.
Bahkan ia menyelamatkan anda dari membeli barangan yang kurang penting manakala bajet disalurkan kepada perkara yang lebih berfaedah seperti pelunasan pinjaman PTPTN.
3) Pinjaman Ujrah
PTPTN dikatakan mengenakan asas ujrah kepada jumlah asal pinjaman. Ini boleh jadi satu kekurangan jika anda telah membayar sebahagian pinjaman konvensional sebelum konvert kepada sistem Ujrah, kerana anda dikenakan "double interest" yakni dari kedua-dua sistem tersebut. Sila rujuk; http://www.knowthymoney.com/2011/10/5-reasons-why-you-should-reject-ptptn-s.html
Hari ini, reason utama anda membayar pinjaman PTPTN adalah bagi menjaga hubungan baik dengan bank. Dengan kadar 1%, maka adalah bijaksana jika anda membayar jumlah bulanan sedikit mungkin dimana PTPTN menetapkan minima RM50.
Wallahualam.
Tuesday, 24 May 2016
Salih
Salih menyuruh kaumnya membenarkan seekor unta betina makan di Bumi dan melarang mereka merosakkannya (7/73, 11/64).
Sembilan ketua penjahat (27/48) ingin menyerang Salih dan ahli baginda (27/49) dan mereka membunuh unta-betina itu (7/77, 11/65), lalu berlaku gempa-bumi (7/78) tiga hari kemudian (11/65).
Saleh dan mu'min bersama baginda diselamatkan Allah ketika itu (11/66), dan bait-bait para-penzalim itu pula musnah (7/78, 11/67).
Wallahualam.
Monday, 11 April 2016
Zakir Naik Bhg. II
Itu adalah peluang. Samada anda mengambil peluang atau tidak.
Wednesday, 30 March 2016
Diari
Hari ini umur saya hampir 30 tahun. Mengimbas kembali sejarah kehidupan saya, visi dan misi saya berubah ekoran peningkatan ilmu.
Sebagai contoh, suatu ketika dahulu saya berimpian untuk menggenggam PhD, sekarang tidak lagi. Pernah saya ke temuduga di UiTM untuk menyambung peringkat Master, tetapi saya tidak membawa sijil kokurikulum seterusnya dengan senang saya dikeluarkan dari senarai kerana faktor persaingan dari pemohon-pemohon lain.
"Cuba lagi", kata pegawai penemuduga.
Setelah mengkaji sejauh mana nilai kelulusan Master dibandingkan dengan kos yang terlibat, akhirnya saya menutup impian tersebut.
Ada sebab lain kenapa saya berminat menyambung ke peringkat Master. Kerana saya berminat untuk menjadi seorang pensyarah. Mengimbas kembali ketika saya di Darjah 5, saya menyatakan kepada cikgu bahawa cita-cita saya ingin menjadi seorang cikgu.
Namun saya tidak meletakkan direksi sebagai seorang cikgu formal, kerana saya mempunyai banyak cita-cita. Ini bermakna saya mahukan ruang yang lebih luas dimana tidak terlalu terikat dengan pekeliling sekolah.
Suasana seorang cikgu atau pensyarah adalah sesuai dengan diri saya. Buku, kertas, papan putih, ceramah, menulis, perpustakaan dan sebagainya, itu suasana yang sesuai untuk diri saya.
Cita-cita saya sebagai seorang penulis lagu juga berubah. Kini saya ingin menjadi seorang penerbit muzik. By the way, ia bukan soal penerbitan muzik semata. Ia tentang pengurusan.
Saya belajar bahawa kualiti pengurusan berkadar secara langsung dengan pulangan. Dalam keadaan saya hari ini, saya tidak jangka bahawa saya akan menjadi pengurus muzik secara sepenuh masa. Dan bukan itu visi saya.
Saya juga masih memandang sektor pertanian atau penternakan. Hujahnya simple, ia adalah sumber asas manusia. Manusia masih boleh tidur di kaki lima. Tapi tanpa makanan, manusia akan mati.
Pengalaman saya dalam aktiviti day trading memberitahu saya bahawa ia adalah satu profesyen. Ia bagaikan satu permainan sukan yang menyeronokkan. Kini saya juga berubah. Kini saya cenderung kepada analisis fundamental.
Pengalaman saya sebagai penulis blog pula, saya syorkan anda menulis blog, kerana ia mengasah gaya penulisan anda. Namun jangan jadi bodoh dengan menabur fitnah. Lihat kes Papagomo. Jadilah insan yang berguna. Kemampuan anda mengawal emosi adalah aset.
Wallahualam.
Sunday, 28 February 2016
Menyentuh al-Quran
56/79 adalah satu kenyataan bahawa mereka yang kotor tidak mampu menyentuh al-Quran. Jika anda membuat satu eksperimen, anda akan mendapati tangan anda yang kotor mampu menyentuh al-Quran.
Hasil dari eksperimen ini menjadi hujah bagi menyangkal kredibiliti al-Quran. Oleh itu, ia dilihat sebagai ancaman bagi sebahagian agamawan. Lalu mereka mentafsirkan 56/79 sebagai berikut;
Jangan menyentuhnya kecuali yang-dibersihkan (Terjemahan bias 56/79).
Pentafsiran ini kemudiannya menjadi tradisi, dimana rata-rata agamawan Islam melarang al-Quran disentuh sebelum tangan dibersihkan terlebih dahulu dengan cara mengambil wuduk.
Wallahualam.
Tuesday, 26 January 2016
Siapakah Muslim yang Pertama?
Dan aku disuruh bagi bahawa menjadi awal muslim-muslim itu (39/12).
39/12 sebagaimana ditafsir oleh penganut Sunni sebagai ucapan Muhammad, maka penganut Kristian persoal bukankah Adam lebih awal menjadi muslim?
Saya menjawab persoalan ini dengan melihat huruf "Alif Lam" pada awal kalimah "muslimin";
المسلمين
Huruf "Alif Lam" ini dalam English diterjemah sebagai "the", bermaksud "merujuk kepada semua atau sebahagian" memandangkan kalimah "muslimin" adalah plural. Maka dengan konteks yang berbeza, maka pentafsiran membawa kepada khilaf.
Kalimah "awal" dalam bahasa Melayu yang dipinjam dari bahasa Arab lebih fleksibel dalam kes ini bagi melayan konteks yang berbeza dari pentafsir.
Wallahualam.
Thursday, 17 December 2015
Allah, Adam dan Malaikat-Malaikat
18/50 jelas menerangkan bahawa Iblis adalah dari Jin. Maka satu bahagian persoalan adalah adakah Iblis itu Malaikat;
Kemudian Kami berkata kepada Malaikat-Malaikat itu;"Sujudlah kamu kepada Adam", kecuali Iblis tidak ia menjadi dari pesujud-pesujud itu (7/11).
Ketika Adam belum dicipta (2/30), Iblis ketika itu belum dimurkai. Maka valid dalam konteks ini dengan inferens bahawa jika iblis adalah salah satu Malaikat ketika itu, dan menjadi Jin ketika mengengkari perintah sujud;
Maka mereka sujud kecuali Iblis ia jadi dari Jin (18/50).
Wallahualam.
Thursday, 10 December 2015
Siapa Menderita Kesesatan Jika Muhammad Silap?
34/50 dikritik oleh penganut Kristian dengan hujah apa yang Muhammad sesat bukan atas nafs baginda semata-mata, tetapi juga merangkumi muslim, oleh kerana technically muslim mengikut baginda.
Saya membezakan antara "Nabi" dan "Rasul". Dalam konteks "Rasul", baginda tidak sesat. Oleh itu kod "jika" berkenaan tidak dilaksanakan.
Muslim pula disarankan untuk membaca ayat tersebut. Oleh kerana muslim terlibat tidak maksum, maka kod "jika" berkenaan ada probabiliti untuk dilaksanakan.
Maka 34/50 adalah valid bagi Rasul dan muslim terlibat.
Wallahualam.
Tuesday, 24 November 2015
Deen
Penguasa hari Deen (1:4).
Antara hujah penafsir adalah kalimah "deen" mempunyai banyak maksud. Demi penterjemahan yang lebih konservatif, maka saya menterjemahkan "deen" sebagai "deen". Ini bermakna saya memelayukan kalimah "deen".
Pemelayuan atau pinjaman perkataaan dari bahasa lain kepada bahasa Melayu adalah bukan perkara asing dalam bidang penterjemahan. Antara kalimah Arab yang telah dimelayukan yang biasa kita dengar adalah seperti Haji, Zakat, Nabi dan sebagainya.
Hujah lain untuk memelayukan kalimah "deen" adalah kerana penafsiran kalimah "agama" itu sendiri boleh berbeza dari penafsiran kalimah "deen" akibat dari aktiviti manipulasi, loghat, tradisi atau pembudayaan.
Malah, manusia boleh menggubah agama, dikenali sebagai "agama baru". Ia umpama kita menggubah resipi makanan, atau menggubah lagu.
Wallahualam.
Thursday, 29 October 2015
Hadis
Kemudian anda mengkritik penganut Syiah kerana mengikut buntut sedemikian rupa. Persoalannya adakah anda 2x5 dengan mereka.
Namun poin utama dalam coretan ini adalah berkenaan fitnah terhadap Nabi. Jika anda pernah dituduh melakukan perkara yang anda tidak lakukan, anda lihat bagaimana manusia boleh mempercayai fiksyen.
Itu "akidah" mereka. Akidah mereka mengatakan anda melakukan perbuatan tertentu. Kemudian anda memperjuangkan "akidah"?
Antara hujah saya dalam perbahasan hadis suatu ketika dahulu adalah seumpama berikut;
"Jika isteri difitnah, maka si suami marah. Tetapi apabila Nabi difitnah melalui hadis-hadis, so called "pengikut Nabi" tidak marah".
Malah golongan yang membela Nabi dari fitnah pula digelar sebagai "anti-hadis". Ada benarnya, oleh kerana ada fitnah datang dari hadis, maka menyanggah fitnah menjadi "menyanggah hadis". Seterusnya oleh kerana jabatan agama menfatwakan "golongan anti hadis" sebagai sesat, maka aktiviti membela Nabi dari fitnah dianggap sesat.
Jika anda menganggap hadis bermaksud "ucapan dari Nabi" semata, anda begitu amatur. Jika anda menganggap "menolak hadis" bermaksud "menolak Nabi" semata, anda begitu novice.
Seperti yang saya terangkan di atas, kalimah "hadis" hari ini begitu semantik.
Jika anda terlalu memuja imam-imam tertentu dari nenek moyang dan menganggap diri kita begitu hina berbanding mereka, anda mengalami perasaan rendah diri. Anda yang bermasalah. Adakah nanti masalah anda ini diterjemahkan sebagai menghina orang lain yang tak bersalah;
"Kita jika dibandingkan dengan tahi kuku Imam Shafie pun tak layak".
Jika anda mengalami masalah rendah diri sebegitu, anda boleh mengubah ayat tanpa menghina orang lain yang tak bersalah;
"Saya jika dibandingkan dengan tahi kuku Imam Shafie pun tak layak".
Bak kata pepatah; "Ketika bercinta, bau kentut pun dikatakan wangi".
It's horrible apabila membela Nabi dari fitnah dikategorikan sebagai sesat.
Wallahualam.
Wednesday, 30 September 2015
Dua Anak Adam
Dia berkata;"Sesungguhnya apa menerima Allah dari orang-orang yang bertaqwa itu (5/27). Pasti-jika kamu angkat-tujukan kepadaku tangan kamu untuk membunuh aku, tidak aku dengan angkattujuan tangan aku untuk membunuh kamu sesungguhnya aku merasa-takutkan Allah Rabb alam-alam itu (5/28).Sesungguhnya aku mahukan bahawa kamu menghadapi-beban dengan dosaku dan dosa kamu maka kamu menjadi dari sahabat-sahabat Neraka dan itu balasan penzalim-penzalim" (5/29).
Maka dia taat baginya nafsnya pembunuhan beradik-lelakinya maka dia bunuhnya dan dia jadi dari orang-orang-yang-rugi itu (5/30).
Dan Dia bangkitkan, Allah, burung-gagak meneroka di Bumi bagi menunjukkan-kepadanya bagaimana meliputi mayat beradik-lelakinya, dia berkata;"Wahai kecelakaanku, adakah aku tak-mampu bahawa menjadi misal ini gagak, maka meliputi mayat beradik-lelakiku", maka dia jadi dari penyesal-penyesal itu (5/31).
Wallahualam.
Sunday, 27 September 2015
Yang Pernah Ku
Yang Pernah Ku
Pencipta: Ariji
Pertemuan itu
Mengetuk pintu cintaku
Menyambut dirimu
Ku memandang kamu
Dengan celotehmu
Menggamit rasaku
Yang pernah ku cinta
Bidadari yang sempurna
Yang pernah ku puja
Yang pernah ku rasa
Bagai dalam taman syurga
Yang pernah ku suka
Itulah dirimu
oh oh oh oh
Yang pernah ku
Yang pernah ku
Yang pernah ku puja
Friday, 11 September 2015
Nuh
Dia berkata, pemilik itu dari kaumnya;"Sesungguhnya kami pasti melihat kamu di kesesatan yang penyata (7/60). Tidak kami melihat kamu kecuali basyar misal kami dan tidak kami melihat kamu dia ikut kamu kecuali entiti-yang mereka makhluk-lebih-teruk pendedah penglihatan dan tidak kami melihat bagi kamu atas kami dari fadhl bahkan kami anggap kamu penipu-penipu (11/27). Jika Dia memahukan bahawa Dia mengfadhl atas kamu dan jika Dia sesuatukan, Allah, pasti Dia turunkan malaikat, tidaklah kami dengar dengan ini pada nenek-moyang kami yang awal-awal (23/24). Bahawasanya dia hanyalah rijal dengannya jin maka kamu tunggulah dengannya sehingga suatu-masa" (23/25).
Nuh berkata;"Wahai kaumku, tidak denganku kesesatan dan tetapi aku rasul dari Rab alam-alam itu (7/61). Aku menyampaikan-kepada kamu utusan-utusan Rabbku dan aku menasihatkan kepada kamu dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu mengetahui (7/62). Adakah dan kamu takjub bahawa datang-kepada kamu peringatan dari Rabb kamu atas rijal dari kamu bagi memberi-amaran-kepada kamu dan bagi mentaqwakan kamu dan supaya kamu dirahmati (7/63). Jika jadi sukar atas kamu maqam aku dan peringatanku dengan ayat Allah maka atas Allah aku tawakkal dan jemaahkanlah suruhan kamu dan pekongsi-pekongsi kamu kemudian tidak menjadi suruhan kamu atas kamu kegusaran kemudian buatlah-keputusan kepadaku dan janganlah kamu menangguh (10/71). Adakah kamu melihat bahawa aku jadi atas keterangan dari Rabbku dan dia berikan aku rahmat dari sisiNya maka dibutakan atas kamu adakah kami memujuk-kamu-akannya dan kamu baginya pembenci (11/28). Maka jika kamu berpaling maka tidak aku soalkan kamu dari upah (10/72) bahawasanya upahku hanyalah atas Allah (10/72, 26/109) dan aku suruh kamu bahawa aku menjadi dari muslim-muslim itu (10/72), dan tidak aku dengan penghalauan entiti-entiti yang-beriman sesungguhnya mereka pejumpa-pejumpa Rabb mereka dan tetapi aku melihat kamu kaum yang menjahil (11/29). Dan wahai kaumku, siapa menolong aku dari Allah jika aku menghalau mereka adakah maka kamu tidak mengambil-ingatan (11/30). Dan tidak aku mengatakan bagi kamu di-sisiku harta Allah dan tidak aku tahu ghaib itu dan tidak aku kata sesungguhnya aku malaikat dan tidak aku mengatakan bagi entiti-entiti-yang memandang-rendah mata-mata kamu tidak-akan Dia memberikan mereka, Allah, yang baik, Allah lebih-tahu dengan apa di nafs-nafs mereka sesungguhnya aku jika-tidak pasti dari penzalim-penzalim (11/31), maka bertaqwalah-kamu-kepada Allah dan taatilah aku" (26/110).
Mereka berkata;"Wahai Nuh, sesungguhnya kamu bersengketa-dengan kami maka banyak kamu persengketaan dengan kami maka bawakanlah kami dengan apa kamu mengugut kami jika kamu jadi dari pensiddiq-pensiddiq (11/32). Adakah patut kami mengimani kepada-kamu dan yang-ikut-kamu entiti-entiti-rendah-taraf-itu" (26/111).
Nuh berkata;"Sesungguhnya apa Dia membawakan-kepada-kamu, Allah, jika Dia sesuatukan dan tidak kamu dengan pelepas-pelepas-diri (11/33). Dan tidak mengmanfaatkan kamu nasihatku jika aku mahu bahawa aku menasihatkan bagi kamu jika ia jadi Allah memahukan bahawa menghanyutsesatkan kamu Dia Rabb kamu dan kepadaNya kamu mengembali" (11/34).
Nuh berkata;"Dan apa ilmuku dengan apa mereka jadi mengetahui (26/112). Sesungguhnya hisab mereka hanyalah atas Rabbku jika kamu mengerti (26/113). Dan bukanlah aku dengan penghalau entiti-entiti-yang-mengimani-itu (26//114). Sesungguhnya aku hanyalah pemberi-amaran penyata" (26/115).
Mereka berkata;"Jika tidak kamu melarang wahai Nuh pasti kamu-menjadi dari entiti-entiti-yang-direjam-itu (26/116). Atau mereka mengatakan;"Dia mereka-rekanya". Katakanlah;"Jika aku mereka-rekanya, maka atas aku jenayahku dan aku pelepasan-diri dari apa kamu menjenayahkan" (11/35).
Nuh berkata;"Rabbku, sesungguhnya kaumku nafikanku (26/117), bantulah aku dengan apa mereka nafikan" (23/26). Maka bukakanlah antara aku dan antara mereka bukaan dan selamatkanlah aku dan siapa bersamaku dari entiti-entiti-yang-beriman-itu (26/118). Sesungguhnya aku mengajak kaumku malam dan siang (71/5), maka tidak meningkatkan mereka ajakanku kecuali penghindaran (71/6). Dan sesungguhnya aku tiap-kali ajakkan mereka bagi Engkau mengampuni bagi mereka mereka ambil jari-jemari mereka di telinga-telinga mereka mereka liputi-dengan kain mereka dan mereka terus dan mereka takbur ketakburan (71/7), kemudian sesungguhnya aku ajakkan mereka keterbukaan (71/8), kemudian sesungguhnya aku umumkan bagi mereka dan rahsiakan bagi mereka rahsia (71/9). Maka aku berkata;"kamu meminta-lah-keampunan Rabb kamu sesungguhnya Dia jadi keampunan (71/10). Dia mengutuskan Langit atas kamu gondolan (71/11). Dan Dia menyediakan kamu dengan harta dan anak-anak dan membuat bagi kamu syurga dan membuatkan bagi kamu sungai (71/12). Apa bagi kamu tidak kamu mengharapkan bagi Allah penghormatan (71/13). Dan sesungguhnya Dia ciptakan kamu keperingkatan (71/14). Tidakkah kamu melihat bagaimana Dia ciptakan, Allah, tujuh langit-langit berlapis (71/15). Dan Dia jadikan Bulan padanya cahaya dan jadikan Mentari kelampuan (71/16). Dan Allah mengtumbesarkan kamu dari Bumi ketumbesaran (71/17). Kemudian Dia mengembalikan kamu padanya dan mengeluarkan kamu pengeluaran (71/18). Dan Allah jadikan bagi kamu Bumi pengembangan (71/19), supaya kami memasuki darinya jalan-jalan terbentang" (71/20).
Dia berkata, Nuh;"Rabbku sesungguhnya mereka engkariku dan mereka ikuti siapa tidak meningkatkannya hartanya dan anaknya kecuali kekalahan (71/21), dan mereka plan plan yang-besar" (71/22).
Dan mereka berkata;"Janganlah kamu meninggalkan tuhanah-tuhanah kamu dan janganlah kamu meninggalkan Wadd dan bukan Suwa dan bukan Yaguth dan Yauq dan Nasr" (71/23). Dan sesungguhnya mereka sesatkan banyak dan tidaklah dia meningkatkan, penzalim-penzalim itu, kecuali kesesatan (71/24).
Dan diwahyukan kepada Nuh;"Sesungguhnya ia tidak akan mengimani dari kaum kamu kecuali siapa sesungguhnya beriman maka janganlah kamu merasa-kecewa dengan apa mereka jadi melakukan (11/36). Dan binalah kapal itu dengan mata-mata Kami dan wahyu Kami dan janganlah memisikan Aku pada entiti-entiti-yang-menzalimi sesungguhnya mereka entiti-entiti-ditenggelamkan" (11/37).
Dan dia membina kapal itu dan tiap-kali singgah atasnya pemilik dari kaumnya mereka ejek darinya, dia berkata;"Jika kamu mengejek dari kami maka sesungguhnya kami mengejek dari kamu sebagaimana kamu mengejek (11/38). Maka selepas-ini kamu akan-mengetahui siapa mendatangkan azab memalukannya dan menghalalkan atasnya azab pemaqam" (11/39).
Sehingga apabila datang suruhan Kami memancut sumber-kepanasan itu Kami berkata;"Hamilkan dengannya dari tiap pasangan dua dan ahli kamu kecuali siapa langkaui atasnya perkataan itu dan siapa beriman dan tidak beriman dengannya kecuali sedikit (11/40) dan janganlah memisikan Aku pada entiti-entiti-yang-menzalimi sesungguhnya mereka entiti-entiti-yang-ditenggelamkan (23/27). Dan Dia berkata;"Tunggangilah padanya dengan nama Allah halatujunya dan pelabuhannya sesungguhnya Rabbku pasti pengampunan yang-rahmat (11/41). Dan ia melayari dengan mereka pada ombak seperti gunung itu dan dia panggil, Nuh, anak-lelakinya dan dia jadi pengasingan;"Wahai anak-lelakiku, tunggangilah bersama kami dan janganlah kamu menjadi bersama pengkufur-pengkufur itu" (11/42).
Dia berkata;"Akan-aku-berselindung ke gunung ia menyelamatkan aku dari air itu". Nuh berkata;"Tiada pelindung hari ini dari suruhan Allah kecuali siapa Dia rahmati dan ia keliling antara mereka-berdua, ombak itu, maka dia jadi dari entiti--entiti-ditenggelamkan itu" (11/43).
Maka mereka menafikannya maka Kami menyelamatkannya dan entiti-entiti bersamanya di kapal itu dan Kami tenggelamkan entiti-entiti-yang-nafikan dengan ayat-ayat Kami sesungguhnya mereka jadi kaum yang buta (7/64). Dari apa dosa-dosa mereka mereka ditenggelamkan dan dimasukkan-ke neraka maka tidak mereka jumpai bagi mereka dari selain Allah bantuan-bantuan (71/25).
Dan dikatakan;"Wahai Bumi, telankanlah air kamu dan wahai langit, bertahanlah dan dikurangkan air dan dipenuhi suruhan itu dan ia bentuk atas Judi dan dikatakan;"Penghindaran bagi kaum itu penzalim-penzalim" (11/44).
Dan dia panggil, Nuh, Rabbnya maka dia berkata;"Rabbku, sesungguhnya anak-lelakiku dari ahliku dan sesungguhnya janji Engkau kebenaran itu, dan Engkau paling kebijaksanaan entiti-entiti-yang-bijaksana itu" (11/45).
Dia berfirman;"Wahai Nuh, sesungguhnya dia bukan dari ahlimu, sesungguhnya dia amalan bukan pesoleh maka janganlah kamu mempersoal apa bukan bagi kamu ilmu sesungguhnya aku memberi-amaran-akibat-kepada kamu menjadi dari penjahil-penjahil itu" (11/46).
Nuh berkata;"Rabbku sesungguhnya aku mencari-perlindungan dengan Engkau sesungguhnya aku mempersoalkan Engkau apa tiada bagiku ilmu Engkau mengampunilah aku dan merahmati aku, aku menjadi dari entiti-entiti-yang kalah itu (11/47). Janganlah kamu meninggalkan atas Bumi dari pengkufur-pengkufur itu tempat-tinggal (71/26). Sesungguhnya Engkau jika meninggalkan mereka mereka menyesatkan hamba-hambaMu dan tidaklah mereka melahirkan kecuali penjahat yang kafir (71/27). Ampunilah bagi aku dan ibubapaku dan bagi siapa masuki baitku pengiman-pengiman dan bagi pengiman-pengiman itu dan pengiman-pengiman-wanita itu dan janganlah Engkau meningkatkan penzalim-penzalim itu kecuali kemusnahan" (71/28).
Maka apabila kamu gubahkan kamu dan siapa bersama kamu atas kapal itu maka katakanlah;"Pujian itu bagi Allah entiti-yang menyelamatkan kami dari kaum penzalim-penzalim itu (23/28). Dan katakanlah;"Rabbku, turunkanlah aku diturunkan keberkatan dan Engkau sebaik penurun-penurun-itu" (23/29).
Dikatakan;"Wahai Nuh, turunlah kamu dengan salam dari Kami dan keberkatan atas kamu dan atas asasan-asasan dari siapa bersama kamu dan asasan-asasan yang-akan Kami menyukariakan kamu kemudian ia menyentuh mereka dari kami azab alim" (11/48).
Wallahualam.
Monday, 7 September 2015
Pasangan Adam
Iblis enggan sujud kepada Adam (20/116), maka Allah berfirman;"Wahai Adam, sesungguhnya ini musuh bagi kamu dan bagi pasangan kamu maka janganlah dia mengeluarkan kamu-berdua dari Syurga maka kamu menderita" (20/117).
Maka dia was-waskan bagi mereka-berdua, Setan, bagi mendedahkan bagi mereka-berdua apa diliputi dari mereka-berdua dari kemaluan-kemaluan mereka-berdua, dan dia berkata;"Tidak Dia larang kamu-berdua, Rab kamu-berdua, dari ini Pokok kecuali bahawa kamu-berdua menjadi dua-Malaikat atau kamu-berdua dari imortal-imortal itu (7/20).
Dan dia bersumpah-kepada mereka-berdua;"Sesungguhnya aku bagi kamu-berdua pasti dari penasihat-penasihat itu (7/21). Maka dia arahkan mereka-berdua dengan tipu-daya maka apabila mereka rasakan Pokok ia dedahkan bagi mereka-berdua kemaluan-kemaluan mereka-berdua dan mereka-berdua mula mempercepatkan atas mereka-berdua dari daun Syurga dan Dia panggil mereka-berdua, Rabb mereka-berdua;"Adakah tidak Aku melarang kamu-berdua dari ini Pokok dan Aku mengatakan bagi kamu-berdua bahawa Setan bagi kamu-berdua musuh penyata" (7/22).
Mereka berdua berkata;"Rabb kami, kami zalimi nafs kami dan jika tidak kamu mengampunkan bagi kami dan merahmati kami pasti-kami-menjadi dari perugi-perugi (7/23).
Dia berfirman;"Turunlah kamu sebahagian kamu bagi sebahagian, musuh dan bagi kamu di Bumi tempat-berehat dan tempat-bersukaria hingga ke satu-masa (7/24), padanya kamu menghayat dan padanya kamu memati dan darinya kamu akan-dikeluarkan (7/25).
Wallahualam.
Saturday, 29 August 2015
Riba Bhg. II
Dalam al-Quran, ia menyebut "Ar-Riba" yang bermaksud "riba itu", maka ia spesifik kepada riba tertentu. Jika tidak, maka pokok yang membesar juga diharamkan.
Dinar, berbeza dari wang kertas, pengeluarannya terhad jauh lebih signifikan. Ini kerana ia diperbuat dari emas, yang tidak melalui proses pembiakan.
Manakala wang kertas diperbuat dari kayu yang melalui proses pembiakan dari sebiji benih, air, matahari dan karbon dioksida.
Jika sistem compound interest diimplemenkan ke atas dinar, maka ia membawa kepada pendiktatoran seperti Firaun. Ini kerana sumber emas akhirnya dipusatkan kepada satu kompani, dan peminjam akhirnya cenderung menjadi hamba diktator.
Wang kertas suatu ketika dahulu diselindung dengan simpanan emas, akhirnya terburai, bagaimana sistem yang mengarah kepada pendiktatoran bertembung dengan sistem demokrasi, dikatakan kerana faktor kerajaan yang ingin "berbelanja lebih" bagi meraih undi. Ini kerana sistem demokrasi lebih kepada adegan memikat rakyat, berbanding sistem pendiktatoran yang dicemuh rakyat.
Akhirnya wang kertas boleh dicetak dengan lebih bebas oleh bank pusat seterusnya mengembangkan julat kebolehinflasian.
Oleh kerana wang kertas boleh dibiakkan sedemikian rupa, berbeza dengan dinar, dalam keadaan compound interest diimplemenkan, kesannya berbeza. Namun, fungsi utama wang kertas pada awalnya sehingga ke hari ini adalah untuk melicinkan transaksi. Namun, seperti gubalan produk yang mempunyai kesan sampingan, sampai masa, ia rebah.
Selang-seli berlaku kemelesetan ekonomi. Bank pelaburan yang saya praktikal suatu ketika dahulu sudah dalam keadaan tenat selepas krisis ekonomi 2008, kemudian "mati" tak lama selepas saya meletak jawatan.
Wallahualam.
Friday, 31 July 2015
Masa
Adakala saya melakukan latihan matematik sebagai senaman otak. Seperti catur, adakala saya melakukan kesilapan apabila terburu-buru membuat gerakan.
Video pula buat masa ini saya menonton Shark Tank dan Prison Break. Shark Tank berkenaan keusahawanan dan pelaburan, Prison Break pula tentang sosial dan geometri.
Senaman pula, seperti biasa jogging. Muzik pula, lagu indon. Ketika jogging lah peluang saya melayani lagu.
Adalah essential untuk bersenam otak. Tadabbur al-Quran juga adalah aktiviti senaman otak. Kesenian Arab klasikal dan bagaimana pembuktian al-Quran sebagai Kebenaran, ia senamkan otak.
Dikatakan masa adalah harta yang paling berharga, kerana anda tidak boleh membeli masa yang telah berlalu, dan esok belum tentu anda masih hidup.
Wallahualam.
Sunday, 28 June 2015
Ramadhan
Siang dan malam adalah kriteria signifikan dalam pengshahidan Ramadhan (2/187) bagi melaksanakan siyam (2/185). Dalam erti kata lain, jika tiada siang atau malam, maka tiada pengshahidan bulan Ramadhan di kawasan itu.
Manakala teori kalendar Hijrah mewajibkan pengshahidan Ramadhan oleh muslim di segenap permukaan Bumi apabila datang bulan Ramadhan versi kalendar Hijrah.
Bahagian Utara dari garisan merah dalam gambar tersebut dikatakan menunjukkan kawasan yang tiada malam dari 18 Jun sehingga 1 Julai 2015 bersamaan dengan 1 hingga 14 Ramadhan kalendar Hijrah tahun 1436. Dalam erti kata lain, ia berlaku sekarang ketika coretan ini ditulis.
Berikut gambaran dari perspektif berbeza;
Maka tiada pengshahidan Ramadhan di kawasan yang dimaksudkan walaupun kalendar Hijrah menunjukkan waktu Ramadhan pada tempoh itu.
Penolakan kalendar Hijrah sebagai "kalendar Islam" disokong 10/5;
Dialah yang menjadikan Matahari sinaran, dan Bulan cahaya, dan mengukurnya fasa-fasa; supaya kamu tahu jumlah tahunan dan pengiraannya (10/5).
10/5 menerangkan penglibatan Matahari dalam mengukur tempoh tahunan, manakala kalendar Hijrah mengetepikan Matahari.
Kalimah "yaum" tunggal dalam al-Quran berjumlah 365 memihak Matahari jua kerana setahun dalam kalendar solar berjumlah 365 hari.
Manakala dalam kalendar Hijrah, setahun adalah bersamaan dengan 354 hari.
Bagaimana dengan kalendar Hijrah solar yang digunakan di Iran dan Afghanistan? Tiada bulan Ramadhan secara literal dalam kalendar itu. Kalendar Hijrah yang dimaksudkan dalam coretan ini merujuk kepada kalendar Hijrah lunar.
Wallahualam.
Friday, 5 June 2015
Keibubapaan
Jika salah satu atau kedua-dua mereka tua maka janganlah kamu katakan "uff" dan janganlah kamu menengking kedua-dua mereka dan katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (17/23).
Dari pihak anak pula, saya melihat kepentingan mereka disusu-badan selama dua tahun kalendar solar (2/233).
Jika dilihat tulisan sejarah bangsa Arab, menjadi kebiasaan si ibu mencari wanita susuan bagi anaknya. Bagaimana jika si ibu melahirkan bayi kembar? Berbeza dengan kucing yang mempunyai tetek yang banyak mampu menyusu anak yang ramai serentak.
Bagaimana pula jika si ibu menghadapi masalah kekurangan susu. Tanpa Nestle, maka menjadi keperluan mendapatkan wanita susuan.
Adakah susu lembu setanding dengan susu manusia bagi bayi manusia?
Hakikatnya anak anda bukan lembu. Dan coretan ini ditulis bukan untuk lembu. Menjadi harapan saya kepada bakal isteri saya untuk mengutamakan susu manusia berbanding susu lembu kepada anak selama dua tahun kalendar solar.
Wallahualam.

