Sunday, 26 January 2014

Cukai

Ahmad memegang saham 99% syarikat Elak Cukai Sdn Bhd. Syarikat itu dijangka dikenakan cukai 20% dari keuntungan pada tarikh tutup akaunnya bagi tahun itu. Suatu hari Ahmad pergi ke pusat membeli-belah. Di pintu masuk pusat tersebut, Ahmad terserempak dengan dua orang homeless, seorang sedang berbaring dan seorang sedang duduk di tangga. Ahmad menghulurkan sekeping not 50 setiap homeless itu.

Kira-kira 500 meter dari pusat itu terdapat sebuah pusat hiburan. Pusat hiburan itu tidak berlesen, dalam erti kata lain, tidak dikenakan cukai. Pusat hiburan itu menjadi "lubuk rezeki" gadis-gadis seksi. Purata pendapatan gadis ini adalah kira-kira RM4000 sebulan. Ini mengingatkan Ahmad kepada Fatim. Fatim adalah seorang janda beranak dua. Dengan alasan kesempitan hidup, Fatim mengambil keputusan untuk menjadi pelacur bagi menampung kehidupan mereka tiga beranak.

Setelah siap membeli-belah dan keluar dari pusat membeli-belah, Ahmad terdengar jeritan suara wanita. Ada kejadian ragut tidak jauh dari situ. Dua orang pemuda melarikan diri dengan motosikal Honda EX5. Tidak sempat Ahmad ingin menyekat pemuda-pemuda itu.

Ahmad teringat bahawa dia belum sembahyang Isyak lagi. Fikirnya, ingin singgah di surau berdekatan. Kali terakhir dia sembahyang di surau itu adalah lebih kurang 6 bulan lepas. Ahmad mendapati ada perubahan di surau itu. Ada jemuran kain termasuk baju sekolah rendah. "Ada orang tinggal di sini?" Ahmad mendapati sepasang kelamin dan seorang anak perempuan tinggal di bawah tangga surau situ. "Mungkin mereka kehilangan rumah?", Fikirnya.

Ketika pulang memandu ke rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam, Ahmad memikirkan anggaran cukai yang perlu dibayar oleh syarikatnya kali ini. Lebih kurang RM50 ribu.

"Banyak cukai yang perlu syarikat aku bayar, tapi bagaimana Kerajaan menguruskan cukai tersebut? Jenayah di sana-sini, orang miskin merata-rata". Fikirnya.

"Hai".

"Opocot!!"

Ahmad membrek secara mengejut dan memberhentikan kereta di tepi jalan dengan segera.

No comments: