Tujuan coretan kali ini bagi memenuhi minimum satu pos bagi tiap bulan kalendar Masihi. Beberapa jam lagi akan memasuki Ogos.
Adakala saya melakukan latihan matematik sebagai senaman otak. Seperti catur, adakala saya melakukan kesilapan apabila terburu-buru membuat gerakan.
Video pula buat masa ini saya menonton Shark Tank dan Prison Break. Shark Tank berkenaan keusahawanan dan pelaburan, Prison Break pula tentang sosial dan geometri.
Senaman pula, seperti biasa jogging. Muzik pula, lagu indon. Ketika jogging lah peluang saya melayani lagu.
Adalah essential untuk bersenam otak. Tadabbur al-Quran juga adalah aktiviti senaman otak. Kesenian Arab klasikal dan bagaimana pembuktian al-Quran sebagai Kebenaran, ia senamkan otak.
Dikatakan masa adalah harta yang paling berharga, kerana anda tidak boleh membeli masa yang telah berlalu, dan esok belum tentu anda masih hidup.
Wallahualam.
Friday, 31 July 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment