Wednesday, 27 July 2011

Kuiz Bhg. II

Surah al-Furqan ayat 30;

Dan Rasul berkata "Tuhanku, orang-orangku telah meninggalkan al-Quran ini."

Soalan 1: Riwayat hadis manakah yang paling sesuai dengan ayat di atas?

a) Aku meninggalkan untuk kamu dua perkara yang kamu mesti pegang, al-Quran dan Sunnahku. (Riwayat Muwatta).

b) Aku meninggalkan untuk kamu al-Quran dan relatifku (AhlulBait). (Riwayat Muslim, Ibn Hanbal dan Darimi).

c) Aku meninggalkan untuk kamu al-Quran, kamu harus berpegang padanya. (Riwayat Muslim, Ibn Majah dan Abu Dawud).

Sunday, 24 July 2011

Sekali Lagi


Menitis air mata saya menonton filem ini.

Wallahualam.

Tuesday, 19 July 2011

Ujaj

Ujaj adalah kata nama bermaksud air-masin.

Dan Dia yang mengeluarkan lautan, ini segar dan boleh-plet dan ini kemasinan dan ujaj. Dia membuatkan antara mereka satu bahagian dan satu halangan yang dihalang (25:53).

Lautan terbahagi kepada dua kategori jenis air iaitu air-tawar dan air-masin. Hujan adalah air-tawar.

Adakah kamu perhatikan air yang kamu minum? Adakah kamu yang menurunkannya dari awan, atau Kami yang menurunkannya? jika Kami mahu, Kami boleh jadikannya ujaj, maka mengapa kamu tidak bersyukur? (56:68-70).

Jika air-masin dipanaskan dan tersejat, air yang tinggal itu masih masin. Malah jika ia dididih sehingga kering, maka ia menjadi garam. Ini bermakna garam tidak tersejat ke langit untuk menjadi awan. Ayat 56:70 menerangkan bahawa jika Allah mahu, Allah boleh menyejat garam ke langit seterusnya menurunkan hujan versi air-masin.

Wallahualam.

Monday, 18 July 2011

Fatim Bhg. II

Telah menyiapkan leadsheet lagu 'Fatim' dengan menggunakan perisian MidiIlustrator Maetro versi unregistered. Ia boleh dimuatturun di link ini; http://www.4shared.com/document/hiMgKp0U/Ariji_-_Fatim.html

Saya rasa lebih baik ada leadsheet supaya lebih mudah untuk merekrut ahli band.

Wallahualam.

Sunday, 17 July 2011

Athama

Athama adalah kata akar bagi kata nama ithm yang bermaksud dosa. Saya menggunakan kaedah menulis kata akar athama berbanding a-th-m.

Banyak perbuatan yang berdosa diterangkan dalam al-Quran antaranya memungkiri shahadah (2/84-85), Mengubah wasiat si mati (2/180-181), rasuah (2/188), sebahagian besar kegunaan yang mabuk dan judi (2/219), melakukan kesalahan tertentu kemudian menyalahkannya pada orang lain (4/112), membunuh nyawa yang diharamkan Allah kecuali dengan kebenaran, berzina (25/68), dan sebahagian perbuatan prasangka (49/12).

Perbuatan berdosa besar pula adalah perbuatan syirik dengan Allah (4/48). Namun, ada perbuatan yang mungkin kelihatan berdosa tetapi sebenarnya tidak berdosa iaitu terpaksa melakukan kesalahan tetapi taat kepada Allah dan tidak melampaui batas (2/173). Kesenangan-duniawi pula membuatkan mereka yang tidak bersyukur menambah dosa (3/178).

Wallahualam.

Monday, 11 July 2011

Diskusi dan al-Quran

Kali pertama saya bersemuka dengan mereka berempat, kemudian kami berdiskusi kira-kira selama empat jam. Layth, jejaka sebelah kiri saya adalah pengasas laman web http://free-minds.org/.

Wallahualam.

Wednesday, 6 July 2011

Di Atas Satu Cinta


Hari ini, bertemankan Farisah, kali pertama saya jogging di UPM.

Tadi  Farah, rakan online saya telah pos lagu ini di Facebook. Saya tertarik sebab ia sedap dan ada kalimah 'Subhanallah'.

Wallahualam.

Sunday, 3 July 2011

Ahlul Quran Bhg. II

Mereka yang digelar Ahlul Quran terdiri daripada golongan yang cenderung kepada Qira'at, mahupun golongan yang lebih cenderung kepada kefahaman kandungan al-Quran seperti golongan Mu'tazilah.

Sebahagian ahlul Quran yang cenderung kepada Qira'at pula mengejar syafaat dengan menggunakan dalil berikut;

Bacalah al-Quran, kerana ia datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafaat kepada para ahlinya (riwayat Muslim).

Namun, riwayat hadis ini bercanggah dengan konsep al-Quran itu sendiri;

Bertaqwalah hari yang tidak memanfaat nafs dari nafs sesuatu dan tidak diterima darinya syafaat dan tidak diambil darinya adl dan tidak mereka membantu (2:48).

Sebahagian ahlul Quran pula digelar sebagai pengengkar Sunnah Rasul kerana antara fahaman mereka yang bercanggah dengan fahaman muktabar tertentu. Ahli Sunnah pula dikatakan lebih mencintai Rasul berbanding Ahlul Quran versi yang ini. Namun, menurut tulisan sejarah, Ibn Mas'ud pernah berkata;

"Sesiapa sahaja yang mencintai al-Quran, nescaya dia mencintai Allah dan RasulNya."

Al-Quran pula menerangkan bahawa orang yang beriman lebih mencintai Allah berbanding mencintai Rasul. Maka persoalan sejauh mana kita mencintai Allah itu lebih kritikal, kerana jika cinta kepada Rasul melebihi cinta kepada Allah, maka gugurlah keimanan.

Dan dari manusia itu adalah antaranya yang mengambil yang lain dari Allah sebagai setaraf, mereka cintakan mereka sebagaimana cintakan Allah; dan yang beriman lebih kuat cintakan Allah; dan bila yang ingkar melihat pembalasan, mereka akan lihat yang semua kekuatan milik Allah, dan bahawa Allah adalah hebat dalam pembalasan (2:165).

Wallahualam.

Universiti Putra Malaysia

Petang esok, iaitu hari Isnin, kerana jam menunjukkan hari ini adalah Ahad, dijangka kelas pertama saya di UPM. Saya cuba untuk mengulang dua subjek bertujuan untuk memperbaiki pointer, membuatkan semester ini dijangka akan busy seperti biasa. 19 jam kredit. Jumlah jam kredit sebegini saya sudah biasa. Cuma sebelum ini saya plan sekadar 13 jam kredit sahaja. Bagi memenuhi hasrat untuk memperbaiki pointer, saya merancang mengorbankan ruang-ruang relaks itu.

Saya mencari-cari ruang catur di sini. Saya bekas wakil catur bagi sebuah institusi di Shah Alam suatu ketika dahulu. Ingin berkenalan juga dengan kelab catur di sini, jika ada.

Saya juga mencari ruang untuk menubuhkan indie band di sini. 'Merenung dari jauh' bakat-bakat yang ada di sini. Band adalah berkenaan team work. Komitmen, ini yang saya mahu dari mereka. Jika tiada, maka band ini mungkin tidak akan ditubuhkan.

Merancang untuk menubuhkan study group dengan lebih sistematik, kali ini. Lima study group yang sepatutnya ditubuhkan, memandangkan satu subjek lagi adalah kajian ilmiah.

Al-Quran, insyaallah ini akan menjadi teman saya jua. Kelab al-Quran?

Merenung keupayaaan diri. Merancang prioriti diberikan kepada akademik kali ini, kembali kepada strategi pada sekitar dari awal tahun 2009 hingga pertengahan 2010. Bak kata orang muda; "Jika inginkan buah durian, maka tanamlah pokok durian, kerana pokok rambutan mengeluarkan buah rambutan."

Namun saya masih belum pasti bahawa saya mampu untuk cemerlang kali ini. Perancangan aktiviti kokurikulum yang dinyatakan di atas perlu diletakkan batas yang sesuai. Terfikir juga seronoknya jika hanya 13 jam kredit. Saya bukan Superman.

Ada masanya saya terganggu kerana sering memikirkan hakikat gelora kalimah 'Islam' pada hari ini. Kecewa dengan ignorance oleh ahli ceramah agama tertentu di televisyen. Mereka berceramah di televisyen, melambangkan kerasmian versi 'ajaran Islam' di Malaysia. Mereka memetik riwayat 'entah dari mana' kemudian diajar kepada orang-orang tua yang 'kubur datang mari'. Satu artikel dari Mohd Asri boleh dijadikan rujukan; http://www.drmaza.com/home/?p=1397

Patutkah mereka berbuat begitu kepada orang-orang tua? Susah sangatkah untuk mengajar al-Quran? Seolah-olah orang-orang tua itu sudah mahir al-Quran, tidak perlu lagi diajar al-Quran.

Imbas kembali satu isu di satu group yang menggunakan jenama 'Islam' di Facebook suatu ketika dahulu, apabila penggunaan kalimah 'hai' bagi menyapa orang dikatakan bukan dari ajaran Islam. Gara-gara Nabi Muhammad tidak menyebut 'hai' apabila menyapa orang?

Lihat bagaimana Islam didefinisikan. Barangkali orang Islam tidak patut memakai baju kemeja, kerana ia bukan 'Sunnah Nabi'. Apabila hukum Allah dengan hukum makhluk sudah tidak dibezakan lagi?

Wallahualam.