Sudah jarang sekarang saya menulis diari di blog ini. Mengimbas kembali suatu ketika dahulu, di ambang minggu peperiksaan, saya masih boleh luangkan masa menulis diari, dan masih mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Hari ini umur saya hampir 30 tahun. Mengimbas kembali sejarah kehidupan saya, visi dan misi saya berubah ekoran peningkatan ilmu.
Sebagai contoh, suatu ketika dahulu saya berimpian untuk menggenggam PhD, sekarang tidak lagi. Pernah saya ke temuduga di UiTM untuk menyambung peringkat Master, tetapi saya tidak membawa sijil kokurikulum seterusnya dengan senang saya dikeluarkan dari senarai kerana faktor persaingan dari pemohon-pemohon lain.
"Cuba lagi", kata pegawai penemuduga.
Setelah mengkaji sejauh mana nilai kelulusan Master dibandingkan dengan kos yang terlibat, akhirnya saya menutup impian tersebut.
Ada sebab lain kenapa saya berminat menyambung ke peringkat Master. Kerana saya berminat untuk menjadi seorang pensyarah. Mengimbas kembali ketika saya di Darjah 5, saya menyatakan kepada cikgu bahawa cita-cita saya ingin menjadi seorang cikgu.
Namun saya tidak meletakkan direksi sebagai seorang cikgu formal, kerana saya mempunyai banyak cita-cita. Ini bermakna saya mahukan ruang yang lebih luas dimana tidak terlalu terikat dengan pekeliling sekolah.
Suasana seorang cikgu atau pensyarah adalah sesuai dengan diri saya. Buku, kertas, papan putih, ceramah, menulis, perpustakaan dan sebagainya, itu suasana yang sesuai untuk diri saya.
Cita-cita saya sebagai seorang penulis lagu juga berubah. Kini saya ingin menjadi seorang penerbit muzik. By the way, ia bukan soal penerbitan muzik semata. Ia tentang pengurusan.
Saya belajar bahawa kualiti pengurusan berkadar secara langsung dengan pulangan. Dalam keadaan saya hari ini, saya tidak jangka bahawa saya akan menjadi pengurus muzik secara sepenuh masa. Dan bukan itu visi saya.
Saya juga masih memandang sektor pertanian atau penternakan. Hujahnya simple, ia adalah sumber asas manusia. Manusia masih boleh tidur di kaki lima. Tapi tanpa makanan, manusia akan mati.
Pengalaman saya dalam aktiviti day trading memberitahu saya bahawa ia adalah satu profesyen. Ia bagaikan satu permainan sukan yang menyeronokkan. Kini saya juga berubah. Kini saya cenderung kepada analisis fundamental.
Pengalaman saya sebagai penulis blog pula, saya syorkan anda menulis blog, kerana ia mengasah gaya penulisan anda. Namun jangan jadi bodoh dengan menabur fitnah. Lihat kes Papagomo. Jadilah insan yang berguna. Kemampuan anda mengawal emosi adalah aset.
Wallahualam.
Wednesday, 30 March 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment