Di sini saya akan terangkan kenapa saya pergi sembahyang Jumaat yang dianjurkan oleh jabatan agama dan sebaliknya.
1) Kualiti
Khutbah adalah salah satu penanda aras kualiti jabatan agama di negara ini. Ia mewakili pemikiran JAKIM. Ini bagi khatib yang menjadi "pembaca berita".
Bagi khatib yang membaca nota sendiri, mungkin dipengaruhi oleh pendapat peribadinya.
2) Bermasyarakat
Salah satu cara untuk saya bermasyarakat. Lagipun, air dan elektriknya percuma.
3) al-Quran
Sesi sembahyang memberi saya peluang untuk membaca atau mendengar bacaan al-Quran.
Berikut pula faktor yang membuatkan saya tidak pergi sembahyang Jumaat yang dianjurkan oleh jabatan agama;
1) Golongan target
Hujah sembahyang Jumaat oleh jabatan agama tidak cukup kuat. Pertamanya 62/9 tujukan kepada "mu'min".
Wahai mu'min (62/9).
Tetapi jabatan agama mewajibkan kepada "muslim". "Mu'min" dan "muslim" adalah dua perkara yang berbeza.
2) Solat
Hujah "Solat" oleh jabatan agama adalah tidak cukup kuat. Sebagai contoh, hujah ciri orang yang Solat secara konstan oleh jabatan agama lebih kepada tidak melakukan "pergerakan luar selama lebih tiga kali berturut-turut", berbanding ciri takut dari azab Rabb;
Orang yang mereka atas Solat mereka konstan (70:23), dari azab Rabb mereka, mereka penakut-penakut (70/27).
3) Objektif
62/9 menerangkan objektif "Solat Jumaat" adalah "mengingati Allah", tapi jabatan agama hari ini menekankan kepada perkara lain seperti sistem Qariah.
Wahai orang yang beriman apabila kamu dipanggil bagi Solat dari hari Jumaat maka berusahalah kepada mengingati Allah (62/9).
4) Qariah
Sistem Qariah iaitu melarang aktiviti sembahyang Jumaat di kawasan tertentu kerana faktor jarak adalah kurang relevan.
5) Angguk-angguk
Para hadirin bersifat "angguk-angguk" terhadap bacaan khutbah. Sejauh mana hadirin diberi ruang untuk menegur bacaan khutbah?
6) Waktu
62/9 tidak spesifikkan "Solat Jumaat" pada waktu awal zohor.
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment