Tuesday, 12 November 2013

1:1

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Rahman itu Rahim itu (1:1).

Ayat pertama al-Quran. Ini mengingatkan saya kepada 96/1;

Kamu qaralah, dengan nama Rabb kamu yang-mana Dia cipta (96:1).

Maka qara bukan sekadar qara, tetapi qara dengan nama Rabb.

Kemudian pada awal bacaan lain terdapat kembar 1/1 sebagai peringatan. Ini membawa khilaf kepada persoalan samada 8/ dan 9/ itu satu surah atau tidak memandangkan 9/ tiada 9/0.

Maka oleh itu, kelihatan peringatan 1/1 lebih repetatif berbanding 16/98 kerana dikembarkan dengan 2/0, 3/0 dan seterusnya. Apapun kewujudan kembar-kembar itu telah-dijadikan asas kepada pengasingan surah secara tradisinya. Jika tidak nanti lebih besar probabiliti logikal datangnya pendapat bahawa 1/1 hingga 114/6 itu satu "surah".

96/1 dan 1/1 menjadi simbolik kepada sirah Adam dimana baginda diajarkan nama-nama (2/31). Dari peristiwa itu, Adam menjadi lebih berilmu dari Malaikat dalam hal tertentu (2/32).

Berbeza dengan isu pasangan antara "Rahim" dan "Ghofur" (34/2), tiada ayat yang mendahulukan kalimah "Rahim" apabila dipasangankan dengan "Rahman".

Wallahualam.

No comments: