Showing posts with label Pemasaran. Show all posts
Showing posts with label Pemasaran. Show all posts

Sunday, 7 March 2010

Konsep Produk

Suatu produk adalah apa sahaja, diingini atau tidak, yang seseorang atau organisasi terima dalam satu pertukaran. Gol asas bagi pembuatan keputusan pembelian adalah untuk menerima faedah ketara dan tak ketara yang berkaitan dengan suatu produk. Aspek ketara termasuklag mempakej, gaya, warna, saiz, dan sifat. Kualiti tak ketara termasuklah perkhidmatan, imej peruncit, reputasi pekilang, dan status sosial yang berkaitan dengan produk. Penawaran produk organisasi adalah elemen penting dalam mana-mana campuran pemasaran.

Produk pengguna diklasifikasikan kepada empat kategori: produk mudah, produk beli-belah, produk khusus, dan produk tak-dicari. Produk mudah adalah secara relatifnya murah dan memerlukan usaha beli-belah yang terhad. Produk beli-belah adalah bagi dua jenis: homogen dan heterogen. Kerana persamaan bagi produk homogen, mereka dibezakan secara utama dengan harga dan sifat. Sebaliknya, produk heterogen memujuk pelanggan kerana ciri-ciri mereka yang jelas berbeza. Produk khusus memiliki faedah unik yang diingini dengan tinggi bagi pelanggan tertentu. Akhir sekali, produk tak-dicari adalah samada produk baru atau proudk yang memerlukan penjualan aggresif kerana mereka secara amnya dihidari atau terlepas perhatian oleh pelanggan.

Item produk adalah versi spesifik bagi produk yang boleh direkabentuk sebagai satu penawaran ketara antara produk organisasi. Garis produk adalah sekumpulan bagi campuran produk terdekat yang ditawarkan oleh suatu organisasi. Campuran produk organisasi termasuk semua produk yang ia jual. Kelebaran campuran produk merujuk kepada jumlah garis produk suatu organisasi tawarkan. Kedalaman garis produk adalah jumlah item produk dalam garis produk. Firma mengubah produk yang wujud dengan menukar kualiti, ciri fungsian, atau gaya mereka. Pengembangan garis produk wujud apabila firma menambah produk baru untuk mewujudkan garis produk.

Jenama adalah nama, istilah, atau simbol yang mengenalpasti dan membezakan produk firma. Jenama yang diwujudkan menggalakkan kesetian pelanggan dan membantu produk baru berjaya. Strategi penjenamaan memerlukan pembuatan keputusan tentang jenama individu, famili, pengilang, dan peribadi.

Mempakej mempunyai empat fungsi: mengandungi dan melindungi produkl mempromosikan produk; memudahkan penyimpanan, penggunaan, dan kemudahan produk; dan memudahkan mengitar semula dan mengurangkan kerosakan persekitaran. Sebagai alat untuk promosi, mempakej mengenalpasti jenama dan sifatnya. Ia juga menyediakan fungsi kritikal bagi membezakan suatu produk dari menyaingi produk dan menghubungkannya dengan produk yang berkaitan dari pengilang yang sama. Label adalah bahagian integral bagi suatu produk, dengan fungsi memujuk dan bermaklumat. Pada dasarnya, pakej adalah peluang terakhir pemasar untuk mempengaruhi pembeli sebelum mereka membuat pembuatan keputusan pembelian.

Di samping cetak rompak jenama, pemasar antarabangsa mesti tujukan pelbagai perhatian berhubung dengan menjenama dan mempakej, termasuklah memilih polisi jenama-nama, menterjemah label dan memenuhi keperluan melabel negara-hos, membuat pakej bersesuaian secara astetik dengan budaya negara-hos, dan menawarkan saiz bagi pakej yang lebih disukai dalam negara hos.

Waranti produk adalah alat yang penting kerana mereka menawarkan pelanggan pelindungan dan membantu mereka mengukur kualiti produk.

Wallahualam.

Wednesday, 3 March 2010

Mensegmen dan Membidik Pasaran

Pasaran adalah dikompos bagi individu atau organisasi dengan kebolehan dan keinginan untuk membuat pembelian bagi memenuhi keperluan mereka. Segmen pasaran adalah satu kumpulan individu atau organisasi dengan keperluan produk yang serupa sebagai keputusan bagi satu atau lebih ciri am.

Sebelum 1960an, beberapa bisnes telah membidik segmen pasaran yang spesifik. Hari ini, segmentasi adalah strategi pasaran yang penting untuk hampir semua organisasi yang berjaya. Segmentasi pasaran membolehkan pemasar menyesuaikan campuran pemasaran bagi memenuhi keperluan segmen populasi tertentu. Segmentasi membantu pemasar mengenalpasti keperluan pengguna dan keutamaan, kawasan bagi permintaan yang menurun, dan peluang pemasaran baru.

Segmentasi pasaran yang berjaya bergantung kepada empat kriteria asas:

1) Segmen pasaran haruslah teguh dan mempunyai pelanggan yang cukup untuk berdaya maju;

2) Segmen pasaran mesti bole dikenalpasti dan boleh diukur;

3) Ahli segmen pasaran mesti boleh diakses terhadap usaha pemasaran;

4) Segmen pasaran mesti bertindakbalas terhadap usaha pemasaran tertentu dalam cara yang membezakannya daripada segmen lain.

Lima dasar lazimnya digunakan untuk mensegmen pasaran pengguna. Segmentasi geografi adalah berdasarkan ciri kawasan, saiz, kepadatan, dan iklim. Segmentasi demografik adalah berdasarkan ciri umur, jantina, tahap pendapatan, etniksiti, dan putaran-hidup. Segmentasi psikologi termasuklah personaliti, motif, dan ciri gaya hidup. Kecarian faedah adalah sejenis segmentasi yang mengenalpasti pelanggan menurut kepada faedah yang mereka cari dalam sesuatu produk. Akhir sekali, segmentasi penggunaan  membahagikan pasaran dengan jumlah bagi produk yang dibeli atau digunakan.

Pasaran bisnes boleh disegmenkan pada dua dasar am. Pertama, bisnes mensegmen pasaran berdasarkan ciri syarikat, seperti lokasi geografi pelanggan, jenis syarikat, saiz syarikat, dan penggunaan syarikat. Kedua, syarikat boleh mensegmen pelanggan berdasarkan proses pembelian yang pelanggan gunakan.

Enam langkah yang dilibatkan apabila mensegmen pasaran:

1) Memilih kategori pasaran atau produk untuk pembelajaran;

2) Memilih asas atau dasar untuk mensegmen pasaran;

3) Memillih deskriptor segmentasi;

4) Menprofil dan menilai segmen;

5) Memili pasaran terbidik;

6) Merekabentuk, melaksana, dan mengekalkan campuran yang sesuai.

Pemasar memilih pasaran terbidik dengan menggunakan tiga strategi berbeza: membidik tak-terbeza, membidik terfokus, dan membidik multisegmen. Strategi membidik tak-terbeza mengandaikan yang semua ahli bagi pasaran mempunyai keperluan yang sama yang boleh dipenuhi dengan satu campuran pemasaran. Strategi membidik terfokus memfokuskan semua usaha pemasaran ke atas satu segmen pasaran. Membidik multisegmen adalah strategi yang menggunakan dua atau lebih campuran pemasaran untuk membidik dua atau lebih segmen pasaran.

Pemasaran satu-ke-satu adalah kaedah pemasaran terindividu yang menggunakan maklumat pelanggan untuk membina hubungan jangka-panjang, terperibadi, dan boleh-untung dengan setiap pelanggan. Pemasaran satu-ke-satu datang dari memahami pelanggan dan mengkolaborasi dengan mereka, daripada menggunakan mereka sebagai bidik untuk mesej generik. Teknologi pangkalan data membuatkannya boleh jadi mungkin untuk syarikat berinteraksi dengan pelanggan pada dasar peribadi, satu-ke-satu.

Memposisi adalah digunakan untuk mempengaruhi persepsi pelanggan bagi jenama tertentu, garis produk, atau organisasi dalam perhubungan terhadap pesaing. Istilah posisi merujuk kepada tempat yang menawarkan tempat penginapan dalam minda pengguna. Untuk mendirikan posisi yang unik, banyak firma menggunakan pembezaan produk, menekankan perbezaan sebenar atau terllihat antara penawaran yang menyaing. Produk boleh dibezakan pada dasar sifat, harga dan kualiti, penggunaan atau aplikasi, pengguna produk, kelas produk, atau pesaing.

Wallahualam.

Sunday, 21 February 2010

Pemasaran Bisnes

Pemasaran bisnes menyediakan barangan dan perkhidmatan yang dibeli untuk kegunaan bisnes berbanding untuk kegunaan peribadi. Kegunaan yang dimaksudkan, bukan ciri fizikal, membezaan produk bisnes daripada produk pengguna.

Pengembangan dan penerimaan Internet telah membuatkan pasaran bisnes lebih bersaing daripada sebelum ini. Jumlah pembeli dan penjual bisnes menggunakan Internet dengan cepatnya meningkat. Firma mencari cara baru atau lebih baik untuk mengembangkan pasaran dan sumber penawaran, meningkatkan jualan dan mengurangkan kos, dan berkhidmat kepada pelanggan dengan lebih baik. Pemasar menjadi lebih canggih dalam penggunaan Internet mereka dan membina kaedah kuantitatif yang boleh digunakan untuk mengukur kejayaan atas talian yang lebih baik.

Pemasaran perhubungan melibatkan pencarian dan pewujudan keadienan dan perkongsian jangka masa panjang dengan pelanggan. keadienan yang starategik adalah persetujuan kerjasama untuk menlaverajkan apa yang mereka lakukan dengan baik dengan berkongsi dengan yang lain yang mempunyai kemahiran melengkapi.

Pasaran pengeluar terdiri daripada organisasi dan individu untuk-keuntungan yang membeli produk bagi kegunaan mengeluarkan produk lain, seperti komponen produk lain, atau memudahkan operasi bisnes. Pasaran Penjual semula terdiri daripada pemborong dan peruncit yang membeli produk siap untuk dijual semula bagi mendapat keuntungan. Pasaran kerajaan terdiri daripada kerajaan persekutuan, negeri, daerah, dan bandar yang membeli barangan dan perkhidmatan untuk menampung operasi mereka sendiri dan berkhidmat keperluan bagi rakyat. Pasaran institusi terdiri daripada institusi nonbisnes yang sangat pelbagai yang mana gol utamanya tidak termasuk keuntungan.

NAICS meneyediakan cara untuk mengenalpasti, menganalisis, mengsegmen, dan membidik pasaran bisnes dan kerajaan. Organisasi boleh dikenalpasti dan dibandingkan dengan kod numerik yang mennunjukkan sektor bisnes, subsektor, kumpulan industri, industri, dan industri negara. NAICS adalah alat yang berguna bagi menganalisis, mengsegmen, dan membidik pasaran bisnes.

Dalam pasaran bisnes, permintaan adalah diterbitkan, harga-tak-anjal, bersendi, dan naik turun. Volum belian adalah lebih besar daripada pasaran pengguna, pelanggan adalah lebih sedikit dalam jumlah dan lebih berfokuskan geografi, dansaluran pengagihan adalah lebih langsung. Pembelian adalah didekati lebih rasmi dengan menggunakan ejen pembelian profesional, lebih ramai orang yang terllibat dalam proses pembelian,
perundingan yang lebih rumit, dan resiprositi dan pajakan lebih umum. Dan, akhir sekali, menjual strategi dalam pasaran bisnes secara normalnya fokus kepada perhubungan peribadi berbanding pengiklanan.

Kelengkapan major termasuk termasuklah barangan modal, seperti mesin berat. Kelengkapan aksesori adalah lazimnya kurang mahal dan jangka-hidup lebih pendek berbanding kelengkapan major. bahan mentah adalah produk ekstratif atau agrikultur yang belum diproses. bahagian komponen adalah barang siap atau barang separuh siap  yang digunakan sebagai bahagian bagi produk lain. Bahan yang telah diproses digunakan untuk mengilang produk lain. Bekalan adalah boleh-guna dan tidak digunakan sebagai bahagian bagi produk akhir. Perkhidmatan bisnes adalah produk tak ketara yang banyak syarikat gunakan dalam operasi mereka.

Gelagat pembelian bisnes adalah dibezakan dengan lima ciri penting. Pertama, pembelian adalah secara normalnya dijalankan oleh pusat pembelian yang terdiri daripada ramai orang yang menyusun secara lebar dalam tahap kuasa. Kedua, pembeli bisnes lazimnya, menilai produk dan pembekal alternatif berdasarkan kualiti, perkhidmatan dan harga- dalam susunan itu. Ketiga, Pembelian bisnes jatuh ke dalam tiga kategori am: Pembelian baru, Pembelian semula yang diubah, dan pembelian semula yang lurus. Keempat, etika bagi pembeli dan penjual bisnes kerapkali diteliti. Kelima, Perkhidmatan pelanggan sebelum, semasa, dan selepas jualan memainkan peranan besar dalam pembuatan keputusan pembelian bisnes.

Wallahualam.

Monday, 15 February 2010

Pembuatan Keputusan Pengguna

Gelagat pengguna menerangkan bagaimana pengguna membuat pembuatan keputusan pembelian dan bagaimana mereka mengguna dan menghapuskan produk yang mereka beli. Pemahaman gelagat pengguna mengurangkan ketidakpastian pengurus pemasaran apabila mereka mendefinisikan pasaran terbidik dan merekabentuk satu campuran pemasaran.

Proses pembuatan keputusan pengguna bermula dengan pengecaman keperluan, apabila ransangan mencetuskan kesedaran bagi keperluan yang tidak dipenuhi. Jika maklumat tambahan diperlukan untuk membuat pembuatan keputusan pembelian, pengguna mungkin terlibat dalam satu pencarian maklumat dalaman atau luaran. Pengguna kemudian menilai maklumat tambahan dan mewujudkan garis panduan pembelian. Akhir sekali, pembuatan keputusan dibuat.

Penilaian pospembelian pengguna adalah dipengaruhi oleh jangkaan prapembelian, pencarian maklumat prapembelian, dan tahap am keyakinan kendiri pengguna. Kesumbangan kognitif adalah ketegangan tersirat yang pengguna alami selepas mengenalpasti kelemahan produk yang dibeli. Apabila belian mencipta kesumbangan kognitif, pengguna mudah untuk beraksi dengan mencari peneguhan positif untuk pembuatan keputusan pembelian, menghindari maklumat negatif tentang pembuatan keputusan pembelian, atau membatalkan pembuatan keputusan pembelian dengan memulangkan produk.

Membuat pembuatan keputusan pengguna jatuh kepada tiga kategori lebar. Pertama, pengguna mempamerkan gelagat tindakbalas rutin untuk item yang dibeli dengan kerap, kos rendah yang memerlukan usaha pembuatan keputusan yang yang sangat sedikit; gelagat tindakbalas rutin lazimnya dicirikan dengan kesetian jenama. Kedua, pengguna terlibat dalam membuat pembuatan keputusan yang terhad untuk pembelian sekali-sekala atau untuk jenama yang tidak dikenali dalam kategori produk yang dikenali. Ketiga, pengguna membuat pembuatan keputusan ekstensif apabila membuat pembelian yang tidak dikenali, mahal atau jarang. Pembuatan keputusan yang tinggi penglibatannya biasanya termasuk pencarian maklumat ekstensif dan penilaian alternatif yang teliti. Sebaliknya, pembuatan keputusan yang rendah penglibatannya dicirikan dengan kesetiaan jenama dan kekurangan identifikasi peribadi dengan produk tersbut. Faktor utama yang memberi kesan kepada tahap penglibatan pengguna adalah pengalaman lepas, faedah, risiko yang nyata bagi sebab-akibat negatif (kewangan, sosial, dan psikologi), situasi, dan keterlihatan sosial.

Pengaruh budaya terhadap pembuatan keputusan pembelian pengguna termasuklah budaya dan nilai, subkultur, dan kelas sosial. Budaya adalah ciri penting masyarakat yang membezakannya daripada kumpulan budaya. Elemen tersembunyi setiap budaya adalah nilai, bahasa, mitos, adat, upacara amal, undang-undang, dan artifak, atau produk, yang disalurkan dari satu generasi kepada yang seterusnya. Elemen yang paling mendefinisi bagi budaya adalah nilainya - kepercayaan yang lama bertahan dikongsi oleh masyarakat yang bahawasanya mod spesifik bagi perilaku adalah boleh dirujuk secara peribadi atau sosial kepada mod perilaku yang satu lagi. Budaya boleh dibahagikan kepada subkultur bagi dasar ciri demografi, kawasan geografi, latarbelakang kebangsaan dan etnik, kepercayaan politik, dan kepercayaan agama. Subkultur berkongsi elemen bagi keseluruhan budaya sebagaimana elemen budaya unik terhadap kumpulan mereka sendiri. Kelas sosial adalah kumpulan orang yang dianggap hampir sebanding dengan status atau hormat masyarakat, yang mana disosialkan dengan kerap antra diri mereka sendiri secara formal atau tidak formal, dan yang berkongsi norma gelagat.

Faktor sosial termasuklah pengaruh luaran seperti kumpulan rujukan, pemimpin pendapat, dan keluarga. Pengguna mencari pendapat orang lain sebagai panduan bagi produk atau perkhidmatan baru dan produk dengan ciri yang berkaitan dengan imej atau kerana maklumat ciri adalah kurang atau tidak bermaklumat. Pengguna mungkin menggunakan produk atau jenama untuk mengenalpasti dengan atau menjadi ahli kumpulan rujukan, Pemimpin pendapat adalah ahli kumpulan rujukan yang mempengaruhi pembuatan keputusan pembelian orang lain. Ahli keluarga juga mempengaruhi pembuatan keputusan pembelian; kanak-kanak mudah untuk berbelanja dalam paten yang sama dengan ibubapa mereka punya.

Faktor individu yang memberi kesan kepada pembuatan keputusan pembelian termasuklah jantina; umur dan peringkat kitaran keluarga; dan personaliti, konsep kendiri, dan gaya hidup. Melangkaui perbezaan psikologi yang jelas, lelaki dan wanita berbeza dalam peranan sosial dan ekonomi mereka, dan memberi kesan terhadap pembuatan keputusan pembelian pengguna. Berapakah usia pengguna adalah secara amnya menunjukkan apa produk yang dia mungkin berminat untuk membeli. Pemasar kerapkali mendefinisikan pasaran terbidik mereka dalam istilah peringkat kitar-hidup pengguna, mengikut perubahan dalam sikap pengguna dan kecenderungan gelagat sebagaimana kematangan mereka. Akhir sekali, produk dan jenama tertentu memantul personaliti, konsep kendiri dan gaya hidup pengguna.

Faktor psikologi termasuklah persepsi, motivasi, pembelajaran, nilai, kepercayaan, dan sikap. Faktor-faktor ini membolehkan pengguna berinteraksi dengan dunia sekeliling mereka, mengenalpasti perasaan mereka, mengumpul dan menganalisis maklumat, merumuskan pemikiran dan pendapat, dan mengambil tindakan. Persepsi membolehkan pengguna mengenalpasti masalah penggunaan mereka. Motivasi adalah yang memandu pengguna untuk mengambil tindakan untuk memenuhi keperluan penggunaan spesifik. Hampir semua gelagat pengguna terhasil daripada pembelajaran, iaitu proses yang mencipta perubahan dalam gelagat melalui pengalaman. Pengguna dengan kepercayaan dan sikap yang sama mudah untuk beraksi serupa terhadap pendorong yang berkaitan dengan pemasaran.

Wallahualam.

Sunday, 14 February 2010

Tanggungjawab Sosial, Etika, dan Persekitaran Pemasaran

Tanggungjawab dalam bisnes merujuk kepada cakna firma terhadap cara pembuatan keputusannya yang memberi kesan kepada masyarakat. Tanggungjawab sosial mempunyai empat komponen: ekonomi, undang-undang, etika, dan filantropik. Semua ini adalah berjalin, namun keuntungan masih menjadi asas utama. Jika firma tidak mendapat keuntungan, ketiga-tiga tanggungjawab yang lain boleh didebatkan. Kebanyakan peniaga percaya bahawa mereka harus melakukan lebih dari sekadar mendapatkan keuntungan. Walaupun syarikat mesti mengambilkira keperluan ekonominya terlebih dahulu, ia juga mesti beroperasi mengikut undang-undang, lakukan apa yang beretika dan adil, dan menjadi masyarakat korporat yang baik. Konsep pengekalan adalah dimana syarikat yang bertanggungjawab sosial akan melaksanakan penelitian mereka dengan menfokus kepada masalah sosial dunia dan melihat mereka sebagai peluang untuk mendapatkan keuntungan dan menolong dunia pada masa yang sama.

Etika bisnes mungkin boleh dilihat sebagai subset kepada nilai masyarakat secara keseluruhan. Perilaku etika peniaga adalah dibentuk daripada elemen masyarakat, termasuklah keluarga, pendidikan, agama, dan pergerakan sosial. Sebagai ahli masyarakat, peniaga secara moralnya wajib untuk mengambilkira implikasi etika bagi pembuatan keputusan mereka.

Pembuatan keputusan etika boleh didekati dalam tiga cara asas. Pendekatan pertama memeriksa sebab-akibat pembuatan keputusan tersebut. Pendekatan kedua bergantung kepada peraturan dan undang-undang bagi memberi panduan kepada pembuatan keputusan. Pendekatan ketiga adalah berdasarkan teori pembangunan moral yang meletakkan individu atau kumpulan dalam satu bagi tiga peringkat pembangunan: moral prakonvensional, moral konvensional, atau moral poskonvensional.

Banyak syarikat membangunkan kod etika bagi membantu pekerja membuat pembuatan keputusan etika. Kod etika boleh membantu pekerja mengenalpasti kelakuan bisnes yang boleh diterima, menjadi kawalan dalaman yang berkesan ke atas tingkahlaku, menolong pekerja menghindari kekeliruan apabila menentukan samada pembuatan keputusan itu beretika, dan memudahkan diskusi tentang apa yang betul dan salah.

Persekitaran pemasaran luaran mengandungi pembolehubah sosial, demografik, ekonomi, teknologi, politik dan undang-undang, dan persaingan. Pemasar secara amnya tidak boleh mengawal elemen persekitaran luaran. Sebaliknya, mereka mesti memahami bagaimana persekitaran luaran berubah dan kesan perubahan itu kepada pasaran terbidik. Pengurus pemasaran boleh mencipta satu campuran pasaran untuk memenuhi keperluan pelanggan terbidik secara berkesan.

Dalam persekitaran luaran, faktor sosial mungkin adalah yang paling sukar bagi pemasar untuk meramal. Beberapa trend sosial major sedang membentuk stratregi pemasaran masakini. Pertama, orang bagi semua peringkat umur mempunyai julat minat yang lebih lebar, mencabar profail pelanggan tradisional. Kedua, peranan jantina yang merubah membawa lebih wanita ke dalam tenaga kerja dan meningkatkan jumlah orang yang membeli-belah. Ketiga, peningkatan dalam jumlah keluarga dwi-kerjaya telah mencipta permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan yang menjimatkan masa.

Pada hari ini, beberapa paten demografik asas sedang mempengaruhi campuran pasaran. Kerana populasi U.S sedang meningkat pada kadar yang rendah, pemasar tidak boleh lagi bergantung kepada keuntungan daripada pasaran yang berkembang secara amnya. Pemasar juga berhadapan dengan pelanggan yang berpengalaman secara meningkat antara generasi muda seperti twin dan Gen Y. Dan kerana populasi juga lebih tua meningkat, pemasar menawarkan lebih produk yang mengharapkan pelanggan umur pertengahan dan lebih tua.

Multikulturisma wujud apabila semua kumpulan etnik major dalam satu kawasan diwakili dengan setara secara kasarnya. Multikulturisma yang meningkat membuatkan tugas pemasar lebih mencabar. Amerika bukanlah satu pot cair, tetapi pot cair yang banyak. Orang Hispanik adalah segmen populasi yang paling pantas meningkat diikuti oleh orang Amerika Afrika. Banyak syarikat sekarang mencipta jabatan dan garisan produk untuk membidik segmen pasaran multikultur secara berkesan. Syarikat mendapati secara pantasnya bahawa pasaran etnik adalah tidak homogen.

Sejak akhir-akhir ini, ramai isi rumah telah bergelumang dalam hutang apabila kenaikan dalam perbelanjaan pengguna melebihi peningkatan dalam pendapatan. Pada masa yang sama, kekuatan kewangan wanita telah meningkat, dan meraka sedang membuat pembuatan keputusan pembelian untuk banyak produk dalam kawasan yang tradisonalnya dominasi-lelaki. Semasa inflasi, pemasar secara amnya cuba untuk mengekalkan tahap harga bagi mengelak daripada kehilangan kesetian jenama pelanggan. Semasa kegawatan, ramai pemasar mengekal atau mengurangkan harga untuk membalas kesan bagi permintaan yang terkurang; mereka juga fokus untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran dan meningkatkan perkhidmatan pelanggan.

Mengawasi teknologi baru adalah penting bagi berhadapan dengan para pesaing dalam persekitaran pemasaran pada hari ini. Amerika Syarikat cemerlang dalam kajian asas dan, sejak akhir-akhir ini, secara dramatiknya telah memperbaiki rekod treknya dalam kajian yang digunakan. Tanpa inovasi, syarikat U.S tidak boleh bersaing dalam pasaran global. Inovasi secara mendadaknya sedang menjadi satu proses global.

Semua aktiviti pemasaran adalah subjek kepada undang-undang negeri dan persekutuan dan pemerintah agensi penyelarasan. Pemasar adalah bertanggungjawab bagi kesedaran yang tinggal bagi dan diteruskan oleh pengawalaturan tersebut.

