Saturday, 20 December 2014

Taba

Taba bermaksud "pengikut";

Sesungguhnya jadi-kami bagi kamu taba maka adakah kamu pembebas bagi kami dari azab Allah dari sesuatu (14/21), nasib dari neraka (40/47).

Wallahualam

Thursday, 18 December 2014

Aritmetik

Aritmetik adalah topik yang paling penting dalam matematik. Apabila anda memasuki darjah satu, anda belajar matematik bermula dengan topik aritmetik.

فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ فِي الْحَجِّ وَسَبْعَةٍ إِذَا رَجَعْتُمْ تِلْكَ عَشَرَةٌ كَامِلَةٌ

Maka siyam tiga hari di Haji dan tujuh apabila kamu kembali itu sepuluh kesemuanya (2/196).

Perakaunan; elemen yang kritikal dalam bisnes, pengiraannya majoriti bersifat aritmetikal. Namun yang membuat manusia boring dengan perakaunan bukan kerana pengiraan yang susah, tetapi dari segi teknikal bidang itu.

Kod 19; Falsafah pengiraan perkataan al-Quran yang berasaskan aritmetik ini akhirnya membawa kepada pembunuhan Rashad Khalifa oleh ekstremis.

Kewangan; Individu atau negara masih mengalami masalah kewangan walaupun mahir aritmetik. Ini kerana kewangan melibatkan jua masalah lain seperti ekonomi, emas, wang fiat, cukai dan sebagainya.

Berita baik tentang aritmetik adalah, secara amnya ia lebih mudah berbanding topik-topik matematik yang lain.

Wallahualam.

Friday, 5 December 2014

Cita-Cita

Cita-cita pertama saya adalah menjadi cikgu. Ketika itu saya berada di darjah empat, cikgu menyoal cita-cita saya.

Tahun berikutnya, saya membaca sebuah buku biru bertajuk "Rahsia Usahawan Berjaya", maka lahir cita-cita kedua saya, iaitu menjadi usahawan.

Apabila saya berumur dalam 16 tahun, saya mendapat banyak inspirasi dalam penggubahan lagu. Gejala ini kurang menyenangkan saya, kerana inspirasi perlu diekpresikan, Ini membawa saya kepada pembelajaran muzik.

"Jika awak betul-batul mahu belajar muzik, datang esok ke temuduga", kata seorang lelaki di telefon bimbit. Saya telah mendapat first choice dalam borang UPU yang telah saya isi. Ketika itu saya berada di Tangkak. Kemudian petang itu saya ke stesen bas mahu ke Kuala Lumpur. Tiket habis. Kemudian saya menemui drebar bas menyatakan saya perlu ke Kuala Lumpur. Kebetulan ada seorang penumpang yang tidak hadir, maka bolehlah saya duduk di kerusi yang empuk.

Dari Kuala Lumpur saya ke Shah Alam. Malam itu saya tidur di bilik rakan saya yang sedang belajar di INTEC. INTEC dan fakulti muzik berkongsi kampus yang sama pada sesi kemasukan kali itu.

"Tiada temuduga kursus komposisi muzik di sini. Yang ada adalah pendidikan muzik". Rupanya temuduga di Puncak Perdana. Saya terlewat ke temuduga pagi itu. Namun masih ada tiga individu, Pak Yus, Encik Shukor dan Encik Khairil Johari sedang menunggu.

Saya menyanyikan bahagian chorus karya "She Loves Me Not" ketika itu. Ya, itu karya gubahan saya.

Ya, cita-cita saya yang ketiga adalah menjadi seorang komposer. Namun saya mendapati perkataan "komposisi" itu lebih luas, maka saya perkecilkan skop kepada "penulisan lagu". Genrenya pula saya perkecilkan kepada pop, balad, dan soft rock.

Apabila saya mendengar gubahan-gubahan yang hebat, semangat komposisi saya tersuntik. Saya kira, saya dan songwriting, sukar untuk berpisah. Mungkin ia akan menemani saya lebih setia dari wanita yang pernah saya cintai suatu ketika dulu.

Saya memikirkan apakah ada lagi cita-cita lain. Ah, yang ada ini pun terumbang-ambing untuk dijayakan. Lagi banyak cita-cita, lagi banyak kerja.

Arwah abah adalah bekas guru. Barangkali darah gurunya mengalir dalam diri ini. Melihat suasana dunia ini, ia mengerikan. Jika saya ada anak, apakah sempat saya untuk ajarkan dia pertahankan diri.

Wallahualam.

Wednesday, 12 November 2014

Terus Berlari



Terus Berlari
Pencipta: Ariji

Paru-paruku
Lemas mencari nafasmu
Di mana menghembusnya hidungmu

Telinga dan mataku
Mencari merdu suaramu
Di mana terucapnya wajahmu

Oh terus berlari
Dalam lelahan
Terhoyong-hayang
Mengejar cinta di hujung dunia

Sunday, 5 October 2014

Tabar

Tabar bermaksud "kehancuran";

"Wahai Rabb ku, ampunkanlah bagiku dan bagi kedua-ibubapaku dan bagi siapa masuk bayt ku mu'min dan bagi para-mu'min dan mu'minat dan tidak menambah orang-yang-zalim kecuali tabar (71:28).

Saturday, 13 September 2014

Tabab

Tabab bermaksud "kemusnahan";

Dan tidak perancangan Firaun kecuali pada tabab (40/37).

Wallahualam.

Tuesday, 9 September 2014

Tibyan

Tibyan bermaksud "penjelasan";

Dan Kami turunkan atas kamu Kitab tibyan bagi tiap sesuatu (16/89).

Wallahualam.

Bay

Bay bermaksud "transaksi";

Wahai orang yang beriman, kamu infaqkanlah dari apa direzekikan kamu dari sebelum bahawa ia mendatang hari tiada bay padanya (2/254).

Orang yang memakan riba tidak mereka mendirikan kecuali seperti mendiri orang yang ia menipudayanya, Setan, dari sentuhan itu dengan sesungguhnya mereka berkata; "Sesungguhnya bay misal riba dan Dia halalkan, Allah, bay dan Dia haramkan riba (2/275).

Maka kamu bergembiralah  dengan bay kamu yang kamu transaksikan dengannya (9/111).

Sebelum bahawa ia mendatang hari tiada bay padanya (14/31).

Rijal tidak ia melekakan mereka bisnes dan tidak transaksi dari pengingatan-kepada Allah (24/37).

Wahai orang yang beriman apabila kamu dipanggil bagi Solat dari hari Jumaat maka berusahalah kepada mengingati Allah dan tinggalkan bay itu lebih-baik bagi kamu jika kamu mengetahui (62:9).

Wallahualam.

Monday, 8 September 2014

Bayd


Bayd bermaksud "telur-telur";

Seperti sesungguhnya mereka bayd yang-dilindungi (37:49).

Wallahualam.

Tabida

Tabida bermaksud "ia memusnah";

Dia berkata; "Tidak aku mengandai bahawa tabida ini selamanya (18/35).

Wallahualam.

Friday, 29 August 2014

Bayt

Bayt bermaksud rumah atau sejenis-sistem yang berfungsi sebagai rumah. 24/61 menerangkan bagaimana perhubungan antara sanak-saudara;

Si buta, tempang, pesakit, dan nafs kamu tidak kesalahan memakan dari bayt-bayt kamu atau bayt-bayt bapa-bapa kamu atau ibu-ibu kamu atau bayt-bayt saudara-saudara kamu atau bayt-bayt saudari-saudari kamu atau bayt-bayt pakcik-pakcik-sebelah-ayah kamu atau bayt-bayt makcik-makcik-sebelah-ayah kamu kamu  atau bayt-bayt pakcik-pakcik-sebelah-ibu-kamu atau bayt-bayt makcik-makcik-sebelah-ibu kamu atau apa milikan kamu kunci-kuncinya atau sodiq kamu, tiada kesalahan samada kamu memakan secara berkumpul atau berasingan maka apabila kamu masuk bayt-bayt maka kamu sejahterakan atas nafs kamu tahiyyat (24/61).

Wallahualam.

Wednesday, 16 July 2014

Bal

Bal bermaksud "keadaan";

Dia berkata; "Kembalilah kepada Rabb kamu maka soalkanlah dia apa bal wanita-wanita" (12/50).

Dia berkata; "Maka apa  bal kurun itu yang-awal (20:51).

Dan dia kebenaran dari Rabb mereka Dia kufurkan dari mereka perangai-jahat mereka dan solehkan bal mereka (47:2)

Akan Dia menghidayahkan mereka dan mengsolehkan bal mereka  (47:5).

Wallahualam.


Tuesday, 15 July 2014

Debat Bhg. III

Dalam perdebatan, pengaliran emosi itu perkara biasa. Jika anda berdebat secara bersemuka, elakkan meninggi suara atau menengking.

Adakalanya perkara yang jenaka berlaku;


Saya petik kembali kata Syafiq;

"...Tak mengapalah, saya tahu anda tidak mampu lawan setiap hujah saya..."

Kemudian dia menggunakan statement yang dipercayai dari Imam Shafie;

"...Aku pasti kalah dengan seorang yang jahil..."

Maka diringkaskan seperti berikut;

1) Saya tak mampu lawan setiap hujah Syafiq
2) Imam Shafie pasti kalah dengan seorang yang jahil

Maka jika dilihat dari perspektif, saya berada di pihak yang kalah. Imam Shafie juga kalah. Maka siapa pula yang menang dan jahil?

Ini yang dikatakan kes memakan diri sendiri. Syafiq menggunakan statement Imam Shafie, tetapi memakan dirinya sendiri.

Mungkin dia sangkakan statement Imam Shafie itu memihak dirinya. Jika anda mahu ketawa, saya rasa itu normal kerana perkara ini melucukan.

Wallahualam.

Sunday, 13 July 2014

Bawar

Bawar bermaksud "kemusnahan";

Adakah tidak kamu melihat kepada orang-yang menukar nikmat Allah kekufuran dan mereka menghalalkan kaum mereka dar bawar (14:28).

Wallahualam.

Saturday, 12 July 2014

Bab

Bab bermaksud "pintu";

Isteri Aziz menggoda Yusof dirumahnya dan dia tutup bab-bab, (12/23) dan mereka berdua saling tertarik (12/24). Kemudian keduanya berlari ke bab, baju Yusof dirobek dari belakang dan menemui tuannya di bab itu (12/25).

Wallahualam.

Monday, 7 July 2014

Mubawwa

Mubawwa bermaksud "diistirehatkan";

Dan sesungguhnya Kami istirehatkan Bani Israel mubawwa sidiq dan Kami rezekikan mereka dari perkara-baik (10:93).

Wallahualam.

Bahimat

Bahimat bermaksud "gerombolan";

Dihalalkan bagi kamu bahimat binatang kecuali apa yang diucapkan atas kamu selain penghalal pemburuan dan kamu ihram (5:1).

Dan mereka menzikirkan nama Allah di hari ketahui atas apa Dia rezekikan mereka dari bahimat binatang (22/28).

Bahawa mereka menzikirkan nama Allah atas apa Dia rezekikan mereka dari bahimat binatang (22/34).

Wallahualam.

Saturday, 5 July 2014

Nabtahil

nabtahil bermaksud "kita bersungguh";

Kemudian nabtahil maka kita jadikan laknat Allah atas pendusta-pendusta (3:61).

Wallahualam.

Thursday, 3 July 2014

Bahjat

Bahjat bermaksud "kecantikan";

Adakah Siapa ciptakan Lelangit dan Bumi dan Dia turunkan bagi kamu dari  Langit air maka Kami tumbuhkan dengannya taman-taman zat bahjat tidak jadi bagi kamu bahawa menumbuhkan pokok-pokoknya (27:60).

Wallahualam.

Buhtan

Buhtan bermaksud "tuduhan-palsu";

Dan jika kamu mahu penggantian pasangan tempat pasangan dan berikan seorang-dari mereka qintar maka janganlah kamu mengambil darinya sesuatu adakah kamu mengambilnya buhtan dan dosa yang-terang (4:20).

Dan siapa mendapati kesilapan atau dosa kemudian melemparkan dengannya yang-tidak-terikat maka pasti dia hamil buhtan dan dosa yang-terang (4:112).

Dan dengan kekufuran mereka dan perkataan mereka atas Maryam buhtan yang-hebat (4:156).

Dan kenapa-tidak apabila kamu dengarnya kamu berkata;"Tidak ia menjadi bagi kami bercakap dengan ini sanjungan Engkau ini buhtan yang-hebat (24:16).

Dan orang yang-menyakiti orang-yang-beriman dan perempuan-yang-beriman dengan selain apa mereka mendapati maka sesungguhnya hamil buhtan dan dosa penjelas (33:58).

Dan jangan mereka membawakan dengan buhtan mereka merekanya antara tangan-tangan mereka dan kaki-kaki  (60/12).

Wallahualam.