Di sini saya mengemukakan beberapa persoalan sebelum anda menerima hudud PAS. Hudud PAS mempunyai beberapa versi, oleh itu hudud PAS yang dimaksudkan dalam artikel ini adalah versi ketika artikel ini diterbitkan;
1) Kulit dan isi
Adakah anda sekadar mementingkan kecantikan kulit? "Kulit" adalah senjata golongan munafiq. Artikel ini mengupas berkenaan isi hudud PAS berbanding kulit.
PAS tahu bahawa kulit tidak cukup menjamin keindahan yang komprehensif. Sila lihat kes Akta Keselamatan Dalam Negeri. Adakah PAS menolak akta ini kerana tidak mahu negeri kita selamat.
2) Wahyu
Hudud PAS bersumberkan dua sumber wahyu. Arwah abah saya seorang penganut sunni, bergaul dengan penganut-penganut Sunni beridealogi yang ekstremis, tetapi beliau menolak konsep dua sumber wahyu dalam sunnism. Mungkin hujah isu bilangan rakaat dalam sembahyang lebih menyakini beliau dari hujah isu wahyu dalam sunnahwaljamaah.
Jika anda penganut Sunni yang kurang meyakini pendapat "Islam bersumberkan dua sumber wahyu" dari Sunnism, maka itu ketidakselarian antara anda dan hudud PAS.
3) Taqlid
Taqlid secara kasarnya bermaksud "mengikut membabi-buta". Hudud PAS dihasilkan dengan unsur taqlid yang tebal.
Anda boleh memanggil muqallid, iaitu orang yang taqlid, sebagai "ulama". Tetapi muqallid adalah muqallid.
Kenapa taqlid? Ianya datang antaranya dari pemujaan terhadap nenek-moyang tertentu dan juga sikap malas berfikir.
Jika anda ada seseorang sebagai idola, sebagai contoh dalam bidang nyanyian, kemudian anda memujanya dan anda tiru teknik menyanyi idola anda. Anda malas berfikir adakah teknik nyanyiannya sesuai atau tidak dengan kapasiti peti suara anda. Anda berpendapat jika mahu jadi sehebat idola anda, maka tiru saja si dia;
"Dia begitu hebat. Kita tiru saja dia".
Meniru ada kebaikannya. Persoalannya adalah proses meniru. Adakah anda meniru sebagai seorang yang bijak atau meniru sebagai seorang yang bodoh. Apa yang terjadi jika seorang anak kecil meniru Superman dan terjun dari tingkap.
Orang yang bijak meniru Superman dari segi falsafah kegigihan perjuangkan keadilan instead of menyusahkan diri dan ibubapa kerana patah kaki akibat terjun dari tingkap.
Bayangkan pula apabila golongan muqallid ini ada pula pengikut-pengikut yang taqlid terhadapnya.
4) Kediktatoran
Arab Saudi dikatakan berjaya melaksanakan hudud Sunnism. Negara itu dibawah pemerintahan kediktatoran. Berbeza dengan sistem demokrasi, di bawah sistem kediktatoran PAS boleh melaksanakan hudud PAS tanpa bermesyuarat dengan PKR.
ISIS juga kelihatan mahu melaksanakan hudud di bawah pemerintahan kediktatoran. Sehebat itukah hudud Sunnism? Hanya berjaya dalam pemerintahan kediktatoran?
5) Menghafal
Mungkin dipengaruhi dari tradisi menghafal al-Quran, pengajian agama Sunni secara tradisi begitu menekankan hafalan. Apa yang berlaku adalah para graduat yang cemerlang di atas kertas adalah secara amnya berasaskan kemahiran menghafal.
Dalam kes memasak, adakah si tukang masak mampu menghasilkan masakan yang hebat dengan sekadar menghafal resipi? Dunia memasak secara amnya adalah open book. Ini bukan peperiksaan SPM.
Soalan panas berbunyi;
"Adakah anda faham apa yang anda hafal?"
6) Musyrik
Seorang yang menyembah Muhammad, adakah dia akan memilih Sunnism atau Shiasm. Secara amnya dia akan memilih Sunnism kerana Shiasm sibuk dengan Ali.
Maka Sunnism menjadi popular di kalangan penyembah Muhammad seterusnya faktor ini mempengaruhi kualiti jemaah yang terhasil.
5) Bodoh sombong
Anda berikan artikel ini kepada pemimpin PAS. Dan lihat reaksi dari mereka. Di situ anda lihat jawapan adakah mereka bodoh sombong atau tidak.
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment