Sunday, 22 December 2013
Perempuan dan Cinta Bhg. IV
Di sini saya ingin memberi tips kepada perempuan untuk mendapatkan lelaki baik sebagai teman hidup.
1) Menjadi baik
Umpama ingin membuka pintu yang terkunci. Kita memerlukan anak kunci yang sesuai untuk membukanya.
2) Berkenalan
Berkenalan jangan disalahtafsir sebagai playgirl pula. Persepsi antaranya dipengaruhi oleh budaya. Anda kena pergi lebih dalam, iaitu dengan berkenalan.
Berkenalan tidak sekadar skopnya berkenaan nama, hobi, tempat tinggal dan sebagainya. Ia juga boleh merangkumi loghat, body language, tabiat dan sebagainya.
Berkenalan sepatutnya tidak terhenti apabila anda dinikahi oleh si dia. Ia sepatutnya berterusan.
3) Imej
Berpakaian lucah di khalayak ramai boleh menarik perhatian penzina-penzina. Ini boleh memberi persaingan kepada lelaki baik untuk mendapatkan anda.
4) Melamar
Jika ayah anda seorang lelaki yang baik, anda boleh meminta budi baik ayah anda, untuk melamar. Kebaikan ayah anda berpotensi untuk memikat si dia.
5) Bagaimana jika si dia menolak?
Mungkin si dia ingin memilih perempuan baik yang lain sebagai teman hidup.
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment