Friday, 25 January 2019

Manifesto Bhg. II

Parti Koranokratik ditubuhkan secara tidak rasmi pada 11 Ogos 2013, ketika itu terdapat keperluan saluran suara rakyat yang kurang diliputi. Sangkaan saya tepat kerana tidak lama kemudian tertubuhnya tiga parti baru yakni Amanah, Pribumi dan Warisan bagi membawa suara rakyat.

Namun parti ini tidak layak untuk didaftarkan di ROS memandangkan perlembagaan parti yang bercanggah dengan Perlembagaan Negara. Ia kekal sebagai gerakan bawah tanah dimana saya boleh disabitkan dengan kesalahan menjalankan pertubuhan haram jika dijalankan secara rasmi.

Apa yang perlu dilakukan Quranis adalah berkempen nilai-nilai Quranisma kepada politik negara dimana ini tidak semestinya melalui parti politik rasmi Quranis.

Antara kejayaan terbaru Parti Koranokratik adalah pengetatan amalan merokok yang diwartakan awal 2019. Perhatikan usul berikut;

Usul 6: Mencegah penyalahgunaan rokok

Kapitalisma yang keterlaluan sehingga menzalimi kesihatan orang lain sepatutnya dicegah. Pengambilan tembakau secara berlebihan bercanggah dengan 7/31, dimana ia bukan saja melibatkan perokok, tetapi juga orang sekitar.

Setakat ini, golongan Quranis juga masih berjaya menyekat "hudud PAS". Sudah tentu kejayaan ini juga hasil kerjasama dari golongan "non-muslim", liberal dan Sunni moderet. Perhatikan usul berikut;

Usul 5: Menentang hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina

Hukuman ini pernah dicadang oleh Hadi Awang. Perjuangan menentang hukuman ini adalah sebagai simbol perjuangan Quranisma mencegah perjuangan Ekstremisma dari Sunnisma.

Hukuman ini bercanggah dengan 24/2, melampaui hudud Allah (4/14) dan memihak kepada pembunuhan tanpa haq (25/68).

Wallahualam.

No comments: