Sunday, 24 November 2013

Hukuman Rejam Sampai Mati Bhg. V

"Bagaimana hendak menunaikan Zakat, Solat, Haji?"

Ini umpama persoalan yang dikemukakan oleh penganut Sunni.

Perhatikan kitaran ideologi berikut;

Apabila tolak hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina --> maka tolak hadis --> jika tanpa hadis, bagaimana untuk Solat?

Persoalan itu bagus. Yang tidak bagusnya apabila memberi "seribu" alasan untuk menolak Haq. Maksud saya, kita masih boleh sembahyang lima waktu walaupun tolak hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina. Jika Mahathir boleh melakukannya, kenapa anda tidak boleh?

Maksud anda, anda tak boleh sembahyang jika menolak hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina? Maka alasan itu tidak relevan. Ini mengingatkan saya tentang sirah Musa, apabila baginda memberitahu kaumnya bahawa Allah menyuruh mereka menyembelih Baqarah (2/67), lalu kaum baginda bertanyakan keperincian (2/68-70).

Namun bukan persoalan keperincian itu yang tidak bagus, akan tetapi penolakan Haq itu yang tidak bagus. Perhatikan 2/71;

Sekarang kamu datang dengan Haq (2/71).

Lihat kaum Musa. Ketika Musa memberitahu mereka pada awalnya (2/68), mereka tidak berkata "Sekarang kamu datang dengan Haq".

Perintah Allah dalam 2/68 ketika itu sudah terperinci. Namun gara-gara ketidakpuasan kaum Musa, keperincian itu menjadi semakin komplikated, sampai satu tahap, baru kaum Musa menerima ia sebagai Haq.

Wallahualam.

No comments: