Wednesday, 11 March 2015

Gratifikasi Tertunda

Berikut perihal strategi gratifikasi tertunda saya bagi tahun ini;

1) Buku

Jadual harian saya pada tahun ini agak membosankan iaitu membaca buku. Bagaikan hidup dalam sebuah perpustakaan. Apatah lagi membaca buku yang sama. Membeli buku pun tidak perlu keluar dari perpustakaan dengan bantuan abang posman. Ini adalah strategi gratifikasi tertunda saya.

2) Video

Menonton video adalah sesuai ketika menjamu selera. Dan ketika kekurangan tenaga otak. Kerana ia lebih pasif berbanding membaca buku.

Video yang dimasukkan dalam jadual saya tahun ini termasuklah rancangan The Apprentice. Objektifnya adalah bagi melihat kesilapan-kesilapan eksekutif dalam pengurusan. Kehadiran Donald Trump menjadi faktor yang signifikan saya memilih rancangan ini.

3) Jogging

Jogging adalah tradisi saya sejak remaja. Tidaklah begitu rajin. Tapi kerana kepentingan kesihatan. Sambil menikmati pemandangan.

4) Makanan

Tahun ini antara perut saya yang paling buncit dalam hidup saya. Amazing. Sebab sebelum ini hidup saya banyak dengan underweight. Ia memberi saya satu cabaran baru. Ia bukan sekadar tentang penampilan. Ia satu signal tentang lemak yang berlebihan.

5) Sosial

Terlalu banyak perbualan kosong adalah reason yang signifikan untuk saya bersikap "anti-sosial". Ada perkara yang lebih penting untuk didahulukan. Hidup ini bukan sekadar tentang belanja dan bersukaria.

6) Penyelidikan

Finding dari penyelidikan adalah input dalam decision-making. Penyelidikan al-Quran bukan sekadar itu, ia tanggungjawab saya sebagai hambaNya;

Maka adakah mereka tidak tadabbur al-Quran atau atas jantung mereka terkunci (47:24).

Teori gratifikasi tertunda adalah worthy untuk anda pertimbangkan dalam pembaikian hidup. Ia berkait dengan pengurusan emosi.

Wallahualam.

No comments: