Monday, 7 November 2016

Baitulmal

Saya akan mengulas bab ini dalam konteks Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Malaysia, supaya sampai kepada loghat adat istiadat Melayu.

Pendapat bahawa hukumnya haram rakyat membayar zakat secara peribadi adalah lemah dan secara politiknya boleh bersifat mengampu. Pembayaran kepada jabatan zakat belum sampai kepada si miskin, kerana tugas menyampaikan dana dilakukan oleh pihak lain yakni Baitulmal.

Jabatan Zakat bukan si miskin. Anda bukan membayar kepada si miskin. Secara relatifnya, zakat anda belum lengkap ketika itu.

Jika Jabatan Zakat memungut RM100 dan hanya RM50 diagihkan kepada si miskin, maka separuh lagi belum lengkap sebagai zakat, secara teknikalnya.

Ini hujah kenapa antara rakyat memilih untuk membayar zakat secara peribadi, untuk memastikan zakatnya lengkap.

Atas asas itu, keterlaluan dengan menjatuhkan hukum haram rakyat Malaysia membayar zakat secara peribadi.

Saya mempunyai hujah lain untuk mengatakan hukumnya tidak haram, tetapi tidak dihuraikan dalam coretan ini.

Seterusnya mari lihat topik Baitulmal pula. Baitulmal yang berkualiti tinggi dan memuaskan adalah apabila penjenayah tidak mampu beralasankan kemiskinan untuk melakukan jenayah. Dalam erti kata lain si miskin tidak perlu mencuri, merompak atau melacur untuk mendapatkan alas perut.

Jika golongan berkenaan masih wujud dikala Baitulmal mempunyai dana yang begitu besar, maka kita dapat menghidu sesuatu yang masih boleh diperbaiki.

Saya menganggap bahawa pihak Baitulmal berkenaan mahu untuk mengoptimumkan peranan mereka, tetapi mereka memerlukan jua kepimpinan untuk mengemudi mereka mencapai misi.

Wallahualam.

1 comment:

Ahmad Justin said...

bukankah jika tuan membayar zakat tanpa mengikut saluran yang diarahkan oleh kerajaan, maka tuan tidak taat pada kerajaan tersebut?

Seingat saya, ahli sunnah wal jamaah berpegang wajib taat pada pemerintah.