Tuesday, 26 November 2024

Mutazilah

Konflik antara Salafi dan Ashari umpama Kerajaan dan Pembangkang. Masing-masing sibuk mengkritik antara satu sama lain. Semua ini memerlukan kebebasan bersuara.

Sebab itu sistem demokrasi mementingkan kebebasan bersuara. Tanpa kebebasan bersuara, sistem demokrasi akan mati.

"Apabila Salafi dan Ashari bergaduh, Mutazilah bertepuk tangan".

Benarkah kenyataan ini? Mutazilah suka bila musuh ada "teman bertinju". Ini kerana ia dapat mengekang keangkuhan segolongan puak yang mendabik dada sebagai terpaling benar.

"Musuh" di sini bukan bermaksud "musuh sejati". Mutazilah adalah "non partisan" antara Sunni dan Syiah dalam perlantikan Ali sebagai khalifah.

Calon wakil rakyat bengang kerana rakyat Mutazilah tidak keluar mengundi, tetapi calon lagi bengang dengan rakyat yang mengundi calon dari parti lawan.

Berbeza dengan Sunni dan Syiah yang mempunyai ramai imam muktabar, bagi Mutazilah, "imam muktabar" yang sebenar adalah Rasulullah. Sebab itu Wasil ibn Ata tidak diangkat sebagai "imam muktabar".

Ini yang membezakan antara Mutazilah dengan "golongan anti hadis" yang berimamkan Rashad Khalifa. Rashad Khalifa adalah imam muktabar bagi "Submitter".

Akibat polemik Rashad Khalifa,  agamawan biasa keliru antara "anti hadis" dengan "kritik hadis". Mutazilah tidak terikat dengan "ulum hadis" versi Sunni atau Syiah, bukan bermaksud Mutazilah pengikut Rashad.

Kalimah "anti" dan "kritik" mempunyai maksud yang sinonimus, menyebatkan ramai agamawan gagal faham.

Sebagai contoh, Salafi dan Ashari kelihatan seperti anti antara satu sama lain dikala mereka saling mengkritik. Apapun, kalimah "anti" dan "kritik" masih mempunyai maksud yang berbeza.

Contoh yang lain adalah ayat "Hadis: Satu Penilaian Semula" memberi maksud "kritik".

Wallahualam.

Wednesday, 30 October 2024

Agama Bhg. XIV

Pemimpin agama cenderung untuk menentukan hidayah orang lain.

"Semua orang Melayu hendaklah beragama Islam".

Akibatnya, peraturan ini dimasukkan ke dalam Perlembagaan Negara Perkara 160(2) dimana orang Melayu terpaksa berpura-pura beragama Islam.

Anda sedia maklum bagaimana orang Melayu yang berkuantiti muslim tapi kualiti muslimnya indah khabar dari rupa.

"Semua orang Islam hendaklah berakidah Asyariah dan Maturidiyyah".

Kini sekali lagi, mereka mahu menambah ketentuan hidayah sebagai peraturan Negara. Mereka membazir masa dan tenaga. Hidayah di tangan Allah.

Nabi sendiri gagal menentukan hidayah orang lain. Pemimpin-pemimpin agama berlagak mereka lebih hebat dari para Nabi.

Anda tak perlu bazirkan masa dan tenaga seperti pemimpin-pemimpin agama yang sibuk dengan nasib Akhirat orang lain sehingga nasib Akhirat sendiri terkandas di tepi jalan.

Wallahualam.

Tuesday, 24 September 2024

Agama Bhg. XIII

Antara cara mencipta agama baru adalah dengan mendakwa bermimpi berdialog dengan Rasulullah. Tok Guru dikatakan mendapat "wahyu" baru.

Dengan ini, para pengikut tidak perlukan lagi Bukhari. Sebab itu penganut Salafi penjilat Bukhari, sangat bengang dengan golongan mimpi ini.

Samada anda penganut Salafi atau penganut Mimpi, anda tidak perlu meliwat budak.

Sekali lagi saya belum ditangkap pihak berkuasa. Yang ditangkap adalah SiHulk, Millah Abraham dan GISB.

Saya masih ingat lagi suatu ketika dahulu rakan saya mahu saya ditangkap polis. Katanya saya menghina agama.

Sebab kenapa saya belum ditangkap adalah kerana saya pengamal Wasatiyyah bahkan sebelum Najib Razak memperkenalkan pendekatan ini.

Realitinya hari ini ramai agamawan berpenyakit 'gila isim' samada dari kalangan ustaz mahupun orang awam. Pendekatan Wasatiyyah adalah pencegah bagi penyakit ini.

Ianya sangat penting. Anda perlu sedar ianya penting.

Janganlah kamu mendekati Solat dan kamu dalam-keadaan-mabuk (4/43).

Anda rasa dunia agama itu indah? Anda lihat saja netizen setiap hari menyumpah-seranah bergaduh agama.

Pemimpin-pemimpin agama sendiri pun tak boleh diharap, turut serta berperangai seperti budak-budak.

Wallahualam.

Saturday, 31 August 2024

Hud

Dan kepada Aad saudara mereka Hud, baginda berkata;" Wahai kaumku, kamu abdikanlah-diri kepada Allah bukan bagi kamu dari tuhan selainNya (7/65, 11/50) maka adakah tidak kamu bertaqwa (7:65, 26/124). Sesungguhnya aku bagi kamu rasul yang jujur (26:125). Maka kamu bertaqwalah-kepada Allah dan kamu taatilah aku (26:126), sesungguhnya kamu hanyalah pereka-pereka (11/50). Wahai kaumku, tidak aku soalkan kamu atasnya upah (11/51, 26/127), sesungguhnya upahku hanyalah atas Entiti yang ciptakan aku (11/51), rabb alam-alam itu (26/127). Adakah kamu menciptakan dengan tiap binaan-tinggi petanda, kamu merasa-teruja (26:128), dan kamu mengambil pertahanan supaya kamu menghidup-kekal (26:129), dan apabila kamu rampas kamu rampas, penganiaya-penganiaya (26:130). Maka kamu bertaqwalah-kepada Allah dan kamu taatilah aku (26:131). Dan kamu bertaqwalah-kepada Entiti yang-sediakan kamu dengan apa yang kamu mengetahui (26:132). Dia sediakan kamu dengan ternakan-ternakan dan anak-anak (26:133). Dan kebun-kebun dan mata-mata-air (26:134). Sesungguhnya aku takut atas kamu azab hari yang-dahsyat (26:135), maka adakah kamu tidak menggunakan-akal (11/51). Dan wahai kaumku, kamu meminta-ampunlah kepada rabb kamu kemudian kamu bertaubat kepadanya Dia menghantarkan langit itu ke-atas kamu banyaknya dan Dia tambahkan kamu kekuatan kepada kekuatan kamu dan janganlah kamu berpaling, penjenayah-penjenayah (11:52). 

Berkata penguasa-penguasa yang mengkufuri dari kaumnya; "Sesungguhnya kami pasti melihat pada kebodohan dan sesungguhnya kami pasti menyangkakan kamu dari pendusta-pendusta itu (7:66). Sama-sahaja atas kami samada kamu nasihati atau bukan kamu dari penasihat-penasihat-itu (26:136). Dan bukan kami dengan yang-diazabkan (26:138). Sesungguhnya ini hanyalah ciptaan entiti-entiti-terdahulu (26:137).

Baginda berkata; "Wahai kaumku, tiada denganku kebodohan akan-tetapi rasul dari rabb alam-alam itu (7:67). Aku sampaikan-kepada kamu risalah rabbku dan aku bagi kamu penasihat yang jujur (7:68). Adakah kamu berasa-ajaib bahawa datang-kepadamu peringatan dari rabb kamu bagi memberi-peringatan kepadamu dan kamu ingatilah apabila Dia jadikan kamu khalifah-khalifah dari selepas kaum Nuh dan bertambah bagi kamu pada reputasi banyaknya maka Kamu ingatilah kurniaan Allah supaya kamu berjaya (7:69).

Mereka berkata; "Adakah kamu datangkan-pada kami supaya kamu mengabdikan-diri-kepada Allah satuNya dan kami meninggalkan apa telah kami mengabdikan-diri-kepada nenek-moyang kami, maka kamu bawakanlah-kepada kami dengan apa yang kamu janjikan-kepada kami jika kamu dari pensiddiq-pensiddiq itu (7:70). Wahai Hud, tidak kamu bawakan kami dengan kebenaran dan tidak kami dengan peninggal-peninggal tuhan-tuhan kami dari ucapan kamu dan tidak kami bagi kamu dengan mu'min-mu'min (11/53). Sesungguhnya kami mengatakan hanyalah genggam kamu, sebahagian tuhan-tuhan kami dengan kejahatan (11/54).

Baginda berkata; "Sesungguhnya aku memanggil-penyaksian-dari Allah, dan kamu menyaksikan sesungguhnya aku pelepasan-diri dari apa kamu mengsyirikkan (11/54). Dari selainNya maka kamu direncanakan-atas aku, semua, kemudian janganlah kamu menungguku (11:55). Sesungguhnya aku bertawakkal atas Allah rabbku dan rabb kamu tiada dari haiwan-bergerak kecuali Dia Pemegang dengan dahinya sesungguhnya rabbku atas laluan pelurus (11:56). Maka jika kamu berpaling maka sesungguhnya aku sampaikan-kepada kamu apa aku diutuskan dengannya kepada kamu dan menggantikan, rabbku, kaum selain kamu dan janganlah kamu cuba-menyakitiNya sesuatu sesungguhnya rabbku atas tiap sesuatu Penjaga (11:57). Sesungguhnya telah-jatuh atas kamu dari rabb kamu kemurkaan dan kemarahan adakah kamu berdebat dengan aku pada nama-nama kamu namakannya dan nenek-moyang kamu tidak diturunkan oleh Allah dengannya dari kekuasaan maka kamu tunggulah sesungguhnya aku bersama kamu dari penunggu-penunggu-itu" (7/71).

Dan apabila datang perintah Kami, Kami selamatkan Hud dan entiti-entiti yang-beriman bersamanya dengan rahmat dari Kami dan Kami selamatkan mereka dari azab yang-dahsyat (11:58). Maka Kami selamatkannya dan entiti-entiti bersamanya dengan rahmat dari Kami dan Kami putuskan akar-akar entiti-entiti yang-nafikan dengan ayat-ayat Kami dan bukan mereka dari mukmin-mukmin-itu (7:72). Dan ini Aad mereka engkar dengan ayat-ayat rabb mereka dan mereka derhaka rasul-rasulNya dan mereka ikut suruhan tiap yang-zalim angkuh (11:59). Dan mereka ikut pada ini, Dunia kelaknatan dan hari Kiamat pasti sesungguhnya Aad kufuri rabb mereka maka-pasti kejauhan bagi Aad kaum Hud (11:60). Maka Kami musnahkan mereka sesungguhnya pada itu pasti petanda dan bukan jadi kebanyakan mereka mu'min-mu'min (26:139). Dan sesungguhnya rabb kamu pasti Dia Kuat dan Penyayang (26:140).

Wallahualam.

Friday, 26 July 2024

Hadis Bhg. XVI

Konflik hadis antara Salafi dan Ashari di negara ini terus berterusan. Masing-masing mendabik dada bahawa puak mereka lebih pakar hadis berbanding puak lain. 

Realitinya tiada pemimpin hadis dari kedua pihak yang benar-benar pakar hadis.  Maulana Asri yang berpengalaman puluhan tahun, dikatakan pakar itu pun, ada kelemahan yang signifikan sehingga beliau dilarang berceramah agama di negeri tertentu.

Dari satu sudut, kepimpinan Ashari di negara ini lebih teruk kerana takut bersemuka. Dan Salafi kelihatan lebih berani berdebat dengan Ashari berbanding berdebat dengan Liberal.

Salafi biasa mengutuk puak Liberal di perkampungan Sunnah, tetapi kadar cabaran yang dilontarkan kepada Liberal tidak serancak kepada Ashari. Ini adalah bukti konflik sesama ahli Sunnah lebih kritikal.

Konflik yang similar berlaku di Indonesia. Tapi sekurang-kurangnya pemimpin Sunnah di Indonesia tidak bernaung di bawah ketiak Sultan.

Pemimpin-pemimpin Sunnah di Indonesia terpaksa lebih kreatif untuk menunggang agama. Mereka lebih berdikari tanpa Sultan.

Jika anda mahu menjadi ahli Sunnah, ada baiknya  jika anda ambil tahu dengan pemikiran Nouman Ali Khan. Beliau lebih fokus kepada penyelesaian masalah berbanding terjebak dalam pertandingan ego siapa terpaling Sunnah.

Wallahualam.

Friday, 28 June 2024

Solat Bhg. V

Malaikat panggil Zakaria dan baginda pembangun sedang-menyolat di Mihrab (3/39).

Apa itu Mihrab? Mihrab itu "tempat bertapa" (3/37, 19/10).

Solat boleh dibangunkan imam bagi orang-orang kufur (4/102).

Dilarang  solat atas si mati yang kufur (9/84).

Solat Nabi keteguhan bagi orang yang beriman (9/103).

Allah dan Malaikat menyolat atas orang yang beriman dan Nabi (33/43, 33/56). Tujuan Solat ini adalah megeluarkan orang yang beriman dari kezaliman kepada cahaya (33/43).

Orang yang beriman diperintahkan supaya menyolat atas Nabi (33/56).

Ciri tidak solat adalah berpaling (75/32).

Ciri Solat adalah melebihkan Akhirat berbanding Dunia (87/16-17).

Jenis pesolat samada atas Hidayah atau suruhi taqwa atau nafi dan berpaling (96/9-13)

Solat hamba Allah sepatutnya kepadaNya (108/2).

Orang yang bertaqwa sifatnya membangunkan Solat (2/3).

Bani Israel diperintahkan untuk membangunkan Solat (2/43).

Orang yang beriman diperintahkan mencari-pertolongan dengan kesabaran dan Solat (2/45, 2/153). 

Solat itu pasti kebesaran kecuali atas perendah-perendah qalbu (2/45).

Bani Israel berjanji untuk membangunkan Solat (2/83).

Orang yang beriman diperintahkan untuk membangunkan Solat (2/110, 2/277, 4/77, 6/72, 10/87, 14/37, 14/40, 19/31, 19/55, 19/59, 20/14, 20/132, 21/73, 22/35, 22/41, 22/78, 24/37, 24/56, 27/3, 29/45, 30/31, 31/4, 31/17, 33/33, 35/18, 35/29, 42/38, 58/13, 73/20, 98/5).

Solat-solat dari Allah atas penyabar-penyabar (2/157).

Membangunkan Solat adalah kebaikan (2/177).

Orang yang beriman diperintahkan untuk menjaga atas Solat-Solat dan Solat tengah (2/238).

Orang yang beriman dilarang mendekati Solat dan mereka kemabukan sehingga mereka mengetahui apa mereka mengatakan, dan dilarang keadaan-junub kecuali perlaluan jalan sehingga mereka membasuh (4/43).

Solat boleh dipendekkan jika jika orang beriman takut difitnah orang yang kufur (4/101).

Solat atas orang yang beriman dikitabkan pada-waktu (4/103).

Golongan munafiq apabila mereka bangunkan kepada Solat malasan meriak-kepada manusia (4/142).

Pembangun Solat diberikan ganjaran besar oleh Allah (4/162).

Apabila orang yang beriman bangunkan kepada Solat maka diperintahkan basuhkan wajah-wajah mereka dan tangan-tangan mereka kepada sesiku dan sapu dengan kepala mereka dan kaki mereka kepada buku lali dan jika mereka keadaan-junub maka mereka bersihkan (5/6).

Allah bersama Bani Israel pasti jika mereka bangunkan Solat (5/12).

Orang membangunkan Solat adalah wali orang yang beriman (5/55).

Apabila orang yang beriman panggil kepada Solat orang yang kufur mengambilnya perolokan dan jenaka (5/58).

Kemabukan dan judi adalah taktik Setan menimbulkan permusuhan dan kebencian dan menghalang orang yang beriman dari mengingati Allah dan dari Solat (5/91).

Orang yang beriman menahan dua pemegang amanah wasiat dari selepas Solat maka mereka-berdua mengangkat-sumpah dengan Allah (5/106).

Orang yang mengimani dengan Akhirat yang mengimani dengan Kitab dan mereka atas Solat mereka mereka menjaga (6/92).

Solat sepatutnya bagi Allah (6/162).

Membangunkan Solat adalah salah satu amalan soleh (7/170).

Orang yang membangunkan Solat adalah ciri pengiman benar bagi mereka darjat di-sisi Allah (8/3-4).

Dan tidak jadi Solat orang-orang kufur di sisi Bait kecuali bersembunyi-lari dan menganjak-lari (8/35).

Membangunkan Solat adalah peralihan taubat orang musyrik (9/5, 9/11).

Pembangun Solat itu mengimarahkan masjid Allah (9/18).

Orang yang kufur tidak mendatangi Solat kecuali dan mereka kemalasan (9/54).

Orang yang beriman membangunkan Solat (9/71).

Orang yang beriman sepatutnya mengambil apa yang mereka menginfaqkan pengkariban-pengkariban di-sisi Allah dan Solat-solat Rasul (9/99).

Nabi diperintahkan menyolat atas orang yang beriman (9/103).

Solat itu menyuruh orang yang kufur meninggalkan apa mereka mengibadat-kepada nenek-moyang atau yang mereka melakukan pada harta-harta mereka apa mereka menyenyuatukan (11/87).

Solat dua-bentengan siang dan penjelmaan-penjelmaan malam  (11/114).

Ulul Albab bangunkan Solat (13/19-22).

Hamba Allah itu beriman membangunkan Solat (14/31).

Perintah bangunkan Solat kejatuhan matahari ke kegelapan malam (17/78).

Nabi dilarang menengking dengan Solat dan dilarang menyenyap dengannya dan disuruh mencari antara itu jalan (17/110).

Tujuan Solat adalah untuk mengingati Allah (20/14).

Menolong Allah itu dapat menjaga Solat-Solat (22/40-41).

Orang beriman itu pada Solat mereka mereka pengkhusyuk (23/1-2).

Orang yang beriman itu atas Solat mereka mereka menjaga (23/9).

Burung tahu solatnya (24/41).

Entiti jagaan dan entiti belum baligh hulum perlu meminta izin tiga masa dari sebelum Solat Fajar dan ketika orang yang beriman memecat pakaian mereka dari pertengahan-siang dan dari selepas Solat Isyak (24/58).

Solat mencegah dari kekejian dan kemungkaran dan amalan-mengingati Allah itu lebih besar (29/45).

Apabila orang yang beriman dipanggil kepada Solat dari hari Keramaian maka mereka diperintahkan untuk bersegera mengingati Allah dan tinggalkan jualbeli (62/9), maka apabila selesai-tugas Solat maka mereka diperintahkan untuk menjelajah di Bumi dan mencari dari fadhilat Allah (62/10).

Manusia diciptakan gelisah ketika kejahatan-marah sentuhinya kecuali orang yang menyolat itu mereka atas solat mereka kesenantiasaan (70/19-23) dan mereka menjaga (70/34).

Kecelakaan bagi pesolat yang dari solat mereka pelalai dan mereka meriak dan mereka menafikan curahan-bantuan (107/4-7).

Orang yang beriman diperintahkan untuk mengambil dari maqam Ibrahim tempat-Solat (2/125).

Golongan bukan dari pesolat masuk Neraka (74/43).

Wallahualam.

Thursday, 30 May 2024

Keganasan Bhg. III

 Berikut adalah tips kepada pihak polis atau tentera untuk mencegah kes keganasan;

1) Jangan membuli

Golongan minoriti, walaupun mereka minoriti, untuk melaksanakan keganasan, ia mampu dilakukan oleh beberapa orang saja.

Seorang ditugaskan membuat bom, seorang lagi membawa ke tempat awam, dan sebagainya. Gejala buli mampu dijustifikasikan oleh mangsa buli untuk menghalalkan keganasan.

Berbaloikah ingin mengambnil hati golongan majoriti, lalu membuli golongan minoriti, kemudian berlaku letupan bom di balai polis Ulu Tiram?

2) Jabatan agama

Jangan terlalu berharap dengan pegawai-pegawai agama untuk mencegah keganasan melalui dakwah agama. Ini kerana, masalah keganasan adalah dari kalangan pegawai agama itu sendiri.

"Harapkan pagar, pagar makan padi".

Walaupun jika ada pakar anti-keganasan dari kalangan pegawai agama, belum tentu suara mereka diberi lebih perhatian dalam jabatan mereka sendiri. Ini kerana sistem demokrasi secara asasnya memenangkan suara majoriti.

Tiada jaminan bahawa jabatan agama mendapat hidayah Allah kerana hidayah di tangan Allah.

3) Manja

Jabatan agama sering dimanjakan oleh pihak berkenaan. Buku-buku diharamkan kerana mereka tidak mampu menerima kritikan. Akhirnya mereka besar kepala lalu hasil kerja sebahagiannya seperti sampah.

Jangan terlalu manjakan jabatan agama. Kritikan yang berpatutan patut diberikan kerana ia amanah rakyat.

4) Duri dalam daging

Ahli Sunnah dijulang, tapi ahli Sunnah yang mengganas. Jangan terlalu bias memenangkan jemaah sendiri, akhirnya boleh memakan diri.

5) Penunggang agama

Pihak berkenaan perlu sedar dengan kewujudan golongan penunggang agama. Ia bermaksud golongan yang mempergunakan agama demi kepentingan peribadi duniawi seperti kuasa dan harta.

Ini kerana golongan ini adalah memberi gambaran palsu kepada kesejahteraan. Seterusnya penganut tenggelam dalam pendustaan.

6) Mulut

Elakkan dari memulakan perang mulut, sebaliknya berperang mulut hanya bagi pertahanan diri. Dengan ini kita dapat meminimumkan peperangan mulut seterusnya mencegah ianya bertukar kepada pertumpahan darah.

7) Remeh-temeh

Beban kerja yang remeh-temeh boleh menjejaskan fokus penguatkuasa dari tugas yang lebih penting. Ahli politik mencipta undang-undang tiada keperluan, bagi memenuhi kehendak rakyat.

Padahal, bukan kesemua kehendak rakyat itu baik untuk keamanan. Malah rakyat adalah antara punca masalah sosial.

8) Takfiri

Pihak berwajib perlu membezakan antara tuduhan kafir dengan tuduhan kafir harbi. Tuduhan kafir harbi boleb membawa kepada keganasan.

9) Keikhlasan

Ramai pegawai agama yang tidak ikhlas, sebaliknya bekerja untuk sesuap nasi. Bahkan mereka berlagak kerana mereka di bawah ketiak Sultan.

Dengan autoriti yang mereka miliki, mereka berasa takbur. Mereka adalah sebahagian dari masalah.

10) Sultan

Jangan terlalu berharap dengan Sultan untuk menjamin keamanan. Sultan mempunyai ramai penasihat sampah yang memburukkan keadaan.

Wallahualam.

Monday, 29 April 2024

Agama Bhg. XII

Gerakan Syiah dan Ahmadiyyah di negara ini tidak menimbulkan polemik konflik adalah kerana mereka menggunakan pendekatan berprofil rendah.

Ini berbeza dengan Salafi dan Ashari yang menggunakan pendekatan berprofail tinggi. Akibatnya dua puak ini bergaduh setiap hari.

Syiah dan Ahmadiyyah tiada kuasa Sultan membuatkan mereka memilih untuk berprofail rendah di negara ini. Persoalannya, adakah akan berlaku peperangan antara Salafi dan Ashari suatu hari nanti di Malaysia?

Kemungkinan itu memang ada. Sejak 2008 saya agak aktif memerhati pergeseran teologi antara manusia. Ini adalah "makanan" saya.

Konflik mula panas secara signifikan adalah apabila ada ahli Sunnah yang mendabik dada sebagai "terpaling Islam" dan mahu menjadi hero. Maka lahirlah tragedi Memali.

Pada tahun lepas, ditakdirkan saya menemui grup wassap kedua puak ini dan telah menegur keduanya. Sebahagian dari kedua-duanya jemaah ini ego tinggi dan keras kepala.

Dunia pergeseran teologi ini menjadi kotor. Masing-masing bermulut puaka. Keduanya merosakkan imej Islam.

Luka emosi ini jika diterbitkan kepada penggunaan senjata, ia boleh menumpahkan darah.

Wallahualam.

Tuesday, 27 February 2024

Sembahyang Jumaat Bhg. III

Jabatan agama merasakan perlaksanaan sembahyang Jumaat mereka cukup baik. Sebab itu mereka menangkap muslim yang ponteng.

Realitinya, versi sembahyang Jumaat mereka itu adalah antaranya sesi mengampu Sultan. Si khatib juga berlakon sebagai pemimpin Islam yang bertaqwa, membaca skrip di depan mata.

"Bertaqwalah kepada Allah".

Satu suruhan mulia yang si khatib sendiri gagal amalkan. Sultan tidak pernah salah di mata si khatib. Walaupun Permaisuri tidak bertudung ataupun berpakaian seksi diimport dari Rusia.

Yang salah semuanya rakyat marhaen. Maka rakyat berpusu-pusu ke masjid takut ditangkap. Ada juga yang hadir kerana menjaga imej sebagai agamawan.

Jabatan agama sengaja mengehadkan lesen sembahyang Jumaat kepada masjid tertentu sahaja. Padan muka rakyat terpaksa berjalan jauh meredah panas mahupun hujan.

Yang kaya datang dengan Mercedes. Yang miskin pula berjalan kaki bermandikan peluh. Yang ponteng pula dihukum sabagai ahli maksiat.

Maka berbuih mulut muslimah mengutuk si ponteng. Padahal si muslimah juga ponteng.

"Kami wanita kaum yang lemah".

Seperti biasa, wanita dalam agama Sunnah adalah insan lemah. Taliban tahu perkara ini. Wanita Taliban dilarang bersekolah tinggi.

Maka berasa waraklah pemimpin-peminpin agama kerana menangkap si ponteng.

"Sultan sentiasa betul. Ini periuk nasi kami".

Maka terpaksalah para jemaah mendengar bebelan si khatib. Orang lain selain Sultan dan konco-konco, semua difatwakan sesat kecuali mereka yang mentaati jabatan agama.

Wallahualam.