Wednesday, 1 January 2014

Manifesto

Draft Manifesto Parti Koranokratik (PK) Fasa 1 (Sept – Dis 2013)

Usul 1: Membekalkan makanan sihat kepada golongan miskin

Makanan halal toyyib bukan untuk golongan tertentu sahaja seperti muslim mahupun kafir,tetapi untuk manusia (2/168).  Dalam sebahagian isu, kalimah “yatim” disebut dahulu berbanding kalimah “miskin”(2/83, 2/177, 2/215, 4/8, 4/36, 59/7), namun dalam isu memberi-makan, kalimah“miskin” disebut dahulu sebelum kalimah “yatim” (76/8).

Usul 2: Membekalkan air bersih kepada rakyat

Air hujan secara amnya bersih (25/48), namun hari ini pencemaran udara akibatfaktor sebahagian aktiviti kilang dan kenderaan bermotor bukan sahaja bolehmemberi kesan mudarat kepada sistem pernafasan manusia dan haiwan, malah mencemarkan air hujan sehingga menghasilkan hujan asid. 

Mengambil contoh dari sirah Musa, baginda membekalkan air kepada kaumnya, dan memenuhi perintah Allah agar kita makan dan minum (2/60) secara tidak berlebihan (7/31).

Usul 3: Sukatan yang adil

Sebahagian manusia cenderung menyukat timbangan dengan tidak adil (83/2).Pencegahan kejadian ini (3/104) adalah bagi menegakkan manusia dengan kesaksamaan (57/25).

Usul 4: Mengesyorkan susu badan untuk bayi

Bayi yang lahir disyorkan untuk disusu-badan sehingga dua tahun kalendar solar (2/233).

Usul 5: Menentang hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina

Hukuman ini pernah dicadang oleh Hadi Awang. Perjuangan menentang hukuman ini adalah sebagai simbol perjuangan Quranisma mencegah perjuangan Ekstremisma dari Sunnisma.

Hukuman ini bercanggah dengan 24/2, melampaui hudud Allah (4/14) dan memihak kepada pembunuhan tanpa haq (25/68).

Usul 6: Mencegah penyalahgunaan rokok

Kapitalisma yang keterlaluan sehingga menzalimi kesihatan orang lain sepatutnya dicegah. Pengambilan tembakau secara berlebihan bercanggah dengan 7/31, dimana ia bukan saja melibatkan perokok, tetapi juga orang sekitar.

Usul 7: Memupuk penggunaan akal

Sebahagian agamawan menjadikan konsep “anti-akal” bagi mempertahankan idealogi masing-masing yang kurang rasional. Secara amnya,penggunakan akal dipupuk dalam bidang lain seperti sains, ekonomi, matematik dan sebagainya. Bidang agama sepatutnya tidak dikecualikan dari pupukan akal (2/44, 76, 3/65, 6/32, 7/169, 10/16, 11/51, 12/109, 21/10, 21/67, 23/80, 28/60,37/138).

No comments: