Pada malam ini dengan rasminya pemergian saya sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar selaku Exco Akademik dan Kerjaya di institusi ini.
Setelah berkhidmat selama kira-kira tiga bulan, saya terpaksa pergi lebih awal disebabkan beberapa faktor, terutamanya perubahan dasar tertentu yang memaksa saya berhijrah ke Serdang pada awal bulan Julai ini.
Selama menjadi ahli MPP, ia menjadi antara kenangan manis di institusi ini. Teringat pada awalnya, saya dan Fatim bertanding sebagai calon MPP. Kami berdua tidak merancang untuk sama-sama bertanding. Secara kebetulan sahaja.
Manifesto utama Fatim ketika itu adalah berkenaan akademik. Secara kebetulan juga kemudiannya saya dilantik memegang jawatan sebagai Exco Akademik dan Kerjaya.
Selepas memenangi pilihanraya, kemudian saya melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertua bagi Persatuan Pelajar Ekonomi dan Pengurusan, dan Fatim mendapat undi tertinggi bagi jawatan itu. Tetapi kerana dia seorang perempuan, maka jawatan YDP diisi oleh seorang lelaki, dan dia menjadi Timbalan YDP.
Antara perjuangan terakhir saya sebagai ahli MPP di institusi ini adalah bagi mendapatkan lapan buah meja Jepun untuk ditempatkan di Surau KTB, supaya para pelajar sekalian dapat menggunakannya untuk mengulangkaji pelajaran, dan alhamdulillah, ia telah diluluskan.
Selamat tinggal kawan-kawan. Anda semua meninggalkan banyak kenangan kepada saya.
Sekian dulu coretan.
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment