Saya melihat ramai Ahli Sunnah yang ingin menjadi hero, sebagai contoh apabila Mahathir mengatakan Sunnah boleh diamal dan jika tidak diamal pun tak mengapa. Maka mereka menjadi lagak hero ingin mempertahankan Sunnah dan menggelar Mahathir sebagai golongan anti hadis.
Malangnya mereka lebih sudu dari kuah. Bagaimana menjadi hero tanpa ilmu, fiqh yang berkualiti tinggi, hikmah dan kesabaran?
Mereka umpama si gemuk yang beriya mengatakan mahu kurus tetapi bermalasan senaman.
Jika mereka hero yang sebenar, maka mereka akan berjihad memahami al-Quran yakni dengan membersihkan qalbu dan meningkatkan ilmu dari masa ke semasa, kemudian dengan ini mereka dapat menjawab secara ilmiah kepada Mahathir.
Hujah popular mempertahankan Sunnah adalah menggunakan ayat "mentaati Rasul". Namun ahli Sunnah sendiri hipokrit dalam fiqh mereka sendiri kerana kewajipan menyimpan janggut yang dikatakan salah satu dari perintah Rasul itu, dihukumkan sebagai sunat.
Sejauh mana kewajipannya sesuatu amalan apabila dihukum sebagai sunat?
Maka mereka dengan retoriknya berteriak untuk kita mentaati Rasul sedangkan mereka sendiri meletakkan amalan berkenaan sebagai sunat.
Maka bagaimana dengan cadangan Mahathir untuk mereka kembali kepada al-Quran? Adakah mereka sudi?
Wallahualam.
Tuesday, 31 July 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment