Dan buah-buahan dan Abb (80:31).
'Abb' adalah merujuk kepada bahagian tumbuhan yang bukan berasaskan benih, seperti dedaun, dan memberi manfaat major kepada pemakanan bagi manusia. Bahagian tumbuhan yang tidak dimakan oleh manusia bukan 'Abb', seperti ranting-ranting kayu. Ini kerana 80:31 merujuk kepada pemakanan. Definisi antara buah-buahan dan sayur-sayuran dalam penggunaan bahasa pada hari ini mempunyai unsur interchangeble. Sebagai contoh, cili. Adakah ia buahan atau sayuran?
Jika menggunakan pendefinisian bahawa 'Abb' adalah bahagian tumbuhan yang bukan berasaskan benih, maka cili dikategorikan sebagai buahan. Kedua, saya mengatakan ia memberi manfaat major kepada pemakanan manusia kerana 80:28 hingga 80:32 mengisahkan tentang kebahagiaan duniawi. Ini bermakna, tumbuhan yang beracun tidak termasuk dari 'Abb'.
Wallahualam.
Monday, 23 May 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment