Mereply komen pekomen di https://www.blogger.com/comment.g?blogID=1323782569523397951&postID=2306794453731261210
kat blog ko ni jelas betul kau yg menyimpang dari Quran. hal basic pun engkau salah. banyak pula itu. baik kau jawab semua yang ade dalam blog ko sendiri, daripada pilih komen yg biase je. jawabla, kan kau kate kau ikut Quran. tp lagi jelas menyimpang la kau nie. macam xpandai langsung pasal Quran. jawab la hujah budak yang komen byk2 2.
-jangan kau tetibe nk komen reply aku nie plak- xgune, nmpak kau ni cam bodoh je. hal besar xnk jwab tp hal kecik pulak kau sebok. hahaha
dunia2... ade jugak orang pesen macam nie kt malaysia.
tp apa mau buat, kau dah terlampau ujub dan perasan. kasihan........ suka hati la.
baik kau g bace Quran betul2
Quran.com
assalamualaikum
Waalaikumussalam.
Saya cabar kamu beberapa perkara jika kamu berada di pihak yang benar;
1) Tunjukkan saya ayat al-Quran yang kaitkan perkataan 'Sunnah' dengan perkataan 'Nabi'/'Rasul'.
2) Antara hujah puak Syiah adalah, dalam al-Quran ada perkataan 'Syiah', tetapi dalam al-Quran tiada kalimah 'Sunnah Waljamaah'. Apa hujah kamu untuk menjawab hujah puak Syiah ini?
3) Tunjukkan saya kalimah Shahadah dalam al-Quran yang menggabungkan kalimah 'Allah' dengan kalimah 'Muhammad' sebagaimana yang terdapat dalam ajaran Sunni.
4) Saya cabar kamu berdialog/debat secara face to face, terbuka dan rasmi. Kamu boleh menjemput mana-mana ustaz pilihan kamu. Atau kamu sekadar bersifat anonymous dan 'melontar batu sembunyi tangan'?
Jika mazhab Sunni benar-benar diturunkan dari Allah, maka sila jawab dengan terang tiga soalan pertama di atas.
Wallahualam.
16 comments:
Biar aku menjawab soalan kau ini.
Dengan terang dan jelas juga pada komen itu bahwa xusahla kau mereply komen tersebut tetapi jawabla segala sanggahan yang telah lama wujud dalam blog kau ini. Namun seperti biasa, Ariji memilih utk meneruskan sikap nya. Malah TIDAK ADA SATU HUJAH daripada ariji utk mempertahankan aqidah yg difahaminya itu sebaliknya terus menganggap Ahli Sunnah Wal Jamaah pula yang sesat.
Aku tidak tahu apakah yang menyebabkan ariji beranggapan kebenaran dipihaknya walhal tidak ada satu pun isu ariji bangkitkan sebagai hal 'sesat' melainkan telah dijawab dengan Al-Qura'nul Karim sendiri.
Inilah sikap yang amat WAJIB dielakkan bagi seluruh kaum Muslimin lebih-lebih lagi untuk mereka yang mencari Ilmu, dan pada mereka yang mencintai pada kebenaran dan hakikat Allah Azzawajalla.
Ariji, gunakanlah rasa ingin tahu ariji itu dengan berhikmah. Apabila dunia sekarang menunjukkan belangnya yang sebenar, Umat Muslimin semakin lupa kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Kejahilan dan kecelaruan fikiran yang kian menyelubungi jiwa manusia. Mereka berbalah dalam perkara-perkara furu’, bertikam lidah malah pergaduhan fizikal menjadi amalan di dalam hati dan tingkah laku mereka. Mereka memperbesarkan hal yang kecil, mereka sering menyangka mereka adalah golongan yang diredhai, dan hal ini dapat dilihat kepada seluruh masyarakat bumi ini bahwa nafsu dan kebenakan didalam hati serta minda mereka menjadi pemandu dalam hidup mereka. Sering kali mereka lupa akan Allah Azzawajall dan mereka hanya kembali ketika musibah melanda , nescaya mereka berkata “ya Allah! Aku telah menzalimi diriku!, lindungilah urusanku jauhkanlah aku dari azabMu!”.. memang benar kerana musibahlah membuat manusia kembali mengingati Allah!
kerana itulah Allah s.w.t berfirman
Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya).Al –Balad:4
Inilah kerana, agar manusia mengingati Tuhan mereka! Agar manusia mengerti betapa dunia adalah satu tempat yang rendah.
Sebelum aku menjawab, ingin ku ingatkan pada Ariji bahwa Al-Qura'nul Hakim adalah diturunkan dalam bahasa Arab Fasih. Tiada seorang Muslim dalam dunia ini mampu mengatakan Al-Quran itu apabila diterjemah dalam bahasa lain maka ia akan tetap dinamakan Al-Qura'nul Karim. ini lah kefahaman yang sesat dan batil. Tidak logik bagi sesiapa yang mendalami Qura'nul Karim tetapi memahaminya hanya menggunakan bahasa terjemah dan melupakan teks Arabnya. Ini akan membawa kesesatan seperti kaum Nasrani yang mengubah kitab mereka kedalam semua bahasa tetapi masih menganggap ia dari Allah. Terjemahan adalah untuk membantu orang2 yang tidak tahu Bahasa Arab memahami Quran. Dan menjdai kewajipan bagi setiap Muslimin untuk menjadi pelajar Bahasa Arab walau dimana mereka berada. Terjemahan Al-Qura’nul Karim boleh membantu pembaca memahami sedikit sebanyak mengenai apa yang dikatakan Allah Azzawajall, namun terjemahan TIDAK AKAN DAPAT menghasilkan terjemahan keajaiban Qura’nul Hakim yang berbahasa Arab Fasih.
Memang tidak salah untuk menggunakan terjemahan tetapi MEMANG SALAH untuk menggunakan terjemahan lalu mengkritik Al-Qura'nul Karim. Ini tidak masuk akal. Justeru aku mengingatkan , adalah JAHIL bagi sesiapa yang mengkritik Islam serta kefahamannya dgn hanya berpandukan bahasa terjemahan tanpa memahami teks Arabnya dahulu.
تَعۡقِلُونَ لَّعَلَّكُمۡ عَرَبِيًّ۬ا قُرۡءَٲنًا أَنزَلۡنَـٰهُ إِنَّآ
"Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu memahaminya". Yusuf:2
Wallahu'Alam Bissawab..
(1 Tunjukkan saya ayat al-Quran yang kaitkan perkataan 'Sunnah' dengan perkataan 'Nabi'/'Rasul'.)
(sila rujuk dengan teks Arab)
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah serta beriman kepada RasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar".
Al-Hujurat:15.
Al-Qura'nul Hakim dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah kerana kebijaksaan Allah s.w.t yang mentakdirkan Agama-Nya didunia. Adakah ariji fikir bukan dalam kemampuan Allah untuk hanya menurunkan Al-Qura'nul Karim dari langit tanpa perantaraan Rasul s.a.w? mengapa Allah tidak mewakilkan Malaikat sahaja untuk mengajar manusia ? mengapa perlu diturunkan seorang manusia yang 'biasa' dan bersusah payah mengajar dan terpaksa mengharungi keperitan?
Kerana Rasulullah s.a.w bersifat insan. Ingatlah bahwa insan bersifat lemah, mereka perlu dibimbing..Insan akan mengikut jejak Insan.
"Lalu Kami utus kepada mereka seorang rasul dari kalangan mereka sendiri (yang menyeru): Sembahlah Allah oleh kamu sekalian, sekali-kali tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Maka mengapa kamu tidak bertakwa (kepadaNya)". Al-Mu'minun, 23:32
Hancurlah insan jika mereka membina agama dengan akal mereka.
mereka menafikan dan menolak kalam Nabi mereka, mereka menolak pendapat Rasul mereka.
"Dan tidak datang seorang rasulpun kepada mereka, melainkan mereka selalu memperolok-olokkannya". Al-hijr:11
Sunnah bermaksud metode kebiasaan perjalanan hidup atau perilaku baik terpuji maupun yang tercela. Kata tersebut berasal dari kata as-sunan yg juga sinonim dgn kata ath-thariq . ayat ini mengatakan Rasul itu akan diperolok oleh manusia. Justeru sehingga hari ini Nabi Muhammad s.a.w diperolokkan. Cerminlah dirimu…..
sesiapa yang memahami Bahasa Arab mereka tidak akan mempersoalkan adanya hak yang diberi pada Rasulullah s.a.w. iaitu kaum Muslimin untuk taat pada arahan Baginda Nabi s.a.w.
“Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah.” (Al-hasyr : 7)
Demi Allah, setiap Muslimin mengetahui bahawa Al-Quran BUKAN datang dari Nabi s.a.w. ia datang dari Allah Azzawajall. Justeru apabila membaca ayat ini sudah memandai untuk kita mengetahui apa yang diucapkan dan diberi oleh Rasul s.a.w itu adalah dari Allah Azzawajall dan Allah telah mewajibkan kita taat pada Rasul-Nya.
Para anti-hadith adalah golongan yang amat batil , kerana mereka memahami Qura’nul Karim secara hitam dan putih. Ini akan menjadi masalah untuk mereka apabila untuk memahami banyak ayat Quran yang perlu penjelaskan Nabi s.a.w. mereka TERPAKSA merujuk Asbabun Nuzul.. Nah, mereka terpaksa menggunakan Hadith!
Benar ini, aku tidak mengerti mengapa ariji mengatakan Allah s.w.t tidak pernah memerintahkan kita mengikut Rasulullah s.a.w. Namun ini adalah jawapan ku YANG RINGKAS..
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada HUKUM AL-QURAN yang telah diturunkan oleh Allah ‘DAN’ kepada (hukum) RASULULLAH," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu”. An-nisa: 61
(sila lihat teks Arabnya)
Aku bertanya.. Apa pandangan Ariji tentang ayat ini ? Bukankah Jelas Al-Qura’nul Karin wa Al-Hakim telah menyatakan adanya hukum Rasulullah.. adakah tidak jelas lagi ?
Dari mana boleh kita dapati Hukum Rasulullah beri ? di Dalam Qura’nul Hakim setahu aku hanya terdapat hukum Allah. Jadi mengapa Allah menyatakan adanya Hukum Rasulullah ? Sudah tentu PADA HADITH.. HADITH SAHIH..
Tetapi para anti Hadith akan menyatakan “Quran katakan taat Rasul, bukan nya Muhammad.. tiap kali Allah suruh taat kan Rasul nama Muhammad tidak digunakan.. jadi ayat2 itu bermaksud taatkan semua Rasul..”
Namun amat kasihan pada mereka ini kerana perkataan jamak bagi Rasul adalal Mursalin… Jika Allah s.w.t meletakkan perkataan Rasul maka ia bererti SEORANG RASUL SAHAJA.
siapakah Rasul yg disebut itu ? jeng3x..
Itulah bermaksud Rasulillah Muhammad s.a.w.
Sudah tentu Allah akan sebutkan dalam perkataan Rasul , kerana Rasul adalah utusan Allah, bermakna segala perintah Rasul adalah dari Allah! Mudah sahaja!
Malah ariji juga menggunakan Surah At-Tahrim ayat 1 dan merujuk ia kepada Nabi Muhammad. Malah memang benar ia merujuk pada Baginda s.a.w. Jadi tidak ada masalah bagi ariji untuk menerima ayat2 taatkan Rasul itu merujuk pada Muhammad s.a.w Al-Mustafa.
Ariji tidak akan dapat mengetahui segala Asbabun Nuzul Quran, tidak akan dapat mempelajari segalah hal dan sebab mengapa , bila, dan dimana ayat2 Qura’nul Karim diturunkan kerana Hadith Sahih adalah meliputi hal itu. Justeru anti hadith memang golongan yang malang. Mereka membaca ayat2 Qura’nul Hakim secara begitu sahaja, mereka baca secara buta semata! malah kebanyakkan mereka hanya menggunakan terjemahan! Tapi mendakwa mereka faham Al-Quran… kasihanlah pada puak2 ini!
(Kami utuskan Rasul-rasul itu) "membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan); dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya ENGKAU (MUHAMMAD) MENERANGKAN kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya". Al-Nahl:44
kaedah bahasa Arab jelas membuktikan Quran telah merekodkan bahwa ada nya penerangan dari Nabi s.a.w. kerana itulah aku tidak pernah dengar adanya orang yang menggunaka bahasa Arab Fasih sebagai bahasa seharian mereka akan mendakwa perkara2 yang dibangkitkan para anti hadith. Malah mereka yang menjadikan Bahasa Arab Fasih sebagai lingua franca juga akan memahami Sunnah Nabi adalah dari Allah!
"Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."An-Nisa:64
adakah ariji akan mengatakan Rasul telah wafat, jadi ayat ini telah 'expired'? Innalillah! Ini Musibah!
Demi Allah, Tuhan yang menurunkan Al-Qura'nul karim pada malam Lailatul Qadr, sesungguhnya telah WAJIB kaum Muslimin keseluruhannya untuk mentaati Rasulullah s.a.w DALAM APA JUA yang diberi Baginda Nabi Muhammad s.a.w Al-Mustafa.
“Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah.” (Al-hasyr : 7)
ayat ini tidak menghadkan pada perkataan untuk Al-Quran semata bahkan setiap perkara!
jika ariji mempunyai pandangan lain, maka berilah dalil dan bukti ariji .
kebenaran Tuhan mu wahai ariji!
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Ali-Imran:31
ayat ini telah jelas menunjukkan kaedah mentaati Rasulullah s.a.w itu ada dalam Kitabullah samada dalam Teks Original nya mahupun terjemahan nya . Jadi apa alasan yang boleh menolak hadith ???
adakah apabila terjumpa ayat Ahzab:21 adakah ia tidak bermakna?
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) Al-Ahzab:21
Lagi…
“SebagaimanaKami telah mengutus kepadamu Rasul diantara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al-Hikmah, serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.” [Al Baqarah:151]
Al-Quran 'dan' Al-Hikmah
“Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata” Al Jumu’ah:2
Apakah maksud hikmah ariji?
Adakah tidak cukup perkataan Qura'n itu sendiri bagi menggambarkan betapa sempurnanya Kitab Allah?
Inilah kebijaksaan Allah, yg mengatur Kitab-Nya dengan begitu Indah!!
Jelas disebut perkataan 'DAN' pada kedua ayat tersbut
Mengapa ? kerana ia melibatkan 2 perkara.
kerana apabila dikatakan Al-Quran itu berhikmah nescaya dalam teks arab nya ditulis dan dibaca sebagai HAKIM bukan hikmah.. malah jika ayat hikmah digunakan nescaya ia direkod sebagai Kitab dan Hikmah…. Quran pula dikait dengan Hakim…
seperti dalam surah Baqarah, Yasin, Az-Zukhruf,Yunus,luqman...
Sila ariji lihat teks Arabnya .. Pasti tertera perkataan HAKIM.. namun bila diterjemah ke Melayu nescaya ia menjadi hikmah….. betapa jauhnya dan lemahnya Bahasa yang digunakan manusia berbanding bahasa yang telah menjadi pilihan yang Maha Pencipta yg mencipta manusia serta bahasa mereka!
tiada sekalipun ayat Kitab dibaca bersama ayat hikmah kecuali ada nya perkataan 'DAN'. ini menunjukkan ia 2 perkara.
Jika sesiapa yang menganggap Al-Kitab dan Al-hikmah itu satu perkara sahaja, mereka perlu bertanya mengapa ada perkataan ‘dan’ direkodkan disitu?
ketika Allah menyebut Ar-Rahmanir rahim yang bermaksud kedua2 ArRahman dan ArRahim itu adalah Allah tetapi Allah tidak menggunakan perkataan ‘dan’.. inilah bermaksud dua perkara tetapi dimilik Satu perkara. Manakala perkataan ‘dan’ menunjukkan adanya 2 perkara. Hebatnya Tatabahasa Arab. Mana mungkin Bahasa Melayu boleh menggantikannya.. malah Al-Hakim mempunyai Hikmah! Kerana itulah Allah s.w.t memilih perkataan HAKIM apabila dikaitkan dengan perkataan Quran… Asma Ul-Husna yang juga meliputi Al-Hakim tetapi tidak Al-Hikmah!
kerana Al-Hakim mempunyai Hikmah!
Allah s.w.t memilih Bahasa Arab yang mempunyai nilai kekayaan yang tinggi berbanding bahasa lain. Setiap perkataan, malah setiap huruf ! boleh memberi pelbagai maksud dan intrepetasi, agungnya Bahasa Arab Al-Qura’nul Hakim. Umum mengetahui Qura’n meliputi keajaiban , hikmah dan sebagainya dan apabila Allah s.w.t meletakkan sesuatu huruf dan perkataan dalam setiap ayat ia adalah kebijaksanaan Allah s.w.t dan setiap perkataan yang berlainan tetapi mempunyai maksud yang sama sebenarnya mempunyai kefahaman yang berlainan yang Allah s.w.t meletakkan nya agar manusia memahami!!
Cnthnya kdg2 kita akan jumpa perkataan Insan , Nas ,insia ,ins , basyar ….. jika diterjemah ke bahasa melayu ia akan menjadi ‘Manusia’ atau ‘orang’. Adakah ini yang Allah benar2 maksudkan dengan semua yg tersebut? mengapa Allah s.w.t menggunakan perkataan yang berbeza ?? maka itulah sebabnya sesiapa yang hanya mengharap pada terjemahan maka mereka rugi dan tertinggal serta HANYA TAHAP ITULAH KEFAHAMAN yg mereka dapat. Malah mereka TIDAK DIKIRA SEBAGAI MEMBACA QURAN PUN!! Rugi……
Memang dungu dan bodoh bagi sesiapa yang mengatakan Al-Quran itu tidak berhikmah.. tiada siapa yg berani menganggap hal seperti itu.
Malah perkataan Hakim adalah meliputi perkataan Hikmah! Kerana itulah setiap kali Quran disambungkan dengan perkataan Hakim tidak terdapat perkataan ‘wau’ (dan).. Asma Ul-Husna yang juga meliputi Al-Hakim tetapi tidak Al-Hikmah!
Jelas menunjukkan Al-Hakim merangkumi Al-Hikmah…
Al-Quran itu adalah al-hakim yang mengandungi hikmah, dan selepas Al-Quran itu ada Sunnah Nabi s.a.w, Juga direkodkan Rasulullah juga sebagai Hakim, justeru Hakim mempunyai Hikmah.Sunnah Nabi adalah hikmah! Ini kecantikan Al-Quran yang diturunkan dalam Bahasa Arab Fasih.
"Maka demi Tuhanmu! Mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan KAMU HAKIM dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka merasa tidak keberatan dalam hati mereka terhadap yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sempurna".
An-Nisa, 4:65.
Oleh kerana Allah s.w.t menurunkan Nabi s.a.w sebagai hakim , sudah tentu perkataan Rasulullah s.a.w itu berhikmah!
jika ariji tidak setuju. sila nyatakan apa sebabnya ariji tidak setuju ?
Namun keseluruhan Muslimin mengerti bahwa Al-Quran itu lebih mulia dari Hadith Nabi s.a.w. Ini pemahaman yang asas. Tiada perkara melampaui kehebatan Qura'n.
Namun perbuatan ariji yang membelakangkan Rasulullah s.a.w serta orang2 yg sefahaman dgn ariji telah ditegur Oleh Kitab Allah lebih 1400 tahun dahulu..
"Dan tidak patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula patut) bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan sesuatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka".
Al-Ahzab, 33:36.
malah jika timbul masalah
…………….”Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya”. An-Nisa:59
Ariji mendakwa lebih kurang beginilah “ Bukankah Al-Quran keluar dari mulut Rasul.. taatkan Quran adalah taatkan Rasul, bukannya taat pada hadith Rasul” Jika begitu adakah apabila Ibu Bapa atau pemimpin kita memerintahkan sesuatu yang baik utk kita maka kita TIDAK WAJIB taat, sebaliknya kita hanya perlu taatkan jika mereka menggunakan ayat Quran sahaja maka barulah kita taat…. Begitu fahamannya ?
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya An-Nisa:59
adakah ketika ulil amri berkata pada kita "Jangan buang sampah merata-rata!"
adakah kita boleh menjawab … "tiada larangan seperti itu dalam kitab Allah, jadi kami nak ingkar!"
.. Malahan jika mengikut cara ariji mengatakan itulah cara kita taatkan Rasul bermakna kita juga sebenarnya sedang mentaati Jibril a.s. ???
Bukankah Jibril a.s yang menjadi Ruh Al’Amin yang menyampaikan wahyu pada Nabi s.a.w!
jadi adakah kita sedang mentaati 3??? Allah s.w.t, Jibril a.s dan Muhammad s.a.w ? adakah begitu maksud ariji ???......
Al-Quran tidak nyatakan sedemikian pun…. Jadi Jelas ayat Taatkan Rasul itu bermakna mengikut arahan Rasul! Fakod…
Adakah ariji kenal Sahabat Nabi s.a.w ???adakah mereka dianggap sebagai jaguh kampung pada Ariji ?
mereka lah golongan yang dipilih Allah Azzawajall untk menyampaikan Kitab Allah pada warisan seterusnya.. Malah Allah s.w.t sendiri menjamin mereka ,bahwa mereka adalah golongan yang diredhai! malah telah dinyatakan peranan mereka dan Allah meredhai mereka dalam Qura'nul karim!
adakah sama golongan hari ini dengan mereka ?
adakah ketika mereka meriwayatkan ayat2 Quran, dari lembaran kertas, kulit kambing, kulit pokok,ayat yg berada dalam ingatan mereka serta lain2 mereka ikhlas tetapi apabila meriwayat hadith mereka jadi penipu ?
fahaman apa yang menuduh sahabat Nabi s.a.w sebegini ???
Mereka golongan yang mendapat keredhaan Allah Azzawajall ketika mereka masih hidup!
Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya; Al fath:48
Adakah selepas ini Allah melaknat mereka ? TIDAK !
Mereka para sahabat adalah golongan yang diredhai ALLAH!
Sesiapa yang mencintai dan mengikut golongan yang diredhai maka itulah orang yang benar!
Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu".Al-Hasyr:10
Allah s.w.t sendiri berfirman mereka adalah orang yang beriman! Malah ketika membaca al-fatihah kita telah berdu’a agar Allah s.w.t merahmati kita dijalan orang yang Allah redhai!
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. Al-Fatihah:7
Sahabat adalah golongan yang mendapat Rahmat! Allah s.w.t mewajibkan kita agar berada dijalan orang yang diredha….
adakah Abu Bakr, Umar, Uthman ,Ali, Ibnu Abbas,Ibnu Mas'ud, ibnu Umar dan kesemuanya sahabat2 utama Nabi s.a.w adalah golongan yang tersalah dan bodoh kerana mereka menggunakan hadith ??? inilah yang didakwa anti hadith.. kononnya mereka yang cerdik Quran...
sehingga ada ketika seorang wanita datang bertanya pada Ibnu Abbas "mengapa kau mengharamkan mencukur kening ? aku membaca hingga kedua luit buku Quran dan tidak menjumpai hal itu didalam Quran pun!" kata wanita itu....
lalu Ibnu Abbas menjawab
"Balik dan baca lagi!"
kemudian datang semula wanita itu mengatakan hal yang sama.
lalu ibnu Abbas mengatakan
tidak kah kau membaca ayat
"taatkan Allah dan Taatkan Rasul!"
wanita itu menjawab
"ya, aku ada jumpa dengan ayat itu"
lalu Ibnu Abbas membaca Hadith Nabi s.a.w perihal haramnya mencukur kening...
adakah orang2 Arab ini bodoh dengan bahasa Quran wahai ariji ?
mengapa mereka tidak mendakwa seperti anti hadith sekarang ini ?
adakah ini juga ariji nak menganggap kisah dongeng dan fakta pupus ?
semoga Allah Maha Penyanyang mengasihani para anti hadith dan mengembalikan kewarasan dalam minda mereka dan memberi hidayah pada mereka.
Pembukuan Al-Qura’nul karim adalah dizaman para Sahabat! Mereka mempunyai silsilah dan riwayat yang tidak putus! inilah dalam bahasa inggerisnya dipanggil 'unbroken narration’..
riwayat yang tidak putus!
kesimpulannya ariji perlu membuktikan bahawa Al-Quran telah menafikan Hukum Rasulullah s.a.w. dan jika Ariji tidak mampu, maka ariji telah menafikan Al-Quran.
Innalillah..
(2 Antara hujah puak Syiah adalah, dalam al-Quran ada perkataan 'Syiah', tetapi dalam al-Quran tiada kalimah 'Sunnah Waljamaah'. Apa hujah kamu untuk menjawab hujah puak Syiah ini?)
*dalam Quran ada juga perkataan Setan,nasrani, yahudi, dll adakah ini membuatkan mereka benar dan Ahli Sunnah Wal Jamaah sesat ?
Apa kah perlu ditanya soalan remeh ini ?
Terangkan dan tunjukkan ayat mana dalam Qura'nul Hakim yang mengatakan kita perlu menamai golongan Muslimin dengan perkataan 'Syiah' ?
jadi adakah ini dikatakan dalil syiah itu benar? ini xmasuk akal walau sedikit.
malah Ulama syiah laknatullah sendiri mengatakan dalam kitab karangan mereka bahwa Al-Quran itu tidak lengkap!
Mereka golongan Kuffar!
tidak perlu bercerita perihal mereka. terlampau jelas mereka itu terpesong!
jika ada yang mengatakan syiah itu diterima islam, mereka adalah golongan yang tidak dapat menerima kebenaran..
Syiah musuh Islam!
(3 Tunjukkan saya kalimah Shahadah dalam al-Quran yang menggabungkan kalimah 'Allah' dengan kalimah 'Muhammad' sebagaimana yang terdapat dalam ajaran Sunni.)
Ariji, Ucap Kalimah syahadah itu wajib. Sesiapa yang mengucap di lisan nya sambil hatinya yakin ia adalah ajaran yang benar maka ia telah islam. Rasulillah s.a.w telah MEMUDAHKAN umatnya utk men’declare’kan diri mereka penganut islam dengan 2 kalimah syahadah yang ringkas. Mungkin ariji kurang perhatikan ayat Quran juga telah mewajibkan pembaca nya menyebut ..
Nabi Muhammad ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar. Al-fath:29
Allah huakbar ! apakah ariji masih mahu menafikan 2 kalimah syahadah?
walhal ini jelas dari Baginda s.a.w. memang terkilan jika ada orang muslim bertanya hal sebegini dalam keadaan dia mengherdik..
Para Nabi dan Rasul-rasul terdahulu tidak mengikuti Nabi Muhammad sudah tentu mereka ahli syurga.
Malah Qura’nul Karim menyatakan ada orang yahudi,kristian, malah sa’biin juga boleh masuk syurga. Inilah antara golongan yang tidak sempat belajar sepenuhnya tentang islam namun mereka percaya Allah itu satu, dan mereka berpegang dengan ajaran asal dengan kitab mereka yang dalam agama mereka tidak ditokok tambah paderi mereka. Oleh itu antara bezanya Muslim dan mereka adalah orang Muslimin mempercayai Allah adalah satu dan mengikut jalan Nabi s.a.w. bukan nya jadi seperti orang yang percaya Tuhan itu satu tapi hidup sesuka hati mereka sahaja. mereka akan solat 5 waktu, pergi ke masjid, menunaikan zakat, serta segala yang diperintah Nabi s.a.w perlulah dilakukan dengan istiqomah...
Jika mereka dgn sombong berkata
"Syahadah hanya ada satu sahaja!"
nescaya merekalah golongan yang mendakwa Sunnah Wal Jamaah sesat dan mereka itu betul... mereka katakan perintah Rasul itu tidak diwajibkan Allah s.w.t.
maka celakalah mereka. celakalah mereka didunia dan akhirat. mereka TIDAK AKAN BERJAYA..
Sedangkan Islam itu adalah berserah pada Allah s.w.t dan mengikut segala perintahnya.
Allah berfirman,
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan… Al-Baqarah:208
Justeru Dua kalimah syahadah ada dalam Al-Qura’nul Hakim.
Demi Allah s.w.t umur aku masih jauh untuk sampai walau ke 23 tahun! Aku yakin kau lebih tua dari ku. Aku hanya seorang pelajar baru. Aku bertaubat pada Allah Azzawajall kerana sikap ku yang sebelum ini banyak mengeluakan kata-kata kasar dan mungkin menyinggung perasaan orang lain. Aku berdarah muda, mudah naik marah, semoga Allah s.w.t merahmat ku dengan sifat sabar dan berserah.
Aku tidak rapat dengan mana2 Ustaz atau syeikh2. Dan pandangan dalam blog kau ini adalah dari aku dan beberapa rujukan dibuat di kitab2 milikku serta beberapa website Islam yang baik. Seperti al-ahkam.net, al-kautsar.net , islamonline.net, serta beberapa lagi…
Berdebat bukanlah penyelesaian yang baik. Malah Orang Muslimin sepatutnya cuba sedaya upaya meninggalkan debat kerana ia mampu menjadi racun kebencian, keangkuhan, membuka aib bagi mereka yang jahil tetapi lantang bersuara ketika berdebat, dan yang paling menakutkan adalah rasa ujub, rasa menunjuk-nunjuk pada orang. Ini adalah syirik! Walaupun kononnya ingin ‘mengajar’ orang tetapi perdebatan boleh menjatuhkan seseorang kekancah syirik! Semoga Allah s.w.t merahmati aku dan kau agar menjadi insan muslim yang ikhlas dalam memahami deen kita dan tidak timbul perasaan inginkan perhatian orang ramai.
Secara jujur aku katakan pada kau, usahla dengan mudah memulakan perdebatan walaupun kau mampu organize event debat di tempat kau. Kau masih tidak menjawab walau satu hujah ku dari dulu tapi kau menjemputku untuk berdebat??!!
agak kelakar sebenarnya, apa pula yang boleh kau debatkan nanti? malah sepatutnya kau mendalami Bahasa Arab dahulu...
benarlah kata Umar al-khattab "belajarlah Nahu dan Shorof! kerana ia adalah sebahagian dari agama kamu!"..
malah ubay bin kaab menasihati sahabatnya agar
"ajarlah anak kau bahasa Arab seperti mana kau mengajar anak kau Quran!"
walhal kedua -dua mereka adalah Sahabat Nabi s.a.w! dan mereka berbangsa Arab!
namun hari ini kita mendengar orang2 melayu berbalah perihal ayat Quran tetapi menggunakan bahasa terjemah!!! Innalillah!
apakah mereka sangka mereka membaca Quran dengan membelek terjemahan itu ? Semoga Allah s.w.t menjauhkan kita dari hal ini!
Jadi apa yang bakal aku dapat manfaatkan jika kau sering berdolak-dalih dan tidak menjawab segala sanggahan ku dalam blog kau ini. Adakah dengan berdebat secara live membuatkan kau berilham dan beridea tetapi nak menulis kau tidak boleh pula ?
Dengan cara ini lebih aman dan lebih memudahkan!
Namun janji tetap janji…. Jika kau menjawab hujah dan sanggahan ku dalam blog kau ini maka aku akan menerima jemputan kau itu! Itu sahaja syaratnya.. malah itu adalah lebih adil kerana aku telah menghujah dan menyanggah , tetapi berlawanan pula dipihak kau. Jika ada kawan kau yang berfahaman seperti kau, bolehlah minta mereka tolong kau kiranya kau xmampu menjawab. Aku tidak kisah siapa yang jawab asalkan kau berikan dalil dan hujah dari pihak kau atas sanggahan yang ku beri.
Sekalipun kau sudah sediakan hujah setinggi gunung istiqomah adalah perkara yang perlu kau renung! Jauhkanlah menjadi orang yang menurut hawa, nafsu dan terlalu mengikut-ikut dengan mudah dan semberono. Jadilah insan yang Ikhlas! Berdoalah pada Allah Azzawajall untuk membimbing kau ke jalan yang benar, seperti aku juga berdoa agar Allah Al-Mujib merahmat ku untuk berada di pihak yang benar demi akhirat yang kekal nanti. Semoga kita dihidayah kebenaran dan mati sebagai hamba yang Islam. Amin.
Assalamualaikum.
-MuhdAbdillah-
*pembetulan*
ayat Quran untuk surah yusuf:2 tidak berada dalam posisi yg betul.. sebab itu aku tidak meletakkan teks arab pada ayat lain.. susah nak buat. aku xberapa pandai nak guna. Maaf ya.
ini aku betulkan surah itu...
إِنَّاأَنزَلْنَاهُقُرْآنًاعَرَبِيًّالَّعَلَّكُمْتَعْقِلُونَ
"Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu memahaminya". Yusuf:2
-MuhdAbdillah-
LAKUM DEENUKUM WALIYADEEN!
Nmpk sangat sdr/i Anonymous cuba untuk sesuaikan ayat2 quran mengikut AHADITH, kan? Jgnlah interpolate wahyu Allah tu sdr/i, lebih2 lagi bab bahasa Arab tu! Sdr/i faham makna "interpolate" tak?
(Nmpk sangat sdr/i Anonymous cuba untuk sesuaikan ayat2 quran mengikut AHADITH, kan? Jgnlah interpolate wahyu Allah tu sdr/i, lebih2 lagi bab bahasa Arab tu! Sdr/i faham makna "interpolate" tak?)
En.anonymous.....
Aku dah letak MuhdAbdilah itu sebagai namaku..
Hadith tidak akan melawan Quran..
Dan aku bertanya apakah wahyu Allah yang aku 'interpolate' itu ???
Apakah hadith yang aku gunakan ???
aku tidak letak WALAUPUN SATU HADITH PUN disini...
kalau mahu menuduh silalah TERANGKAN!
Adakah kau geng ariji ?? MAKA JAWABLAH HUJAH KU ITU...
Apa guna hanya tahu menuduh itu ini dengan huduh ?
Aku nk baca juga!
Silakan jawab wahai PARA ANTI HADITH SEKALIAN...
-MuhdAbdillah-
Post a Comment