Wednesday, 4 March 2015

Yatihu

Yatihu bermaksud "meminga";

Dia berkata;"Maka sesungguhnya ia diharamkan atas mereka empat-puluh tahun mereka akan yatihu di Bumi (5/26).

Wallahualam.

Tin


Tin bermaksud "tin";

Dan tin dan zaitun (95:1).

Wallahualam.

Tarat

Tarat bermaksud "waktu";

Atau aman kamu bahawa Dia kembalikan kamu padanya tarat akhiran (17/69).

Dan darinya Kami keluarkan kamu tarat akhiran (20/55).

Wallahualam.

Tawb

Tawb bermaksud "taubat";

Dan pemasuk tawb (40/3).

Wallahualam.

Tamam

Tamam bermaksud "komplit";

Kemudian Kami berikan Musa kitab tamam atas orang-yang ehsan (6/154).

Wallahualam.

Tilawat

Tilawat bermaksud "ucapan";

Orang yang Kami berikan mereka kitab mereka ucapkannya haq tilawatnya itulah orang-yang-mengimani dengannya (2/121).

Wallahualam.

Tuesday, 3 March 2015

Talla

Talla bermaksud "tunduk";

Dan dia tallanya kepada dahi (37/103).

Wallahualam.

Atqana

Atqana bermaksud "kraf";

Kilang Allah, Yang atqana tiap sesuatu (27/88).

Wallahualam.

Tafath

Tafath bermaksud "keadaan kurang kemas";

Kemudian patutlah mereka mengpertanggungjawabkan tafath mereka (22/29).

Wallahualam.

Monday, 2 March 2015

Tas

Tas bermaksud "sungkuran";

Dan orang-yang-mengufur maka tas bagi mereka dan Dia sesatkan amalan-amalan mereka (47:8).

Wallahualam.

Tisat

Tisat bermaksud "sembilan";

Dan telah-jadi di Madinah tisat raht mereka merosak di bumi dan tidak menyoleh (27:48).

Atasnya tisat belas (74:30).

Wallahualam.

Tarik

Tarik bermaksud "peninggal";

Maka supaya kamu tarik sebahagian apa diwahyukan kepada kamu (11/12).

Mereka berkata; "Wahai hud, apa kamu bawakan-kepada kami dengan penerangan dan apa kami dengan tarik tuhanah-tuhanah kami dari perkataan kamu dan tidak kami bagi kamu dengan mu'min (11:53).

Dan mereka mengatakan; "Adakah kami pasti tarik tuhanah-tuhanah kami bagi syair pegila (37/36).

Wallahualam.

Taraqi


Taraqi bermaksud "klavikel";

Apabila ia sampai-ke taraqi (75/26).

Wallahualam.

Mutrafin

Mutrafin bermaksud "yang dimewah-pejolikan";

Kami arahkan mutrafinnya maka mereka fasiq padanya (17/16).

 Sehingga apabila Kami ambil mutrafin mereka dengan azab apabila mereka merengek-minta-pertolongan (23:64).

Dan tidak Kami utuskan pada pekan dari penazir kecuali dia berkata mutrafinnya; "Sesungguhnya kami dengan apa kamu utuskan dengannya pekafir (34:34), sesungguhnya kami ambil nenek-moyang kami atas umat dan sesungguhnya kami atas jejak-kaki mereka pejejak (43/23).

Sesungguhnya kamu jadi sebelum itu mutrafin (56:45).

Wallahualam.

Wednesday, 25 February 2015

Turab

Turab bermaksud "debu";

Sesungguhnya misal Isa di-sisi Allah seperti misal Adam Dia menciptanya dari turab (3/59).

Adakah kamu kufur dengan Yang ciptakan kamu dari turab (18/37).

Maka sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari turab (22/5).

Sesungguhnya Dia ciptakan kamu dari turab (30/20).

Dan Allah ciptakan kamu dari turab  (35/11) .

Dia yang ciptakan kamu dari turab (40/67).

Wallahualam.

Tuesday, 24 February 2015

Taht

Taht bermaksud "bawah";

"Adalah-jangan kamu bersedih pasti letak Rabb kamu taht aliran" (19/24).

BagiNya apa di langit dan apa di bumi dan apa antara-keduanya dan apa taht tanah (20/6).

Isteri Nuh dan isteri Lut mereka jadi taht dua-hamba dari hamba-hamba Kami dua-pesoleh (66/10).

Wallahualam.

Monday, 16 February 2015

Tijarat

Tijarat bermaksud "dagangan";

Itulah mereka yang membeli kesesatan dengan hidayah maka tidak untung tijarat mereka dan tidak jadi-mereka pehidayah (2:16).

Kecuali bahawa menjadi tijarat penghadir kamu bawanya antara kamu (2/282).

Kecuali bahawa menjadi tijarat dari persefahaman dari kamu (4/29).

Dan tijarat yang kamu berasa-takut kemerosotannya (9/24).

Rijal tidak melalaikan mereka tijarat dan tidak jualbeli dari peringatan Allah (24/37).

Mereka mengharapkan tijarat tidak memusnah (35/29).

Wahai orang yang beriman adakah aku tunjukkan kamu atas tijarat yang menyelamatkan kamu dari azab yang-pedih (61/10).

Dan apabila mereka lihat tijarat atau perkara-lalai mereka mengejar kepadanya dan tinggalkan kamu mendiri. Katakanlah; "Apa di-sisi Allah lebih-baik dari perkara-lalai dan dari tijarat"  (62/11).

Wallahualam.


Sunday, 18 January 2015

Sembahyang Jumaat Bhg. II

Di sini saya akan terangkan kenapa saya pergi sembahyang Jumaat yang dianjurkan oleh jabatan agama dan sebaliknya.

1) Kualiti

Khutbah adalah salah satu penanda aras kualiti jabatan agama di negara ini. Ia mewakili pemikiran JAKIM. Ini bagi khatib yang menjadi "pembaca berita".

Bagi khatib yang membaca nota sendiri, mungkin dipengaruhi oleh pendapat peribadinya.

2) Bermasyarakat

Salah satu cara untuk saya bermasyarakat. Lagipun, air dan elektriknya percuma.

3) al-Quran

Sesi sembahyang memberi saya peluang untuk membaca atau mendengar bacaan al-Quran.

Berikut pula faktor yang membuatkan saya tidak pergi sembahyang Jumaat yang dianjurkan oleh jabatan agama;

1) Golongan target

Hujah sembahyang Jumaat oleh jabatan agama tidak cukup kuat. Pertamanya 62/9 tujukan kepada "mu'min".

Wahai mu'min (62/9).

Tetapi jabatan agama mewajibkan kepada "muslim". "Mu'min" dan "muslim" adalah dua perkara yang berbeza.

2) Solat

Hujah "Solat" oleh jabatan agama adalah tidak cukup kuat. Sebagai contoh, hujah ciri orang yang Solat secara konstan oleh jabatan agama lebih kepada tidak melakukan "pergerakan luar selama lebih tiga kali berturut-turut", berbanding ciri takut dari azab Rabb;

Orang yang mereka atas Solat mereka konstan (70:23), dari azab Rabb mereka, mereka penakut-penakut (70/27).

3) Objektif

62/9 menerangkan objektif "Solat Jumaat" adalah "mengingati Allah", tapi jabatan agama hari ini menekankan kepada perkara lain seperti sistem Qariah.

Wahai orang yang beriman apabila kamu dipanggil bagi Solat dari hari Jumaat maka berusahalah kepada mengingati Allah (62/9).

4) Qariah

Sistem Qariah iaitu melarang aktiviti sembahyang Jumaat di kawasan tertentu kerana faktor jarak adalah kurang relevan.

5) Angguk-angguk

Para hadirin bersifat "angguk-angguk" terhadap bacaan khutbah. Sejauh mana hadirin diberi ruang untuk menegur bacaan khutbah?

6) Waktu

62/9 tidak spesifikkan "Solat Jumaat" pada waktu awal zohor.

Wallahualam.

Monday, 12 January 2015

Jika Kamu Tak Suka



Jika Kamu Tak Suka
Pencipta: Ariji

Ku terfikir untuk melamarmu
Adakah kamu akan terima diriku seadanya

Yang memang kurang sempurna

Ku terfikir untuk merisikmu
Adakah kamu sudah ada lelaki lain

Yang menambat hatimu pilihanmu

Jika kamu tak suka
Tinggallah aku dengan hatiku

Yang sakit kecewa
Kerna aku menyayangimu

Monday, 29 December 2014

Sungai

Sungai adalah "parit besar semulajadi". Antara fungsinya adalah mencegah banjir.

Antara punca pembentukan sungai adalah bukit-bukau. Air yang turun dengan laju dari atas mengukir laluan sungai. Apabila hujan turun, sebahagiannya masuk ke perut Bumi dan sebahagian lagi mengalir ke sungai.

Aliran sungai ini adalah "penempatan banjir" seterusnya mencegah kawasan lain menjadi banjir.

Penurunan air dari bukit adalah kritikal kerana aliran yang deras. Aktiviti pembalakan di bukit boleh membentuk "sungai baru" yang mana menuju mengikut momentum aliran air. "Sungai baru" ini pula boleh membentuk "tasik baru".

Keupayaan sungai boleh dilihat dari beberapa segi seperti kelebaran, kedalaman dan kepanjangan.

Kemungkinan boleh berlaku dimana kedalaman sungai telah menurun akibat bahan tertentu menimbun ke dalam sungai, seterusnya mengurangkan keupayaan sungai itu mencegah banjir.

Keupayaan sungai juga boleh ditingkatkan dengan memperbaiki tiga ciri ini, dan juga dengan membuat sungai buatan seperti tali air.

Berikutan kes banjir besar di Kelantan beberapa hari lepas, maka saya pertimbangkan berlaku lagi banjir besar sebelum tahun 2016 di Kelantan bergantung kepada beberapa pembolehubah seperti kerajaan, kapitalis dan iklim.

Jika berlaku pola taburan hujan yang tinggi di Pantai Timur pada tahun depan, ia tidak mengejutkan saya. Anda perlu lihat bahawa iklim pada hari ini adalah ber"mazhab" berbeza dengan abad yang lalu.

Wallahualam.