Persekitaran yang bersaing merangkumi sejumlah pesaing yang sesebuah firma mesti hadapi, saiz relatif para pesaing tersebut, dan darjah antaraketakbergantungan dalam industri tersebut. Pengabaian peningkatan populasi, kenaikan kos, dan kekurangan sumber telah memuncakkan persaingan domestik.

Wallahualam.

Friday, 12 February 2010

Perancangan Pemasaran Strategik untuk Kelebihan Bersaing

Perancangan pemasaran strategik adalah asas untuk semua strategi dan pembuatan keputusan pemasaran. Plan pemasaran adalah dokumen bertulis yang berfungsi sebagai buku panduan aktiviti pemasaran untuk pengurus pemasaran. Dengan menetapkan objektif dan mendefinisikan aksi yang diperlukan untuk mencapainya, satu plan pemasaran menyediakan asas dimana prestasi sebenar dan dijangka boleh dibandingkan.

Walaupun jika tiada rumus set atau satu garis panduan yang betul, sebuah plan pemasaran seharusnya memasukkan elemen asas seperti menyatakan misi bisnes, menset objektif, melaksanakan analisis situasi kekuatan persekitaran dalaman dan luaran, memilih pasaran yang dibidik, menggambarkan campuran pemasaran (produk, tempat, promosi, dan harga), dan mengadakan cara untuk melaksana, menilai, dan mengawal plan.

Penyataan misi adalah berasaskan analisi faedah yang diminta oleh pelanggan semasa dan berpotensi secara berhati-hati dan satu analisis keadaan persekitaran yang wujud dan terjangka. Penyataan misi firma mewujudkan sempadan untuk semua pembuatan keputusan, objektif, dan strategi berikutnya. Penyataan misi haruslah menfokus kepada pasaran atau memasarkan organisasi yang mencuba untuk berkhidmat berbanding barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Objektif haruslah realistik, boleh diukur, dan spesifik masa. Objektif mestilah juga  konsisten dan menunjukkan keutamaan organisasi.

Dalam analisis situasi, firma haruslah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalamannya, dan juga memeriksa peluang dan ancaman luaran. Apabila memeriksa peluang dan ancaman luaran, pengurus pemasaran mestilah menganalisis aspek persekitaran pemasaran dalam satu proses yang dikenali sebagai pengimbasan persekitaran. Enam kekuatan persekitaran makro yang paling kerap dikaji adalah sosial, demografi, ekonomi, teknologi, politik dan undang-undang, dan persaingan.

Kelebihan bersaing adalah satu set sifat unik syarikat dan produknya yang dianggap oleh pasaran yang dibidik sebagai penting dan atasan kepada persaingan. Tiga jenis kelebihan bersaing adalah: kos, pembezaan produk/perkhidmatan, dan strategi niche. Sumber kos kelebihan bersaing termasuklah keluk pengalaman, buruh cekap, barangan dan perkhidmatan tanpa alat tambah, subsidi kerajaan, rekabentuk produk, pengaturan semula, inovasi produk, dan kaedah penghantaran perkhidmatan yang baru. Kelebihan bersaing pembezaan produk/perkhidmatan wujud apabila firma menyediakan sesuatu yang unik yang berharga kepada pembeli mengatasi harga rendah sahaja. Kelebihan bersaing niche datang daripada segmen unik yang dibidik dengan keperluan tertentu. Gol semua sumber kelebihan bersaing ini adalah agar menjadi boleh kekal.

Matrik peluang strategi boleh digunakan untuk membantu pengurusan membangunkan alternatif strategik. Empat pilihan tersebut adalah penembusan pasaran, pembangunan produk, pembangunan pasaran, dan kepelbagaian. Dalam memilih alternatif strategik, pengurus boleh menggunakan matrik portfolio, yang mana mengklaskan unit bisnes strategik sebagai bintang, lembu tunai, kanak-kanak bermasalah, atau anjing, bergantung kepada pertumbuhan semasa atau terprojek dan syer pasaran.

Strategi pasaran terbidik mengenalpasti segmen pasaran yang mana untuk difokuskan. Proses ini bermula dengan analisis peluang (MOA), yang mana menerangkan dan menganggarkan saiz dan jualan segmen pasaran berpotensi yang bermanfaat kepada firma. Tambahan pula, penilaian pesaing kunci dalam segmen pasaran ini adalah dilaksanakan. Selepas segmen pasaran dijelaskan, satu atau lebih mungkin boleh dibidik oleh firma. Tiga strategi untuk memilih pasaran terbidik adalah memujuk kepada keseluruhan pasaran dengan satu campuran pemasaran, fokus kepada satu segmen, atau memujuk kepada segmen dwi-pasaran menggunakan campuran dwi-pasaran.

Campuran pemasaran (atau empat P) adalah adunan daripada produk, tempat, promosi, dan strategi mengharga yang direkabentuk untuk saling menghasilkan pertukaran yang memuaskan. Poin permulaan campuran pemasaran adalah penawaran produk. Produk boleh jadi barangan, idea atau perkhidmatan yang nyata. Strategi tempat (pengagihan) adalah dipentingkan dengan membuat produk yang ada apabila dan dimana pelanggan mahukannya. Promosi termasuklah periklanan, perhubungan awam, promosi jualan, dan jualan peribadi. Harga adalah apa yang pembeli mesti lepaskan untuk mendapatkan produk dan selalunya ia adalah benda yang paling mudah untuk menukar dalam empat elemen campuran pemasaran.

Sebelum sesebuah plan pemasaran boleh berfungsi, ia mestilah dilaksanakan; iaitu, orang mesti melakukan aksi dalam plan tersebut. Plan tersebut haruslah juga dinilai untuk melihat jika ianya telah mencapai objektifnya. Pelaksanaan yang teruk boleh menjadi satu faktor yang major dalam kegagalan plan. Pengawalan menyediakan mekanisma untuk menilai keputusan pemasaran dari sudut objektif plan dan untuk membetulkan aksi yang tidak membantu organisasi untuk mencapai objektif tersebut dalam garis panduan bajet.

Beberapa teknik yang membantu untuk membuat perancangan strategik yang berkesan adalah pertamanya, pengurusan mesti sedar yang perancangan strategik adalah proses yang berterusan dan bukan latihan sekali-setahun. Kedua, perancangan strategik yang baik mellibatkan tahap kreativiti yang tinggi. Keperluan terakhir adalah sokongan dan kerjasama pengurusan atasan.

Wallahualam.

Thursday, 11 February 2010

Gambaran Pemasaran

Pemasaran adalah satu fungsi organisasi dan satu set proses-proses untuk mencipta, berkomunikasi, dan menghantar nilai kepada pelanggan dan untuk mengurus perhubungan pelanggan dalam cara yang memberi manfaat kepada organisasi dan pemegang kepentingannya.

Falsafah pengurusan pemasaran dikategorikan kepada empat;

1)Berorientasikan pengeluaran
Menfokus kepada keupayaan dalaman firma berbanding kepada keperluan pasaran.

2)Berorientasikan jualan
Berasaskan kepercayaan bahawa orang akan membeli lebih produk jika teknik jualan digunakan dan volum jualan yang tinggi menghasilkan keuntungan yang tinggi.

3)Berorientasikan pemasaran
Menfokus kepada keperluan kepuasan pelanggan apabila mencapai objektif organisasi.

4)Berorientasikan pemasaran kemasyarakatan
Merentasi orientasi pemasaran dengan memasukkan pemeliharaan atau penambahan faedah terbaik jangka panjang individu dan masyarakat.

Perbezaan antara orientasi jualan dan pemasaran antaranya;

1) Firma yang berorientasikan jualan menfokuskan kepada keperluan mereka sendiri; firma yang berorientasikan pemasaran menfokuskan kepada keperluan dan pilihan pelanggan.

2) Syarikat yang berorientasikan jualan menganggap diri mereka sebagai penghantar barangan dan perkhidmatan, manakala syarikat yang berorientasikan pemasaran melihat diri mereka sebagai pemuas pelanggan.

3)Firma yang berorientasikan jualan melangsungkan produk mereka kepada semua orang; firma yang berorientasikan pemasaran membidik kepada segmen populasi tertentu.

4)Bisnes yang berorientasikan jualan mengejar volum jualan maksimum melalui promosi yang intensif, manakala bisnes yang berorientasikan pasaran mengejar kepuasan pelanggan melalui aktiviti yang dikoordinasi.

Beberapa sebab untuk belajar pemasaran antaranya;

1) Pemasaran memberi kesan kepada perletakan barangan dan perkhidmatan yang mempengaruhi ekonomi sesebuah negara dan piawai kehidupan.

2) Kefahaman tentang pemasaran adalah penting bagi kebanyakan bisnes.

3) Peluang kerjaya dalam pemasaran adalah pelbagai, menguntungkan, dan dijangka akan meningkat dengan ketara pada dekad yang akan datang.

Wallahualam.