Monday, 13 December 2010

Fatim

Cuti semester tinggal hanya dalam tiga minggu sahaja lagi.  Lazimnya, apabila ada cuti panjang, saya akan luangkan masa untuk mencipta lagu. Lagu terbaru saya bertajuk 'Fatim', sememangnya ditujukan untuk Fatim. Dia menunjukkan respon yang baik setelah mengetahui saya sedang menggubah lagu untuknya.

Malu. Perasaan ini yang saya rasa apabila mengaku menggubah lagu untuk seseorang secara terbuka. Apatahlagi dia bukan girlfriend saya. Nasib baik dia masih single. Kalau tak, apa nak menjawab dengan boyfriendnya nanti?

Melihat gambar Jue memakai pakaian 'kerabat diraja' di Facebook, rupa-rupanya dia baru saja menjayakan majlis pertunangannya. Terima pula undangan majlis kesyukuran perkahwinan Dalilah, rakan sekolah rendah saya.

Rancangan aktiviti saya untuk study akademik di masa cuti ini entah ke mana. Mungkin sempat lagi untuk diisi dalam tiga minggu ini.

Okey, berbalik kepada tentang Fatim.

Lagu: Fatim
Penyanyi: Ariji
Pencipta: Ariji
Penulis Lirik: Ariji


Pada pagi itu aku merancang untuk berjumpa dengan dirimu
Lalu aku pun terus bersiap


Tapi aku tidak memberitahumu  untuk berjumpa dengan kamu
Adakah kamu masih di sana?


Bila aku melihat kamu
dengan lelaki lain
Oh hancurlah rancangan aku
untuk berjumpa dengan kamu


Rasa bagai jantung terhenyot semacam 
Rasa kecewa dalam diri
kerna tak dapat 
jumpa dgn mu


Aku cuma mahu berjumpa denganmu 
mungkin buat kali terakhir
sebelum kita 
berpisah lama


Fatim jika kau suka siapa 
aku akan sokongmu 
asalkan dia orang baik


Fatim jika kau cinta siapa 
aku akan sokongmu 
asalkan dia pilihanmu


Fatim hadirku di sini
bukan sebagai racun
tapi sebagai sahabatmu akan ku pergi jua
Aku tinggalkan hadiah
Lagu ini 
aku gubah hanya untuk kamu


Fatim 
dalam dunia ini 
banyaknya onak dan duri
tabahkan hatimu menghadapi ujian


Pada pagi itu aku merancang untuk berjumpa dengan dirimu
Lalu aku pun terus bersiap


Tapi aku tidak memberitahumu  untuk berjumpa dengan kamu
Adakah kamu masih di sana?



Sekian dulu coretan.

Wallahualam.

1 comment:

Anonymous said...

sekadar pendapat..
-sesetengah gurl x ske lelaki yang trlalu mendesak n merimaskan.
-purpose dye scr personal dhulu..jika ade reaction yg baik bru lah boleh dilakukan secra trbuka utk mngelakkan dia merasa malu oleh org sekelilinynya spt kwn2 dgn tindak tanduk kita.
-setia pd sorg.. jika dialah gurl yg anda minat..jgn sekali2 cuba mncr gurl yg lain ketika anda sendang mmikatnya..
-jgn mnunjukkan anda ini seorg yg trdesak utk managih cinta.. ia akan mnampakkan kepoyoaan anda
-gurl x suke lelaki yg poyo..cth: 24jam mengorat..n menghebohkan dirinya masih single
-be cool and romantis
-ikhlas pd diri n tuhan.
-cuba membuat dirinya terharu dan memahami anda.disamping itu anda haruslah memahaminya terlebih dahulu..
:)